• Tidak ada hasil yang ditemukan

Alam Keliling Mereka

Dalam dokumen Cerita Penglipur Lara (Halaman 50-56)

C E R I T A asal usul yang menjadi salah satu jenis sastera rakyat, bukan sahaja membuktikan masyarakat Melayu masa lalu peka terhadap alam keliling mereka tetapi juga menunjukkan pengaruh itu menjadi satu kepercayaan mereka pula. Cerita asal usul itu dikatakan bermula daripada cerita benar. Asal usul satu-satu tem-pat misalnya, mendatem-pat nama daripada sesuatu peristiwa yang ter-jadi.

Cerita-cerita sedemikian bukan sahaja disampaikan secara lisan bahkan terdapat dalam bentuk manuskrip lama yang ditulis misalnya Hikayat Raja-raja Pasai. Pulau Sumatera umpamanya mendapat nama daripada semut besar yang kemudiannya disebut Samudera dan akhirnya disebut Sumatera hingga sekarang.

Begitu juga dengan nama Padang Gelang-gelang yang berasal daripada nama cacing yang direbus oleh Merah Silu yang menjadi emas. Dalam cerita asal usul itu, dikatakan Merah Silu menahan lukah di sebuah anak sungai atau aliran air. Pada setiap kali dilihat atau diangkatnya lukah, di dalamnya bukanlah ikan tetapi dipe-nuhi oleh cacing gelang. Merah Silu membuang cacing tersebut. Bagaimanapun, pada esok harinya cacing gelang tetap memenuhi lukahnya.

A k h i r n y a pada satu hari yang lain, M e r a h Silu merebus cacing gelang yang masuk ke dalam lukahnya itu. Apabila direbus sahaja, cacing tersebut telah bertukar menjadi emas dan Merah Silu menjadi senang-lenang dengan emas yang diperolehinya itu. Merah Silu di Sumatera merupakan raja yang pertama menganut agama Islam dengan menukar namanya menjadi Sultan M a l i k al-Salleh.

CERITA ASAL U S U L BUKTI K E P E K A A N MASYARAKAT M E L A Y U Cerita asal usul dipercayai merupakan cerita rakyat yang ter-tua. Daripada kajian yang dilakukan, cerita ini menerangkan ten-tang kejadian sesuatu perkara sama ada nama tempat, perihal sesuatu binatang, tumbuh-tumbuhan, gunung-ganang dan sebagai-nya. Satu hal yang menarik ialah perkara ini amat mempengaruhi kehidupan masyarakat Melayu itu sendiri.

Pada satu peringkat pula, cerita-cerita yang sedemikian ini menjadi satu mitos dalam masyarakat Melayu. Seorang sarjana, Liaw Yock Fang, yang mengkaji cerita-cerita ini menyatakan bahawa cerita jenis ini boleh digolongkan dalam cerita-cerita mitos. Beliau memberi alasan bahawa pada mulanya cerita ini mungkin dianggap sebagai cerita benar hingga akhirnya ia men-jadi satu kepercayaan.

Bagaimanapun menurutnya, kepercayaan tersebut tidak dapat dibuktikan. Pada waktu itu, soal lojik tidak termasuk dalam flkir-an masyarakat, namun mereka menerimflkir-anya bulat-bulat. Hal ini terjadi disebabkan kemungkinan pengaruh yang ada di kalangan orang tertentu seperti penglipur lara, bomoh, pawang dan sebagai-nya. M e r e k a tidak pernah mempersoalkan tentang asal usul yang terjadi itu. M e r e k a menerima malah mempercayainya dengan mudah. H a l yang sedemikian ini juga adalah disebabkan keperca-yaan atau anutan animisme itu begitu tebal di kalangan masyara-kat pada waktu itu.

Kajian awal yang dilakukan oleh William Skeat (1953) dan W.E. Maxwell mendapati bahasa yang digunakan dalam sastera rakyat asal usul ini ialah bahasa setempat Dialek digunakan di tempat cerita tersebut terjadi. Oleh itu, cerita-cerita tersebut sesuai diperdengarkan kepada orang bawahan. Akhirnya cerita-cerita rakyat seperti ini ditulis oleh beberapa orang pengumpul dan penulis dan hasilnya diterbitkan.

Dato' Zakaria Hitam telah membuat kajian tentang cerita asal usul nama tempat yang terdapat di Pahang. Menurut beliau, terda-pat lapan punca asal usul nama satu-satu temterda-pat. Beliau berjaya mendapatkan cerita asal usul itu dari setiap daerah di negeri ter-sebut.

