• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Bilik Darjah

Dalam dokumen PROSES PEMBELAJARAN BERTERUSAN DALAM PEN (Halaman 130-134)

Rajah 2.5 Reka Bentuk Pembelajaran Guru dalam Pembelajaran Berterusan

2.7 Impak Pembelajaran Berterusan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

2.7.2 Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Bilik Darjah

Untuk meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran berterusan beberapa cara boleh dijalankan, antaranya iaitu melakukan kajian, melaksanakan program latihan dalam perkhidmatan, memperkasakan MGMP, memperkasakan organisasi profesion, menilai kualiti pengajaran dan pembelajaran bilik darjah, pensijilan dan ujian kompetensi (Agung, 2008; Barros & Elia, 1998; Depdiknas, 2008; Suma, 2004; USAID, 2005). Selari dengan itu, King dan Newmann (2001) mengiktiraf bahawa untuk meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran, sehinggalah proses pembelajaran berterusan perlu mengendalikan tiga aspek daripada kapasiti sekolah, iaitu pengetahuan, kemahiran, dan kedudukan individu guru; komuniti profesional di kalangan kakitangan secara keseluruhan; dan kepaduan program di sekolah. Meskipun demikian, peningkatan kelayakan guru, latihan dalam perkhidmatan yang lebih luas, dan UU baru Kakitangan Awam (PNS) untuk pembangunan kerjaya guru, amnya tidak memberikan pengaruh yang signifikan kepada kualiti pengajaran dan pembelajaran akibat susunan birokrasi, di mana tidak menegaskan keutamaan tertinggi kepada kualiti pendidikan (Nielsen, 2003).

Keperluan akan program proses pembelajaran berterusan berterusan di bidang sains bagi guru di peringkat SMP adalah penting kerana ramai guru mempunyai salah faham atau pemahaman yang tidak lengkap mengenai konsep sains, sama ada mengenai proses ilmiah mahupun produk ilmiah. Para guru cenderung untuk menggunakan kaedah konvensional (ceramah dan perbincangan) tanpa adanya kaedah lain yang bersifat inkuiri. Walau bagaimanapun, untuk meningkatkan pencapaian pelajar, seorang guru perlu menggunakan model pembelajaran yang mencabar, kerana dipercayai boleh mengasah kemahiran teknikal dan kemahiran ilmiah daripada pelajar (Sumintono, 2010; Sumintono, Mohd Ali Ibrahim, & Phang, 2010).

Kajian yang dijalankan oleh Baharin Abu (2006) mengenai tahap kesediaan pedagogi guru pelatih Fakulti Pendidikan, UTM dalam latihan mengajar mendapati bahawa guru novis berhadapan dengan masalah besar dalam tahap kesediaan proses pengajaran dan pembelajaran. Baharin Abu (2006) menyatakan pengetahuan dan kemahiran mengajar guru novis yang berada pada tahap sederhana. Guru novis seringkali dikatakan menghadapi masalah dalam aspek pengajaran di bilik darjah. Aspek-aspek seperti penerapan nilai dan kemahiran berfikir tidak ditekankan dalam proses pengajaran. Oleh itu, guru sepatutnya menggunakan kemahiran berpusatkan pelajar dan sanggup mengajar subjek yang bukan bidang pengkhususan.

Ramai kalangan meragukan sejauh mana proses pembelajaran berterusan boleh memberikan impak kepada guru dan masa hadapan daripada amalan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Walaupun menurut Singh (2008) pelaksanaan proses pembelajaran berterusan guru bertujuan bagi memahami dan mencerminkan tugas guru di dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Malah, usaha meningkatkan pengetahuan, kemahiran, dan kedudukan guru merupakan satu tahap penting dalam meningkatkan pencapaian pelajar (King & Newmann, 2001). Kesedaran tentang pentingnya interaksi antara gaya pembelajaran dan gaya berfikir dapat membantu pihak sekolah dan guru menyediakan persekitaran dan kaedah mengajar yang lebih sesuai dengan kecenderungan pelajar (Baharin Abu et al., 2007). Selain itu, gaya pembelajaran dan gaya berfikir juga dapat membantu para pelajar mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri serta mampu mengecapi kecemerlangan dalam akademik mahupun kehidupan.

