• Tidak ada hasil yang ditemukan

Lebai Malang

Dalam dokumen Cerita Penglipur Lara (Halaman 132-138)

P A D A suatu masa dahulu, dalam sebuah kampung, ada seorang lebai yang sangat dihormati. Dalam apa-apa sahaja kenduri-kendara di kampung itu, Pak Lebai ini akan dijemput. Selalunya dialah yang akan membaca doa. Walaupun dia seorang lebai namun terdapat satu perasaan yang tidak begitu baik pada lebai ini. D i a mempunyai sifat yang tamak.

Pada suatu hari, datanglah orang kampung itu yang tinggal di sebelah hilir kampung. Orang kampung itu mengajak Pak Lebai datang ke rumahnya kerana dia hendak mengadakan kenduri.

"Saya hendak membuat kenduri arwah," kata orang kampung tersebut. "Datanglah ke rumah saya pagi esok," sambungnya.

Pak Lebai sangat suka hati mendapat undangan itu. Tambah-an pula penduduk di sebelah hilir itu akTambah-an menyembelih kambing. Dapatlah dia makan daging kambing pada pagi esok.

Dalam Pak Lebai bersenang-lenang di rumahnya itu, datang-lah pula seorang penduduk kampung yang tinggal di sebedatang-lah hulu.

"Saya menjemput ke rumah saya tengah hari esok," katanya. "Saya nak mencukur kepala anak saya yang baru lahir itu," kata-nya lagi.

Pak Lebai memberikan kesanggupannya untuk datang. A p a -bila orang kampung itu pulang, Pak Lebai pun berangan-angan. Rezekinya memang baik. Pagi esok dia akan makan kenduri di hilir dan pada tengah harinya pula, dia akan makan kenduri di sebelah hulu.

"Kalau ada orang kenduri pada setiap hari, alangkah baik-nya," flkir Pak Lebai.

Pagi-pagi esoknya Pak Lebai sudah siap untuk pergi makan

LEBAI M A L A N G

kenduri itu. Isterinya hairan melihatkan dia bersiap awal pagi itu. "Ada jemputan makan kenduri," beritahu Pak Lebai kepada isterinya.

' T i d a k minum dahulu?" tanya isterinya.

"Nak pergi makan kenduri tak payahlah minum di rumah," katanya. "Nanti tak termakan pula hidangan orang yang kenduri itu."

Isterinya hanya diam mendengarkan. Benar juga kata suami-nya itu, fikir hatisuami-nya.

Pak Lebai turun ke pangkalan perahunya. Hanya sungailah yang menjadi jalan penghubung di kampungnya itu. Pak Lebai mencapai pengayuh. Dia menaiki perahunya dan mula berkayuh. Dia berkayuh menghilir sungai. Sampai kira-kira pertengahan jalan, Pak Lebai mendapati air sedang pasang. Semakin dia berka-yuh ke hilir, air pasang semakin besar. Sukar benar dia mengaberka-yuh perahunya menongkah pasang yang besar itu. Namun, apabila ter-kenang akan daging kambing kenduri di sebelah hilir itu, Pak Lebai gagahi juga mengayuh perahunya.

Berpeluh-peluh Pak Lebai berkayuh menongkah air pasang itu. Dalam susah payah melawan air pasang itu, beberapa lama kemudian Pak Lebai pun sampailah ke pangkalan rumah orang kenduri itu. Sebaik sahaja dia menambat perahunya, dia melihat orang ramai sudah mula pulang dari rumah tersebut

Beberapa orang daripada mereka turun ke pangkalan dan bertemu dengan Pak Lebai.

"Mengapa lambat benar datangnya ini, lebai?" tanya mereka. Pak Lebai tidak sempat menjawab. Dia tergesa-gesa naik ke darat dan menuju ke rumah orang yang kenduri itu. Orang ramai semuanya telah menghala jalan pulang. A d a yang berjalan kaki. Ada yang menggunakan perahu.

Sampai sahaja di rumah orang kenduri tersebut, Pak Lebai melihat tuan rumah sedang menunggunya di tangga.

"Mengapa Pak Lebai lambat datang ni?" tanya tuan rumah dengan ramah.

" A i r pasang kuat," kata Pak Lebai.

"Maaflah, Pak Lebai. Nasi dan gulai sudah habis. Sedikit pun tidak bersisa lagi. Orang terlalu ramai datang ke rumah saya," kata tuan rumah itu panjang lebar.

' T a k apalah," kata Pak Lebai. "Sudah tidak ada rezeki saya," katanya lagi. Namun hatinya sebal juga kerana dia tidak dapat

PROSA WARISAN menjamah gulai kambing itu.

Pak Lebai turun semula ke pangkalan. Walaupun dia tidak dapat merasa gulai kambing namun dia tidak berputus asa. A d a seorang lagi yang mengadakan kenduri. Orang di sebelah hulu sungai itu mencukur kepala anaknya yang baru lahir. Pak Lebai mahu ke rumah orang tersebut.

Pak Lebai pun mula mengayuh perahunya mudik ke hulu. Matahari memancar dengan baiknya. Tidak ada tanda-tanda hari akan hujan. Beberapa ketika dia mengayuh perahunya memudiki sungai, Pak Lebai mendapati air pasang mula surut. A i r sungai mengalir menuju ke hilir dengan derasnya.

Terkial-kial Pak Lebai berkayuh melawan surut itu. Berpeluh-peluh badannya. A i r semakin surut dan semakin deras mengalir ke hilir. Namun Pak Lebai tidak mahu mengalah. Dia pasti akan sampai ke rumah orang kenduri mencukur kepala anaknya itu. Digagahinya berkayuh menongkah air surut itu sampai terasa sakit bahunya. Akhirnya, Pak Lebai sampai juga ke pangkalan rumah orang kampung yang membuat kenduri tersebut. Pak Lebai naik ke darat setelah menambat perahunya.

Pak Lebai melihat orang yang datang kenduri ke rumah itu semuanya sudah balik. Tidak ada seorang lagi yang tinggal. M a h u tidak mahu Pak Lebai menapak juga ke rumah orang tersebut untuk menyatakan budi bahasanya.

"Mengapalah Pak Lebai lambat sangat tibanya i n i , " tegur tuan rumah. "Kenduri sudah selesai. Semuanya sudah selamat."

' T i d a k mengapalah," kata Pak Lebai. "Yang pentingnya semuanya selamat."

"Makanan pun sudah habis," kata tuan rumah. ' T i d a k ada lagi yang tinggal."

"Mungkin sudah tidak ada rezeki saya," kata Pak Lebai lagi. Bagaimanapun, tuan rumah itu masuk ke rumah langsung ke dapur. Kemudiannya dia keluar semula menemui Pak Lebai yang masih berdiri di halaman.

"Inilah beberapa keping lempeng yang masih tinggal," kata tuan rumah sambil mengunjukkan sebuah bungkusan kepada Pak Lebai.

Pak Lebai mengambil bungkusan tersebut sambil mengucap-kan terima kasih. Kemudian dia berjalan ke pangkalan tempat dia menambat perahunya sebentar tadi. Hajat hatinya hendak balik ke rumah. Betapa pun sebal di hatinya namun dia berterima kasih

LEBAI M A L A N G

juga kerana dibekalkan dengan Iempeng yang dibungkus dengan daun pisang itu.

Pak Lebai kemudiannya menaiki perahunya dan mula berka-yuh untuk pulang ke rumahnya. Dalam dia berkaberka-yuh mudik itu, badannya terasa sangat letih. Sampai di pertengahan jalan dia terasa pula sakit perut Pak Lebai meradang.

"Apa pula sakit perut ini," rungutnya. "Makan tidak, minum pun tidak, tiba-tiba sakit perut."

Pak Lebai mengetepikan perahunya ke tebing. Dia menam-batkan perahu pada anak-anak pokok yang ada di situ. D i a naik ke darat. Cadangnya untuk mencari tempat membuang air besar.

Bagaimanapun dia tidak jadi berbuat demikian. Barulah dike-tahuinya bahawa itu ialah tempat dia mengambil nira kabung. Sekarang baru dia teringat dia lupa untuk mengambil tabung buluhnya yang panjang di pokok kabung tersebut Tentulah nira-nya sudah penuh, fikir hatinira-nya.

D i a terus sahaja pergi ke arah pokok kabung tersebut. Benar-lah seperti yang dilihatnya, buluh tempat air niranya masih terle-kat pada tandannya. Tanpa berlengah-lengah lagi, Pak Lebai menyangkutkan bungkusan lempengnya pada anak-anak pokok di pangkal pokok kabung itu. Dia kemudiannya mulalah memanjat sigai yang tinggi.

Sebentar sahaja dia sudah sampai pada tabung buluh. M e m a n g benarlah dilihatnya tabung itu penuh dengan nira. Bukan kepalang suka hatinya. Kali ini dapatlah dia masak air tersebut untuk dijadikan manisan dan gula, fikirnya.

Ketika Pak Lebai memandang ke bawah, dia melihat seekor anjing sedang mengerjakan bungkusan lempengnya yang disang-kutkan pada anak pokok di pangkal pokok kabung itu. Anjing yang lapar itu berjaya mendapat Iempeng Pak Lebai lalu digonggongnya dan dibawa lari.

Pak Lebai sangat marah melihat anjing tersebut. Tanpa berlengah-lengah lagi dia mengambil buluh yang penuh berisi air nira kabung lalu dibalingkannya ke bawah. Kemudian dia memba-ling anjing yang sedang menggonggong lempengnya itu. A i r nira kabung bersemburan tumpah dari buluh tersebut. Lemparan Pak Lebai tidak mengenai sasaran. Anjing tersebut lari dengan Iem-peng di mulutnya.

Pak Lebai segera turun dari atas pokok kabung itu. Sampai di tanah dia terus mengejar anjing tersebut Anjing itu lari

susup-PROSA WARISAN sasap di dalam semak-semak.

A k h i r n y a anjing tersebut masuk ke dalam lubang sebatang batang buruk di atas tanah. Pak Lebai terpinga-pinga sebentar. Kemudian dia mendapat satu fikiran. Pak Lebai menanggalkan pakaiannya. D i a menyumbat lubang tersebut dengan pakaiannya sebelum dia pergi ke hujung yang satu lagi untuk memukul anjing tersebut.

Sayang telah terlambat. Anjing itu terlebih dahulu melarikan diri melalui lubang di sebelah sana. Pak Lebai sangat marah. D i a berdiri di hujung batang itu untuk seketika. Sebentar kemudian barulah dia sedar bahawa dia sedang tidak berpakaian, hanya memakai seluar kecilnya. D i a segera ke hujung batang tempat dia menyumbatkan pakaiannya sebentar tadi. Malangnya pakaiannya itu sudah tidak ada lagi; sudah dicuri orang. Pak Lebai sangat kesal dengan tindakannya itu.

Badannya sudah terlalu letih. Perutnya lapar pula. K i n i pakaiannya sudah hilang. A i r niranya sudah bertaburan tumpah di atas tanah. Lempengnya sudah dilarikan anjing. Hari sudah beran-sur petang. Pak Lebai sedang berkira-kira bagaimana dia hendak pulang dengan tidak berpakaian begitu. Tentulah orang yang ber-temu dengannya akan tertawa.

Dalam dia berfikir-flkir begitu, tiba-tiba dia melihat sekumpul-an burung punai terbsekumpul-ang di sekitar belukar tersebut. Burung-burung itu terbang menghala ke arahnya. Pak Lebai pun mende-pakan kedua-dua tangannya. Burung-burung itu hinggap di atas lengannya di k i r i dan kanan. Burung-burung itu menyangka Pak Lebai itu sebatang pokok yang tidak beranting.

Pak Lebai menahan nafasnya seketika. D i a mahu menangkap burung-burung yang sedang hinggap di atas lengannya itu pula. B u r u n g punai itu tentu sahaja boleh disembelih dan digulai. Ketika dia menggerakkan tangannya hendak menangkap burung-burung tersebut, mereka sangat terperanjat kerana pokok yang mereka hinggap itu bergerak. Burung-burung itu pun terbanglah melarikan diri.

Pak Lebai berasa hampa lalu berjalan turun ke perahunya. D i a mesti pulang segera. Perutnya sudah lapar. Dia mengharap-kan ada mamengharap-kanan di rumah. Badannya letih pula. Dia mahu bere-hat. Pak Lebai mengayuh perahunya.

LEBAI M A L A N G

Pak Lebai itu. Pak Lebai tidak menjawab ketika ditanya oleh iste-rinya.

Isterinya bertambah hairan melihat kelakuan suaminya itu. Namun dia sudah tidak berani bertanya melihatkan wajah Pak Lebai yang masam.

Pak Lebai mengambil kain lalu memakainya. Kemudian dia menghala ke dapur kerana perutnya terlalu lapar. D i a mengharap-kan ada nasi di dalam periuk.

"Masakan balik daripada kenduri terasa lapar pula," tegur isterinya.

Pak Lebai tidak menghiraukan isterinya lagi lalu terus ke dapur untuk makan apa-apa yang ada.

Dalam dokumen Cerita Penglipur Lara (Halaman 132-138)