• Tidak ada hasil yang ditemukan

Analisa Hadith Isra’ Mikraj Riwayat Anas Bin Malik R.A Di Dalam Sahih Bukhari

Mohd Fariz bin Abdul Azziz

Jabatan Pengajian Am Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Dungun, Terengganu fariz@psmza.edu.my

Mohd Khairulazman bin Hj Abu Bakar

Unit Jaminan Kualiti

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Dungun, Terengganu

mkazman@psmza.edu.my

Abstak— Isra’ Mikraj merupakan satu peristiwa mukjizat yang berlaku ke atas Nabi Muhammad s.a.w dari Masjid al-Haram ke

Masjid al-Aqsa dan mikraj ke langit. Kertas penyelidikan ini

membincangkan analisa terhadap hadith di dalam kitab Sahih

Bukhari yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a berkaitan

peristiwa Isra’ dan Mikraj Nabi Muhammad s.a.w. Anas bin Malik telah meriwayatkan tiga hadith berkaitan peristiwa Isra’

Mikraj dan mempunyai matan hadith yang berbeza dan

kesemuanya direkodkan oleh Imam Bukhari dalam Sahihnya. Kajian ini menyingkap beberapa perkara yang menjadi persoalan dan dianggap bertentangan dengan al-Quran dan riwayat hadith yang lain. Beberapa pandangan ulama’ dikemukakan bagi menjawab kekhilafan yang berlaku dan pandangan tawafuq yang diterimapakai. Pemurnian terhadap kefahaman dan kesahihan peristiwa Isra’ Mi’raj dijelaskan daripada sebarang unsur-unsur negetif dan salah faham.

Kata kunci - Isra’ Mikraj; hadith riwayat Anas bin Malik;

Sahih Bukhari, Analisa hadith.

I. PENGENALAN

Peristiwa Isra’ Mikraj merupakan salah satu daripada tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t yang tidak dapat dijangkau oleh panca indera manusia yang amat terbatas. Perkara ini telah disebut di dalam surah al-Isra’ ayat 1.

Maksud : Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Ayat di atas merupakan ayat yang begitu signifikan dengan peristiwa Isra’ Mikraj. Ia telah membawa satu pengertian yang besar dalam sejarah tamadun dan perkembangan Islam kerana malalui peristiwa ini pengsyariatan ibadah solat lima waktu. Ibadah solat merupakan ibadah yang menjadi tiang agama telah difardhukan secara langsung kepada Nabi Muhammad s.a.w semasa peristiwa Isra’ Mikraj. Isra’ merujuk kepada perjalanan pada waktu malam. Ia adalah perjalanan Nabi Muhammad s.a.w yang dibawa khas oleh Malaikat Jibril a.s dari Masjid

al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis dengan

menaiki binatang yang dinamakan buraq. Dalam sejarah perkembangan Islam, kedua-dua masjid ini adalah tempat yang suci dan merupakan binaan yang pertama dibina oleh Nabi Adam a.s di mana Baginda telah membina Kaabah pada awalnya dan kemudian masjid al-Aqsa setelah empat puluh tahun berikutnya. Kertas penyelidikan ini mengupas peristiwa Isra’ dan Mikraj yang berlaku ke atas Nabi Muhammad s.a.w dengan meneliti dan menganalisa beberapa hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a dan telah direkodkan dalam sahih Muslim. Semoga ia memberi manfaat kepada semua pembaca dan pencinta ilmu dalam menyusuri kebitaraan Nabi Muhammad s.a.w.

II. OBJEKTIF KAJIAN

A. Menyingkap beberapa perkara yang menjadi persoalan dan dianggap bertentangan dengan riwayat hadith yang lain. B. Pemurnian terhadap kefahaman dan kesahihan peristiwa

Isra’ Mi’raj dari sebarang unsur-unsur negatif dan salah faham.

