METODOLOGI KAJIAN
3.3 Kaedah Pengumpulan Data
3.3.1 Soal Selidik Item Terbuka
3.3.2.4 Protokol pemerhatian
Protokol pemerhatian merupakan langkah-langkah yang penyelidik lakukan untuk mengutip data pemerhatian sama ada pemerhatian proses pembelajaran berterusan guru fizik, pemerhatian bilik persiapan mengajar, ataupun pemerhatian lawatan bilik darjah. Adapun langkah-langkah yang dijalankan pada masa pemerhatian ini dibahagikan ke dalam empat fasa iaitu,
(i) Fasa pertama, penyelidik menghantar surat kebenaran penyelidikan
yang dibuat oleh Ketua Majelis Pendidikan Makassar kepada pengetua, guru fizik dan pengerusi MGMP untuk memperolehi kebenaran tertulis sebagai bukti pelaksanaan pemerhatian.
(ii) Fasa kedua, penyelidik menentukan di mana dan dari sesiapa data akan
dikumpulkan, merangkumi penentuan jenis aktiviti seperti pemerhatian program latihan guru, pemerhatian bilik persiapan mengajar, atau pemerhatian lawatan bilik darjah. Untuk pemerhatian lawatan bilik darjah, penyelidik menentukan masa berdasarkan kesepakatan daripada guru fizik yang diperhati.
(iii) Fasa ketiga, untuk pemerhatian progam latihan merangkumi pengenalan ciri-ciri daripada aktiviti dan mencari maklumat mengenai pelaksanaan aktiviti, bila aktiviti dilangsungkan, siapa sahaja peserta, siapa Guru Pelatih/Pendidik Guru, dan apa kandungan aktiviti program. Untuk pemerhatian bilik persiapan mengajar, memilih sekolah yang akan diperhati, seperti contohnya sekolah di mana guru fizik yang diperhati untuk pemerhatian bilik darjah. Untuk pemerhatian lawatan
bilik darjah merangkumi pengenalan ciri-ciri guru fizik, bila ada masa guru fizik untuk diperhati, apa kandungan bahan ajar, dan lain-lain. Selain itu, penyelidik menyiapkan borang aktiviti pemerhatian yang berisikan urutan kod masa, nota aktiviti yang berlaku setiap masa, dan deskripsi hasil pemerhatian.
(iv) Fasa keempat adalah pelaksanaan pemerhatian, di mana penyelidik
melakukan kunjungan pada aktiviti latihan guru, memerhati bilik persiapan mengajar, dan melakukan kunjungan bilik darjah guru yang akan diperhati. Pada pemerhatian program latihan guru, penyelidik memasuki bilik latihan guru dan mengambil tempat di bahagian belakang untuk memudahkan proses pemerhatian dan memastikan bahawa kehadiran penyelidik tidak mengganggu aktiviti latihan guru tersebut. Seterusnya, penyelidik mengisi borang pemerhatian program latihan guru berasaskan masa demi masa aktiviti. Pada pemerhatian bilik persiapan mengajar, penyelidik memasuki bilik guru dan mengisi borang pemerhatian bilik persiapan mengajar sesuai keadaan, sarana dan prasarana bilik, terutamanya sokongan bilik guru bagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran guru. sementara itu, untuk pemerhatian lawatan bilik darjah, penyelidik memasuki bilik darjah bersama guru fizik dan mengambil tempat di belakang untuk memudahkan proses pemerhatian dan memastikan bahawa kehadiran penyelidik tidak mengganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan pelajar. Seterusnya, penyelidik mengisi borang pemerhatian lawatan bilik darjah berasaskan masa demi masa aktiviti berlangsung.
3.3.3 Temubual
Temubual diisytiharkan sebagai sesuatu perbualan yang bertujuan bagi memperolehi kontruksi yang berlaku sekarang tentang orang, kejadian, aktiviti, organisasi, perasaan, motivasi, pengiktirafan, kerisauan dan sebagainya (Lincoln & Guba, 1985). Pembinaan semula keadaan ini boleh diharapkan berlaku pada masa hadapan dan merupakan pengesahan, pemeriksaan, dan pembangunan maklumat atau
pembinaan, pembinaan semula, dan unjuran yang telah didapati sebelumnya. Temubual dijalankan ketika perspektif peserta bermakna dan secara langsung mempengaruhi kejayaan kajian. Temubual yang dijalankan boleh terfokus langsung kepada tema atau topik penyelidikan atau memberikan rumusan kausal (Yin, 2003). Temubual boleh menyediakan data yang tidak boleh diperolehi daripada pemerhatian langsung, memberikan latar belakang sejarah, dan memberikan kawalan penyelidik ke atas apa topik yang akan dieksplorasi lebih jauh (Creswell, 1994).
