• Tidak ada hasil yang ditemukan

2 Muhamad Zamani Bin Ismail

3 Anuar Shukri Bin Ahmad 1 2 3 Unit Teknologi Elektrik Kolej Komuniti Seberang Jaya

Pulau Pinang, Malaysia

1 affendi@kkbba.edu.my

2zamani@kkbba.edu.my

3 anuarshukri@kkbba.edu.my

Abstrak—  Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap amalan pelajar pemasangan elektrik sesi 2013 Kolej Komuniti Seberang Jaya terhadap peraturan keselamatan di bengkel - bengkel pemasangan elektrik. Populasi kajian adalah diambil secara rawak daripada 78 orang pelajar pemasangan elektrik Kolej Komuniti Seberang Jaya yang terdiri daripada pelajar Sijil Modular Kebangsaan (SMK). Instrument kajian yang digunakan adalah menggunakan soal selidik Skala Likert. Dengan melakukan analisis statistik menggunakan perisian SPSS versi 19.0 (Stastical Package For Social science), nilai kebolehpercayaan alpha cronbach bagi kajian ini adalah α = 0.871,yang mana menunjukkan nilai kebolehpercayaan yang tinggi. Analisis statistik ini digunakan bagi mendapatkan data frekuensi, peratusan dan min. Hasil dapatan kajian menunjukkan para pelajar menunjukkan sikap yang positif terhadap peraturan keselamatan di bengkel elektrik khususnya dalam mengamalkan peraturan keselamatan di bengkel elektrik.

Kata kunci: tahap amalan keselamatan, bengkel, kolej komuniti seberang jaya

I. PENGENALAN

Definisi keselamatan ialah satu keadaan terpelihara atau terhindar daripada bahaya, bencana atau gangguan yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Peraturan keselamatan amat penting bagi mengelakkan berlakunya kemalangan terutamanya di bengkel. Penggunaan alatan yang betul serta cara kerja yang selamat dapat meminimumkan risiko kemalangan di bengkel. Kita dapat mengelak risiko kemalangan sekiranya kita membina tabiat keselamatan (safety-minded) yang menjadikan kita lebih selamat. Peraturan

serta etika yang betul perlu dipraktikkan untuk mengelak punca kemalangan.

II. LATAR BELAKANG MASALAH

Kajian ini bertujuan mengkaji tahap amalan peraturan keselamatan di kalangan pelajar-pelajar elektrik Sijil Modular Kebangsaan (SMK) ketika para pelajar melakukan amali/projek di bengkel elektrik Kolej Komuniti seberang Jaya.

Kajian ini untuk melihat sejauh manakah para pelajar tahap amalan pelajar untuk mempraktikkan peraturan dan etika yang selamat ketika di bengkel elektrik. Soalan daripada kaji selidik di bahagikan kepada 4 bahagian iaitu Keselamatan Persekitaran Bengkel, Keselamatan Diri, Keselamatan ke atas pemasangan dan Keselamatan ketika menggunakan mesin dan alatan.

III. OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini dilakukan adalah berdasarkan beberapa objektif yang berikut:

1. Mengetahui tahap amalan pelajar terhadap peraturan menggunakan mesin dan alatan di bengkel elektrik 2. Mengetahui tahap amalan keselamatan pelajar

76

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

IV. KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memberi manafaat kepada pensyarah serta pelajar Kolej Komuniti khususnya serta institusi lain yang terlibat dalam amali di bengkel elektrik. Pengkaji berharap kajian ini dapat memberi input-input yang berguna kepada jawatankuasa keselamatan dan kesihatan setiap kolej komuniti serta Jabatan Pengajian Kolej Komuniti untuk merancang serta melaksanakan aktiviti/program keselamatan bagi meningkatkan amalan peraturan keselamatan.

Kajian ini bertujuan untuk memberi panduan kepada pensyarah untuk memahamkan pelajar tentang risiko kemalangan di bengkel elektrik seterusnya mengurangkan kadar kemalangan di bengkel elektrik dengan berkesan.

V. METODOLOGI

Menurut Mohd.Majid (2005), rekabentuk sesuatu penyelidikan adalah teknik dan kaedah tertentu untuk memperolehi maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah. Kajian adalah kajian berkonsepkan kajian kuantitatif dan kajian deskriptif. Mohd.Majid (2005), menjelaskan bahawa kaedah deskriptif digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang peristiwa , perkembangan atau pengalaman yang sedang berlaku.

Data yang diguna pakai sebagai data mentah ialah daripada soalan kaji selidik yang dihasilkan. Menurut Hafsah dan Abu Bakar (2009), soal selidik merupakan teknik yang paling sesuai untuk mengumpul data berbetuk deskriptif kerana soalan kaji selidik menjamin kerahsiaan dan menimbulkan respon yang lebih jujur.