C. Mengemukakan pandangan tawafuq yang diterimapakai oleh sebahagian besar ulama’.

III. METHODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan penyelidikan kualitatif sepenuhnya dengan membuat pendekatan komperatif. Penyelidik ingin mengetengahkan perbezaaan tiga hadith berkaitan peristiwa isra’ dan mikraj yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a.

Hadith tersebut ialah daripada Abu Dzar r.a, Qatadah r.a dan

Thabit al-Bunani r.a. Terdapat beberapa perbezaan dari segi

matan hadith yang mungkin mendatangkan kekeliruan dalam

masyarakat terhadap kefahaman cerita mukjizat Rasul Allah s.a.w ini. Penyelidik menjelaskan pandangan ulama’ hadith yang menjadi tawafuq (penyatuan) di antara ketiga-tiga hadith tersebut.

48

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

IV. KRONOLOGI PERISTIWA ISRA’DAN MIKRAJ

Dari segi morfologi bahasa Arab, perkataan isra’ ( ءارسا ) berasal daripada kata kerja asra ( ىرسا ) yang bererti perjalanan malam (Ibn Manzur, 1990). Allah s.w.t telah menggunakan perkataan asra ini khusus bagi menjelaskan peristiwa Isra’ Mikraj. Manakala perkataan mikraj ( جارعم ) berasal dari kata kerja a’roja ( جرعأ ) yang bererti sesuatu yang menyerupai tangga yang digunakan oleh roh manusia untuk naik ke langit setelah dipisahkan daripada jasad (Ibn Manzur, 1990).

Sebelum berlakunya peristiwa Isra’, Nabi Muhammad s.a.w didatangi oleh Malaikat Jibril a.s dan melakukan pembedahan dada Baginda s.a.w (al-Mubarakfuri, 2000). Hati Baginda s.a.w telah dicuci dengan air zam-zam dan kemudian dituangkan hikmah, ilmu dan iman (al-Haithami, 2001).

Ibn Mas’ud meriwayatkan bahawa setelah selesai pembedahan yang dilakukan sendiri oleh Malaikat Jibril a.s, kemudian didatangkan buraq untuk ditunggangi (Ibn al-Kathir, 2007).

Sepanjang perjalanan menuju ke Masjid Aqsa di Bait

al-Maqdis, Nabi Muhammad s.a.w diiringi oleh Malaikat Jibril

a.s. Apabila tiba di tempat-tempat tertentu yang tercatat padanya kisah-kisah sejarah kenabian dalam Islam, Baginda s.a.w diajukan oleh Malaikat Jibril a.s supaya berhenti dan menunaikan solat dua rakaat bagi menghormati tempat-tempat tersebut. Diriwayatkan oleh Anas bin Malik, tempat-tempat berkenaan ialah Yathrib (Madinah), Tursina dan Bait

al-Laham. Madinah merupakan tempat kedua suci bagi orang

Islam, yang menjadi tempat penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w ke sana. Tursina pula merupakan tempat Nabi Musa a.s bermunajat kepada Allah s.w.t, manakala Bait al-Laham merupakan tempat Nabi Isa a.s dilahirkan (al-Asqalani, 2003).

Dicatatkan dalam perjalanan menuju ke Masjid al-Aqsa, Rasul Allah s.a.w telah menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat luar biasa. Peristiwa – peristiwa tersebut menunjukkan bagaimana orang azab yang dikenakan kepada orang yang melanggar perintah Allah dan juga ganjaran yang diberikan kepada orang yang sentiasa mematuhi perintah Allah. Antaranya gambaran kaum yang sedang bercucuk tanam lalu terus menuai hasil tanaman mereka, dan apabila selesai dituai, hasil tanaman yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Keadaan ini berlaku berulang-ulang kali, maka Rasul Allah s.a.w diberitahu oleh Jibril a.s bahawa keadaan itu adalah menunjukkan ganjaran Allah s.w.t kepada kaum yang berjihad di jalan Allah yang digandakan pahala kebajiakan mereka (al-Asqalani, 2003).