Bentuk temubual lebih terfokus kepada perbualan informal, tetapi masih membolehkan peringkat kebebasan penyelidik dalam mendapatkan maklumat daripada responden. Semasa temubual standard terbuka, petemubual bertanya soalan yang sama dalam urutan yang sama bagi setiap responden. Responden tidak menggunakan jawapan ya atau tidak tetapi menggunakan perkataan sendiri bagi menjelaskan jawapan mereka kepada soalan-soalan. Dalam kajian ini, temubual dijalankan selepas penyelidik mengumpulkan soal selidik item terbuka dari para responden. Temubual membantu penyelidik dalam menghuraikan beberapa masalah yang muncul dari soal selidik dan juga bagi menyemak dan triangulasi data. Oleh itu, temubual adalah cara yang sangat baik dalam mengakses persepsi guru fizik, makna pembelajaran berterusan, definisi situasi dan pembinaan realiti daripada proses pembelajaran berterusan (Punch, 2009).
Temubual boleh memuat beberapa bentuk. Pertama, temubual kajian kes bertaip terbuka, di mana penyelidik boleh bertanya kepada responden utama mengenai keterangan dari sesuatu peristiwa di samping pendapat mereka mengenai peristiwa yang ada. Kedua, temubual tertumpu, di mana temubual responden dijalankan dalam masa yang pendek misalnya satu jam. Oleh itu, dalam kes seperti ini temubual boleh tetap terbuka dan petemubual tidak perlu mengikuti siri soalan tertentu yang diturunkan daripada protokol kajian kes. Ketiga, temubual yang memerlukan soalan-soalan yang lebih berstruktur, selaras dengan kajian. Jenis ini mengikuti tatacara sampling mahupun instrumen yang digunakan dalam kajian pada umumnya, dan dianalisis dengan cara yang sama (Yin, 2003, 2008). Pakar lain pula menyebutkan tiga jenis temubual, iaitu temubual berstruktur, temubual separa berstruktur, dan temubual tidak berstruktur (Merriam, 1998; Patton, 2002). Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan temubual berstruktur di mana soalan-soalan
telah dirancang secara berstruktur yang selaras dengan kajian dan telah disusun semula mengikuti tatacara sampling mahupun instrumen berasaskan objektif dan persoalan kajian serta dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik.
3.3.3.1 Protokol temubual
Protokol temubual merupakan langkah-langkah yang penyelidik lakukan untuk mengutip data temubual. Adapun langkah-langkah yang dijalankan pada masa temubual ini dibagikan ke dalam empat fasa.
(i) Fasa pertama, penyelidik menentukan di mana dan dari sesiapa data
akan dikumpulkan. Aktiviti ini juga merangkumi penentuan bahan- bahan dan pengenalan responden yang dikehendaki dalam temubual. Para peserta temubual dibezakan kepada dua kumpulan iaitu peringkat bandar dan peringkat sekolah. Di peringkat bandar, temubual melibatkan orang-orang penting yang mempunyai peranan dalam pembelajaran guru di Makassar iaitu guru pelatih atau pendidik guru. Pada peringkat sekolah, responden temubual adalah pengetua dan guru fizik daripada sekolah yang di pilih.
(ii) Fasa kedua, merangkumi pengenalan ciri-ciri daripada responden.
Semakin elite responden, maka semakin penting bagi penyelidik untuk mengenal pasti maklumat lebih lanjut mengenai responden. Selain itu, penyelidik hendaklah menyiapkan urutan soalan, peranan, peringkat formaliti, dan pengesahan masa dan lokasi.
(iii) Fasa ketiga adalah gerakan permulaan, di mana penyelidik membuat semacam soalan pemanasan iaitu mengajukan soalan penerokaan kepada responden bagi memperolehi kesempatan dan mengalami dalam persekitaran yang santai tetapi mampu menyediakan maklumat berharga. Penyelidik berusaha untuk mengorganisasikan minda responden dengan mengajukan soalan secara am yang diperinci pada temubual seterusnya. Akhirnya, temubual diberikan selepas memberi