• Tidak ada hasil yang ditemukan

Angkuh dan Takbur

Dalam dokumen Cerita Penglipur Lara (Halaman 56-61)

C E R I T A binatang dipercayai sebagai cerita yang tertua dikatakan sama usianya dengan cerita asal usul. Cerita-cerita ini dicipta untuk memberi contoh dan teladan kepada khalayak supaya tidak angkuh. Banyak pengajaran yang terdapat dalam cerita-cerita bina-tang.

Dalam cerita-cerita binatang, tema yang sering dibawa ialah konflik antara manusia dengan binatang, serta antara binatang dengan binatang itu sendiri. Tema cerita-cerita ini pelbagai seperti binatang yang kecil boleh mengalahkan binatang yang besar atau binatang yang lemah dapat mengalahkan binatang yang kuat. Dalam cerita ini juga, terdapat cerita-cerita tentang asal usul sese-ekor binatang itu menjadi sebagaimana yang terdapat sekarang.

Cerita-cerita binatang ini digemari oleh kanak-kanak. Dalam masyarakat Melayu tradisi, cerita-cerita binatang ini diceritakan sewaktu anggota keluarga berkumpul untuk menghibur hati.

Yang menarik dalam cerita binatang ialah binatang-binatang dalam cerita tersebut diberi watak seperti manusia. M e r e k a berfi-kir dan bertindak seperti manusia. Malah binatang-binatang itu juga mempunyai masyarakatnya tersendiri. Binatang-binatang itu ada kalanya berinteraksi dengan manusia.

A d a pendapat yang mengatakan bahawa cerita-cerita binatang dalam kesusasteraan Melayu mempunyai pengaruh atau telah dipengaruhi oleh cerita-cerita dari luar. Sebenarnya cerita-cerita tersebut tetap asli. Cerita terbentuk dalam satu masyarakat yang mempunyai budayanya tersendiri. Dalam hal ini, tidak timbul sama ada cerita-cerita tersebut disadur daripada cerita bangsa lain atau sebagainya. Cerita-cerita sebegini wujud di kalangan

CERITA BINATANG: MENJADI C O N T O H DAN T E L A D A N rakat Melayu sejak dahulu lagi.

Walau bagaimanapun, hasil kajian para pengkaji sastera rak-yat menrak-yatakan bahawa setiap bangsa mempunyai cerita binatang-nya yang tersendiri. Menurut Hooykass, seorang sarjana yang membuat kajian tersebut, setiap bangsa cenderung menjadikan seekor binatang yang tertentu sebagai binatang yang cerdik. Masyarakat Melayu memilih kancil; masyarakat Jawa juga memi-lih kancil; orang Taroja di Sulawesi Selatan memimemi-lih kera; orang Sunda memilih kura-kura; Red Indian pula memilih anjing dan orang Eropah memilih arnab sebagai binatang cerdik mereka.

Bagaimanapun, cerita-cerita binatang Melayu terdapat banyak persamaan dengan cerita-cerita binatang yang terdapat di India. Cerita-cerita dari negeri itu banyak termuat dalam buku Panchan-tantera atau Kalilah wa Daminah. Berdasarkan ini, ramai sarjana yang menyatakan bahawa cerita-cerita tersebut disadur atau mem-pengaruhi cerita-cerita binatang dalam masyarakat Melayu. Sebe-narnya, persamaan itu terjadi secara kebetulan.

Terdapat empat corak yang ketara jika kita menganalisis cerita-cerita binatang. Corak tersebut ialah:

(i) Epik binatang

Cerita yang sedemikian bermotifkan kebijaksanaan atau kecerdikan binatang tersebut memperdayakan lawannya dengan menggunakan fikirannya. Ini termasuklah tipu helah dan sebagai-nya. Cerita-cerita seperti ini selalunya menggunakan sejenis bina-tang tertentu sebagai watak pentingnya. Masyarakat M e l a y u menggunakan sang kancil misalnya. Dalam cerita tersebut sang kancil memperdayakan binatang-binatang yang lebih besar daripa-danya.

(ii) Cerita sebab dan akibat

Cerita seperti ini ialah cerita seperti dalam lagu "Bangau Oh Bangau". Selalunya cerita seperti ini digemari oleh kanak-kanak. Mereka bukan sahaja mendengar cerita itu diceritakan tetapi juga menyanyikan lagu tersebut beramai-ramai pada waktu lapang. (iii) Cerita asal usul

Cerita asal usul ini adalah tentang sesuatu sifat yang tertentu yang dimiliki oleh binatang tertentu. Ini termasuklah tentang kela-kuan binatang tersebut. Contohnya, ayam makan mengais dikata-kan untuk mencari sebatang jarum emas yang dipinjamnya

dari-PROSA WARISAN

pada helang yang membolehkan ayam terbang. Jarum tersebut dihilangkan oleh ayam lalu helang menjadikan ayam sebagai musuh ketatnya selagi jarum itu tidak ditemui dan dikembalikan kepadanya.

(iv) Fable

Fable ialah cerita-cerita yang dapat memberi teladan dan pengajaran. Cerita ini juga disebut sebagai cerita perumpamaan. Cerita fable mengandungi falsafah. Cerita-ceritanya menyindir masyarakat Antara cerita jenis ini yang terkenal ialah:

(a) Cerita Aesop Fable dari Barat,

(b) Hikayat Kalilah via Daminah dalam masyarakat Melayu dan cerita ini disadur daripada cerita Farsi,

(c) Cerita-cerita yang bersumber daripada cerita Jataka, Pan-chantantera dan Katha Sarit Sagara dari India. Ramai pengkaji yang mempersoalkan cerita ini sama ada ber-asal daripada tradisi lisan atau tulisan. Ini disebabkan dalam cerita-cerita ini terdapat falsafah yang tinggi.