VI. SAMPELAN DAN POPULASI

Responden kajian ini adalah pelajar-pelajar Sijil Modular Kebangsaan (SMK) yang mengikuti bidang Elektrik. Menurut Loganathan& Mohd Anuar(2009), Saiz sampel adalah penting kerana ia melambangkan kekuatan keputusan kajian. Lebihan sampel daripada populasi adalah lebih baik kerana pengkaji mempunyai lebih kemungkinan untuk memilih sampel yang mempunyai ciri – ciri populasi.

Oleh sebab itu, hampir kesemua pelajar elektrik sistem SMK menjadi responden dalam kajian ini. Borang kaji selidik telah diedarkan kepada 78 orang pelajar elektrik, terdapat 77 orang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan terdiri dari pelbagai bangsa.

VII. INSTRUMEN KAJIAN

Kajian ini menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkan maklumat dari pelajar-pelajar di Kolej Komuniti Seberang Jaya. Menurut Mohd.Majid (2005), dengan menggunakan instrumen soal selidik unsur-unsur penipuan jarang didapati jika dibandingkan dengan kaedah temubual. Soalan kajian telah dibentuk menggunakan Skala Likert

Soalan kaji selidik ini mengandungi 2 Bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B

Bahagian A : Di bahagian ini, soalan kaji selidik adalah berbentuk maklumat diri responden. Soalan secara ringkas ditanya mengenai jantina, bangsa serta kelas.

Bahagian B : Soalan kaji selidik di bagahian ini menjurus kepada amalan keselamatan yang dilakukan oleh responden dan sangat berkaitan dengan tajuk kajian ini. Bahagian ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:

1-Keselamatan Persekitaran Bengkel 2- Keselamatan Diri

3- Keselamatan ke atas Pemasangan

4- Keselamatan ketika menggunakan mesin dan alatan Bahagian-bahagian ini bertepatan dengan kehendak objektif iaitu amalan pelajar terhadap penggunaan mesin dan alatan dan amalan keselamatan pelajar di bengkel elektrik

VIII. ANALISIS DATA

A. Latar Belakang Responden

Kajian ini melibatkan seramai 78 orang responden terdiri daripada 77(98.7%) orang lelaki dan seorang(1.3%) perempuan. Manakala dari jumlah 78 orang responden, 62(79.5%) orang adalah berbangsa Melayu, 10 (12.8%)orang responden berbangsa India, 4(5.1%) responden berbangsa Cina dan 2(2.6%) adalah lain-lain. Seterusnya peratusan mengikut kelas adalah hampir sama iaitu dari 14-17 (19.2%-21.8%)responden.

   

B. Analisis Keseluruhan

Dapatan hasil kajian bagi soal selidik yang diedarkan dianalisis untuk menentukan frenkuensi, peratusan dan min. Tahap min ini dibahagikan kepada tiga tahap iaitu rendah, sederhana dan tinggi.

Menurut Landell (1997), tahap kecenderungan keputusan responden samada setuju, agak setuju dan tidak setuju adalah berdasarkan kepada jadual di bawah :

JADUAL 1: TAHAP KENCENDERUNGAN MIN

 

Kod Kumpulan Julat Tahap

1 1.00 - 2.39 Rendah

2 2.40 - 3.79 Sederhana

77

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

JADUAL 2 : KEPUTUSAN KESELURUHAN MENGIKUT 4 BAHAGIAN UTAMA

STS = sangat tidak setuju S = setuju TS = tidak setuju SS = sangat setuju TP = tidak pasti

Jadual 2 di atas adalah mengikut purata setiap bahagian mengikut soalan-soalan yang ada di sesebuah bahagian.Mengikut keputusan keseluruhan di dalam jadual menunjukkan tahap penilaian di setiap kategori adalah tinggi.

IX. KESIMPULAN DAN CADANGAN

Hasil dapatan daripada kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji jelas menunjukkan bahawa tahap amalan keselamatan oleh pelajar-pelajar elektrik Kolej Komuniti Seberang Jaya adalah tinggi mengikut setiap bidang yang dikaji.

Berdasarkan objektif yang pertama iaitu mengetahui tahap amalan pelajar terhadap peraturan menggunakan mesin dan alatan di bengkel elektrik secara jelas ditunjukkan di jadual 2 dan 3 bahagian D, yang mana nilai purata min adalah tinggi. Manakala, objektif kajian yang kedua iaitu mengetahui tahap amalan keselamatan pelajar mengikut peraturan keselamatan di bengkel elektrik dapat dilihat pada keempat-empat bahagian yang dinilai. Kesemua bahagian menunjukkan tahap penilaian yang tinggi, yang mana boleh disimpulkan pelajar- pelajar elektrik sesi 2013 di Kolej Komuniti Seberang Jaya mempunyai amalan yang positif terhadap peraturan keselamatan di bengkel elektrik Kolej Komuniti Seberang Jaya.

