• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penglipur Lara Menghibur Hati yang Duka Lara

Dalam dokumen Cerita Penglipur Lara (Halaman 37-44)

P A R A sarjana Barat yang membuat kajian tentang cerita penglipur lara berpendapat cerita-cerita tersebut merupakan epos Melayu. Epos ialah puisi panjang yang menceritakan tentang kepahla-wanan. Para pengkaji itu berpendapat demikian disebabkan mereka mendengar cerita yang disampaikan oleh penglipur lara secara berlagu. Tambahan pula cerita dikisahkan dengan iringan alat bunyi-bunyian.

Satu hal lain yang amat ketara ialah cerita-cerita tersebut disu-lami rangkap berirama yang menjelaskan lagi bahawa cerita terse-but mengandungi puisi yang menarik. Walau bagaimanapun, puisi ini sebenarnya untuk membuat pendengar tidak berasa jemu ketika mendengar cerita tersebut selain mengindahkan cerita.

Dalam cerita-cerita penglipur lara yang telah dibukukan seperti Hikayat Malim Deman, Raja Donai Bahtera Kulit Kacang, Raja Muda, Malim Dewa, Raja Donan dan sebagainya, puisi digu-nakan untuk menggambarkan kecantikan, kehebatan, orang ramai dan perjalanan waktu. Rangkap puisi berikut dipetik daripada cerita Raja Donai Bahtera Kulit Kacang yang ditulis semula oleh Dato' Zakaria Hitam. P u i s i ini menggambarkan bunyi buluh perindu yang telah didengar oleh Puteri Intan Dikarang:

Meringit-ringit, mendayu-dayu menyebabkan hatinya sayu macam dihiris dengan sembilu rasakan putus jantung limpa macam ditampi-tampi dada selebunya.

PROSA WARISAN

oleh burung borak dalam Hikayat Malim Deman oleh Pawang A n a dan Raja Haji Yahya:

Hilang disaput awan yang putih, Hilang disaput awan yang kuning, Hilang disaput awan yang biru, Sekali membawa edar ke kiri, Dua kali membawa edar ke kanan, Tiada boleh membawa edar lagi, Hilang disaput si mega-mega.

Selain puisi sedemikian, pantun dan syair juga diselitkan dalam cerita penglipur lara ini. Kesemua ini menggambarkan bahawa seseorang penglipur lara itu bukan sahaja ahli dalam ber-cerita tetapi juga pandai berpantun dan bersyair dengan suara yang merdu dan menawan. Dalam cerita Raja Donan yang diceri-takan oleh Esah Muhammad A k i l dari Kampung Chenor, Temer-loh, Pahang Darul M a k m u r dan kemudiannya dibukukan oleh Zaharah Khalid, terdapat banyak pantun digunakan.

Raja D o n a n , watak utama dalam cerita tersebut telah berbalas-balas pantun dengan Puteri Gandar Eran ketika mereka bertemu. Antara pantun itu ialah:

Raja Donan:

Berlentung bunyi bedil Melayu, Nak menembak sarang tembaga; Dato' Shahbandar bukalah taryu,

Anak dagang nak masuk berniaga.

Jawab Puteri Gandar Eran:

Ikan tongkang jual di Jawa, Tongkang dari Inderagiri; Siapa melarang masuk berniaga,

Harga intan mahal di sini. Rumah besar berasuk papan,

Kerakap merata di dalam perahu; Apakah besar maksud tuan,

Katalah deras saya nak tahu.

Selain unsur-unsur yang telah disebutkan, cerita penglipur lara juga memperlihatkan ciri-cirinya yang tersendiri. Cerita peng-lipur lara dimulakan dengan kelahiran watak utamanya daripada

PENGLIPUR LARA MENGHIBUR HATI

kalangan anak raja yang bergelar dan ternama. Ayahandanya mempunyai jajahan takluk yang luas dan rakyat yang ramai.

Sewaktu kecil anak raja ini diajar dengan ilmu persilatan serta ilmu-ilmu lain. Ketika kelahirannya, dia sudah menunjukkan tanda-tanda yang luar biasa, misalnya lahirnya bersama-sama pedang dan sundang, disambut oleh bidan yang tujuh. Selalunya gelegar patah dan jatuh ke tanah sebaik sahaja lahir dari perut ibunya.

Anak raja yang menjadi tokoh utama cerita penglipur lara ini akan pergi mengembara, biasanya setelah mendapat alamat dari-pada mimpi bertemu dengan wali atau orang tua yang memakai serban dan jubah putih. Sewaktu dalam pengembaraan inilah pel-bagai halangan dan rintangan dihadapinya. Semua halangan terse-but dapat diatasi dengan segala ilmu yang telah dipelajarinya. Kadang-kadang dia memerlukan pertolongan. Dalam hal ini, sela-lunya Si Kembang Cina, Bujang Selamat, Nenek Kebayan, atau anjing yang bernama Kumbang, akan memberi pertolongan. Per-tolongan juga didapati daripada alam ghaib seperti orang tua yang ditemui dalam mimpi dan sebagainya.

Walaupun banyak rintangan yang dihadapi namun akhirnya watak ini bertemu dengan apa-apa yang dicarinya. Selalunya yang dicarinya ialah seorang puteri cantik. Kadang-kadang ketika dalam pengembaraan mencari puteri berkenaan, dia terjumpa pula puteri yang lain. Disebabkan jatuh cinta pandang pertama atau oleh sebab dia terhutang budi, maka puteri tersebut dikahwininya.