Selepas peristiwa Israk, Rasul Allah s.a.w didatangkan dengan Mikraj iaitu sebuah tangga yang indah dari syurga (Ibn Kathir 2007). Rasulullah s.a.w dan Malaikat Jibril a.s naik ke langit dunia dengan menggunakan Mikraj tersebut. Seterusnya Baginda s.a.w dan Malaikat Jibril a.s menaiki setiap tingkatan langit dunia yang terdiri daripada tujuh peringkat dan bertemu dengan para Rasul terdahulu.

Selepas itu, Rasul Allah s.a.w telah dinaikkan ke Sidrat

al-Muntaha untuk bertemu dengan Allah s.w.t, iaitu untuk

menerima perintah solat lima waktu (Ibn Kathir 2007).

Di samping itu, diriwayatkan pula oleh Anas bin Malik r.a dalam hadith yang panjang, bahawa ketika di Sidrat

al-Muntaha, Rasul Allah s.a.w dihidangkan dengan tiga bejana

yang berisi arak, susu dan madu. Rasulullah s.a.w telah memilih susu lalu meminumnya.

Selepas Rasulullah s.a.w dihidangkan dengan tiga bejana air tersebut, berlangsunglah dialog antara Allah s.w.t dengan Nabi Muhammad s.a.w. Peristiwa ini dirakamkan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran surah al-Najm ayat 13-18 :

Bermaksud : Dan sesungguhnya Muhammad telah melihat

Jibril itu (dalam rupanya yang asli) pada waktu yang lain (13). (yaitu) di Sidratil Muntaha (14). Di dekatnya ada syurga tempat tinggal (15). (Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya (16). Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling dari yang dilihatnya itu dan tidak (pula) melampauinya(17). Sesungguhnya dia Telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) Tuhannya yang paling besar (18).

Sheikh Daud al-Fatoni menceritakan kisah Isra’ dan Mikraj di dalam kitabnya yang terkenal iaitu Jam’ul al-Fawa’id bahawa berlaku dialog antara Allah s.w.t dan Nabi Muhammad s.a.w.

Allah s.w.t berkata : “Ya Muhammad”. Maka Baginda s.a.w pun menjawab : “Labbaika”. Allah s.w.t berkata lagi : “Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami akan

perkenankan”. Rasul Allah s.w.t berkata : “Ya Allah, Engkau telah mengambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau telah berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan dia menguasai Jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa kitab taurat dan injil. Dengan izinMu, dia dapat menyembuhkan orang buta, sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan”.

Allah s.w.t menjawab : “Ya Muhammad, Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu.Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu di hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa pun sebelummu. Aku berikan ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai perbendaharaan di bawah arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji liwa’ al-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. dan Aku fardhukan ke atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) solat”

(al-Fatoni, 1823).

Pada awalnya, Allah s.w.t telah memfardhukan ke atas Rasul Allah s.a.w dan umatnya ibadah solat sebanyak 50 kali sehari semalam (al-Asqalani, 2003). Selesai bermunajat kepada Allah s.w.t, dalam perjalanan turun dari Sidrat al-Muntaha, Rasul Allah s.a.w menemui Nabi Musa a.s dan Baginda a.s meminta agar Rasul Allah s.a.w memohon kepada Allah s.w.t supaya diberi keringanan berkaitan jumlah solat yang

49

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

difardhukan (al-Mubarakfuri, 2000). Maka dengan rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t, akhirnya solat telah disyariatkan sebanyak lima waktu sehari semalam sahaja dengan mengekalkan nilai ganjarannya sebanyak 50 waktu.

Selepas peristiwa Mikraj, Rasul Allah s.a.w dibawa turun ke langit dunia semula untuk kembali ke Bait al-Maqdis. Baginda s.a.w telah dibawa menaiki buraq untuk pulang ke Mekah pada malam yang sama.

