• Tidak ada hasil yang ditemukan

Cerita Mitos: Berhubung dengan Kepercayaan dan Cerita Asal Usui

Dalam dokumen Cerita Penglipur Lara (Halaman 44-50)

K A J I A N sarjana sastera mendapati bahawa cerita mitos dalam sas-tera rakyat Melayu mempunyai hubungan dengan kepercayaan serta cerita asal usul. Cerita mitos juga mempunyai hubungan dengan cerita dewa dewi kayangan. Mitos memberi gambaran dengan segala keajaiban serta keanehan yang luar biasa.

Dalam masyarakat Melayu masa lalu yang begitu tertutup, segala kepercayaan memainkan peranan penting dalam kehidupan mereka. Masyarakat Melayu tersebut lebih dipengaruhi oleh alam keliling mereka. Dalam kehidupan mereka seharian, mereka banyak bergantung pada alam sekeliling dalam segala hal. Sungai umpamanya, bukan sekadar menjadi tempat mereka mendapatkan bekalan air bahkan merupakan jalan perhubungan. Sungai juga tempat mereka mencari makan dengan menangkap ikan.

Orang Melayu mengerjakan huma menugal padi pada masa lalu. Di situ, mereka menanam ubi keladi, labu, tebu dan sebagai-nya. Untuk mengerjakan huma, mereka terpaksa menebang pokok-pokok yang besar di hutan sebelum menebas lalang, mem-bakar kayu dan lalang tersebut.

Mereka juga mendaki bukit dan gunung untuk mencari manis-an lebah atau buah-buahmanis-an hutmanis-an. Bagaimmanis-anapun, kecekapmanis-an mereka mengatasi halangan alam. Dengan adanya pengalaman dan kemahiran hidup mereka yang tradisi itu, kerja-kerja tersebut begitu mudah dilakukan oleh mereka.

Dalam hal ini, mereka sering beranggapan mudah atau sukar kerja dilakukan ada hubungan dengan kepercayaan mereka terha-dap semangat dan penunggu. Mereka percaya sesuatu benda itu, misalnya bukit dan pokok, ada penjaganya. Oleh itu, apa-apa

CERITA MrrOS: B E R H U B U N G D E N G A N KEPERCAYAAN sahaja kerja yang mereka lakukan, mereka mesti meminta kebe-naran kepada semangat atau penunggu yang dimaksudkan itu.

Latar tempat dan latar kepercayaan yang melatari kehidupan masyarakat Melayu pada masa lalu itu begitu jelas dikesani dalam cerita-cerita rakyat itu sendiri. Dalam cerita-cerita tersebut misal-nya, khalayak diperkenalkan dengan seorang anak miskin yang suka mengerjakan huma. Selain itu, ada cerita tentang seorang anak muda bekerja mencari rotan atau menangkap ikan di sungai. Dalam cerita Si Tenggang misalnya, khalayak diperkenalkan dengan anak Orang A s l i yang keluarganya mempunyai sebuah pondok ran di atas pokok. Si Tenggang pandai membuat perahu. Masyarakat dalam Si Tenggang ini tertutup daripada dunia luar. Mereka hidup sekadar kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Bagaimanapun, mereka terdiri daripada orang yang rajin bekerja, hidup bermuafakat

Kesemua gambaran yang didapati daripada cerita penglipur lara menunjukkan kesan kepercayaan seperti animisme dan pengaruh agama Hindu, Buddha dan Islam dalam inti cerita secara berdikit-dikit. Perkembangan pemikiran manusia sebegini serta pengaruh kemajuan dengan pelbagai dapatan baharu, akhir-nya cerita-cerita mitos lebih mirip kepada dongeng. Bagaimana-pun, tidak dapat dinafikan bahawa 'budaya mitos', di kalangan masyarakat M e l a y u tetap kental hingga ke hari i n i . M a l a h dongeng-dongeng tersebut selalu sahaja dikaitkan dengan pelba-gai kehidupan.

Rentetan dan urutan mitos dalam masyarakat Melayu ini akan dapat dilihat dengan jelas melalui cerita mitos yang dimaksudkan, terutamanya cerita yang memaparkan satu-satu upacara dalam kehidupan masyarakat cerita itu. Menyemah kampung ialah satu mitos dalam kebudayaan Melayu yang selitannya sering didapati dalam cerita rakyat. Begitu juga dengan upacara membuka huma atau apa-apa sahaja kerja baharu yang hendak dibuat

Dalam cerita rakyat, pelangi dikatakan jambatan dari ka-yangan misalnya untuk anak raja turun mencari timba emasnya yang jatuh ke dalam sebuah perigi ketika anak raja itu sedang mandi. Perilaku makan sirih pula dikatakan bermula apabila seorang puteri raja hendak menghilangkan bau mulutnya yang busuk yang menyebabkan puteri itu tidak dipinang oleh mana-mana putera raja.

men-PROSA WARISAN

jadi guru kepada harimau tidak menghabiskan ilmu yang diajar-kannya. A y a m mengais ketika mencari makan kerana hendak mencari jarum yang telah hilang. Jarum itu dikatakan dipinjam daripada helang. Akibat kecuaian itu, helang sentiasa memusuhi ayam. Puyuh tidak ada ekor kerana ekornya dipijak hingga tang-gal oleh sang kerbau. Kerbau pula tidak ada gigi hadapan kerana ditendang oleh sang puyuh.

Demikianlah beberapa gambaran cerita rakyat yang menun-jukkan mitos masyarakat Melayu yang mereka bawa daripada zaman animisme itu. Menurut mereka, setiap kejadian mempunyai sebab-sebab tertentu yang menjadi kepercayaan kepada mereka. Di samping itu, mitos dalam sastera rakyat Melayu menjadi lebih besar dan begitu meyakinkan dari segi ceritanya. Pulau Tio-man dikatakan terjadi daripada seekor naga yang mahu menemui kekasihnya di Laut China Selatan itu lalu tertinggal kain cindai di Tasik Cini. Ketika Sang Naga membelokkan dirinya untuk kemba-l i , ayam pun berkokok dan hari pun siang. Sang Naga yang tidak boleh menjalankan tugasnya pada waktu siang terhenti di tengah-tengah lautan itu lalu menjadi sebuah pulau yang besar.

Cerita-cerita mitos dalam sastera rakyat Melayu memberikan konsep yang sangat jelas dan contoh-contoh ceritanya pada satu ketika amat meyakinkan anggota masyarakat tersebut sebagai khalayak kepada perkembangan sastera itu. Bagaimanapun, kini kita melihat mitos dalam sastera rakyat Melayu sebagai cerita yang dapat dipetik beberapa pehgajaran atau nilai-nilai murni yang terdapat daripadanya. Mitos yang disebutkan itu kini berdiri seba-gai sebuah dongeng dalam bentuk cerita yang sangat mengasyik-kan.

Kesusasteraan rakyat, baik apa jenis dan bentuknya sekali-pun, memperlihatkan unsur-unsur pengajaran yang mempamer-kan pula nilai-nilai moral sejagat secara tidak ketara yang wajar difahami dan dihayati. Seperti genre sastera yang lain, sastera rak-yat memberi hiburan kepada khalayaknya.

Walaupun kadang-kadang terdapat makna yang lain di sebalik cerita mitos, namun tujuannya tetap sama. Persoalannya adalah sejauh mana dapat diberikan interpretasi terhadap makna yang hendak disampaikan itu. Dalam satu hal yang lain, mungkin kewa-jaran makna daripada cerita mitos itu dapat dihuraikan dengan sebab dan musababnya setelah seseorang itu tahu berfikir dengan matang.

CERITA MITOS: B E R H U B U N G D E N G A N KEPERCAYAAN

Sebagai contoh, orang tua selalu melarang anak-anak mereka berkeliaran pada waktu senja. Menurut mereka, pada waktu itu, hantu kopek sedang berkeliaran. Sesiapa yang berkeliaran pada waktu itu, tentu sahaja akan disembunyikan oleh hantu kopek ber-kenaan.

M a k s u d sebenar cerita tersebut ialah ibu bapa perlu melarang anak-anak mereka bermain-main pada waktu senja. Pada waktu itu, mereka sepatutnya telah siap mandi untuk bersembahyang maghrib dan makan malam. Untuk mengajar anak-anak, cerita sebegini lebih mudah dan berkesan digunakan oleh ibu bapa ter-sebut.

Dalam sastera hikayat juga, unsur-unsur mitos ini turut men-jadi penggerak cerita yang amat berkesan dan berfungsi bagi menokohkan seseorang watak utama dalam hikayat tersebut. Dalam Hikayat Parang Puting umpamanya, kita melihat bagai-mana unsur-unsur mitos ini diselitkan. Seorang budak miskin memelihara seekor naga. Akhirnya naga tersebut terpaksa kem-bali ke tempat asalnya iaitu ke Tasik Hijau kerana badannya sudah bertambah besar. Jika naga itu tinggal bersama-sama budak mis-kin itu, tentu sahaja akan menyusahkan orang di negeri tersebut Apatah lagi jika naga itu turun ke dalam sungai, banjir besar akan berlaku.

Persahabatan budak miskin dengan naga tersebut begitu akrab. Oleh sebab itu, budak miskin tersebut bersetuju untuk turut sama menghantar sahabatnya ke Tasik Hijau. Sekalian keluar-ga nakeluar-ga tersebut tingkeluar-gal di Tasik Hijau. Ibu bapa dan neneknya menjadi raja sekalian naga di Tasik Hijau itu. Sang Naga berpesan supaya budak miskin meminta sesuatu daripada neneknya sebagai balasan budi baik dia menjaga anak naga tersebut dari kecil sehingga besar. T u r u t sama menghantar naga tersebut ialah dua lagi sahabatnya iaitu anak tikus dan anak helang.

Sebagai balasan kepada budak miskin, nenek naga tersebut telah menghadiahkan kepada budak itu sebentuk cincin hikmat yang banyak gunanya. Menurut anak naga yang dipelihara oleh budak miskin itu, cincin hikmat itulah yang akan dapat membantu kehidupan budak yang miskin dan emaknya yang telah tua itu.

Bagaimanapun, ada di kalangan keluarga anak naga itu yang tidak setuju cincin hikmat itu diberikan kepada budak miskin itu. Seorang hulubalang diperintahkan untuk menukarkan cincin hik-mat itu dengan sebatang tongkat sakti. Namun demikian,

huluba-PROSA WARISAN

lang naga yang tidak mengenali budak miskin itu akhirnya terpe-daya. Tongkat sakd itu juga turut menjadi milik budak miskin itu.

Dalam perjalanan pulang ke rumahnya itu, budak miskin dan dua lagi sahabatnya itu iaitu anak helang dan -anak tikus selalu sahaja tersesat. A k h i r n y a mereka menemui seorang tua yang memiliki sebilah parang puting. Parang puting ini boleh bekerja sendiri seperti menebang pokok yang besar serta membuat apa-apa sahaja kerja yang menggunakan parang. Budak miskin terse-but bersetuju untuk menukarkan tongkat saktinya dengan parang puting.

Kehidupan budak itu dan ibunya semakin senang dengan ada-nya cincin hikmat dan parang puting. Parang puting menjalankan kerja-kerja yang selama ini dibuat oleh ibu budak itu. Cincin hik-mat pula memberi mereka hidangan makanan yang lazat-lazat.

Unsur yang terdapat dalam petikan Hikayat Parang Puting ini ialah naga dan kaum keluarganya, sebentuk cincin hikmat, dan sebatang tongkat sakti.

Orang M e l a y u percaya bahawa terdapat sejenis makhluk naga yang turut hidup di dunia ini. Naga badannya seperti ular yang berkaki empat. Naga mempunyai 'cula' atau tanduk di tengah-tengah kepalanya. Badannya sangat besar dan panjang.

M i t o s tentang naga bukan sahaja didapati dalam Hikayat Parang Puting sahaja tetapi juga terdapat dalam cerita tentang naga Tasik Cini, naga Pulau Tioman, naga Paya Bungur dan naga Siam. M i t o s naga Tasik CinPumpamanya, dipercayai bahawa dalam tasik itu terdapat seekor naga yang bernama Seri Gumum. Seekor lagi naga tersebut bernama Seri Pahang. Seri Pahang telah mati tewas berjuang dengan naga Siam. Penduduk di negeri Pahang percaya bahawa satu masa nanti Seri G u m u m dalam Tasik Cini itu akan keluar menuntut bela atas kematian Seri Pahang. Ketika Seri Pahang keluar dari Tasik C i n i , Sungai Pahang mem-buat banjir besar untuk melepaskan Seri Pahang menuju ke Laut China Selatan.

Cincin hikmat pula dapat memberikan sesuatu yang dikehen-daki oleh sesiapa yang memiliki cincin tersebut. Sesiapa yang memegang sahaja cincin itu dan menyebut apa-apa sahaja kehen-daknya, cincin tersebut akan menunaikannya. Dalam mitos orang Melayu, ini menjadi satu kepercayaan.

Cincin hikmat bukan boleh didapati oleh orang sebarangan. Cincin ini hanya diperoleh oleh orang yang bernasib baik. Begitu

CERITA MITOS: B E R H U B U N G D E N G A N KEPERCAYAAN juga dengan tongkat sakti yang sama fungsinya dengan cincin hik-mat. Bagaimanapun, berdasarkan struktur cerita yang dipaparkan itu, ternyata cincin hikmat, tongkat sakti atau parang puting ber-fungsi untuk menunjukkan watak utama dalam cerita tersebut sebagai orang yang istimewa.

Cerita mitos juga mempunyai fungsi yang sedemikian ketika benda-benda h i k m a t itu ditonjolkan. Bagaimanapun, lama-kelamaan cerita-cerita yang sedemikian menjadi dongeng yang menarik. Namun fungsi sastera rakyat dalam masyarakat Melayu tetap unggul dan tidak terjejas.

Cerita Asal Usui: Bukti Kepekaan

Dalam dokumen Cerita Penglipur Lara (Halaman 44-50)