• Tidak ada hasil yang ditemukan

Datuk Bahaman

Dalam dokumen Cerita Penglipur Lara (Halaman 145-148)

D A T U K B A H A M A N ialah salah seorang pahlawan Pahang yang terkenal kerana sikapnya yang sangat benci terhadap Inggeris. Pahlawan Pahang ini telah dapat mengesan kedatangan Inggeris ke negeri Pahang adalah untuk menjajah negeri tersebut. Ini membuat Datuk Bahaman dan sahabat-sahabatnya menjalankan usaha menghalang hasrat dan dakyah pihak Inggeris.

Datuk Bahaman pandai bersilat dan bermain senjata. D i a mengajar anak buahnya bersilat dan bermain senjata. Selain itu, Datuk Bahaman juga arif dengan ilmu agama Islam. Pahlawan ini tahu bahawa mempertahankan tanah air, bangsa dan agama meru-pakan satu tugas murni yang dituntut.

Datuk Bahaman sangat akrab dengan Wan Ahmad yang men-jadi bendahara Pahang dan akhirnya menmen-jadi Sultan Pahang yang pertama. Mereka berkawan rapat sejak dari kecil lagi. Sewaktu Datuk Bendahara Seri Maharaja T u n A l i akan menghembuskan nafasnya yang terakhir, bendahara Pahang itu memanggil anaknya Wan Ahmad dan Bahaman supaya menghampirinya. Kemudian bendahara itu menyuruh kedua-duanya membuka mulut masing-masing.

Datuk Bendahara Seri Maharaja T u n A l i meludah ke dalam mulut Wan Ahmad. Kemudian bendahara itu juga meludah ke dalam mulut Bahaman sambil berkata, "Kamu berdua jangan ber-cerai."

Datuk Bendahara Seri Maharaja T u n A l i sudah dapat memba-yangkan bahawa pada suatu ketika nanti, Wan Ahmad dan Baha-man akan menjadi orang penting di negeri Pahang. Oleh itu,

PROSA WARISAN

kedua-duanya perlu bermuafakat antara satu sama lain. Ternyatalah pandangan halus bendahara Pahang itu benar. Sewaktu Wan Ahmad menjadi bendahara Pahang dan akhirnya menjadi sultan, Bahaman telah dianugerahi gelaran Datuk Baha-man Orang Kaya SeBaha-mantan. Datuk BahaBaha-man memegang kawasan Semantan sebagai kawasannya. Di kawasan inilah, Datuk Baha-man banyak menunjukkan sikap tidak suka akan Inggeris.

Datuk Bahaman menjadikan Sungai Semantan tempat peng-ikutnya berlatih. Anak-anak muda di kawasan itu diajarnya bersi-lat dan bermain senjata. Pada setiap petang, mereka dibersi-latih melompat Sungai Semantan dari seberang sini ke seberang sana. Demikianlah hebatnya Datuk Bahaman dan anak-anak muda di kawasan Semantan pada waktu itu.

Jika pergi berburu rusa, mereka tidak pergi beramai-ramai. M e r e k a pergi dua tiga orang sahaja membawa lembing. Dua tiga orang itu sudah cukup untuk mengepung seekor rusa dan kemu-dian menangkapnya. Daging rusa itu dibahagi-bahagikan kepada penduduk di tempat mereka untuk dimakan bersama-sama.

Pada suatu hari, pihak Inggeris telah menghantar beberapa orang mata-mata Sikh untuk menangkap Datuk Bahaman yang mulai menentang Inggeris. Pasukan Inggeris itu menggunakan perahu mudik Sungai Semantan. H a l itu diketahui oleh Datuk Bahaman dan pengikut-pengikutnya.

Datuk Bahaman dan pengikut-pengikutnya itu menanti ketibaan pasukan Inggeris tersebut di tebing Sungai Semantan. M e r e k a merentang tali yang panjang di Sungai Semantan itu. Hujung tali itu diikatkan pada sebatang pokok di seberang sana manakala hujung di sebelah sini dipegang oleh beberapa orang anak muda yang kuat dan berani hatinya.

Apabila sahaja perahu pasukan Inggeris yang dianggotai oleh mata-mata Sikh itu tiba, anak-anak muda yang memegang hujung tali di sebelah sini itu menarik tab' tersebut. Perahu yang berada di atas tali itu pun karam. Mata-mata Sikh itu terpaksa berenang menyelamatkan diri. M e r e k a terpaksa menyerah kalah dan ada yang menjadi tawanan kepada orang Datuk Bahaman.

Dendam Inggeris terhadap Datuk Bahaman tidak berhenti begitu sahaja. M e r e k a sentiasa memburu Datuk Bahaman ke mana sahaja pahlawan Pahang itu pergi. Akhirnya, Datuk Baha-man terpaksa meninggalkan Pahang. Dia lari ke Kelantan dan

D A T U K B A H A M A N

akhirnya ke selatan Siam melalui hutan dan anak sungai di hulu Pahang.

Apabila tiba di selatan Siam, Datuk Bahaman dikatakan meninggal dunia tetapi ramai orang yang berada di upacara penge-bumian pahlawan Pahang itu melihat orang mengebumikan batang pisang. Kematian Datuk Bahaman hanya sebagai helah supaya pihak Inggeris tidak lagi memandang serong terhadap orang Melayu.

Datuk Bahaman dan pengikut-pengikutnya telah diselamat-kan oleh Sultan Kelantan pada waktu itu. Di selatan Siam, Datuk Bahaman dan pengikutaya telah disembunyikan oleh penduduk Islam di kawasan itu. Penduduk di kawasan tersebut serta orang Kelantan sangat benci kepada Inggeris yang hendak menjajah negara ini. Datuk Bahaman dan pengikutnya hidup menyamar sebagai orang biasa dari semasa ke semasa. Pihak Inggeris menganggap pahlawan Pahang dan pengikutnya itu semuanya sudah mati.

A k h i r n y a sekitar tahun 1970-an, Datuk Bahaman dikatakan keluar daripada penyamarannya dalam usianya yang tua. D i a menggelarkan dirinya Datuk Peramu. Tidak berapa lama kemu-dian Datuk Peramu meninggal dunia. Jenazahnya dikebumikan di Kampung Peramu iaitu di seberang sungai Bandar Kuantan.

Sewaktu hayatnya, Datuk Peramu mempunyai beberapa keis-timewaan. Rumah yang didudukinya itu bocor tetapi apabila hujan, air tidak tins ke dalam rumahnya itu. Datuk Peramu mengambil air dari dalam telaga tidak jauh dari rumahnya itu menggunakan raga. Bagaimanapun, air tidak keluar daripada raga. Datuk Peramu juga dapat mengetahui sahabat-sahabat yang akan datang menziarahinya.

Pada suatu hari, ketika orang tua itu diziarahi oleh orang yang datang, tiba-tiba dia berkata dengan suaranya yang kuat, "Jaga-jaga. Ke tepi ke tepi. Wali besar nak datang."

Tidak lama kemudian seorang ahli agama tiba di rumah T u k Peramu. M e r e k a bercakap-cakap seketika. Kemudian tamunya itu meminta diri untuk pulang. Orang yang hadir semuanya hairan mengetahui kebolehan Datuk Peramu itu. Dia melihat dengan mata hatinya.

Demikianlah T u k Peramu yang dikatakan sebagai Datuk Bahaman itu.

Abu Nawas Membilang Bintang di Langit

Dalam dokumen Cerita Penglipur Lara (Halaman 145-148)