• Tidak ada hasil yang ditemukan

Puteri Melur Sekuntum

Dalam dokumen Cerita Penglipur Lara (Halaman 79-83)

P A D A zaman dahulu ada seorang raja mempunyai seorang puteri yang sangat cantik. Baginda menamakan puteri baginda itu Puteri Melur Sekuntum. Raja tersebut sangat sayang akan anakandanya itu.

Walaupun Puteri M e l u r Sekuntum sangat cantik tetapi dia sentiasa berada di dalam istananya. Puteri tersebut tidak pernah dilihat keluar oleh rakyat ayahandanya yang banyak itu. Pada setiap hari asyiklah dia berkurung di istana. Kadang-kadang dayang-dayang pengasuhnya juga tidak dibenarkan oleh Tuan Puteri M e l u r Sekuntum menghampirinya.

Mulut Puteri M e l u r Sekuntum berbau busuk. Itulah sebabnya puteri itu tidak berani hendak keluar dari istana. Dia bimbang kalau-kalau bau mulutnya yang busuk itu diketahui orang.

Ramailah anak-anak raja besar yang datang dari negeri jauh hendak meminang Tuan Puteri M e l u r Sekuntum. Semua pinangan itu diterima oleh ayahanda Tuan Puteri. Namun demikian, apabila anak-anak raja itu mengetahui bahawa mulut T u a n Tuteri. itu busuk baunya, maka mereka pun membatalkan hasrat mereka hendak mengahwini T u a n Puteri itu.

Tuan Puteri M e l u r Sekuntum sangat dukacita kerana pastilah dia tidak akan berkahwin. Semua anak raja yang datang memi-nang itu tidak mahu berkahwin dengannya kerana mulutnya yang berbau busuk itu.

Lama-kelamaan perihal mulut Tuan Puteri M e l u r Sekuntum yang berbau busuk itu diketahui juga oleh rakyat negeri itu. A d a yang bersimpati akan Tuan Puteri tetapi tidak kurang pula yang benci. Ayahanda Tuan Puteri telah menitahkan orang besarnya

PROSA WAR1SAN

supaya mencari ubat di sekeliling negeri. Baginda menitahkan supaya dicari bomoh yang handal dan bijak untuk mengubat mulut anakanda baginda yang berbau busuk itu.

Namun demikian, tidak ada seorang pun antara bomoh yang dipanggil ke istana itu berjaya mengubat mulut Tuan Puteri yang berbau itu. Raja negeri itu sangat dukacita mengenangkan nasib yang menimpa anakanda baginda itu.

Pada suatu hari terdengarlah khabar bahawa seorang anak raja akan datang meminang Tuan Puteri M e l u r Sekuntum. Hal itu pun dihebohkanlah ke seluruh negeri. Apabila sampai ketikanya, maka angkatan anak raja dari negeri besar dengan ayahandanya raja bergelar itu pun sampailah ke istana untuk meminang T u a n Puteri M e l u r Sekuntum.

Raja negeri menceritakan anakanda baginda itu mempunyai penyakit yang sukar diubati.

"Oleh itu mahukah anakanda menerima Tuan Puteri menjadi isteri anakanda?" tanya raja negeri.

Walaupun demikian, anak raja dari negeri jauh itu tetap mahu menjadikan Tuan Puteri M e l u r Sekuntum sebagai isterinya.

"Ampun tuanku," sembahnya, "masakan ada penyakit yang tidak ada ubatnya?"

M a k a raja negeri berasa sukacita lalu menetapkan hari per-kahwinan Tuan Puteri M e l u r Sekuntum dengan anak raja dari negeri jauh itu.

K h a b a r itu juga sampai kepada rakyat negeri tersebut. Masing-masing pun berceritalah ke sana ke mari. A d a yang mengatakan anak raja dari negeri jauh itu hanya terpaksa beriste-r i k a n T u a n Puteberiste-ri M e l u beriste-r Sekuntum. A d a yang mengatakan bahawa bau busuk mulut Tuan Puteri itu hanya cerita dongeng.

Persiapan untuk perkahwinan itu dijalankan juga. Pada setiap hari sekalian rakyat jelata semuanya bekerja keras untuk upacara perkahwinan itu.

Ada yang memilih kerbau di padang. Ada yang menyediakan beras-petas. Ada yang menyediakan lauk-pauk. Ada yang menyediakan sayur-sayur. Ada yang beramu ke hutan lepas.

Bangsal-bangsal pun mula didirikan di sana sini berhampiran istana untuk upacara keramaian itu.

