• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penglibatan Guru Fizik Dalam Aktiviti Penambahbaikan

Dalam dokumen PROSES PEMBELAJARAN BERTERUSAN DALAM PEN (Halaman 189-193)

Deskripsi Bilangan Peratus

Penglibatan dalam aktiviti penambahbaikan di sekolah

- Kerap 14 38.9

- Kadang-kadang 12 33.3

- Tidak pernah 10 27.8

- Sangat kerap - -

Jumlah 36 100

Jadual 4.8 menunjukkan taburan bilangan responden mengikut tahap penglibatan responden di dalam program pembangunan dan penambahbaikan di sekolah. Hasil analisis menunjukkan bahawa penglibatan responden di dalam program pembangunan dan penambahbaikan di sekolah adalah kerap dilakukan iaitu sebanyak 14 orang (38.9 peratus) responden menilainya pada tahap kerap untuk

terlibat. Sebanyak 12 orang (33.3 peratus) menilai penglibatan guru fizik dalam program pembangunan dan penambahbaikan pada tahap kadang-kadang. Sebanyak 10 orang (27.8 peratus) menilai tidak pernah terlibat di dalam program pembangunan dan penambahbaikan. Tidak ada responden (0 peratus) yang melabelkan pada tahap sangat kerap.

Berdasarkan huraian di atas menunjukkan 38.9 peratus guru fizik SMPN Makassar kerap dilibatkan dalam program pembangunan dan penambahbaikan di sekolah. Hal ini dilakukan kerana merupakan aktiviti yang sangat penting dan merupakan tanggungjawab bersama. Manakala 61.1 peratus guru kadang-kadang bahkan tidak pernah dilibatkan dalam program pembangunan dan penambahbaikan di sekolah. Bagaimana pun, segelintir responden percaya aktiviti ini dilalui kerana merupakan aktiviti yang sangat penting dan merupakan tanggungjawab bersama antara semua ahli organisasi di sekolah. Responden GF/Q-35 mengiktiraf aktiviti pembelajaran pembangunan dan penambahbaikan dilalui setiap awal tahun pelajaran di sekolah dengan bahan ajar mengenai program bidang pengajian, silibus, dan RPP. Di samping itu, responden GF/Q-27 menjelaskan contoh aktiviti sebagai kewujudan daripada keterlibatan guru adalah membuat soalan peperiksaan sekolah, merancangkan Kriteria Kelulusan Minima (KKM), Rancangan Pelaksanaan Pengajaran (RPP), silibus berkarakter, dan soalan pengkayaan bagi pelajar sebagai persiapan untuk mengikuti peperiksaan awam (UN).

Pengiktirafan daripada responden GF/Q-35 dan GF/Q-27 turut disokong oleh responden GF/Q-32. Beliau mengeluhkan rancangan KKM yang dibuat oleh pasukan rumpun mata pelajaran sains di sekolahnya. Katanya;

Di sekolah kami RPP, silabus, dan KKM ditentukan oleh MGMP sendiri berdasarkan Standard Kompetensi (SK) dan Kompetensi Asas (KD) yang sedia ada. Hanya yang menjadi halangan bagi kami guru mata pelajaran KKM yang ditentukan sekolah lebih tinggi daripada yang kita tentukan. Akibatnya dalam satu tahun pernah dua kali harus

mengganti KKM.

Pernyataan berbeza disampaikan oleh responden GF/Q-26. Beliau mengiktiraf bukti keterlibatan beliau dalam aktiviti pembangunan dan penambahbaikan di

sekolah kerana kurangnya kemampuan yang beliau punyai dalam pengoperasian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Responden GF/Q-26 berkata;

... kerana memiliki sedikit kemampuan dibidang ICT maka kerap saya dilibatkan dalam pembangunan ICT dalam pembelajaran, sama ada

dalam proses pengajaran dan pembelajaran mahupun penilaian.

Analisis mendapati tiga daripada 36 responden (8 peratus) responden percaya proses pembelajaran guru mengikut aktiviti pembangunan dan penambahbaikan merupakan aktiviti pembelajaran yang sangat penting bagi guru dan merupakan tanggungjawab bersama antara guru, pengetua, dan stakeholder sekolah. Responden GF/Q-19 misalnya berkata proses pembelajaran pembangunan dan penambahbaikan merupakan aktiviti pembelajaran guru yang bersifat analisis sehinggalah ini sangat penting. Tambahan pula, pentingnya aktiviti ini menjadikan pelaksanaannya mesti berselang seli (GF/Q-30). Menurut responden GF/Q-24 aktiviti pembelajaran pembangunan dan penambahbaikan sememangnya menjadi tanggungjawab bersama meskipun dalam organisasi sekolah telah dibentuk hal ehwal tertentu.