Menurut kajian beliau, punca asal usul nama tempat itu ialah: (i) Berpunca daripada kejadian alam

Di negeri Pahang, terdapat banyak tempat yang dikatakan berasal daripada kelebur iaitu tanah berlumpur kerana hujan yang

PROSA WARISAN

luar biasa lebatnya. Tempat-tempat tersebut kemudiannya menjadi danau atau tasik yang keeil. Menurut cerita asal usul ini, kejadian yang sedemikian itu berlaku kerana ada sesuatu perbuatan luar biasa yang dilakukan oleh penduduk setempat.

Salah satu daripada ceritanya ialah bagaimana sekumpulan kanak-kanak dalam sebuah kampung bermain-main menyanding-kan seekor kucing dengan seekor kera jinak. Peristiwa tersebut dikatakan menyebabkan turunnya ribut hingga rumah-rumah di kawasan tersebut ditelan bumi. Tempat tersebut kemudiannya dinamakan Danau Kelebur. Tempat tersebut terletak di tengah-tengah perjalanan antara Kampung D o n g ke Benta di daerah Raub. Penduduk di kawasan itu masih lagi menceritakan cerita tersebut kepada anak-anak mereka supaya mereka tidak melaku-kan sesuatu perbuatan yang luar biasa.

Cerita-cerita yang berasaskan kejadian tersebut dikatakan banyak berlaku di tempat-tempat lain juga. Peristiwa yang serupa itu boleh dikesan, antaranya di Jerantut iaitu Kelebur Gintung; di Kuantan, Kelebur Pak Sisin; di Kuala Lipis, Tualang Sekin; di Pekan, Tasik Cini; dan di Temerloh, iaitu Lubuk Kuing di Kuala Bera.

Semua tempat tersebut mempunyai cerita asal usul yang ter-sendiri dan menarik.

(ii) Nama-nama tempat yang berasal daripada bekas-bekas tinggal-an ortinggal-ang Siam —

Terdapat banyak tempat di Pahang yang namanya menyebut perkataan 'Siam'. Antaranya termasuklah Parit Siam, Tambak Siam, Lombong Siam, Kolam Siam, Bukit Siam dan Gedung Siam. A s a l u s u l nama tempat-tempat ini dikatakan ada kaitan dengan pemerintahan Siam di Pahang yang dikatakan berlaku pada sekitar akhir abad ke-14 hingga pertengahan abad ke-15. Di tempat-tempat tersebut masih terdapat tanda-tanda yang disebut-kan itu seperti kolam, parit, lombong dan sebagainya, walaupun terdapat sebahagian daripada tanda-tanda yang melalui proses hakisan.

(iii) Berasal daripada teguran Gedembai

Dongeng Sang Gedembai amat popular di Pahang. Sang Gedembai ialah sekeluarga gergasi yang terdiri daripada seorang bapa, ibu dan seorang anak. Bapanya bernama Sang, ibunya

ber-CERITA ASAL U S U L BUKTI K E P E K A A N MASYARAKAT M E L A Y U nama Gedem dan anaknya bernama Bai. Satu keistimewaan ger-gasi ini ialah mereka tidak boleh menegur sebarang kehidupan yang bernyawa. Jika ditegur sahaja nescaya yang ditegur itu akan bertukar menjadi batu.

Banyak tempat di negeri Pahang yang dinamakan berasal daripada teguran Sang Gedembai ini. Ramai pula yang percaya bahawa cerita tersebut benar-benar terjadi kerana ada kesan-kesan atau bukti yang dapat ditemui. A d a batu yang menyerupai katak lalu tempat itu dinamakan Batu Katak. A d a batu menyerupai gajah lalu tempat itu dinamakan Batu Gajah dan sebagainya.

Semua tempat itu dikatakan mempunyai cerita asal usul nama yang benar. Beberapa ekor gajah yang sedang menyeberang Sungai Pahang lalu ditegur oleh Sang Gedembai dan gajah-gajah itu bertukar menjadi batu. Antara nama tempat tersebut ialah Lubuk Kelembai, Batu Sawar, Batu Caping, Batu Burung, Batu Jerang Belanga, Batu Bor, Batu Kawah, Batu Karai dan sebagai-nya. Semua benda tersebut dikatakan ditegur oleh Sang Gedembai yang bisa mulutnya itu lalu bertukar menjadi batu.

