• Tidak ada hasil yang ditemukan

Cerita-cerita Jenaka Pengaruh Arab dan Farsi

Dalam dokumen Cerita Penglipur Lara (Halaman 68-72)

S A S T E R A rakyat bukan sahaja sangat terkenal di kalangan masya-rakat M e l a y u tetapi juga terdapat dalam masyamasya-rakat bangsa-bangsa lain di dunia. Dalam hal ini terdapat satu perkara yang menarik iaitu adanya cerita-cerita yang sama motimya antara satu bangsa dengan satu bangsa yang lain itu.

Cerita-cerita jenaka juga tidak terkecuali dalam persamaan ini. Cerita "Pak Pandir" misalnya terdapat juga dalam masyarakat Batak di Sumatera, Sunda dan Jawa. Cerita Pak Belalang pula sangat terkenal dalam masyarakat Aceh. Cerita ini juga terdapat dalam masyarakat orang M o n di Indo-China, Filipina dan Sri Lan-ka.

Sebagaimana yang telah dinyatakan, selain mempunyai cerita-cerita yang berasal daripada masyarakat itu sendiri, cerita-cerita-cerita-cerita jenaka juga mempunyai pengaruh luar seperti Arab dan Farsi. Ini dapat ditentukan setelah masyarakat Melayu menerima agama Islam- Cerita-cerita sedemikian bukan sahaja berkembang melalui tulisan Jawi malah berkemungkinan disebabkan adanya perkah-winan campur antara orang Arab dengan orang tempatan.

Salah satu daripada cerita jenaka yang mempunyai pengaruh ini ialah cerita "Musang Berjanggut". Walaupun cerita ini mempu-nyai pengaruh luar tetapi tetap tidak mengurangkan nilai moral yang terdapat dalam cerita. Di samping itu, ciri-ciri kejenakaannya tetap terserlah kesan daripada peristiwa serta akal-akal watak dalam cerita tersebut.

M e l a l u i cerita "Musang Berjanggut", beberapa nilai moral yang baik boleh didapati untuk dijadikan pengajaran. Antara nilai tersebut ialah:

CERITA-CERITA J E N A K A PENGARUH ARAB DAN FARSI (a) Sebagai insan yang dijadikan oleh Allah, manusia

mem-punyai akal flkiran untuk digunakan sebaik-baiknya dalam keadaan susah mahupun senang.

(b) Manusia mesti mengingati Tuhan pada setiap masa. (c) Manusia perlu hormat serta patuh kepada kedua-dua ibu

bapa sebagaimana yang dituntut dalam Islam. (d) Jika mahu dihormati, seseorang itu mesti menghormati

orang lain.

(e) Orang yang baik itu ialah orang yang bercakap benar. (f) Apabila menghadapi masalah, seseorang itu tidak

semes-tinya cepat berputus asa.

(g) Manusia mesti teguh pada cita-cita dan berusaha serta mempunyai keyakinan diri.

(h) Merendah diri tidak semestinya menjadikan seseorang itu hina.

Demikian antara nilai murni yang dapat digarap dalam cerita "Musang Berjanggut". Nilai ini dapat dilihat daripada beberapa peristiwa yang terdapat dalam cerita tersebut.

C e r i t a " M u s a n g Berjanggut" m e n g i s a h k a n bagaimana seorang anak muda yang menjadi anak angkat kepada seorang raja disuruh berkahwin dengan mana-mana gadis pilihannya di negeri itu. Namun demikian, anak muda yang bernama Kamalul Arifln itu tidak mahu mengahwini mana-mana gadis dalam negeri itu kerana menurutnya mereka bukan 'perempuan'.

Penolakan Kamalul Arifin menimbulkan kemarahan raja yang menjadi bapa angkatnya itu. Anak muda itu disuruh mencari iste-rinya sendiri di mana-mana juga dalam tempoh tertentu. Jika tidak menemui gadis sebagaimana yang dimaksudkannya, dia akan dihukum bunuh. Kamalul Arifln dibekalkan dengan wang emas sebanyak tiga ribu dinar.

Dalam berpergian untuk mencari bakal isterinya itu, Kamalul Arifin membawa bersama-samanya beras yang sudah bercampur dengan garam, kacang dan sebagainya lagi. Padanya, sesiapa sahaja gadis yang dapat memisahkan barang-barang tersebut kepada jenisnya itu, gadis itulah yang akan dijadikannya isteri.

Sebelum pergi Kamalul Arifin menemui ibu bapanya terlebih dahulu. Kamalul Arifin mencium tangan kedua-dua ibu bapanya memohon izin untuk memulakan perjalanan. Dia juga memohon restu raja yang menjadi bapa angkatnya.

PROSA WARISAN

Di mana-mana anak muda ini berhenti dia tidak lupa kepada Tuhan. D i a akan bersembahyang apabila sampai waktu. Di mana-mana bermalam dia akan meminta izin daripada tuan rumah di kampung-kampung yang disinggahinya untuk bersembahyang maghrib.

