• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tuk Senik

Dalam dokumen Cerita Penglipur Lara (Halaman 138-142)

P A D A suatu masa terjadilah peperangan di sebuah negeri di sebe-lah utara Semenanjung. Negeri tersebut tidak aman kerana senti-asa diancam musuh. Pada setiap hari ada orang yang terbunuh. Rumah-rumah dibakar. Harta-harta dirampas.

Oleh sebab keadaan negeri yang tidak aman itu, kehidupan rakyat tidaklah lagi tenteram. Nelayan tidak senang untuk pergi ke laut menangkap ikan. Petani-petani juga tidak mahu mengerjakan sawah atau kebun. Ramai penduduk yang memikirkan hendak pin-dah sahaja ke negeri lain. Namun demikian mereka tidak terfikir ke mana hendak pergi membawa diri.

Salah seorang penduduk tersebut ialah Pak Senik. Pak Senik tidak suka akan peperangan. Pak Senik tidak suka akan pencero-bohan dan pembunuhan. Namun dia tidak berdaya untuk meng-elak daripada keadaan yang dihadapinya. Oleh itu, Pak Senik juga bercadang hendak meninggalkan negeri tersebut. D i a mahu mem-bawa keluarganya keluar dari negeri yang sedang huru-hara itu. 'Tetapi ke manakah kita hendak pergi, bang?" tanya isterinya. Isterinya juga sentiasa dalam keadaan bimbang kerana negeri sentiasa huru-hara itu. D i a juga bimbang akan keselamatan anak-nya yang seorang itu.

Pak Senik sentiasa berfikir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya itu. D i a sentiasa berdoa kepada Tuhan agar memberikan taufik dan hidayah-Nya.

"Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk menyelamatkan diri daripada bencana peperangan ini," doa Pak Senik setiap kali sele-pas selesai sembahyang.

T U K SENIK

A k h i r n y a Pak Senik memutuskan untuk berpindah ke negeri lain meninggalkan negeri yang sedang huru-hara itu.

" K e manakah kita hendak pindah?" tanya isterinya. Pak Senik tidak dapat memberikan jawapan yang pasti. D i a juga faham, selama ini sudah ramai penduduk kampung yang cuba berpindah ditangkap dan dibunuh oleh musuh. Sesiapa sahaja yang ingin keluar dari negeri itu, jika diketahui oleh pihak musuh, sudah tentu ditangkap. Kemudian mereka dibicarakan di mahka-mah yang tidak adil dan mereka semua dibunuh.

M a h u tidak mahu Pak Senik menyediakan sebuah perahu. Dalam pada itu, beberapa orang sahabat Pak Senik juga turut menyediakan perahu. Mereka juga mahu menyertai rancangan Pak Senik itu. Negeri yang sedang dalam bencana itu sekarang mesti ditinggalkan.

"Kita bertolak pada waktu malam." Pak Senik memberitahu sahabat-sahabatnya, "Bawalah apa-apa yang patut."

A k h i r n y a pada suatu malam yang sunyi, Pak Senik dan sahabat-sahabatnya itu membawa keluarga masing-masing turun ke perahu. Barang-barang keperluan juga mereka bawa bersama-sama. Pak Senik membawa isterinya dan anak tunggalnya itu ke perahu. Selain makanan, Pak Senik juga membawa beberapa kitab kesayangannya. Semua orang tahu, Pak Senik memang seorang ahli kitab.

Pak Senik dan beberapa orang sahabatnya itu berdayunglah pada waktu malam membawa keluarga masing-masing. Mereka menuju ke selatan, menyusur pantai berlindung pada pokok-pokok bakau yang hidup subur di sepanjang pantai tersebut. Jika mereka berasa letih, mereka akan singgah di teluk-teluk yang teduh dan tenang airnya.

Setelah jauh meninggalkan negeri mereka, barulah mereka berani memasang kain layar jika ada angin yang bertiup. Apabila kain layar dipasang, perahu mereka akan bergerak ditiup angin.

B e r h a r i - h a r i m e r e k a belayar. Pak Senik dan sahabat-sahabatnya masih belum mahu singgah di mana-mana. Pada mereka satu tempat yang jauh dari negeri yang mereka tinggalkan itu mestilah dicari. Jika tidak, tentulah musuh akan menjejaki mereka.

Pada satu petang, ketika mereka asyik belayar itu, tiba-tiba mendung di langit menjadi hitam. Angin mula bertiup dengan ken-cang. Laut bergelombang. Semakin lama gelombang semakin

PROSA WARISAN

besar. Sebentar sahaja selepas itu, hujan ribut turun dengan hebat-nya.

Perahu Pak Senik dan perahu sahabat-sahabatnya itu dipukul gelombang. M e r e k a semua berasa cemas tetapi tetap yakin kepada A l l a h S.W.T.. Masing-masing cuba menghampiri pantai. Namun demikian, gelombang yang besar itu bagaikan mahu menenggelamkan perahu-perahu yang sarat dengan keluarga pela-rian itu.