(iv) Nama tempat yang berasal daripada cerita naga

Nama tempat yang berasal daripada kisah naga ini ialah Pulau Tioman. Pulau yang gagah di tengah lautan itu dikatakan berasal daripada seekor naga. Oleh sebab melanggar pantang, naga itu tidak meneruskan perjalanannya lantas menjadi batu di tengah lautan tersebut. Di pulau itu terdapat dua buah kemuncak gunung batu yang terkenal dengan nama Nenek Si Mukut. Ramai orang percaya bahawa gunung batu yang tajam bentuknya itu adalah cula atau tanduk naga yang menjadi batu itu.

(v) Asal usul nama tempat berpunca daripada cerita anak derhaka

Cerita yang sedemikian ini tidak semestinya mengambil nama daripada watak-watak dalam cerita tersebut tetapi di tempat terse-but dikatakan berlakunya peristiwa itu. Tempat-tempat itu antara-nya termasuklah Kuala Bera, Bukit Caras, Pulau Tetagan dan Pulau Galong. Perjalanan ceritanya serupa iaitu tentang seorang anak miskin yang merantau dan kemudian menjadi kaya-raya. Apa-bila balik ke tempat sendiri, dia menjadi sombong dan lupa asal usulnya lalu tidak mengakui ibu bapanya. Sebagai balasan, anak tersebut ditimpa bencana yang dahsyat.

PROSA WAPJSAN

(vi) Nama tempat yang berasal daripada tumbuk-tumbuhan Kisah negeri Melaka mendapat namanya, merupakan satu contoh. Menurut cerita, M e l a k a berasal daripada nama pokok yang disandar oleh Parameswara ketika berehat setelah penat ber-buru.

(vii) Nama-nama tempat yang sama penggunaan perkataan avial-nya

Banyak nama tempat yang dimulai dengan nama atau perka-taan tanjung, sungai, paya, lubuk, pulau, pamah, teluk, gunung, permatang dan sebagainya. Setiap tempat tersebut mempunyai cerita asal usul yang menyebabkan tempat itu dinamakan sedemi-kian.

(viii) Nama-nama tempat yang bertukar nama baharu

Di negeri Pahang, hal ini terjadi mungkin disebabkan ada cerita atau peristiwa baharu yang timbul lalu nama tempat terse-but ditukar kepada nama yang baharu berdasarkan peristiwa itu. Satu ketika dahulu, nama asal Mentakab ialah Pasir Rawa, nama asal Bentong ialah Bapong dan nama asal Pulau Tawar ialah Gelombang Tujuh.

Selain itu, ada juga nama tempat yang berasal daripada nama binatang, misalnya, nama asal Singapura ialah Temasik. Ketika Sang Nila Utama dari Bentan belayar menuju ke pulau tersebut, baginda melihat sebuah pantai yang bersih dan berkilat pasirnya. Baginda singgah untuk berburu bersama-sama pengiringnya. Sewaktu mengejar seekor rusa yang telah dilembing, baginda ber-temu dengan seekor binatang yang tersangat hebat rupanya. Baginda telah bertanya kepada pengiring baginda akan nama bina-tang tersebut. Pengiring baginda menjawab, binabina-tang itu ialah se-ekor singa. Mendengarkan jawapan demikian, Sang Nila Utama kemudiannya menamakan tempat itu 'Singapura'. Perkataan 'si-nga' ialah nama binatang hebat yang telah baginda temui mana-kala perkataan 'pura' pula bererti pekan.

Terdapat juga cerita asal usul yang ada hubungan dengan perkara-perkara lain, misalnya tentang puyuh yang tidak berekor, sebab-sebab burung pucung kurus atau bagaimana beruang pen-dek ekornya. Hal-hal tersebut semuanya terjadi dikaitkan dengan cerita-cerita tertentu.

CERITA ASAL U S U L BUKTI K E P E K A A N MASYARAKAT MELAYU zaman masyarakat pegangan animisme orang Melayu begitu kuat, dikatakan orang yang mengetahui tentang sesuatu asal usul menyebabkan orang tersebut dapat mengawal atau menjadi tuan kepada perkara berkenaan. Bomoh atau pawang misalnya mempu-nyai kelebihan ini. Contohnya, jika mengetahui asal usul harimau, dia akan dapat menguasai harimau dan boleh mengarah harimau tersebut.

Bolehlah disimpulkan bahawa cerita asal usul mempunyai hubungan dengan peristiwa yang terjadi. Pada masa yang lalu, kejadian itu dianggap benar malah menjadi satu kepercayaan pula dalam masyarakat Melayu pada waktu itu.

Cerita Binatang: Menjadi Contoh dan

Dalam dokumen Cerita Penglipur Lara (Halaman 50-56)