• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sastera Rakyat Mempunyai Nilai Pendidikan

Dalam dokumen Cerita Penglipur Lara (Halaman 33-37)

S U A S A N A kehidupan masyarakat yang tenar dengan kepetahan serta kebijaksanaan seorang penglipur lara telah lama berakhir. Suasana itu bagaikan satu nostalgia. Apalagi apabila didapati sudah jarang atau sedikit benar daripada kalangan anggota masya-rakat masa kini yang sempat menyaksikan suasana tersebut.

J i k a kita menyorot ke belakang dalam aliran kehidupan masyarakat kita terutamanya di kampung-kampung, ketenaran cerita-cerita rakyat dipertuturkan masih boleh didapati sekitar tahun 1950-an serta pada awal tahun 1960-an. Pada waktu itu, masih kedapatan seorang nenek atau seorang ibu yang sering ber-cerita atau menyanyikan lagu-lagu rakyat sewaktu hendak meni-durkan cucu atau anaknya. Orang tua-tua masih mahu bercerita kepada anak cucunya tentang Batu Belah Batu Bertangkup, Bawang Putin Bawang Merah, Puteri Walinong Sari dan sebagai-nya.

Terdapat dua hal yang amat nyata dalam memperkatakan keistimewaan pencerita ini. Pertama, terdapat tokoh-tokoh intelek-tual bangsa sebagai orang yang mahir dalam bidang mereka. Tidak semua anggota masyarakat yang mendapat gelaran seorang penglipur lara. Tidak semua anggota masyarakat yang mampu menghafal puluhan malah ratusan puisi rakyat, dan kemudian dapat pula menyampaikan dengan cara yang menarik. M u n g k i n dengan iringan sebuah rebab, sebuah rebana atau sebiji batil, dia mampu memukau khalayaknya yang setia menunggu dari awal hingga akhir persembahan yang diadakan. Mereka ialah cendekia-wan bangsa yang lahir asuhan alam semesta.

PROSA WARISAN

mengasyikkan khalayak yang mendengar tetapi kepelbagaian cerita tersebut dengan watak-watak tertentu menggambarkan per-watakan manusia dalam masyarakat setempat. Lagu-lagu yang dinyanyikan merupakan puisi-puisi yang indah. Dalam puisi ter-gambar keindahan alam dan kehalusan budi yang diungkap dengan gaya yang menakjubkan.

Bertolak daripada perkara-perkara itulah, nilai pendidikan yang murni dapat digarap daripada cerita-cerita yang disebutkan itu. Dalam cerita Mat Jenin, misalnya, khalayak diasuh supaya tidak menjadi seperti Mat Jenin yang hanya hidup berangan-angan. Falsafah yang tersembunyi di sebaliknya adalah untuk menjadi kaya-raya perlu berusaha, bukan sekadar berangan-angan. Jika terus berangan-angan, bencana pula akan menimpa.

Daripada cerita rakyat, banyak lagi unsur pendidikan lain yang dapat ditimba. Contohnya, selitan lagu-lagu seperti:

Burung kenek-kenek, Terbang ke dalam awan; Pesan datuk nenek, Pandai-pandai cari kawan. Burung kenek-kenek, Hinggap pelepah kelapa; Pesan datuk nenek, Patuh ibu dan bapa.

Pantun di atas jelas memberikan nasihat yang berguna kepada anak-anak. Pantun tersebut disampaikan melalui kata-kata yang tersusun indah, ditambah dengan iramanya yang merdu.

Daripada kajian yang telah dijalankan, beberapa jenis sastera rakyat telah dikenal pasti iaitu: (i) Cerita Penglipur Lara, (ii) Cerita Asal Usui, (iii) Cerita Legenda, (iv) Cerita Mitos, (v) Cerita Jena-ka, dan (vi) Cerita Binatang.

Cerita-cerita tersebut mempunyai keistimewaannya yang ter-sendiri. Cerita-cerita tersebut telah banyak ditulis dan diterbitkan. Kemajuan zaman dengan segala media yang canggih memudah-kan pembuatan dokumentasi cerita-cerita tersebut.

Cerita-cerita penglipur lara misalnya amat popular di kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja tentang kayangan serta anak-anak raja yang sakti dan gagah berani atau tentang peperangan antara raja kayangan dengan raja di dunia yang selalunya terjadi kerana berebutkan puteri yang cantik jelita bahkan cerita

SASTERA RAKYAT MEMPUNYAI NILAI PENDIDIKAN

pur lara juga adalah cerita tentang anak yang tidak mengenang jasa, kekejaman ibu tin dan sebagainya.

