• Tidak ada hasil yang ditemukan

Mat Jenin

Dalam dokumen Cerita Penglipur Lara (Halaman 122-126)

P A D A zaman dahulu dalam sebuah kampung, ada seorang anak muda bernama M a t Jenin. M a t Jenin tinggal seorang diri di rumahnya di kampung itu. Anak muda ini sangat rajin. Pada setiap hari, dia mengambil upah memanjat kelapa. Pohon-pohon kelapa tumbuh dengan subur dan berbuah dengan lebat di kampung itu. Pada setiap hari, ada sahajalah orang kampung yang meng-upah Mat Jenin memanjat kelapanya. Mat Jenin akan memetik dan menggugurkan buah kelapa yang sudah tua. D i a kemudiannya akan mendapat dua biji kelapa sebagai upah memanjat itu. Sebiji upah untuk dia memanjat dan sebiji lagi upah dia turun.

Walaupun pada setiap batang kelapa yang dipanjatnya itu dia mendapat upah dua biji, namun pada setiap hari dia mendapat berpuluh-puluh biji kelapa. Ini disebabkan pada setiap hari, dia memanjat berpuluh-puluh pokok kelapa itu untuk menggugurkan buah yang telah tua.

M a t Jenin sangat senang dengan hidupnya yang sedemikian. Buah-buah kelapa yang didapati dijualnya. Duit yang didapatinya itulah digunakan bagi menyara kehidupannya seharian. Demikian-lah pada setiap hari dia melakukan kerja tersebut. Jika tidak, tuan kebun kelapa di sebelah sini memanggilnya untuk memanjat kelapa tentulah tuan kelapa di sebelah sana yang memanggil. Kalau tidak tuan kebun yang di baruh, tentulah pula tuan kebun di tebing yang memanggilnya.

Terkenallah M a t Jenin sebagai anak muda yang mahir memanjat dan menggugurkan buah kelapa itu. Setiap orang kenal akan M a t Jenin dan mereka sering mengupah Mat Jenin meman-jat kelapa di kebun mereka.

M A T JENIN

Pada suatu hari, seorang tuan kebun mengupah Mat Jenin memanjat kelapa di kebunnya. Mat Jenin melihat pokok-pokok kelapa yang subur dengan daunnya yang menghijau itu. Pastilah terdapat banyak pohon kelapa yang sudah tua buahnya dan perlu dipanjat serta digugurkan.

M a t Jenin memilih sepohon kelapa yang tinggi tetapi tersa-ngat lebat buahnya. Walaupun dia hanya mendapat upah dua biji iaitu sebiji upah memanjat dan sebiji upah turun tetapi dia tetap gembira dengan kerjanya itu.

M a t Jenin pun mulalah memanjat pohon kelapa yang dipilih-nya itu. Apabila sampai ke pertengahan pokok kelapa tersebut, maka terfikirlah dalam kepala M a t Jenin tentang upah yang akan didapatinya itu. Fikirnya, setiap kali dia memanjat pokok kelapa, dia mendapat dua biji kelapa sebagai upah.

M a t Jenin merancang dalam fikirannya. Dua biji buah kelapa itu akan dijualnya. Wang hasil jualan itu nanti akan dibelinya dua ekor anak ayam. D i a akan memelihara anak ayam itu. Semakin lama semakin besar dan akhirnya ayam tersebut bertelur dan menetas. Semakin lama ayam-ayamnya semakin banyak. Berjalan-lah ayam-ayam itu ke sana ke mari di dalam kampung tersebut sambil berkokok dan berketak.

Orang kampung tentu bertanya, "Ayam siapakah ini?" M a k a jawab orang yang lain, "Itulah ayam Mat Jenin, anak muda yang mahir memanjat kelapa di kampung kita ini."

M a t Jenin sungguh gembira memikirkan hal tersebut. Setelah ayamnya itu membiak dengan banyak, dia bercadang untuk men-jual ayam-ayamnya itu. Dia akan membeli itik pula.

M a t Jenin memelihara itiknya itu. Semakin lama itiknya itu semakin membiak. Pada setiap petang itik-itik itu berjalan ke hulu ke hilir di dalam kampung tersebut dengan bunyinya yang riuh-rendah.

Sekalian orang kampung tentu bertanya pula, "Itik siapakah yang berjalan berpuak-puak ke hulu ke hilir itu?"

M a k a jawab orang lain, "Itulah itik Mat Jenin anak muda yang mahir memanjat kelapa di kampung kita ini."

Setelah itiknya semakin banyak, M a t Jenin berangan-angan menjual itiknya, lalu membeli kambing pula. Mula-mula sepasang, seekor jantan dan seekor betina. M a t Jenin memelihara kambing-nya itu hingga beranak-pinak. Semakin hari kambing itu semakin banyak.