Ketika berhenti di rumah-rumah yang disinggahinya itulah Kamalul Arifln memohon supaya anak gadis di rumah tersebut memasak barang-barang yang dibawanya. Namun di rnana sahaja dia berhenti atau singgah, seorang anak gadis pun tidak tahu bagaimana hendak memisahkan barang-barang yang bercampur yang dibawa oleh Kamalul Arifin itu. Apabila menghadapi hidang-an yhidang-ang disajikhidang-an untuknya oleh tuhidang-an rumah, didapatinya beras bercampur yang dibawanya itu tidak dimasak. Sebaliknya, beras tersebut dikembalikan kepadanya.

Sebelum meninggalkan rumah tersebut selalunya Kamalul Arifin meninggalkan wang sebanyak sepuluh dinar emas. Dia juga bercakap dengan sopan kepada setiap tuan rumah yang dising-gahinya itu.

A k h i r n y a Kamalul Arifin tiba di sebuah rumah yang mempu-nyai seorang anak gadis bernama Dang Arif Laksana. Dang Arif Laksanalah yang pandai memisahkan barang-barang yang dibawa oleh Kamalul Arifin itu. Bahan-bahan itu dimasaknya mengikut kesesuaiannya. Dang Arif Laksana memisahkan beras yang ber-campur dengan kacang, garam dan sebagainya itu dengan meng-gunakan nyiru. M a k a Dang A r i f Laksanalah yang menjadi isteri kepada Kamalul Arifin. Demikianlah kita melihat beberapa nilai yang murni melalui kisah ini.

A p a pula hubungannya dengan kejenakaan?

M e m a n g terdapat aksi-aksi yang lucu dalam cerita itu. Walau-pun lucu, aksi tersebut tetap menjadi bahan untuk difikirkan dan mempunyai falsafah yang mendalam di sebaliknya. Antara peris-tiwa yang lucu tersebut ialah:

(a) Di mana-mana Kamalul Arifin singgah, dia sentiasa ber-tanyakan rumah yang tiada berdapur. Maksudnya ialah masjid.

(b) Beras yang diberinya itu dicampur dengan kacang, garam, gula, anak-anak ikan yang halus dan rempah-rempah.

(c) Kamalul Arifin mengatakan di negeri bapa angkatnya itu tidak ada 'perempuan' untuk dikahwininya.

CERITA-CERrTA J E N A K A PENGARUH ARAB DAN FARSI (d) Ketika lalu di sebuah rimba, Kamalul Arifin

mengem-bangkan payung yang dibawanya.

(e) Ketika melalui selut lumpur pula Kamalul Arifin mema-kai kasut yang besar yang berbunyi ketika mengharung lumpur tersebut.

(f) Ketika berada di tengah-tengah padang pula, Kamalul Arifin menguncupkan payungnya.

Kelakuan Kamalul Arifin itu sangatlah menghairankan paman yang ditemuinya di sebuah negeri yang lain. Di rumah paman itu-lah akhirnya Kamalul Arifin bertemu dengan Dang Arif Laksana. Dang Arif Laksana juga memberi tafsiran terhadap kelakuan Kamalul Arifin yang pelik pada pandangan ayahnya itu. Menurut-nya, berpayung di dalam rimba adalah untuk keselamatan dari-pada ditimpa ranting yang jatuh dan sebagainya. Melalui tanah berlumpur pula mesti berkasut kerana terdapat benda-benda yang berbahaya di dalam lumpur tersebut yang tidak kelihatan pada mata.

Nilai murni yang terdapat dalam cerita "Musang Berjanggut" ini dapat dilihat dengan jelas. Kita juga dapat mengenal apakah peristiwa jenaka yang terdapat dalam cerita ini melalui peristiwa yang dipaparkan, terutama apabila membaca aksi watak-wataknya. Cerita "Musang Berjanggut" yang berasal dari Farsi ini adalah salah sebuah cerita jenaka yang tinggi nilainya.

Cerita-cerita pengaruh luar ini selalunya mempamerkan kecerdikan dan kepintaran watak-wataknya. Cerita-cerita ini juga memberi tempat istimewa kepada watak wanita dengan memperli-hatkan kebijaksanaannya. Kebodohan serta tipu helah yang diguna-kan pula adalah untuk melepasdiguna-kan diri. Cerita-cerita tersebut selalu memberi kiasan atau tamparan kepada golongan atasan terutamanya pembesar negeri supaya tidak bertindak mengikut hawa nafsu.

Sebagai kesimpulan, dapat dilihat bahawa cerita-cerita jenaka mempunyai unsur pendidikan yang diselitkan dalam kejenakaan watak serta peristiwa yang berlaku dalam cerita tersebut.

Kesimpulan tentang Cerita

Dalam dokumen Cerita Penglipur Lara (Halaman 68-72)