Antara cerita sedemikian termasuklah cerita Malim Demon, Raja Donai Bahtera Kulit Kacang, Si Gembang, Puteri Manuhara, Gating Bertuah, Batu Belah Batu Bertangkup dan Bawang Putin Bawang Merah.

Cerita-cerita tersebut dikisahkan dengan penuh penghayatan menyebabkan khalayak mudah sahaja mengalirkan air mata kerana sedih, ngeri atau gembira. Gambaran tentang suasana begitu hidup, misalnya gambaran betapa ramainya rakyat jelata dinyatakan:

Ada yang dua senama Ada yang tiga senama Dipanggil di rumah Di tanah menyahut Dipanggil di tanah Di rumah menyahut.

Bertolak daripada pelbagai dugaan, selalunya watak utama cerita penglipur lara menang pada akhir cerita, sama ada dia ber-kahwin dengan anak raja, dapat apa-apa yang dihajati, serta kenik-matan lain yang diterima setelah melalui pelbagai rintangan.

Misalnya dalam cerita Malim Demon, M a l i m melalui waktu pengembaraan. Dalam masa pengembaraan itu, berlaku penyamar-an. M a l i m Deman menyamar menjadi M a l i m Permainan duduk bermain bunyi-bunyian di pekarangan istana Raja Kayangan untuk mencari anak dan isterinya yang telah lari semula ke kayangan kerana kelalaian M a l i m Deman sendiri.

Dalam cerita Raja Donai Bahtera Kulit Kacang, diperlihatkan bagaimana seorang yang berketurunan baik-baik dengan segala pertolongan dapat membuat kulit kacang yang ditanamnya men-jadi bahtera yang kemudian lengkap dengan segala orangnya dan kelengkapan seperti sebuah negeri yang besar. Banyak cubaan untuk memusnahkan perjalanan bahtera kulit kacang tersebut. Bagaimanapun, segala kesaktian dan segala pertolongan ghaib dengan mudah dapat mematahkannya. Malah Raja Donai, tuan punya bahtera tersebut terpaksa pula bertarung dengan puteri yang akhirnya menjadi isterinya.

Satu hal yang ketara ialah cerita-cerita begini seringnya disu-lami dengan puisi yang menarik didengar yang menggambarkan

PROSA WARISAN

kesaktian, keramaian dan sebagainya. Ini adalah untuk menarik perhatian orang yang mendengar supaya tidak jemu. Inilah bebe-rapa k e i s t i m e w a a n y a n g terdapat d a l a m cerita-cerita i n i . Ungkapan-ungkapan puitis itu sering diulang-ulang pada beberapa bahagian cerita. Malah puisi-puisi atau kata-kata berirama yang sama, terdapat dalam cerita-cerita yang berlainan.

Motif cerita juga sama antara satu cerita dengan satu cerita yang lain. Motif-motif yang dimaksudkan itu adalah tentang pengembaraan, kesaktian, kecantikan, pertolongan kuasa-kuasa lain untuk wira dan sebagainya. Walaupun wira cerita tersebut ter-paksa menghadapi berbagai-bagai halangan namun pada akhirnya dia akan tetap berjaya dan akhirnya hidup aman bahagia.

Cerita-cerita penglipur lara ini selalunya panjang. Pencerita-nya akan mengisahkan cerita tersebut beberapa malam lamaPencerita-nya. Memang sudah menjadi tradisi masa lalu, cerita-cerita ini disam-paikan pada waktu malam. Sebelum mata mengantuk, cerita-cerita ini mengambil tempat.

Kadang-kadang cerita-cerita ini disampaikan untuk memenuhi undangan iaitu sewaktu kenduri kahwin atau keramaian lain. Penglipur lara itu dijemput khas untuk bercerita. Penglipur lara ditanggung makan minumnya selama dia menyampaikan cerita tersebut Apabila pulang, akan dibekalkan beras atau anak ayam sekadarnya, atau ada yang sanggup memberi kerbau atau kam-bing.

Penglipur Lara Menghibur Hati yang

Dalam dokumen Cerita Penglipur Lara (Halaman 33-37)