• Tidak ada hasil yang ditemukan

Prinsip Pembelajaran Berterusan

Dalam dokumen PROSES PEMBELAJARAN BERTERUSAN DALAM PEN (Halaman 71-74)

TINJAUAN LITERATUR

2.2.3 Prinsip Pembelajaran Berterusan

Di dalam buku “Pedoman Pengurusan Pembangunan Profesional Berterusan di Indonesia” telah dihuraikan mengenai beberapa prinsip asas dalam pelaksanaan proses pembelajaran berterusan iaitu, (1) mempunyai pengaruh penting kepada kehidupan profesional; (2) proses pembelajaran berterusan harus menjadi bahagian daripada sekuens atau siklus aktiviti yang lebih panjang yang menghala kepada peningkatan kemahiran atau pengetahuan guru untuk mendorong pelajar mencapai tahap prestasi yang lebih tinggi; (3) proses pembelajaran berterusan harus membuat keluaran-keluaran yang spesifik yang diharapkan akan dicapai melalui aktiviti- aktiviti pembangunan profesional dalam peningkatan kepakaran guru, amalan bilik darjah, kemajuan pelajar, dan standard prestasi; (4) para pelaksana proses pembelajaran berterusan harus memilih, merancang, memerhati, dan menilai peluang-peluang proses pembelajaran berterusan dalam cara yang sistematik atau mengetahui sejauh mana keperluan-keperluan pembangunan telah dipenuhi; (5) proses pembelajaran berterusan mesti merangkumi prosedur pemerhatian bagi memastikan bahawa pemerolehan pengetahuan dan kemahiran telah berjaya dilaksanakan di dalam bilik darjah (Kemdiknas, 2010).

Mengikut Indrawati (2013) dan Kemdiknas (2010), rangka kerja proses pembelajaran berterusan harus memungkinkan: (1) guru, sekolah, institusi pengajian tinggi keguruan, dan para pemangku kepentingan untuk memastikan pertumbuhan profesional individual para guru di sepanjang kerjaya mereka; (2) guru, sekolah, institusi-institusi pendidikan guru, dan para pemangku kepentingan untuk merancang pembangunan profesional bagi tujuan-tujuan sekolah, organisasional, dan individual; (3) institusi-institusi pendidikan guru untuk merancang keperluan program-program pembangunan profesional yang sesuai dengan pertumbuhan profesional dan keperluan kerjaya para guru; (4) kerajaan untuk membuat polisi-polisi pendidikan berterusan bagi guru dan alokasi sumber untuk hal tersebut.

Proses pembelajaran berterusan yang baik tentunya akan menunjukkan ciri- ciri tertentu. Suwardi (2007) menyatakan beberapa ciri proses pembelajaran berterusan yang baik misalnya: (1) setiap aktiviti dalam proses pembelajaran berterusan merupakan bahagian daripada perancangan jangka panjang yang koheren yang memberi peluang kepada para guru untuk menerapkan apa yang telah mereka pelajari dalam amalan pengajaran mereka dan untuk membangunkan amalan mereka tersebut; (2) proses pembelajaran berterusan dirancang dengan visi yang jelas mengenai keberkesanan atau peningkatan amalan yang ingin dicapai. Visi ini dibahagi bersama di antara mereka yang menjalani proses pembangunan dan mereka yang memimpin atau menyokong proses pembangunan tersebut. Perancangan harus menujukkan secara jelas kepakaran, kefahaman, atau teknikal apa yang hendak ditingkatkan melalui aktiviti-aktiviti proses pembelajaran berterusan; (3) proses pembelajaran berterusan memungkinkan guru untuk membangunkan kemahiran, pengetahuan, dan pemahaman yang praktikal dan bersesuaian serta dapat diterapkan dalam peranan mereka masa kini dan masa hadapan; (4) proses pembelajaran berterusan harus disiapkan oleh orang yang berpengalaman, berkeakhlian, dan berkemahiran; (5) proses pembelajaran berterusan didasarkan pada bukti-bukti terbaik sedia ada mengenai amalan pengajaran; (6) proses pembelajaran berterusan mempertimbangkan pengetahuan dan pengalaman guru; (7) proses pembelajaran berterusan disokong oleh pembinaan atau mentoring oleh rakan sekerja yang berpengalaman sama ada dari dalam sekolah itu sendiri mahupun dari luar; (8) proses pembelajaran berterusan dapat menggunakan hasil pemerhatian bilik darjah sebagai asas pembangunan yang bertumpu kepada proses dan impak proses pembelajaran

berterusan; (9) proses pembelajaran berterusan merupakan pemodelan pembelajaran berkesan dan pemodelan strategi pembelajaran; (10) proses pembelajaran berterusan memunculkan secara berterusan rasa ingin tahu dan kemampuan menyelesaikan masalah dalam kehidupan sehari-hari di sekolah; (11) impak proses pembelajaran berterusan menghala kepada pembangunan aktiviti profesional secara berterusan.

