• Tidak ada hasil yang ditemukan

Instrumen Evaluating Profesional Development (EPD)

Dalam dokumen PROSES PEMBELAJARAN BERTERUSAN DALAM PEN (Halaman 147-151)

METODOLOGI KAJIAN

3.3 Kaedah Pengumpulan Data

3.3.5 Instrumen Evaluating Profesional Development (EPD)

Dalam kajian ini, soal selidik dan soalan temubual direka bentuk sendiri oleh penyelidik berdasarkan instrumen Evaluating Profesional Development (EPD) direka bentuk oleh Guskey (2000) dalam menilai proses pembelajaran berterusan. Terdapat lima tahap kritikal atau peringkat maklumat untuk dipertimbangkan dalam menilai proses pembelajaran berterusan (Guskey, 2000). Peringkat ini merupakan adaptasi daripada model penilaian yang dibangunkan oleh Kirkpatrick (1959 dalam Guskey, 2000) untuk menilai program latihan penyelia dalam bisnis dan industri.

Lima tahap dalam model yang disusun secara hirarki daripada yang mudah sehingga yang lebih kompleks. Walau bagaimanapun, proses pengumpulan maklumat penilaian cenderung memerlukan lebih banyak masa dan sumber. Lebih penting lagi, masing-masing tahap yang lebih tinggi dibangun ke atas tahap sebelumnya. Justeru itu, kejayaan di satu tahap diperlukan untuk berjaya di tahap seterusnya.

Tahap 1: Maklum balas peserta.

Tahap pertama penilaian proses pembelajaran berterusan adalah maklum balas guru berasaskan pengalaman mereka. Tahap ini merupakan bentuk paling am daripada penilaian proses pembelajaran berterusan dan peringkat di mana guru memiliki pengalaman yang paling mudah. Hal ini juga merupakan jenis maklumat yang paling mudah untuk dikumpulkan dan dianalisis.

Soalan-soalan pada tahap ini seperti contohnya apakah responden menyukainya? apakah masa mereka telah dimanfaatkan dengan sebenar? Apakah bahan yang dibentangkan masuk akal bagi mereka? Apakah aktiviti ini bererti? Apakah guru pelatih atau Pendidik Guru berpengetahuan dan membantu? Apakah

mereka percaya apa yang ianya pelajari akan sangat membantu? Maklumat mengenai maklum balas guru dikumpulkan melalui soal selidik yang dibahagikan pada akhir sesi atau aktiviti. Soal selidik ini merangkumi kombinasi item skala rating dan soalan terbuka yang memungkinkan responden untuk memberikan komen lebih personal. Karena sifat am daripada maklumat ini, soal selidik yang sama kerap digunakan untuk pelbagai pengalaman dalam proses pembelajaran berterusan. Mengukur semula tahap kepuasan responden dengan pengalaman memberikan maklumat yang boleh membantu membaiki reka bentuk dan pelaksanaan program atau aktiviti dengan cara yang sah. Selain itu, maklum balas positif dari para responden biasanya merupakan prasyarat yang diperlukan untuk tahap hasil penilaian yang lebih tinggi.

Tahap 2: Pembelajaran peserta

Tahap kedua bertumpu kepada aktiviti-aktiviti pembelajaran berterusan yang dilalui untuk peningkatan kompetensi pengetahuan, kemahiran, dan sikap responden yang mungkin diperolehi. Bergantung kepada objektif daripada program atau aktiviti yang boleh melibatkan apapun daripada penilaian pemerhatian. Sebagai contohnya, responden boleh menggambarkan atribut penting daripada aktiviti program untuk penguasaan pembelajaran dan memberikan contoh bagaimana boleh diterapkan di dalam pelbagai situasi bilik darjah. Untuk demonstrasi kemahiran, dibentangkan pelbagai konflik bilik darjah, responden boleh mendiagnosis setiap situasi, dan melaksanakan solusi yang adil dan boleh diterapkan. Refleksi peribadi sama ada lisan mahupun tertulis atau pemeriksaan portfolio responden juga boleh digunakan bagi pendokumenan pembelajaran berterusan mereka.