Namun, selepas berjaya membina perluasan rangkaian latihan dan standard pendekatan proses pembelajaran berterusan di Indonesia, pemerhatian menunjukkan bahawa ramai guru tidak menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang mereka perolehi ke dalam amalan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah (Thair & Treagust, 2003). Guru hanya mempunyai pengetahuan dan kemahiran tanpa pengimplementasian kepada amalan sebenar daripada pengajaran dan pembelajaran bilik darjah (Hendayana, 2007). Rendahnya kualiti pendidikan sains dan matematik di Indonesia mengikut laporan PISA dan TIMSS, disebabkan oleh rendahnya kualiti guru sains dan matematik itu sendiri (Hendayana, Asep, & Imansyah, 2010). Sementara itu, pengalaman mengajar guru tidak mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap pengetahuan dan keyakinan guru mengenai tujuan pengajaran dan pembelajaran sains bilik darjah (Sarkim, 2004). Beberapa kajian mendapati bahawa terdapat dua masalah utama guru di Indonesia iaitu amalan pengajaran dan pembelajaran masih berpusatkan guru dan penekanan kepada kaedah menghafal dalam bilik darjah (Sriyati, 2009; Sumintono, Mohd Ali Ibrahim, & Phang, 2010; Zulfikar, 2009). Akibatnya, amalan pengajaran dan pembelajaran sains bilik darjah masih jauh daripada yang diharapkan (Wahyudi & Treagust, 2004).

Seterusnya, pengetahuan dan kemahiran guru sains dalam hal penggunaan dan pemanfaatan peralatan makmal sangat diperlukan kerana aktiviti praktikum dalam pengajaran dan pembelajaran sains lebih berkesan berbanding dengan seluruh pendekatan didaktik tradisionil dan perbincangan (Sumintono, Mohd Ali Ibrahim, & Phang, 2010; Thair & Treagust, 1997, 1999; Wahyudi & Treagust, 2004). Thair dan Treagust (1997,1999) mencadangkan perlunya dipersoalkan keberkesanan daripada penyelenggaraan aktiviti praktikum sains di sekolah dan persetujuan mengenai matlamat yang tepat bagi membentangkan aktiviti ini. Pelbagai halangan di dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan makmal di Indonesia masa kini seperti peralatan makmal yang kurang lengkap, bilangan pelajar dalam satu bilik darjah terlalu ramai (40 sehingga 50 pelajar dalam satu bilik darjah), beban mengajar guru terlalu padat (24 jam pelajaran setiap minggu atau lebih), praktikum menghabiskan banyak masa manakala bilangan jam untuk sains terhad (untuk SMP, dua jam pelajaran atau 90 minit sahaja dalam satu minggu bagi bidang pengkhususan fizik atau biologi) (HDEAPR, 2010b; Sriyati, 2009). Perkara lainnya adalah mengenai penggunaan buku teks atau buku pelajaran, mengikut Adisendjaja dan

Romlah (2007) penggunaannya masih ada yang kurang tepat, sehingganya menyebabkan berlaku miskonsepsi kepada pelajar. Selain itu, pembelajaran guru tidak berasaskan kepada lesson plan (RPP) atau kurikulum, akan tetapi berdasarkan buku sumber atau acuan lain (Sriyati, 2009).

Akhir sekali, daripada pelbagai halangan ini sekali gus memberikan gambaran mengenai amalan pengajaran dan pembelajaran sains bilik darjah pada ketika ini di Indonesia. Penyelidik meletakkan jangkaan besar kepada keberkesanan pelaksanaan proses pembelajaran berterusan, sehinggalah guru memperolehi pengetahuan dan kemahiran sebenar bagi meningkatkan kualiti amalan pengajaran dan pembelajaran mereka, meningkatkan pencapaian pelajar, dan kualiti pendidikan secara amnya.

2.8 Rumusan

Dalam bab ini, penyelidik membincangkan proses pembelajaran berterusan dalam peningkatan kompetensi guru yang merangkumi aktiviti-aktiviti pembelajaran berterusan, maklum balas guru dalam proses pembelajaran berterusan, sokongan organisasi dan perubahan dalam proses pembelajaran berterusan, peningkatan kompetensi guru, dan impak proses pembelajaran berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Proses pembelajaran berterusan ditakrifkan sebagai satu proses yang berkaitan dengan pengetahuan, sikap dan kemahiran seseorang guru yang boleh menghasilkan perubahan tingkah laku, kebolehan, pandangan dan keadaan yang stabil, berlaku dan terhasil setelah guru itu melalui latihan, interaksi dan pengalaman persekitaran. Proses ini dijalankan secara berterusan sepanjang hayat dan meluasi pengalaman hidup supaya guru mengambil tanggungjawab dalam pelbagai peranan dan keadaan dengan yakin dan serta kreatif menghadapi segala cabaran terutamanya di dalam amalan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Dalam bab berikutnya, akan dibahas metodologi kajian.

BAB 3

Dalam dokumen PROSES PEMBELAJARAN BERTERUSAN DALAM PEN (Halaman 130-134)