• Tidak ada hasil yang ditemukan

Cerita-cerita Legenda dalam Sastera Rakyat: Kehebatan Tokoh yang Dikagumi

Dalam dokumen Cerita Penglipur Lara (Halaman 64-68)

CERITA-CERTTA legenda dalam sastera rakyat merupakan cerita-cerita tentang tokoh-tokoh dalam bidang-bidang tertentu. Tokoh-tokoh ini termasuklah Tokoh-tokoh agama, pahlawan, Tokoh-tokoh-Tokoh-tokoh pem-bukaan tempat dan sebagainya.

Tokoh-tokoh ini juga kadang-kadang dilahirkan oleh satu-satu peristiwa atau suasana semasa yang tertentu. Dalam hubungan ini, ternyata bahawa cerita-cerita legenda adalah tentang tokoh yang pernah wujud dalam masyarakat dan keistimewaannya diakui oleh anggota masyarakat. Bagaimanapun, jika satu-satu tokoh itu masih hidup, selalunya dia tidak dianggap legenda.

Tokoh-tokoh sejarah tempatan juga termasuk sebagai tokoh legenda. Biasanya keistimewaan tokoh tersebut sangat menonjol pada zamannya walaupun terdapat tokok tambah tentang keistime-waan itu tidak dapat disamakan dengan realiti.

Dalam cerita-cerita rakyat bercorak legenda ini kadangkala dinyatakan bukti-bukti tertentu seperti nama tempat, kubu perta-hanan, atau apa-apa sahaja tanda alam yang dapat dikaitkan dengan tokoh yang disebutkan itu. Bagaimanapun, kadang-kadang tanda-tanda yang dimaksudkan itu ada hubungannya dengan alir-an sejarah sesebuah tempat itu.

Berdasarkan cerita-cerita legenda, terdapat satu-satu cerita tersebut yang mempunyai latar masa yang boleh diingat tetapi kadang-kadang tidak boleh disejarahkan. Sehubungan ini, yang penting ialah cerita tentang tokoh tersebut. Masa cerita tersebut berlaku juga tidak dapat untuk ditetapkan atau dikenal pasti. Bagaimanapun, kesungguhan cerita tersebut dikemukakan menja-dikan legenda tersebut seperti cerita yang benar-benar pernah

CERITA-CERITA L E G E N D A D A L A M SASTERA RAKYAT

terjadi. Malah ada kalanya, ada orang yang dikatakan hidup seba-gai sezaman dengan cerita tersebut. Dalam hal ini, ternyata cerita tersebut sudah bercampur dengan mitos.

Cerita legenda dibahagikan seperti berikut: (i) Legenda tokoh tertentu

Tokoh-tokoh yang menjadi legenda dalam bahagian ini dihu-bungkan dengan kepahlawanan atau keagamaan. Panglima Saleh (Kiai Saleh) di Johor ialah satu legenda yang dimasukkan dalam golongan ini. Begitu juga dengan Panglima Nayan di Kedah, Tok Senik di Beserah, Pahang dan Wan Mat Saman di Kedah. Terda-pat juga legenda seperti legenda Sultan Mahmud Mangkat di Julang di Johor, Puteri Saadong di Kelantan, Panglima Hitam, Panglima Awang dan sebagainya.

Tokoh-tokoh yang disebutkan itu beraksi dalam cerita sebagai seorang pahlawan atau pemimpin agama dalam cerita yang dipa-parkan. Panglima Awang dan Panglima Hitam misalnya beraksi sewaktu Melaka jatuh ke tangan Portugis. Tok Senik di Beserah pula ialah seorang pemimpin agama yang membuka Pekan Bese-rah setelah merantau dari satu tempat ke satu tempat di utara Semenanjung Tanah Melayu. Wan Mat Saman pula ialah seorang tokoh di Kedah yang membina sebatang terusan di negeri itu iaitu Terusan Wan M a t Saman. Panglima Nayan pula dikatakan seorang tokoh yang membela kemiskinan rakyat golongan petani daripada diperas oleh orang kaya. Selain itu, Puteri Saadong ialah tokoh legenda yang terkenal di Kelantan dan ditemui oleh orang isti-mewa di alam ghaib.

Cerita-cerita legenda tentang tokoh yang sedemikian ini men-jadi tambah menarik bukan sekadar disebabkan oleh keistime-waan atau satu-satu hal yang luar biasa tentang diri tokoh tetapi juga peristiwa yang berlaku yang menyebabkan tokoh tersebut terkenal. Ini termasuklah memimpin tentera dalam peperangan, memimpin masyarakat dalam hal pertanian, agama, membuka tempat yang baharu dan sebagainya. Cerita tentangnya turun dari-pada satu generasi kedari-pada generasi yang lain yang akhirnya mem-bentuk cerita legenda.