Justeru itu, rancangan proses pembelajaran berterusan yang baik harus didorong oleh perhatian kepada tujuan dan prestasi pelajar. Proses pembelajaran berterusan yang baik dibangun berasaskan keterlibatan guru bagi mengenal pasti keperluan pembelajaran dan dalam membentuk peluang dan proses-proses pembelajaran berasaskan sekolah dengan menekankan pembelajaran yang melekat pada pekerjaan, bersifat kolaboratif dan pemecahan masalah. Aktiviti proses pembelajaran berterusan berlangsung secara berterusan berasaskan maklumat yang kaya dengan sumber maklumat yang beragam untuk menilai hasil, berasaskan pada pemahaman teoretik dan memanfaatkan kajian yang ada untuk membangun, menyokong, dan meningkatkan pembelajaran. Akhirnya, proses pembelajaran berterusan merupakan bahagian daripada proses perubahan komprehensif yang menghubungkan pembelajaran individual dan kolektif dengan isu-isu dan keperluan organisasi.

2.2.3.1 Prinsip-Prinsip Pembelajaran Dewasa

Prinsip pembelajaran memberi rujukan tentang cara pembelajaran di mana pertalian bermakna pembelajaran akan berlaku dengan berkesan jika pembelajaran itu berkait dengan pengalaman guru sebagai pembelajar dewasa. Sachs (2003) menyatakan paradigma baru pembelajaran profesional menyoroti pentingnya penglibatan guru dalam aktiviti pembelajaran melalui program pembelajaran berterusan. Namun, paradigma lama menekankan peranan guru dalam membina pengetahuan agar berkembang dengan baik melalui penyertaan dalam latihan dalam perkhidmatan guru. Tujuan pembelajaran guru dalam paradigma lama adalah untuk melengkapkan mereka dengan kandungan berasaskan pengetahuan yang mencukupi untuk mengajar. Di satu sisi yang lain, paradigma baru pembelajaran profesional

memerlukan para guru untuk terlibat dalam aktiviti pembelajaran yang sedang berlangsung bagi menguruskan cabaran baru yang dihasilkan dalam mengubah tuntutan budaya dan masyarakat (Sachs, 2003). Pembelajaran orang dewasa juga memberi tumpuan pada penglibatan pelajar berterusan dalam aktiviti pembelajaran yang berkenaan dengan konteks tempat kerja mereka masa kini dan tuntutan dalam masyarakat (Foley, 2004).

Beberapa konsep dan teori-teori yang menjelaskan bahawa pembelajaran orang dewasa dilihat sebagai suatu proses di mana orang dewasa melibatkan diri dalam perubahan jangka panjang yang relatif dalam domain sikap, pengetahuan, dan perilaku. Takrif ini merujuk kepada teori pembelajaran secara am yang merangkumi pelbagai teori belajar dalam prinsip-prinsip pembelajaran orang dewasa, merangkumi teori konstruktivisme peribadi Piaget dan konstruktivisme sosial Vygotsky, pembelajaran transformatif Mezirow, dan lain-lain (Fenwick & Tennant, 2004). Walaupun teori pembelajaran orang dewasa mempunyai hubungan dengan teori belajar yang berbeza, kajian ini diasaskan kepada teori Knowles (1990) dan Blackburn (2000).

Menurut Glickman, Gordon dan Ross-Gordon (2004), dalam setiap program perkembangan guru terdapat tiga tahap pembelajaran. Ini adalah tahap orientasi, tahap integrasi, dan tahap pemurnian. Aspek-aspek yang terdapat dalam ketiga-tiga tahap itu ditunjukkan dalam Jadual 2.1.

Dalam dokumen PROSES PEMBELAJARAN BERTERUSAN DALAM PEN (Halaman 71-74)