Ibn Qayyim al-Jauziyah menegaskan dalam kitabnya Zad

al-Ma'ad fi Hadi Khair al-Ibad bahawa peristiwa ini memang

benar-benar berlaku terhadap diri Rasul Allah s.a.w. sebagai menzahirkan tanda-tanda kebesaran dan kekuasaanNya. Apa yang lebih penting untuk difahami ialah peristiwa Isra’ Mikraj merupakan satu peristiwa yang membawa mesej bahawa setiap peristiwa yang dialami Rasul Allah s.a.w pastinya membawa makna dan pengajaran yang amat mendalam mencakupi aspek keimanan khususnya berkaitan perkara-perkara ghaib (al-Jauziyah, 2003).

V. DAPATAN ANALISA

Daripada ketiga-tiga hadith peristiwa Isra’ Mikraj yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik dapatlah dianalisa matannya seperti mana berikut :

TABLE I. HADITH ANAS BIN MALIK DARIPADA ABU DZAR R.A

Bil Pernyataan Matan Hadith

1. Ketika itu Nabi Muhammad sedang tidur di rumahnya di Mekah.

2. Atap rumahnya dibuka.

3. Malaikat Jibril a.s turun kemudian membelah dada Nabi s.a.w dan mencucinya dengan air zam-zam.

4. Nabi s.a.w dan Malaikat Jibril a.s terus pergi ke langit hingga lapisan ke tujuh, di sana Baginda s.a.w bertemu Nabi Ibrahim a.s

5. Peristiwa tersebut digambarkan berlaku tanpa singgah di Bait al-Maqdis.

6. Nabi s.a.w mendapat perintah solat 50 waktu daripada Allah s.w.t

7. Nabi s.a.w terus memohon pengurangan jumlah solat tersebut kepada Allah (tanpa terlebih dahulu bertemu dengan Nabi Musa a.s)

8. Allah s.w.t terus menurunkan beban daripada 50 waktu kepada25 waktu.

9. Nabi s.a.w turun ke langit berikutnya dan kemudian bertemu dengan Nabi Musa a.s

10. Nabi Musa a.s meminta Nabi Muhammad s.a.w supaya kembali mengadap Allah s.w.t bagi meminta pengurangan jumlah solat.

11. Nabi s.a.w kembali mengadap Allah s.w.t dan mendapat pengurangan separuh daripada 25 waktu.

Bil Pernyataan Matan Hadith

12. Nabi s.a.w turun ke langit berikutnya dan bertemu lagi dengan Nabi Musa a.s

13. Nabi Musa a.s meminta Nabi Muhammad s.a.w supaya kembali mengadap Allah s.w.t bagi meminta pengurangan jumlah solat.

14. Nabi s.a.w kembali mengadap Allah s.w.t dan mendapat pengurangan sehingga menjadi 5 waktu solat sehari semalam.

TABLE II. HADITH ANAS BIN MALIK DARIPADA QATADAH R.A

Bil Pernyataan Matan Hadith

1. Ketika itu Nabi Muhammad s.a.w sedang berada di :

1.1 Tepi rumah (tidak dijelaskan rumah siapa). 1.2 Di Kaabah (seperti dilaporkan oleh Ahmad bin Hanbal).

1.3 Bekas bangunan (seperti yang direkodkan oleh Ahmad bin Hanbal).

1.4 Di atas bongkahan batu sambil berbaring (berdasarkan rekod Bukhari dan Ahmad bin Hanbal juga).

2. Ada tiga malaikat berjumpa Rasul Allah s.a.w

3. Malaikat Jibril a.s turun lalu membelah dada Nabi s.a.w dan mencucinya dengan air zam-zam.

4. Nabi s.a.w naik buraq ke Bait al-Maqdis.

5. Nabi solat dengan para anbiya' dan menjadi imam.

6. Nabi s.a.w naik ke langit.

7.

Ketika di langit, Nabi s.a.w berkenalan dengan roh para anbiya' (sedangkan sebelumnya diceritakan mereka masih ada di Bait al-Maqdis).

8. Sampai di langit ke enam, Nabi s.a.w bertemu Nabi Musa a.s

9. Ketika bertemu Nabi Musa a.s, Nabi Musa a.s menangis.

10. Di langit, Nabi s.a.w pergi ke Bait al-Makmur.

11. Bertemu dengan Nabi Ibrahim dan nabi diberi tiga pilihan air minum.

12. Iaitu arak, susu dan madu.

13. Nabi s.a.w memilih susu

14. Nabi s.a.w naik lagi ke Sidratulmuntaha.

15. Di sana, ada empat sungai. Dua sungai di dalam syurga, dua sungai di dunia iaitu Sungai Ifrat dan Sungai Nil.

50

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

Bil Pernyataan Matan Hadith

16. Nabi s.a.w mendapat perintah solat 50 waktu.

17. Nabi s.a.w turun ke langit berikutnya dan bertemu Nabi Musa a.s

18. Nabi Musa a.s meminta kepada nabi

Muhammad s.a.w supaya kembali mengadap Allah s.w.t bagi meminta pengurangan.

19. Allah s.w.t menurunkan beban dari 50 waktu menjadi 40 waktu.

20. Nabi s.a.w turun lagi ke langit berikutnya dan bertemu lagi dengan Nabi Musa a.s

21. Nabi Musa a.s meminta kepada nabi

Muhammad s.a.w supaya kembali mengadap Allah s.w.t bagi meminta pengurangan.

22. Nabi s.a.w kembali mengadap Allah s.w.t dan mendapat pengurangan sebanyak 30 waktu.

23. Nabi s.a.w turun ke langit berikutnya dan bertemu lagi Nabi Musa a.s

24. Nabi Musa a.s meminta kepada nabi

Muhammad s.a.w supaya kembali mengadap Allah s.w.t bagi meminta pengurangan.

25. Nabi s.a.w kembali mengadap Allah s.w.t dan mendapat pengurangan sebanyak 20 waktu.

26. Terus berulang alik sehingga akhirnya diturunkan menjadi 5 waktu solat.

27.

Ketika Nabi Musa meminta kepada Nabi Muhammad s.a.w supaya kembali mengadap Allah bagi meminta pengurangan kembali, ada seseorang memanggil Nabi s.a.w dan berseru pengurangan yang diberikan sudah muktamad.

TABLE III. HADITH ANAS BIN MALIK DARIPADA THABIT AL-BUNANI R.A

Bil Pernyataan Matan Hadith

1. Nabi Muhammad s.a.w diberi buraq kemudian ke Bait al-Maqdis.

2. Di sana Nabi s.a.w solat bersama para anbiya' yang lain dan menjadi imam solat mereka

3. Malaikat Jibril a.s memberi Nabi dua pilihan air minuman; susu dan arak.

4. Nabi s.a.w memilih susu.

5. Nabi s.a.w naik ke langit.

6. Kembali bertemu dengan para anbiya' di setiap lapisan langit (sedangkan sebelum ini

diceritakan mereka masih di Bait al-Maqdis.

7. Nabi s.a.w naik ke Sidratulmuntaha.

8. Allah s.w.t mewajibkan solat 50 waktu.

9. Nabi s.a.w turun ke langit berikutnya dan bertemu dengan Nabi Musa a.s

Bil Pernyataan Matan Hadith

10. Nabi Musa a.s meminta kepada Nabi Muhammad s.a.w supaya kembali mengadap Allah s.w.t untuk meminta pengurangan kembali

11. Nabi s.a.w kembali mengadap Allah s.w.t dan mendapat pengurangan, iaitu dikurangkan 5 waktu.

12.

Kejadian ini terus berulang dan pengurangan dari Allah s.w.t turun lima kali dari jumlah-jumlah sebelumnya (dari 45 waktu menjadi 40 waktu, dari 40 waktu menjadi 35 waktu dan seterusnya.

13. Akhirnya solat dikurangkan menjadi 5 waktu. VI. TAWAFUQ KETIGA-TIGA HADITH

Secara umumnya perbezaan yang berlaku ke atas matan ketiga-tiga hadis tersebut tidak menjadi isu yang berat terhadap umat Islam, ini kerana ketiga-tiga hadis tersebut merupakan

hadith sahih. Walaupun begitu secara dasarnya dapat dilihat

perbezaan yang sangat ketara dalam kisah perjalanan Isra’ Mikraj Nabi Muhammad s.a.w.

Perkara sebegini adalah biasa kerana nabi menceritakan hadis ini beberapa kali sejak baginda berada di Mekah sehinggalah selepas peristiwa hijrah ke Madinah. Para sahabat juga meriwayatkan hadis ini beberapa kali dikalangan mereka menyebabkan berlaku perbezaan dalam penceritaan kisah Isra’ Mikraj. Walaubagaimanapun fokus kepada peristiwa ini tetap tidak berbeza iaitu kebenaran berlakunya peristiwa isra’ dan mikraj dan perintah solat.

Menurut Mohammad Fattah (2013), menyesuaikan dan menyelaraskan antara hadis-hadis yang bercanggah tersebut dengan mengambil tumpuan terhadap lafaz dan dengan cara iaitu jika salah satu hadis yang bercanggah tersebut mempunyai lafaz cam sedangkan yang lain mempunyai lafaz khas, maka hadis yang berlafaz khas tersebut menghadkan keumuman hadis lainnya. Jika salah satu hadis yang bercanggah tersebut mempunyai lafaz mutlak sedangkan yang satu lagi berlafaz

muqayyad, maka hadis yang berlafaz muqayyad berperan

menjelaskan hadis yang bersifat mutlak. Jika salah satu hadis yang bercanggah tersebut merupakan hadis qauli (perkataan) dan hadis lainnya merupakan hadis fi’li (perbuatan), maka hadis fi’li berperan menghuraikan maksud yang sebenar bagi hadis qauli. Mentakwilkan salah satu daripada hadis tersebut dengan mencari erti dan maksud zahir suatu lafaz dan menggunakan pengertian lain yang dijumpai dengan syarat makna dan pengertian itu tidak bercanggah dengan al-Quran dan sunnah Baginda s.a.w. Menyelidik maksud dan tujuan sebenar bagi sesebuah hadis dengan memberikan tumpuan terhadap susunan kalimah dan erti perkataannya.

Merujuk kepada kaedah ini percanggahan yang berlaku di dalam hadith riwayat Anas bin Malik dalam peristiwa Isra’ Mikraj dapat diatasi dengan menyelaraskan tujuan dan maksud sebenar hadis tersebut yang mana secara jelas menumpukan

51

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

kepada kebenaran berlakunya peristiwa isra’ dan mikraj dan perintah solat.

Abu Bakar al-Shairafi menukil daripada Muhammad bin Idris al-Shafi‘i bahawa “Tidak akan mungkin terjadi percanggahan antara dua hadis yang sahih – salah satu menidakkan yang lainnya baik dalam bentuk ‘am (umum maksudnya) – khasnya (khusus maksudnya) dan ijmal – tafsirnya. Kecuali dalam bentuk nasikh – mansukh apabila dapat diketahui masa datangnya (Hafiz Firdaus Abdullah, 2007). Oleh kerana itu penulis mencadangkan jika seseorang itu mendapati percanggahan dalam hadis-hadis sahih maka himpunkanlah kesemua hadis tersebut dan bandingkan kesemuanya nescaya ia akan mendapati setiap hadis tersebut tetap mempunyai persamaan dari segi maksud dan tujuannya.

VII. PENUTUP

Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Dalam hadith Anas bin Malik r.a, walaupun terdapat matan yang berbeza namun kesemuanya merupakan hadith yang sahih di sisi Imam Bukhari. Dan perkara tersebut perlu kembali kepada asas keimanan yang kukuh tentang kepercayaan terhadap peristiwa Isra’ Mikraj itu sendiri. Semoga kertas kerja ini menambahkan lagi kecintaan kita kepada Nabi Muhammad s.a.w dan keimanan kita kepada Allah s.w.t.

RUJUKAN

[1] ---. 2007. Safwat Sirah Nabawiyah. Vol. 2. Cairo: Wizarah al-Awqaf Jumhuriyah Misr al-'Arabiyah.

[2] al-Asqalani. 2003. Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari. Vol. 7. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah.

[3] al-Aswad, Musa Muhammad. 1989. al-Isra' wa al-Mikraj. Kuwait: Maktabah Dar al-Turath.

[4] al-Buti, Muhammad Sa'id Ramadan. 2003. Fiqh al-Sirah al-Nabawiyah. Beirut: Dar al-Fikr al-Mu‘asir.

[5] al-Fatoni, Sheikh Daud Abdullah. 1823. Jam’ul al-Fawa’id wa jawahir

al-Qala’id. Mekah : al-Matba’ah al-Miriyah al-Kainah.

[6] al-Haythami, al-Hafiz Nur al-Din 'Ali bin Abi Bakr bin Sulayman. 2001.

Majma' al-Zawa'id wa Manba' al-Fawa'id. Vol. 1. Beirut: Dar al-Kutub

al-Ilmiyah.

[7] al-Jawziyah, Ibn Qayyim. 2003. Zad al-Ma'ad fi Hady Khayr al-'Ibad. Vol. 3. Beirut: Dar al-Fikr.

[8] Mubarakfuri, Safi Din. 2000. Rahiq Makhtum. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah.

[9] al-Nawawi, Yahya bin Sharaf. 2003. Sharh Sahih Muslim. Beirut: Dar Kutub al-'Ilmiyah.

[10] al-Quran al-Karim, (1994), – Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada

Pengertian al-Quran, Terengganu : Yayasan Terengganu, cet. 11.

[11] Al-Qusyairi, Imam Abu Qasim. 1998. Kisah dan hikmah Mikraj

Rasulullah.Terj : Radin Hazizi. Jakarta : Serambi Publisher.

[12] Armansyah. 2011. Israk Mikraj : tinjauan saintifik di sebalik kontroversi. Jakarta : PTS Islamika.

[13] Azlan Abd. Rahman. 2004. Israk Dan Mikraj. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors.

[14] Bediuzzaman Said Nursi. 2012. Risalah Mi’raj : Urgensi, hakikat,

hikmah dan buahnya. Jakarta : Risale Press.

[15] Darza, Z.A. 2009. Dalil-dalil al-Quran tentang shalat. Medan : USU Press.

[16] Hanafi Muhalawi.2007. Tempat-tempat bersejarah dalam kehidupan Rasulullah. Jakarta : Gema Insan Press.

[17] Ibn Kathir, Isma'il bin Kathir Dimashqi. 1998. Tafsir Qur'an

al-'Azim. Vol. 7. Beirut: Dar Ibn Hazm.

[18] Ibn Manzur, Muhammad bin Makram. 1990. Lisan al-'Arab. Vol. 14. Beirut: Dar Sadir.

[19] Jamaluddin Abi Hajjaj Yusuf al-Mizzi. 1998. Tahzib al-Kamal fi asma’

al-Rijal, Juz I, Beirut: Muassasah al-Risalah.

[20] K.H Moenawar Chalil. 2001. Kelengkapan tarikh Nabi Muhammad

s.a.w. Jakarta : Gema Insan Press.

[21] M. Irawan. Sepuluh misteri di masjid al-Aqsa. 2014. Surabaya : Cetak Buku Publisher.

[22] M. Quraisy Shihab. 2008. Lentara al-Quran : Kisah dan hikmah

kehidupan. Bandung : Mizan Pustaka.

[23] Muhammad Abudullah. 1990. Pengajaran israk mikraj dan ibadat bulan

Syaaban. Bandung : Penerbitan A’sa.

[24] Ridwan Abqary. 2009. 99 kisah menakjubkan dalam al-Quran. Bandung : Mizan Media Utama.

[25] Rosmah Mat Khalil. 2007. Peristiwa Israk Mikraj sisi mukjizat

Rasulullah s.a.w. Kuala Lumpur : Jurus Prinsip Publisher.