Seorang sarjana Barat, Winstedt, berpendapat bahawa cerita-cerita lisan Melayu daripada jenis ini berasal atau bersumber dari-pada cerita fable dari India. Beliau menjelaskan bahawa cerita "Pe-landuk dengan Siput" dan cerita "Gajah dengan Harimau" berasal daripada cerita-cerita fable yang terdapat dalam buku Panchantan-tera. Cerita "Sang Kancil Menjadi H a k i m " pula berasal daripada cerita Jataka dalam bahasa Sanskrit.

Bagaimanapun, pendapat ini tidak dapat dipertanggungjawab-kan kerana ramai para pengkaji yang menolaknya. Pendapat yang menyatakan bahawa setiap bangsa itu mempunyai cerita binatang-nya yang tersendiri adalah lebih kukuh. Namun demikian tidak dapat dinafikan bahawa penyebaran cerita-cerita tersebut, baik dengan apa cara sekalipun, tetap berlaku. Dalam proses ini, tentu berlaku unsur pengaruh-mempengaruhi antara sesama cerita ter-sebut.

Jika kita membuat perbandingan tentang cerita-cerita bina-tang ini, memang terdapat persamaannya. Sebagai contoh, cerita tentang sang kancil berlumba dengan siput terdapat di negara kita, di Jawa, India dan Eropah. Perbezaan yang terdapat antara cerita ini ialah watak-wataknya. Di India umpamanya, cerita yang

CERITA BINATANG: MENJADI C O N T O H DAN T E L A D A N

sedemikian ini ialah perlumbaan antara kura-kura dengan burung geroda kenaikan W i s n u manakala di Eropah pula ialah per-lumbaan antara arnab dengan kura-kura.

Tema tentang ddak tahu membalas budi juga terdapat dalam cerita-cerita di Tanah Melayu, umpamanya tentang seekor buaya yang diselamatkan oleh seekor kerbau daripada mati setelah ditimpa oleh pokok yang tumbang. Sang buaya telah menangkap kaki kerbau tersebut untuk dimakan. Mesej yang seperti ini terda-pat dalam cerita di negeri China tetapi wataknya ialah seekor hari-mau yang cuba menangkap manusia yang telah menolongnya.

Di Malaysia, terdapat dua buah buku yang terkenal mengan-dungi cerita-cerita binatang ini. Buku-buku tersebut ialah Hikayat Sang Kancil dan Hikayat Pelanduk Jenaka. Terdapat dga peranan penting yang dimainkan oleh watak utamanya iaitu Sang Kancil dan Pelanduk Jenaka. Peranan tersebut ialah:

(a) Sang kancil mengalahkan binatang yang kuat atau yang lebih besar daripadanya. Ini termasuklah cerita bagai-mana sang kancil menipu sang harimau supaya memukul sarang tebuan yang dikatakan gong Raja Sulaiman. Sang kancil berjaya menipu buaya supaya timbul kerana dia hendak menyeberang sungai dan sebagainya.

(b) Sang kancil menjadi hakim. Dalam cerita sebegini, sang k a n c i l berjaya menyelesaikan perbalahan dua orang manusia kerana berhutang antara satu sama lain. Selain itu, sang kancil juga berjaya menyelesaikan pertelagahan antara seorang kaya dengan seorang miskin kerana anak-nya mencium bau makanan si kaya tersebut dan sebagai-nya lagi.

(c) Sang kancil dikalahkan oleh binatang yang lebih kecil daripadanya. Dalam cerita sebegini, terdapat cerita sang kancil ditipu oleh bangau ketika menyeberang mengguna-kan perahu kerak nasi dan sang mengguna-kancil kalah berlumba dengan siput

Dalam cerita Pelanduk Jenaka pula, terdapat cerita-cerita ten-tang:

(a) Pelanduk mengalahkan binatang yang lebih besar daripa-danya seperti gajah dan buaya.

PROSA WAPJSAN

(b) Pelanduk mendamaikan harimau dengan kambing yang bermusuhan.

(c) Pelanduk membunuh raksasa yang mengganggu binatang lain.

(d) Pelanduk menipu kera.

(e) Pelanduk menjadi masyhur kerana kebijaksanaannya.

Sebagai kesimpulan, dapatlah dikatakan bahawa cerita bina-tang bukan sekadar menghibur. Cerita ini memberi pengajaran kepada khalayak.

Cerita tentang binatang yang lemah boleh mengalahkan bina-tang yang lebih besar dan kuat daripadanya dengan menggunakan fikiran memberi pengajaran bahawa orang yang kuat itu tidak semestinya sentiasa berkuasa. Walaupun kuat fizikal namun terda-pat kelemahan akal.

Dalam hal ini, cerita-cerita binatang banyak mengandungi persoalan yang tersirat. Nasihat melalui cerita itu dapat disampai-kan secara tidak langsung tetapi memberi kesan. Pada masa masyarakat hidup dalam sistem feudal misalnya tentulah tidak ada sesiapa yang berani menasihati raja yang mempunyai kuasa dan pemutus kata dalam semua hal. Melalui cerita binatang, nasihat dapat diberi kepada raja secara tidak langsung.

Cerita Jenaka: Memberi Pengajaran,

Dalam dokumen Cerita Penglipur Lara (Halaman 56-61)