• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kekerapan Melakukan aktiviti Kajian Tindakan

Dalam dokumen PROSES PEMBELAJARAN BERTERUSAN DALAM PEN (Halaman 193-198)

Deskripsi Bilangan Peratus

Kekerapan melakukan kajian tindakan dalam tiga tahun terakhir

- 1 kali 18 50.0

- 2 sehingga 3 kali 14 38.9

- Lebih daripada 3 kali 3 8.3

- Tidak pernah 1 2.8

Jumlah 36 100

Akhirnya, dapatan kajian mengikut pandangan responden melahirkan tema- tema seperti mereka dan merancang ABM dan kajian tindakan, memperolehi pengalaman dan pembelajaran, mengenal pasti masalah yang dijumpai pelajar dan meningkatkan pencapaian pelajar.

4.3.4.1Membuat ABM dan kajian tindakan

Responden GF/I-07 menyatakan aktiviti pembelajaran inkuri yang kerap beliau lalui adalah mereka dan merancang ABM serta mengujinya menerusi aktiviti kajian tindakan. Di samping itu, beliau pula aktif membuat tulisan pada pelbagai media atau akhbar. Pernyataan responden GF/I-07 ini disokong oleh responden GF/I- 09. Beliau menyatakan ABM sebenar yang kerap beliau gunakan adalah ABM berasaskan persekitaran menerusi penyeliaan pelajar untuk mencari sesuatu dengan cara berinteraksi dengan persekitaran sekolah. Beliau menceritakan pengalamannya,

... kadangkala saya tidak bertumpu kepada satu peralatan, melainkan dengan mengajak pelajar keluar bilik darjah, malah sampai menjolok mangga. Saya menggunakan model kooperatif-inkuiri berasaskan ICT dengan cara mengajak pelajar keluar bilik darjah untuk mencari benda-benda di alam misalnya benda-benda yang bermuatan elektrik, dan lain-lain. Seterusnya, mengajak pelajar untuk masuk kembali ke dalam bilik darjah untuk melakukan perbincangan dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berasaskan ICT.

Pernyataan responden GF/I-09 berbeza dengan pernyataan responden GF/I- 03. Beliau mendedahkan keinginannya sebenar beliau iaitu aktiviti pembelajaran dengan cara melaksanakan penyelidikan dalam bentuk kajian tindakan, namun beliau merasa apa yang beliau punyai masih sangat kurang. Ujar GF/I-03,

... begitu banyak masalah yang saya temui dalam proses pengajaran dan pembelajaran fizik, terutamanya mengenai pengetahuan asas mengira dari pelajar dan masalah pengetahuan mengenai susunan ketahanan elektrik siri-selari. Jadi sekali lagi, yang paling saya suka sebenarnya adalah aktiviti pembelajaran inkuiri (kajian tindakan) dari ABM yang saya buat, bagaimanapun penyusunan laporan dan literatur saja yang jadi masalah.

Responden GF/I-08 dan GF/I-09 pula menceritakan pengalamannya menjalankan aktiviti pembelajaran kajian tindakan. Mereka kerap menjalankan kajian tindakan kerana kerap diikutkan dalam program latihan pengambilan kajian tindakan sama ada peringkat kebangsaan mahupun peringkat daerah. Responden GF/I-09 mendapati halangan dalam perancangan aktiviti kajian tindakan, terutamanya pada peringkat analisis data. Bagaimana pun, beliau merasa masih perlu belajar lebih banyak lagi.

Akhir sekali, berdasarkan dapatan kajian di atas penyelidik merumuskan bahawa aktiviti pembelajaran inkuiri dilalui dengan menjalankan aktiviti mereka dan merancang ABM serta melakukan percubaan dalam aktiviti kajian tindakan. Aktiviti pembelajaran inkuiri juga boleh dilalui dengan ikut aktif dalam membuat tulisan pada media atau akhbar. Rancangan ABM berasaskan persekitaran dilalui dengan cara mencari bahan menerusi aktiviti berinteraksi dengan persekitaran sekolah.