PROSA WARISAN

Pada setiap petang, kambing-kambing tersebut berjalan ke hulu ke hilir di dalam kampung tersebut Mengembik di sana, mengembik di sini.

Sekalian orang kampung akan bertanya lagi, "Kambing siapa-kah yang banyak ini?"

M a k a jawab oleh orang lain, "Itulah kambing Mat Jenin, anak muda yang mahir memanjat kelapa di kampung kita ini."

"Masakan kambingnya sebanyak ini," kata yang lain pula. "Berpuak-puak ke sana, berpuak-puak ke sini?"

M a k a jawab orang lain, "Mat Jenin sudah menjadi orang kaya sekarang ini. Dialah seorang yang kaya di kampung kita ini."

Setelah kambingnya membiak dengan banyak, M a t Jenin menjual kambingnya dan membeli kerbau pula. Kerbau yang dipe-lihara oleh Mat Jenin membiak sama seperti kambingnya dahulu itu. Semakin hari semakin biak kerbau tersebut. Pada setiap petang, kerbau-kerbaunya berjalan ke sana ke mari di dalam kam-pung tersebut.

Sekalian orang kampung sekali lagi bertanya, "Kerbau siapa-kah yang semakin membiak ini, menguak ke hulu, menguak ke hilir?"

M a k a dijawab oleh orang kampung yang lain, "Itulah kerbau M a t Jenin, orang kaya di kampung kita ini."

M a t Jenin begitu gembira kerbaunya semakin membiak. Oleh sebab kerbaunya terlalu banyak, dia menjadi seorang yang kaya raya. Oleh itu, pada suatu masa yang lain dia meminang puteri raja yang cantik. M a t Jenin pun berkahwinlah dengan puteri raja negeri itu.

M a t Jenin lalu menjual beberapa ekor kerbaunya. Duit jualan kerbaunya itu dibelinya seekor kuda. Kuda tersebut pantas berlari serta baik bangun tubuhnya. M a t Jenin pun membawa isterinya, puteri raja itu naik kuda. Hasratnya ingin berkuda ke hulu ber-kuda ke hilir menunjukkan kepada sekalian rakyat akan isterinya yang cantik itu.

M a t Jenin terasa dia menunggang di atas belakang kuda. Namun sebenarnya dia tidak menunggang di atas belakang kuda tetapi menunggang pelepah kelapa yang menjulai ke bawah itu. Entah macam mana, tangan M a t Jenin tersalah pegang, dia pun melayang jatuh ke tanah.

Tuan kebun terperanjat melihat M a t Jenin terbaring parah di atas tanah. Dia segera memanggil orang ramai. Mereka

kemudian-M A T JENIN

nya mengangkat M a t Jenin naik ke rumah. Mat Jenin dirawat segera secara kampung.

Beberapa hari selepas itu, M a t Jenin pulih seperti sedia kala. Ramailah orang bertanya mengapa Mat Jenin jatuh dari pokok kelapa itu padahal selama ini entah berapa pokok kelapa dipanjat oleh M a t Jenin, tetapi dia tidak pernah jatuh.

M a t Jenin tersenyum tersipu-sipu, malu untuk bercerita. Akhirnya apabila didesak, M a t Jenin bercerita juga tentang dia berangan-angan ketika memanjat pokok kelapa tersebut. Orang kampung semuanya tercengang mendengar cerita Mat Jenin. Masing-masing kagum dengan cara berfikir Mat Jenin itu.

"Hal ini memang boleh jadi," kata salah seorang kampung. "Kalau kita berusaha semuanya boleh jadi."

"Kisah kamu terjatuh dari pokok kelapa itu jadi pengajaran kepada kita semua tetapi itu tidak bererti kamu telah gagal," kata seorang yang lain pula.

"Setelah kita merancang, kita mesti berusaha, bukannya duduk sahaja," kata seorang yang lain.

Sejak hari itu, Mat Jenin mula memelihara ayam itik. Dia ber-hasrat untuk menjual ayam itiknya itu apabila sudah banyak nanti. Dia akan membeli kambing. Dia akan membeli kerbau. Dia mahu menjadi orang kaya.

Orang kampung juga mengikut sebagaimana yang dibuat oleh Mat Jenin. M e r e k a memelihara ayam. Mereka juga mahu menjual ayam, apabila ayam itu menjadi banyak nanti. Mereka juga mahu membeli dan memelihara kambing. Mereka juga mahu membeli dan memelihara kerbau. M a k a mereka pun berlumba-lumba berusaha.

Dalam dokumen Cerita Penglipur Lara (Halaman 122-126)