(ii) Legenda yang berunsur sejarah serta tanda-tanda alam yang lain

Legenda seperti ini selalunya bersangkutan nama-nama tem-pat. Pembukaan tempat tersebut dikaitkan dengan tokoh-tokoh

PROSA WARISAN

yang ada hubungan dengan tempat berkenaan. Nama-nama tem-pat ini juga selalunya mengambil tanda-tanda alam yang mempu-nyai cerita yang menarik. Ini dapat kita lihat daripada nama-nama tempat, misalnya Kampung Abdullah H u k u m , Kampung Dato' Keramat dan sebagainya lagi manakala nama-nama tempat pula, misalnya A l o r Gajah, Kota Lama, Tioman, Daik, Kampung Peramu dan sebagainya.

(iii) Legenda yang ada hubungan dengan kepercayaan atau peng-alaman di alam ghaib

Cerita legenda seperti ini disebutkan juga sebagai 'memoraf iaitu cerita tentang pengalaman seseorang bertemu dengan orang bunian setelah sesat di dalam hutan dan sebagainya, cerita tentang mimpi atau tentang penunggu di pokok-pokok besar dan sebagai-nya. Begitu juga dengan cerita-cerita tempat yang dikatakan 'ke-ras' kerana terdapatnya penunggu yang dimaksudkan itu.

Walau apa jenis legenda sekalipun, cerita legenda lebih meru-pakan satu penonjolan terhadap 'wira budaya' dalam masyarakat Melayu. Segala sikap dan perjuangan mereka dijadikan contoh teladan sama ada memberi pengajaran atau memberikan sema-ngat. Oleh itu, terdapat unsur-unsur didaktik dalam cerita-cerita legenda.

Terdapat beberapa hal yang boleh diperhatikan dalam cerita legenda. Antaranya termasuklalr.

(a) Cerita-cerita tersebut seolah-olah benar-benar terjadi dan mempunyai hubungan yang rapat dengan perkembangan masyarakat. Apatah lagi jika cerita ini berdasarkan tokoh-tokoh tertentu yang benar-benar hidup pada satu ketika yang lalu itu.

(b) Tokoh-tokoh yang menjadi watak dalam cerita tersebut luar biasa dalam bidang-bidang mereka. Jika seorang pah-lawan misalnya, tokoh itu ialah pahpah-lawan yang tidak ada tolok bandingnya pada ketika itu. Jika watak itu seorang yang keramat maka banyaklah hal-hal yang mustahil pada akal dapat dilakukannya. Namun demikian segala perla-kuan watak itu disebabkan oleh keadaan tertentu. (c) K i t a tidak dapat m e m b u k t i k a n cerita-cerita tersebut

secara nyata walaupun terdapat tanda-tanda alam, misal-nya batu yang hampir serupa dengan gajah lalu tempat itu

CEPJTA-CERITA L E G E N D A D A L A M SASTERA RAKYAT dinamakan Batu Gajah dan sebagainya lagi.

(d) Cerita-cerita yang sedemikian ini juga tidak dapat dikait-kan dengan masa. Sukar untuk mengetahui waktu zaman Sang Kelembai melakukan pengembaraannya di sepan-jang Sungai Pahang lalu menegur benda-benda atau bina-tang yang ditemuinya itu menyebabkan semuanya men-jadi batu.

(e) Jika cerita tersebut ada hubungan dengan sejarah, cerita-nya pula sukar untuk dibuktikan mengikut lojik zaman sekarang. Misalnya, seseorang itu boleh mengambil air menggunakan raga sebagai timba, atau wujudnya sejenis makhluk yang dipanggil 'naga' yang boleh pula mengubah rupa atau menyamar sebagai manusia.

Sebagai kesimpulannya, cerita-cerita legenda ini terhasil dari-pada histiografi, tanda-tanda alam, pengalaman seseorang mahu-pun daripada cerita-cerita rakyat lain yang sudah terkenal dalam masyarakat Melayu seperti cerita "Si Tenggang", "Jong Batu", "Malin Kundang", "Benawi", "Naga Tasik Cini", "Pulau Tioman", "Sang Kelembai" dan sebagainya.

Dalam konteks sastera rakyat Melayu, cerita-cerita legenda yang amat menonjol adalah tentang tokoh-tokoh tertentu yang ada hubungan dengan sejarah. Keistimewaan dan kehebatan tokoh-tokoh ini baik dalam bidang agama, kepahlawanan, keramat dan sebagainya dibentuk begitu rupa dan dipaparkan kepada khalayak sebagai sebuah cerita yang amat menarik.

Cerita-cerita Jenaka Pengaruh Arab

Dalam dokumen Cerita Penglipur Lara (Halaman 64-68)