Pak Senik berdoa agar mereka selamat mendarat di pantai. Dalam hal yang demikian itulah perahu-perahu tersebut ditolak oleh ombak terdampar ke pantai. Pak Senik dan sahabat-sahabatnya bersyukur kepada Tuhan kerana mereka selamat ter-dampar di pantai. Sebentar itu juga hujan ribut pun berhenti. Pak Senik naik ke pantai. Sahabat-sahabatnya juga turut mengikuti Pak Senik. M e r e k a melihat beberapa orang kampung datang ke arah mereka.

Setelah bertanya antara satu sama lain, tahulah orang kam-pung tersebut bahawa Pak Senik dan sahabat-sahabatnya itu ter-diri daripada orang yang baik-baik. M e r e k a lari daripada pepe-rangan yang berlaku di negeri mereka.

"Singgahlah di kampung kami ini," kata mereka kepada Pak Senik dan sahabat-sahabatnya.

'Terima kasihlah atas pelawaan saudara-saudara semua," kata Pak Senik mewakili kawan-kawannya.

Pak Senik, sahabat-sahabatnya dan keluarga masing-masing singgah di kampung tersebut. Orang kampung menolong Pak Senik dan sahabat-sahabatnya mendirikan rumah. Orang kam-pung juga sangat mesra dengan Pak Senik dan sahabat-sahabatnya itu.

Pada suatu hari, Pak Senik bertanyakan nama kampung ter-sebut. Penduduk asal kampung itu memberitahu, kampung terse-but belum mempunyai apa-apa nama.

M a k a Pak Senik pun berkata, "Jika begitu eloklah kampung ini kita namakan Beserah kerana hidup kita di samping berikhtiar, kita sentiasa berserah diri kepada Allah Yang M a h a Esa."

Sejak hari itu, kampung tersebut pun dinamakan Kampung Beserah.

Pak Senik mengajak orang kampung mendirikan masjid di Kampung Beserah. Masjid yang didirikan oleh Pak Senik terletak berhampiran kuala Sungai Beserah. Pak Senik mengajar kitab di

T U K SENIK

masjid itu. Pak Senik sebenarnya memang seorang ulama. Ramai-lah orang kampung belajar kitab dengan Pak Senik. Semakin hari semakin ramai orang kampung belajar agama dengan Pak Senik. Anak-anak muda di kampung itu juga tidak ketinggalan belajar dengan Pak Senik.

Pak Senik bersyukur kepada Tuhan kerana Kampung Bese-rah semakin makmur. Masjid kampung itu juga tidak lekang dikunjung oleh penduduk kampung tersebut Pada setiap waktu mereka mendirikan sembahyang berjemaah. Pada hari Jumaat pula, masjid itu penuh dengan penduduk kampung bersembah-yang Jumaat.

Kampung Beserah terkenal ke merata-rata kampung lain di kawasan itu. Ramailah orang yang datang dari kampung lain ber-kunjung ke Beserah. M e r e k a datang untuk berguru dengan Pak Senik yang alim itu.

Setelah beberapa lama, Kampung Beserah hidup dengan makmur dengan pimpinan Pak Senik, akhirnya pada suatu hari penduduk kampung itu menerima berita yang sedih. M e r e k a menerimanya dengan penuh sabar dan insaf. Pak Senik yang mereka kasihi itu meninggal dunia. Pak Senik meninggal dunia setelah menabur baktinya untuk penduduk kampung tersebut. Dia juga mempunyai murid yang ramai bukan sahaja di Kampung Beserah tetapi juga dari tempat-tempat lain.

Penduduk Kampung Beserah mengebumikan jenazah Pak Senik yang mereka kasihi itu berhampiran masjid yang mereka dirikan dahulu itu. Pada masa pengebumian jenazah Pak Senik tersebut, ramai orang yang datang memberikan penghormatan terakhir kepadanya.

M a k a m Pak Senik dijaga dengan baik terletak berhampiran dengan masjid lama di Kampung Beserah sekarang. Makamnya selalu dikunjungi oleh orang yang mengetahui sejarahnya. Ini ter-masuklah anak-anak murid yang pernah belajar dengan Pak Senik sewaktu hayatnya dahulu itu.

M a k a m Pak Senik sekarang ini lebih terkenal dengan nama Makam T u k Senik. T u k Senik dianggap oleh orang kampung sebagai seorang yang keramat atau mulia di sisi Tuhan. Pak Senik dikatakan mempunyai hubungan dengan orang yang dekat dengan Tuhan iaitu orang alim yang sesama hayat dengannya.

Laksamana Hang Tuah dengan

Dalam dokumen Cerita Penglipur Lara (Halaman 138-142)