Pentingnya menbudayakan amalan keselamatan di bengkel amatlah dititik beratkan demi untuk memastikan para pelajar meminimumkan risiko kemalangan di dalam bengkel. Faktor keselamatan ketika menggunakan mesin dan alatan walaupun berada pada tahap penilaian tinggi tetapi adalah yang terendah diantara keempat bahagian tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat juga kesilapan ataupun tidak menggunakan peralatan yang sesuai di dalam bengkel elektrik. Item no.20 adalah perkara yang paling rendah min berbanding dengan kesemua soalan yang dikemukakan. Ini bermakna pelajar

kurang memakai alat pelindung telinga ketika mengendali atau menggunakan mesin atau alatan yang mengeluarkan bunyi bising.

Ada sesetengah perkara pelajar tidak ambil berat dan tiada pengetahuan mengenai peraturan keselamatan tersebut menjadi tanggungjawab pensyarah serta pihak pengurusan untuk menegur dan memastikan para pelajar faham serta mengamalkan peraturan keselamatan di bengkel elektrik.

Apa yang dapat disimpulkan secara keseluruhan, tahap amalan keselamatan para pelajar Kolej Komuniti Seberang Jaya sesi 2013di Bengkel pemasangan elektrik berada pada tahap yang tinggi.

Bahagian

Respon Purata Tahap STS TS TP S SS Min Penilaian % % % % % A. Keselamatan Persekitaran Bengkel 3.0 0.9 3.0 24.3 68.8 4.55 Tinggi B. Keselamatan Diri 1.0 1.3 6.1 22.8 68.7 4.57 Tinggi C. Keselamatan Ke atas pemasangan elektrik 0.0 0.0 1.0 21.5 76.9 4.75 Tinggi D. Keselamatan ketika menggunakan mesin dan alatan

78

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

D . Keselamatan Pe rse ki ta ra n B en gk el C . K es el am at an D iri B. Keselamatan K e a tas Pem asangan E lektr ik A . Keselamatan ketik a m enggunakan m esin dan alatan

JADUAL 3: ANALISIS MENGIKUT SETIAP SOALAN

Bahagian Item No. Pernyataan Min

1 Lantai tempat kerja anda sentiasa bersih daripada minyak, air dan gris. 4.56 2 Perkakasan diletak pada rak yang sepatutnya 4.67 3 Kerusi,meja di susun pada tempatnya 4.74 4 Bengkel mempunyai tanda-tanda keselamatan 4.54 5 Bengkel mempunyai kotak pertolongan cemas 4.40 6 Alat pemadam api disediakan berdekatan dengan pintu atau tempat

yang sesuai 4.40

Purata 4.55 7 Sentiasa memakai kasut keselamatan (safety boot) semasa di

dalam bengkel 4.50

8 Sentiasa memakai alat perlindungan apabila menggunakan mesin elektrik 4.41 9 Tidak memakai barang-barang kemas 4.72 10 Tidak makan dan minum dalam bengkel 4.45

11 Tidak merokok dalam bengkel 4.77

Purata 4.57

12 Menguji pemasangan sebelum digunakan 4.76 13 Suis Utama telah dimatikan sebelum melakukan kerja pendawaian 4.74 14 Setiap pemasangan mempunyai alat pelindungan (fius,pemutus litar) 4.77 15 Membuat tandaan kabel sebelum memasang pada perkakasan. 4.74

Purata 4.75

16 Berpengetahuan dalam mengendalikan mesin yang hendak

digunakan 4.41

17 Peralatan elektrik masih berada dalam keadaan yang baik 4.56

18 Alatan kerja tidak tumpul 4.44

19 Alatan dan perkakasan sentiasa kering 4.65 20

Memakai perlindungan telinga (ear muff) semasa mengendalikan mesin yang mengeluarkan bunyi bising yang kuat (80dB)

4.18

Purata 4.45

RUJUKAN

[1] Abd Samad Hanif, Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Edisi-2, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004.

[2] Mohd Isa Idris dan Ramli Harun, Asas Pendawaian, IBS Buku Sdn Bhd,

Cetakan ke-10,2011.

[3] Md Nasir Abd Manan, Panduan Pendawaian Elektrik Domestik, IBS Buku Sdn Bhd, Edisi ketiga 2007.

[4] Landell K, Management by Menu, London:Wiley dan Sons Inc., 1997.

[5] Jawatankuasa Keselamatan Makmal dan Bengkel,  Peraturan Keselamatan Makmal dan Bengkel FRIM, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM.), 2003.

[6] Mohd Majid Konting, Kaedah Penyelidikan Pendidikan, Kuala Lumpur :Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2005

[7] Abu Bakar Bin Hj. Hashim &Nor Hafsah Binti Sulaiman, Amalan Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu di Sekolah Menengah Zon Skudai, Universiti Teknologi Malaysia:Projek Sarjana Muda, 2009.

[8] Mohd Anuar Bin. Abdul Rahman & Ezra Loganathan Muniandi, Amalan Peraturan Keselamatan Bengkel Dalam Kalangan Pelajar Di Sebuah Institut Kemahiran Mara, Universiti Teknologi Malaysia:Projek Sarjana Muda, 2008.

79

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

Membangunkan Aplikasi Android “Meter Pelbagai @

Multimeter Ver. 1.0”: Satu Aplikasi Dan Inovasi

Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi