• Tidak ada hasil yang ditemukan

Awang Si Hitam

Dalam dokumen Cerita Penglipur Lara (Halaman 126-132)

P A D A zaman dahulu di sebuah kampung tinggal seorang anak remaja bernama A w a n g Si H i t a m . A w a n g Si H i t a m tinggal bersama-sama ibu bapanya. Awang Si Hitam sangat rajin. D i a membantu ibu dan bapanya bekerja di kebun mereka. Di kebun itu, penuh ditanam dengan ubi, keledek, keladi, tebu, pisang dan sebagainya.

Awang Si Hitam juga mempunyai ramai kawan di kampung itu. Kulit Awang yang hitam menyebabkan dia selalu diejek oleh kawan-kawannya itu. Namun demikian, Awang Si Hitam tidak berasa hati atau marah kepada kawan-kawannya itu.

"Warna kulit ini diberi oleh Allah S.W.T.," katanya. Walaupun dia selalu diejek oleh kawan-kawannya itu tetapi Awang Si Hitam tidak menjadikan kawan-kawannya itu musuh. Malah dia sangat berbudi dan bertimbang rasa kepada kawan-kawannya itu.

Pada suatu hari, raja negeri itu mahu memilih calon suami puteri baginda yang cantik. Baginda mensyaratkan, sesiapa yang dapat terjun ke dalam kolam buaya baginda dan naik dengan sela-mat, dialah yang akan menjadi suami kepada anakanda baginda itu. Baginda pun menetapkan hari yang sesuai untuk melihat sia-pakah anak negeri itu yang sanggup menghadapi cabaran terse-but.

Khabar itu juga sampai ke kampung Awang Si Hitam. Ramai-lah anak muda yang mahu mencuba nasib.

"Manalah tahu jika ada tuah, aku akan menjadi suami kepada puteri raja yang cantik itu," kata salah seorang anak muda itu.

men-AWANG SI HITAM

jadi penganan kepada buaya dalam kolam baginda itu," sindir seorang lain.

Masing-masing anak muda itu pun berangan-angan hendak menjadi suami kepada puteri raja itu.

"Manalah tahu jika suatu hari nanti aku boleh menjadi raja memerintah negeri ini," kata yang lain pula.

A w a n g Si H i t a m tidak berangan-angan untuk berkahwin dengan puteri raja itu. Bagaimanapun, dia hanya teringin hendak melihat anak-anak muda terjun ke dalam kolam buaya raja itu dan naik semula dengan selamat. Awang Si Hitam mahu melihat siapa anak muda yang berani tersebut.

Apabila Awang Si Hitam menyatakan dia juga hendak pergi melihat temasya itu, semua kawannya tertawa mendengarkan.

"Kamu mana padan dengan puteri raja yang cantik itu. Kulit kamu hitam," kata salah seorang daripada kawan-kawannya itu.

"Kalaupun kamu berjaya terjun dan naik dari kolam itu, puteri raja itu tidak ingin hendak berkahwin dengan kamu," kata seorang yang lain.

"Puteri raja itu mahu memilih anak muda yang segak dan tampan seperti kami ini," kata yang lain pula.

A w a n g Si Hitam hanya diam mendengarkan. Dia berkata dalam hatinya, memang dia tidak terniat hendak menjadi calon suami kepada puteri raja itu. Dia sedar akan dirinya. Kulitnya hitam. Tetapi pada fikirannya, dia tidaklah takut hendak terjun ke dalam kolam buaya tersebut jika dia diberi peluang.

Akhirnya, hari yang dinanti-nanti itu pun tiba. Ramailah anak muda dari segenap kampung, ceruk rantau negeri itu berhimpun di halaman istana raja. Orang ramai juga datang awal-awal lagi kerana hendak melihat temasya yang menarik itu.

M e r e k a hendak melihat siapakah anak muda yang berani ter-jun ke dalam kolam buaya dan naik dengan selamat. Tentulah anak muda itu akan dipilih menjadi calon suami puteri raja yang cantik itu.

Dalam pada itu, ramai pula yang tidak bersetuju dengan cara raja negeri memilih calon suami anakanda baginda itu.

"Tidakkah ada cara lain yang lebih baik?" soal mereka. "Cara ini cara yang zalim," kata yang lain pula.

"Ramailah nanti yang akan mati dibaham buaya," kata bebe-rapa orang.

PROSA WAR1SAN

kelaparan," kata beberapa orang yang mengetahui akan hal buaya di dalam kolam tersebut.