Akhir sekali, secara keseluruhannya penyelidik mendapati tiga perkara berkaitan dengan aktiviti pembelajaran pembangunan dan penambahbaikan iaitu (1) aktiviti ini dilalui guru apabila terbabit dalam struktur pengurusan dan pentadbiran di sekolah sebagai guru penolong kanan, ahli pasukan kurikulum dan ahli kumpulan bidang pengajian, (2) aktiviti dijalankan setiap awal tahun pelajaran membincangkan program kurikulum pengajaran, bidang pengajian, silibus, RPP dan program penilaian (membuat soalan peperiksaan sekolah, merancangkan KKM, dan analisis soalan persiapan UN), dan (3) aktiviti ini merupakan tanggungjawab bersama di antara guru, pengetua, dan stakeholder sekolah.

4.3.4 Aktiviti Pembelajaran Inkuiri

Analisis temu bual mendapati majoriti responden bersetuju aktiviti pembelajaran inkuiri merupakan aktiviti pembelajaran yang dilalui guru dengan cara melaksanakan penyelidikan mengenai sesuatu isu yang berhubungkait dengan

pengajaran dan pembelajaran dan boleh dijalankan sama ada secara kumpulan mahupun bersendirian. Hal ini dilalui oleh kerana guru boleh membangun strategi dan idea baru dalam pengajaran dan pembelajaran, seandainya mereka diberi peluang mengajukan soalan serta menjawap soalan berkenaan berasaskan kutipan data yang mereka perolehi di dalam bilik darjah. Selain aktiviti kajian tindakan, aktiviti pembelajaran inkuri boleh dalam bentuk ABM dan LKS yang direka sendiri oleh guru fizik untuk digunapakai dalam pengajaran dan pembelajaran sebenar. Seperti dinyatakan oleh responden GF/I-06 satu aktiviti pembelajaran yang beliau lalui adalah merancang LKS di mana rujukan diperolehi daripada pelbagai sumber atau menerusi laman internet.

Berdasarkan analisis dokumen penyelidik mengenai LKS yang direka oleh responden GF/I-06 untuk topik bahan ajar mata dan peralatan optik terbilang sangat mudah, terdiri daripada empat muka surat berisikan rajah daripada mata dan bahagian mata, kamera, mikroskop, LUP, dan teleskop. Sumber rujukan terutamanya rajah yang digunakan bersumber daripada penelusuran laman internet. Selain itu, responden GF/I-08 mengiktiraf aktiviti pembelajaran yang beliau lalui adalah merancang dan membuat kajian tindakan. Pernyataan responden GF/I-06 dan GF/I- 08 turut dikongsi oleh GF/Q-17, GF/Q-22, dan GF/Q-29, aktiviti yang dilalui guru dalam peningkatan kemahiran iaitu menjalankan kajian dalam bentuk kajian tindakan, kajian kes, kajian kritikal, jurnal, dan lainnya. Walau bagaimanapun, berdasarkan analisis dokumen penyelidik mengenai kajian tindakan, sebahagian kerja guru ini masih dalam bentuk proposal, manakala segelintir guru telah sampai kepada tahap penyelesaian laporan kajian. Pelaksanaan aktiviti kajian tindakan yang dilalui guru masih bersifat mudah sahaja, bagi mengenal pasti masalah-masalah yang dialami pelajar di dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Namun, segala proses ini melibatkan inisiatif yang tinggi kepada individu seseorang guru yang terbabit. Di samping itu, bergantung pula dengan kompleksiti daripada masalah yang akan dikaji serta penggunaan masa yang banyak bagi menjayakan aktiviti pembelajaran kajian tindakan.

Dalam kajian ini, aktiviti pembelajaran kajian tindakan ditakrifkan sebagai aktiviti pembelajaran yang dilalui guru dengan melaksanakan penyelidikan sederhana terhadap masalah-masalah yang dialami dalam pengajaran dan

pembelajaran atau masalah-masalah mengenai pencapaian pelajar. Analisis temu bual mendapati semua responden temu bual (9 daripada 9 responden atau 100 peratus) guru fizik bersetuju model kajian tindakan merupakan model pembelajaran yang kerap dilalui. Jadual 4.9 menunjukkan tahap kekerapan responden menjalankan kajian tindakan didapati terdapat sesetengah responden soal selidik (18 daripada 36 responden atau 50 peratus) kerap menjalankan aktiviti pembelajaran kajian tindakan sebanyak satu kali dalam tempoh masa tiga tahun terakhir. Terdapat segelintir responden (14 daripada 36 responden atau 39 peratus) menjalankan aktiviti pembelajaran kajian tindakan sebanyak dua sehingga tiga kali dalam tempoh masa tiga tahun terakhir. Tambahan pula, terdapat segelintir responden (tiga daripada 36 responden atau lapan peratus) menjalankan aktiviti pembelajaran kajian tindakan sebanyak lebih daripada tiga kali dalam tempoh masa tiga tahun terakhir. Malah, seorang responden mengiktiraf tidak pernah menjalankan aktiviti pembelajaran kajian tindakan.

Dalam dokumen PROSES PEMBELAJARAN BERTERUSAN DALAM PEN (Halaman 189-193)