PUTERI M E L U R S E K U N T U M

T u a n Puteri M e l u r Sekuntum sangat susah hati mengenang-kan nasibnya itu. Pada setiap hari Tuan Puteri duduk termenung di taman larangannya. Tuan Puteri tidak membenarkan dayang-dayang pengasuhnya menemaninya.

Demikianlah Tuan Puteri itu pada setiap hari. Dalam hatinya tetaplah berkata, pastilah anak raja yang meminangnya itu tidak mahu beristerikannya. Hari ke hari pula bau mulutnya bertambah busuk. Tuan Puteri berasa sangatlah hairan.

Pada suatu petang ketika T u a n Puteri M e l u r Sekuntum sedang duduk termenung di taman larangannya itu, tiba-tiba hing-gaplah seekor burung Sepah Puteri di atas dahan pohon delima di taman itu. B u r u n g Sepah Puteri itu berbunyi dengan suaranya yang merdu. Terlalulah asyik Tuan Puteri M e l u r Sekuntum men-dengarkan bunyi burung itu seolah-olah suara orang menyanyi lakunya.

Dalam pada burung tersebut berbunyi sedemikian itu, tiba-tiba burung tersebut terbang dan hinggap pada satu junjungan sirih yang ditanam di taman tersebut. B u r u n g itu berbunyi lagi dengan suaranya yang merdu.

B u r u n g Sepah Puteri tersebut mematuk-matuk mencarikkan daun sirih dengan paruhnya yang kecil itu. Daun-daun sirih itu dimakannya. Demikianlah dilakukannya berulang kali.

T u a n Puteri M e l u r Sekuntum sangat hairan melihat laku burung Sepah Puteri itu. Berulang kali dilihatnya burung tersebut memakan daun sirih itu. Setelah berbunyi lagi dan memakan daun sirih itu, maka burung itu pun terbanglah menghilangkan dirinya. Tuan Puteri M e l u r Sekuntum termenung memikirkan laku burung Sepah Puteri yang dilihatnya itu. Oleh hal yang demikian dapatlah satu fikiran kepadanya. Tuan Puteri menghampiri jun-jung sirih dengan daun sirih yang subur menghijau itu. Daun sirih itu diambilnya sehelai lalu dimakannya. Terasa pedas sirih itu pada lidahnya tetapi ternyata pedas itu menyelerakan pula.

Setelah berbuat demikian, Tuan Puteri M e l u r Sekuntum pun pulanglah ke istananya. Setelah keesokan harinya, ketika ia bangun dari tidur, didapatinya mulutnya tidak lagi berbau busuk. Tuan Puteri M e l u r Sekuntum berasa hairan lalu memikir-mikir akan hal tersebut Tuan Puteri M e l u r Sekuntum teringat pada burung Sepah Puteri yang merdu suaranya ketika dia berada di taman larangan petang semalam. Dia juga teringat pada daun sirih yang dimakannya itu. Lalu pastilah pada hatinya bahawa daun sirih

PROSA WARISAN

itulah yang menyebabkan mulutnya tidak berbau lagi.

T u a n Puteri M e l u r Sekuntum pun turun dari istananya dan berjalan menuju ke taman. Daun-daun sirih itu dipetiknya dan dibawanya pulang ke istana. D i a memakan daun sirih tersebut. Ternyata bau mulutnya sudah hilang. M u l a i dari hari itu, T u a n Puteri M e l u r Sekuntum menjadikan daun sirih itu makanan isti-adatnya.

Perihal mulut tuan puteri yang sudah hilang baunya itu pun hebohlah ke seluruh negeri. Sekalian rakyat terlalu sukacita men-dengarkan. M e r e k a juga turut menanam sirih dan memakan daun-nya sebagaimana yang dilakukan oleh Tuan Puteri M e l u r Sekun-tum.

Raja negeri juga terlalu sukacita melihat Tuan Puteri anakan-da baginanakan-da itu telah sembuh anakan-daripaanakan-da penyakit mulut berbau itu. Sejak dari hari itu juga baginda menitahkan kepada sekalian rak-yatnya menanam sirih dengan banyaknya.

Sampai pada ketikanya, Tuan Puteri M e l u r Sekuntum pun dikahwinkanlah dengan anak raja dari negeri yang jauh itu. Anak raja dari negeri yang jauh itu sangat sukacita mendengarkan peri-hal tuan puteri dengan daun sirih itu. Baginda juga menghiasi taman istana dengan sirih.

Setelah itu hiduplah Tuan Puteri M e l u r Sekuntum dengan suaminya itu aman bahagia.

Dalam dokumen Cerita Penglipur Lara (Halaman 79-83)