A k h i r n y a apabila puteri yang dicarinya itu ditemui, mereka pun berkahwin dengan adat istiadat dan majlis besar-besaran dengan diadakan pelbagai jenis permainan. Rakyat jauh dan dekat dijemput untuk merayakan perkahwinan tersebut.

Ciri-ciri cerita penglipur lara yang dimaksudkan itu dapat dili-hat sebagaimana Rajah 1:

PROSA WARISAN

Struktur penceritaan secara kronologi juga merupakan ciri cerita penglipur lara. Binaan cerita ini tidak terdapat teknik imbas kembali. Susunan peristiwa dikesan satu persatu secara teratur. Walaupun cerita tersebut dibina sedemikian rupa namun ia tetap sampai kepada kemuncak cerita dan kemudiannya pula diberikan peleraian.

Rajah 2 pula menunjukkan bahawa cerita bermula dengan kelahiran tokoh utamanya iaitu nombor 1. Kemudian berlakulah pengembaraan, dugaan, halangan setelah tokoh utama dibekalkan dengan ilmu. Dalam pada itu, disisipkan cerita-cerita negeri lain yang ada hubungan dengan tokoh utama nanti. H a l ini digambar-kan oleh susunan bilangan 2, 3, 4, 5 dan seterusnya. Kemuncak cerita pula ialah nombor 7 iaitu watak utama menemui puteri yang dicari dan berkahwin. Cerita ini diberikan peleraian iaitu 8 dan 9 dengan watak utama dan isterinya hidup bahagia memerintah negeri.

Watak-watak dalam cerita penglipur lara ialah watak-watak yang digambarkan secara hitam putih. Terdapat watak pembantu seperti Nenek Kebayan, Si Kembang Cina dan Bujang Selamat. Dalam cerita Malim Deman umpamanya terdapat Nenek Kebayan yang banyak menolong M a l i m Deman ketika anak raja itu berada di kayangan.

Watak utamanya pula digambarkan dengan ideal. Tidak ada cacat celanya. Watak ini terdiri daripada anak raja besar dan ber-gelar yang mempunyai rupa yang kacak dan mempunyai keboleh-an luar biasa. Selain itu, dia mempunyai ilmu, gagah berkeboleh-ani serta sakti.

PENGLIPUR LARA MENGHIBUR HATI

Segala keistimewaan yang dimiliki ini ada hubungan dengan cerita terutama dalam peristiwa yang dilalui oleh watak utama ini. Keis-timewaan yang dimilikinya itu dapat menolong watak utama dalam masa kesusahan.

Keistimewaan yang disebutkan itu dapat digambarkan oleh Rajah 3.

WATAK UTAMA

Rajah 3 Keistimewaan watak utama

Banyak peristiwa yang dilalui oleh watak utama sepanjang cerita ini. Selain peristiwa menunjukkan kehebatan watak utama, peristiwa tentang pertolongan yang didapati olehnya digambarkan. Ini termasuklah mimpi, berguru dan sebagainya.

Kadang-kadang watak utama juga terlibat dengan perjudian umpamanya menyabung ayam, bermain senjata dan sebagainya. Peperangan juga merupakan peristiwa yang selalu ditemui oleh watak utama, biasanya kerana merebut puteri yang cantik. Watak utama juga boleh menyamar sebagai orang kampung dan kadang-kadang menjadi seorang yang hodoh dan dibenci oleh sesiapa yang memandang kepadanya.

Walaupun watak utama itu digambarkan dengan sebegitu baik dalam segala hal namun terdapat juga kelalaian yang menye-babkan anak raja tersebut kehilangan isteri, atau kadang-kadang

PROSA WARISAN

kehilangan negeri. Kelalaian ini selalunya berakhir dengan keinsaf-an dkeinsaf-an watak utama akkeinsaf-an berusaha menebus segala kelalaikeinsaf-annya itu. Dalam hal inilah pertolongan akan datang kepadanya dan dia mendapat semula segala yang hilang tersebut

Rajah 4 menunjukkan suasana yang biasa dialami oleh watak utama cerita penglipur lara.

WATAK UTAMA mimpi jatuh cinta penyamaran peperangan kelalaian pengembaraan berguru

Rajah 4 Suasana yang dilalui

Sebagai kesimpulan, boleh dikatakan bahawa plot cerita peng-lipur lara tidak kompleks dan banyak disulami dengan unsur fan-tasi. Ceritanya berkisar tentang manusia di dunia dengan kebesar-annya serta dihubungkan dengan kayangan dan dewa dewi, mam-bang, kesaktian dan sebagainya.

Perlu disebutkan juga, dalam cerita-cerita ini selain mempu-nyai unsur dan pengaruh Hindu yang tebal, terdapat juga

penga-PENGLIPUR LARA MENGHIBUR HATI

ruh Islam melalui gambaran tentang mengaji al-Qur'an, berkhatan dan wali Allah.

Sebagai hasil sastera rakyat, tidak dinafikan bahawa cerita-cerita penglipur lara ini merupakan cerita-cerita yang amat popular serta berpengaruh dalam masyarakat tradisi masa lalu selain memberi-kan hiburan, pendidimemberi-kan serta menggambarmemberi-kan nilai-nilai masyara-kat masa lalu itu.

Cerita Mitos: Berhubung dengan

Dalam dokumen Cerita Penglipur Lara (Halaman 37-44)