Meskipun maklumat penilaian pada tahap kedua kadang-kadang boleh berkumpul selepas selesainya sesi, ianya sukar dicapai dalam bentuk standard. Tindakan harus diasaskan pada tujuan pembelajaran yang ditetapkan untuk program atau aktiviti tertentu. Ini bererti ciri khas dan indikator keberjayaan pembelajaran perlu dijelaskan semula menerusi aktiviti proses pembelajaran berterusan. Keterbukaan untuk pelajaran yang tidak diinginkan, sama ada positif mahupun negatif, juga perlu dipertimbangkan. Apabila terdapat kekhawatiran bahawa responden mungkin sudah memiliki kompetensi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan, beberapa bentuk pra dan pos penilaian dan mengisi borang jurnal

pembelajaran berterusan (contoh pada Lampiran E) mungkin diperlukan. Analisis maklumat ini memberikan asas untuk penambahbaikan kandungan, senarai, dan program atau aktiviti pembelajaran berkenaan.

Tahap 3: Sokongan Organisasi dan Perubahan

Tahap ketiga bertumpu pada penilaian yang bergeser kepada organisasi, khasnya untuk maklumat mengenai sokongan organisasi dan perubahan. Pembolehubah organisasi penting bagi kejayaan setiap usaha proses pembelajaran berterusan. Ianya juga boleh menghalang atau mencegah kejayaan, bahkan ketika aspek individu daripada proses pembelajaran berterusan sebenar telah dijalankan. Sebagai contohnya, sekumpulan guru berpartisipasi dalam aktiviti proses pembelajaran berterusan, memperolehi kefahaman menyeluruh mengenai satu teori, dan mengurus pelbagai aktiviti bilik darjah berasaskan prinsip bekerjasama. Selepas latihan mereka cuba melaksanakan aktiviti ini di sekolah dalam mana pelajar dinilai. Polisi organisasi dan amalan-amalan seperti ini menjadikan bekerjasama sangat kompetitif dan saling membantu untuk belajar. Oleh itu, adalah penting bagi mengumpul maklumat mengenai sokongan organisasi dan perubahan.

Soalan pada tahap ketiga memberi tumpuan kepada ciri organisasi dan atribut yang diperlukan untuk berjaya. Apakah perubahan yang dianjurkan selaras dengan misi organisasi? Apakah perubahan pada tahap individu disokong oleh pengetua pada semua tahap? Apakah program atau aktiviti mempengaruhi iklim organisasi dan prosedur di sekolah? Apakah sokongan pentadbiran awam? Apakah masalah ditangani dengan cepat dan berkesan? Apakah sumber sedia ada merangkumi masa untuk berbagi dan refleksi? Apakah keberjayaan diakui oleh pelbagai kalangan? Isu- isu seperti ini boleh menjadi faktor utama bagi kejayaan proses pembelajaran berterusan. Maklumat ini digunakan tidak hanya untuk mendokumentasikan dan meningkatkan sokongan organisasi, tetapi juga merupakan maklumat semasa untuk inisiatif perubahan di masa hadapan.

Tahap 4: Peserta menggunakan pengetahuan dan kemahiran baru

Pada tahap keempat soalan utama adalah apa yang peserta telah pelajari dan membuat perbezaan dalam amalan profesional mereka? Kepentingan untuk mengumpul maklumat yang relevan pada peringkat ini terletak pada spesifikasi yang jelas daripada indikator yang mengungkap tahap dan kualiti pelaksanaan yang bergantung kepada tujuan program atau aktiviti. Menggunakan soal selidik atau temubual berstruktur dengan peserta dan pengerusi mereka. Refleksi lisan atau tertulis, atau pemeriksaan jurnal peserta atau portfolio juga boleh dipertimbangkan. Maklumat yang paling akurat adalah kemungkinan berasal dari pemerhatian langsung menggunakan video atau kaset audio.

Tahap 5: Impak kepada pengajaran dan pembelajaran

Pada tahap kelima soalan utama adalah apa impak proses pembelajaran berterusan kepada pengajaran dan pembelajaran bilik darjah? Apakah manfaat aktiviti proses pembelajaran berterusan? Hasil bergantung kepada tujuan daripada proses pembelajaran berterusan yang spesifik. Tahap-tahap pembelajaran pelajar biasanya mencakup indikator prestasi, seperti penilaian hasil, penilaian portfolio, dan nilai dari peperiksaan standar. Namun selain indikator pengetahuan, hasil berkesan (sikap dan disposisi), kemahiran dan perilaku boleh dipertimbangkan. Sebagai contohnya, penilaian konsep diri pelajar, kehadiran di sekolah, atau perilaku bilik darjah. Sumber utama dari maklumat tersebut adalah pelajar dan nota sekolah. Hasil daripada soal selidik dan temubual berstruktur dengan guru, Guru Pelatih/Pendidik Guru MGMP, atau pengetua juga boleh dimasukkan.

Dalam dokumen PROSES PEMBELAJARAN BERTERUSAN DALAM PEN (Halaman 147-151)