"Siapa yang berani menyabung nyawa?" tanya beberapa orang tua yang berpengalaman pula.

Sampai waktunya, Raja Negeri pun berangkat keluar dari istana diiringi sekalian pembesarnya. Baginda begitu sukacita melihat rakyat baginda yang banyak itu penuh sesak di halaman istana dan mengelilingi kolam buaya di halaman istana tersebut. Awang Si Hitam dan kawan-kawannya dari kampung itu turut ber-ada di kalangan rakyat yang banyak itu.

Adapun akan T u a n Puteri, tidaklah dia keluar melainkan duduk bersama-sama dayang pengiringnya di anjung istana. Mereka juga mahu melihat temasya yang pertama sekali diadakan itu.

Setelah siap sekaliannya, Raja Negeri pun bersemayam di tempat yang dikhaskan. Baginda memerintahkan bentara baginda supaya mengumumkan siapa-siapakah yang berani menyahut cabaran baginda itu,

Bentara Raja pun berserulah dengan nyaring suaranya. "Siapa-siapa anak muda yang berani terjun ke dalam kolam buaya raja dan kemudian naik semula, dia akan dikahwinkan dengan tuan puteri. Siapa-siapa yang berani, silalah mencuba nasib," seru Bentara Raja itu,

Berjenak-jenak lamanya selepas seruan itu, tidak kelihatan seorang pun yang berani terjun ke dalam kolam itu.

Setelah itu Bentara Raja pun mengulangseruannya sekali lagi. Demikianlah juga halnya yang terjadi. Setelah seruan itu dibuat tidak ada sesiapa juga yang berani terjun ke dalam kolam tersebut. Berjenak-jenak lamanya orang ramai menunggu kalau-kalau ada anak muda yang berani mencuba nasib. Namun demi-kian tidak ada seorang juga yang berani mencuba.

Demikianlah juga halnya dengan kawan-kawan A w a n g Si Hitam yang datang dari kampung itu. Walaupun pada mulanya ada yang bercadang hendak mencuba nasib, tetapi apabila sampai keti-kanya, tidak ada seorang pun yang berani. Semuanya takut apabila melihat buaya ganas yang lapar di dalam kolam di hadapan istana itu. Mereka tidak berani untuk berhadapan dengan buaya-buaya yang sedang ternganga mulutnya menunggu mangsa itu.

AWANG SI HITAM

"Siapa-siapa yang berani hendak mencuba nasib, silalah terjun ke dalam kolam ini."

Orang ramai memikirkan tentulah sekali ini ada anak muda yang mahu mencuba nasib. Sudah tiga kali Bentara Raja membuat seruan. Jika tidak ada yang berani menyahut seruan itu, tentulah acara tersebut akan dibatalkan. Tidak ada sesiapa yang akan terpi-lih untuk menjadi suami kepada Tuan Puteri.

Dalam pada itu, orang ramai kian berasak-asak di tepi kolam tersebut Awang Si Hitam serta kawan-kawannya turut berasak-asak ke tepi kolam tersebut.

Dalam bersesak dan berasak-asak itu, Awang Si Hitam dan kawan-kawannya sudah hampir benar dengan kolam buaya terse-but. Namun demikian tidak ada seorang pun yang kelihatan hen-dak terjun ke dalam kolam itu. Sebaliknya semuanya berasa ngeri apabila melihat buaya ganas kelaparan yang ternganga mulutnya itu menunggu mangsa.

Dalam bersesak-sesak sedemikian itu, tiba-tiba seseorang telah menolak Awang Si Hitam jatuh ke dalam kolam tersebut. Melihat ada anak muda yang terjun ke dalam kolam, orang ramai pun bersoraklah dengan gegaknya. Pada mereka itulah anak muda yang berani menyahut cabaran raja negeri itu. Pada mereka juga, jika dia selamat daripada dibaham buaya, tentu anak muda itu akan dikahwinkan dengan puteri baginda.

Adapun akan Awang Si Hitam, apabila merasa dirinya terjatuh ke dalam kolam tersebut dan berada di tengah-tengah kumpulan buaya yang ganas itu, dia terlalu terperanjat. Apatah lagi, Awang Si Hitam pun bersungguh-sungguhlah berenang di dalam kolam ter-sebut ke tepi sebelah sana untuk menyelamatkan dirinya.

Buaya-buaya yang ada di dalam kolam itu pun berkejaranlah berdahulu-dahuluan untuk menangkap mangsanya. Namun demi-kian, kekuatan Awang Si Hitam yang ketakutan itu berenang men-jadikan buaya-buaya itu tidak dapat menangkap Awang Si Hitam.

Orang ramai yang ada bersoraklah dengan gegak gempita-nya. Tidak ada suara lain yang kedengaran melainkan suara sorak-an itu sahaja.

Sebentar kemudian Awang Si Hitam pun berjaya naik ke atas tebing kolam sebelah sana. Awang Si Hitam memanjat tebing ter-sebut dengan bajunya yang basah kuyup. Dia naik ke atas tebing betul-betul di hadapan raja dengan sekalian pembesarnya.

PROSA WARISAN

segala pembesarnya itu. D i a sangat marah. Sekalian orang yang hadir itu masih bersorak dengan gamatnya. Pada mereka, tertu-nailah hasrat Raja Negeri sekarang ini.

Bentara Raja lalu berseru kepada Awang Si Hitam dalam kegamatan sorak sekalian yang hadir itu.

"Kamulah anak muda yang berani. Kamu telah memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Raja Negeri."

Raja Negeri pun bangun dan bertitah, "Wahai anak muda, kamulah yang bakal menjadi suami kepada anakanda beta."

Sorakan orang ramai masih berterusan. M e r e k a k a g u m dengan kebolehan anak muda itu yang berjaya dengan berani ter-jun dan melalui buaya-buaya ganas yang kelaparan itu. Kemudian dia berjaya pula naik ke tebing kolam sebelah sana.

"Kamulah anak muda yang berani dalam negeri i n i , " titah Raja Negeri lagi. "Kamu akan beta kahwinkan dengan puteri anak-anda beta."

Dalam sorakan orang ramai yang gamat itu, Awang Si Hitam dengan perasaannya yang marah itu menyembah Raja Negeri, "Ampun tuanku, patik bukannya berhasrat hendak berkahwin dengan puteri tuanku. Tetapi patik mahu tabu siapakah orang yang telah menolak patik jatuh ke dalam kolam buaya itu."

Raja Negeri sangat hairan mendengar sembah A w a n g Si Hitam itu. Bentara Raja juga terpinga-pinga mendengarkannya. Pembesar-pembesar raja tertanya-tanya melihat sikap Awang Si Hitam yang sedemikian itu.

Dalam sorakan rakyat yang masih bergema, Awang Si Hitam tetap marah. Kemarahannya tidak dapat ditahan lagi. Lalu dia pun terjun semula ke dalam kolam. Dia meredah air dan buaya-buaya ganas yang kelaparan itu. D i a berenang menyeberang ke tepi sebelah sana kolam. Dia mahu mencari orang yang menolaknya ke dalam kolam sebentar tadi.

Melihat keadaan itu, sekalian rakyat ramai itu bersorak lagi. M e r e k a menyangka anak muda itu mahu memperlihatkan kebera-niannya sekali lagi.

Apabila Awang Si Hitam naik ke tebing kolam dengan basah kuyup, dia memandang ke sana ke mari kepada orang yang banyak itu. Matanya liar mencari seseorang. Namun ternyata dia tidak dapat mencari dan mengenali orang yang menolaknya seben-tar tadi.

AWANG SI HITAM

bersama-samanya sebentar tadi pun datang menghampiri Awang Si Hitam. M e r e k a pun mengangkat dan menjulang Awang Si Hitam. M e r e k a sangat gembira. Awang Si Hitam, kawan mereka itu menjadi wira untuk dikahwinkan dengan puteri raja.

Orang ramai masih bersorak dengan gamatnya.

Selepas itu, Raja Negeri pun menunaikan janjinya. Awang Si Hitam pun dikahwinkan dengan puteri baginda. Tuan Puteri tersa-ngat gembira kerana mendapat seorang suami yang berani itu.

Apabila sudah berkahwin itu, maka Awang Si Hitam pun hidup-lah rukun damai dengan isterinya. Raja Negeri sangat kagum meli-hat keberanian Awang Si Hitam itu.

Tidak berapa lama selepas itu, Raja Negeri memerintahkan supaya buaya-buaya yang terdapat di dalam kolam di hadapan istana itu dilepaskan ke dalam sungai di negeri tersebut. Baginda tidak mahu lagi memelihara buaya.

Dalam dokumen Cerita Penglipur Lara (Halaman 126-132)