4.3.4.2Memperolehi pengalaman dan pembelajaran

Responden GF/Q-11 menjelaskan menerusi aktiviti pembelajaran kajian tindakan seseorang guru boleh mendapatkan pengalaman dan pembelajaran. Sementara itu, responden GF/Q-05 dan GF/Q-36 mendedahkan pengalaman mereka dalam pengambilan kajian tindakan, seseorang guru banyak menemukan perkara dan pengalaman baru terutamanya mengenai aktiviti pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Menerusi aktiviti pembelajaran kajian tindakan seorang guru boleh mengetahui segala kelebihan dan kekurangan dalam pengajaran dan pembelajaran dan sangat menyokong penambahbaikan dalam pengajaran.Responden GF/Q-15 mengiktiraf pengalamannya dalam merancang aktiviti kajian tindakan awalnya agak sukar, tetapi selepas berjalan sambil belajar akhirnya boleh beliau faham. Manfaat lainnya adalah menerusi aktiviti pembelajaran kajian tindakan seorang guru boleh mengukur sejauh mana kemampuan guru dalam mengajar serta kekurangan yang guru punyai(GF/Q-18).Responden GF/Q-27 berkata,

Pengalaman yang sangat berharga bagi saya kerana sejak mengikuti MGMP program Bermutu, sudah ada dua produk kajian tindakan yang telah saya buat. Membuat kajian tindakan tidak rumut jika kita

hendak membiasakan diri untuk berbuat.

Responden GF/Q-06 pula mengiktiraf manfaat yang beliau perolehi sangat baik, kerana seseorang guru dapat merefleksi pengajaran yang telah mereka lakukan dan merancangkan penambahbaikan pengajaran seterusnya. Menjalankan aktiviti pembelajaran kajian tindakan akan lebih bermanfaat jika dalam proses pelaksanaan

penyelidikan tujuan utamanya bertumpu kepada pelajar dan guru, bukan kerana tujuan-tujuan lain (GF/Q-24).

Akhirnya, menerusi aktiviti pembelajaran inkuiri seorang guru memperolehi pengalaman dan pembelajaran. Aktiviti pembelajaran inkuiri bertujuan untuk mengetahui segala kelebihan dan kekurangan guru dalam pengajaran, merefleksi pengajaran yang mereka telah lakukan serta menyokong penambahbaikan dalam pengajaran mereka seterusnya. Oleh itu, aktiviti pembelajaran inkuiri boleh mengukur sejauh mana kemampuan guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti penilaian yang mereka lalui.

4.3.4.3Mengetahui masalah pembelajaran pelajar

Kebanyakan responden percaya melalui aktiviti pembelajaran kajian tindakan seseorang guru boleh mengetahui masalah pembelajaran daripada pelajar mereka. Responden GF/Q-13 misalnya menyatakan aktiviti ini sangat menarik kerana menerusi aktiviti pembelajaran kajian tindakan seseorang guru boleh mengetahui masalah yang dialami oleh pelajar dan berusaha mencari jalan keluar daripada permasalahan tersebut. Pernyataan ini turut disokong oleh responden GF/Q-03 menerusi aktiviti pembelajaran kajian tindakan seseorang guru boleh mengemukakan atau menemukan masalah mengenai pelajar yang tidak sirius belajar dan situasi bilik darjah yang tidak berkesan. Menerusi aktiviti pembelajaran kajian tindakan seorang guru boleh mengetahui kekurangan atau permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran. Manfaat aktiviti pembelajaran kajian tindakan bagi guru itu sendiri iaitu dengan mengetahui kaedah kajian tindakan serta mengetahui solusi masalah yang dihadapi, sehinggalah seseorang guru boleh mengetahui strategi mengajar yang tepat untuk diterapkan pada pelajar mereka (GF/Q-35).

Responden GF/Q-07 mengemukakan pengalamannya selama menjalankan aktiviti pembelajaran kajian tindakan. Beliau menyatakan pengalaman beliau dalam menjalankan aktiviti pembelajaran kajian tindakan. Bagaimanapun pelajar yang malas mengikuti pelajaran fizik, menurusi aktiviti kajian tindakan beliau mengenal

pasti faktor yang menjadi penyebab pelajar malas mengikuti pelajaran fizik. Beliau berkata,

Pengalaman saya dalam menjalankan aktiviti pembelajaran kajian tindakan, pelajar yang malas mengikuti pelajaran fizik dengan adanya aktiviti kajian tindakan ini saya jadi tahu penyebab ia malas

mengikuti pelajaran fizik.

Pengalaman yang didedahkan oleh responden GF/Q-07 turut disokong oleh responden GF/Q-21, menerusi aktiviti pembelajaran kajian tindakan seseorang guru boleh mengetahui kelemahan-kelemahan pelajar mereka dan boleh menindaklanjuti kelemahan-kelemahan pelajar tersebut. Sungguhpun responden GF/Q-32 bersetuju dengan pandangan responden yang lain, namun beliau menemui masalah dalam merancangkan aktiviti kajian tindakan. Komen GF/Q-32,

Pengalaman yang pertama saya lakukan adalah bingung bagaimana menganalisis/mengomentari masalah yang ditemui dan tindak lanjut yang harus dijalankan.

Responden GF/Q-32 menceritakan pengalaman pertama yang beliau lakukan adalah merasa bingung bagaimana menganalisis dan membincangkan masalah yang ditemukan dan tindak lanjut serta refleksi daripada apa yang harus dijalankan.

Akhirnya, berdasarkan dapatan kajian penyelidik mendapati empat manfaat daripada aktiviti pembelajaran kajian tindakan iaitu (1) menerusi aktiviti pembelajaran kajian tindakan seseorang guru boleh mengetahui masalah yang dialami pelajar dan berusaha mencari jalan keluar daripada permasalahan tersebut, (2) menerusi aktiviti pembelajaran kajian tindakan seseorang guru boleh mengemukakan atau menemukan masalah mengenai pelajar yang tidak sirius belajar dan situasi bilik darjah yang tidak berkesan, (3) menerusi aktiviti pembelajaran kajian tindakan seseorang guru boleh mengetahui strategi mengajar yang tepat untuk diterapkan kepada pelajar mereka, dan (4) menerusi aktiviti pembelajaran kajian tindakan seseorang guru boleh mengetahui kelemahan-kelemahan pelajar mereka dan boleh menindaklanjuti kelemahan-kelemahan pelajar tersebut.

4.3.5 Mengikuti Program Latihan

Penyelidik mendapati majoriti responden bersetuju program latihan guru merupakan model konvensional yang dianggap berkesan dalam mengongsi maklumat dan idea dengan sekumpulan besar guru peserta. Program latihan digambarkan sebagai satu sesi yang dikendalikan oleh seorang pakar yang akan mempersembahkan kandungan dan objektif pengajaran dengan andaian guru boleh mempelajari pelbagai perlakuan pengajaran daripada orang lain dan menterjemahkannya dalam bilik darjah.

Jadual 4.10 menunjukkan kekerapan mengikuti aktiviti pembelajaran program latihan guru fizik dalam tiga tahun ini iaitu 16 orang (44.4 peratus) mengikuti program latihan fizik satu sampai dua kali dalam tiga tahun, 11 orang (31 peratus) mengikuti program latihan guru fizik lebih dari lima kali dalam tiga tahun, lapan orang (22.2 peratus) mengikuti program latihan guru fizik tiga sampai empat kali dalam tiga tahun, dan satu orang (2.8 peratus) belum pernah mengikuti program latihan guru fizik. Hal ini menunjukkan bahawa sebahagian besar (52.8 peratus) guru fizik mengikuti aktiviti pembelajaran program latihan sebanyak lebih dari tiga kali dalam tiga tahun.

Dalam dokumen PROSES PEMBELAJARAN BERTERUSAN DALAM PEN (Halaman 193-198)