• Tidak ada hasil yang ditemukan

Persepsi Komuniti Setempat Terhadap Informasi Kolej Komuniti Gerik

1 Hazila Shaharuddin

2 Mohd Azli B Adnan

3 Raihan Mokti 1 2 3 Kolej Komuniti Gerik,

1 Hazilas@yahoo.com

2 mohdazli68@ymail.com

3raihan1814@gmail.com

Abstrak - Kajian ini bertujuan mengenalpasti persepsi

komuniti terhadap informasi mengenai Kolej Komuniti Gerik. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik. Seramai 70 orang responden telah dipilih dari daerah Hulu Perak yang terdiri daripada zon Lenggong, Pengkalan Hulu dan Gerik melalui kaedah persampelan rawak. Kaedah pengumpulan data dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Dapatan kajian mendapati informasi mengenai laluan kerjaya tidak diperolehi secara keseluruhan oleh komuniti setempat. Elemen laluan kerjaya selepas tamat pengajian di kolej komuniti adalah perlu diberi penekanan semasa menyampaikan info publisiti kepada masyarakat.

Kata Kunci : Komuniti setempat, Kolej Komuniti Gerik, laluan kerjaya

1.0 PENGENALAN

Dalam misi Malaysia mencapai wawasan 2020, seterusnya membentuk negara maju, modal insan yang berdaya saing perlu dipersiap. Lantaran itu, menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia, kerajaan berusaha memastikan setiap rakyat di negara ini berpeluang mendapatkan pendidikan dan kemahiran yang diperlukan. Semua peluang ini mampu dikecap di kolej komuniti yang menyediakan pendidikan (Dewan Masyarakat, Bil. 3, 2014).

Pada 5 Julai 2000, Jemaah Menteri telah mempertimbangkan Memorandum No. 398/2225/00 yang telah dikemukakan oleh Menteri Pendidikan tentang konsep penubuhan dan pelaksanaan kolej komuniti di setiap kawasan parlimen, yang mana pada ketika itu terdapat 198 buah kawasan parlimen di Malaysia. kolej komuniti menjadi salah

sebuah institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran kepada semua peringkat dan memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

Serentak dengan itu, kolej komuniti telah mula ditubuhkan pada tahun 2001, kolej komuniti membawa misi dan visi yang cukup besar, iaitu menjadi peneraju pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional serta hab pembelajaran sepanjang hayat (Dewan Masyarakat, Bil. 3, 2014).

Sebanyak 12 buah Kolej komuniti rintis mula beroperasi pada tahun 2001. Sehingga kini, tahun 2014 menyaksikan penubuhan kolej komuniti telah pun mencecah 91 buah di seluruh Malaysia. Walaupun kolej komuniti telah melalui pelbagai bentuk transformasi dan kini berada di bawah naungan Kementerian Pendidikan Malaysia masih dengan matlamat yang sama seperti di awal penubuhannya.

Sehingga kini, 91 buah kolej komuniti di seluruh Malaysia telah ditubuhkan dan ini menandakan satu ledakan terbaharu terutamanya dalam arena pendidikan tinggi. Boleh dikatakan di setiap pelusuk tanah air sama ada Semenanjung Malaysia, Sabah mahupun Sarawak, bertapak sebuah kolej komuniti yang memberikan kemudahan pembelajaran kepada komuniti sekitar. Di samping itu, 13 buah kolej komuniti telah pun ditubuhkan di Negeri Perak dan di tempatkan di setiap daerah termasuk daerah Hulu Perak.

Sebagai salah sebuah institusi pendidikan di Malaysia, peranan kolej komuniti telah diperluaskan. Kolej komuniti telah ditubuhkan dengan lebih banyak di serata negara, khusus untuk membentuk komuniti yang lebih dinamik. Konsep penubuhannya yang berorientasikan komuniti menjadikan kolej komuniti sebagai sebuah institusi yang terbaik dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat sekitar melalui penawaran kursus sepenuh masa yang diiiktiraf oleh kerajaan dan kursus pendek dengan syarat

85

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

Persepsi Komuniti Setempat Terhadap Informasi Kolej

Komuniti Gerik

kemasukan yang minimum bagi menjana perkembangan positif terhadap pembangunan modal insan dalam negara ini. Lulusan kolej komuniti bukan sahaja dilengkapi dengan latihan dan kemahiran dalam pelbagai bidang, malah mereka boleh melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi seperti diploma di kolej komuniti, Politeknik atau di Institut Pengajian Tinggi yang lain.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kolej komuniti mempunyai banyak kelebihan dalam membantu membudayakan ilmu kerana bilangannya yang banyak, menawarkan pelbagai program latihan kemahiran, yuran yang murah serta kaedah pembelajaran yang fleksibel (Utusan Malaysia, 2012). Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kolej tersebut dibina bukan sahaja untuk melatih pelajar-pelajar baru tetapi turut menyediakan pelbagai ilmu dan kemahiran jangka pendek kepada semua lapisan masyarakat (Utusan Malaysia, 2011). Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk AB Rahim Md Noor di dalam buku Pemerkasaan kolej komuniti menyatakan kedudukan kolej komuniti dalam kalangan masyarakat setempat ke arah menghasilkan tenaga kerja berpengetahuan dan terlatih.

Sementara itu, Kolej Komuniti Gerik (KKGP) yang telah ditubuhkan di kawasan Hulu Perak semenjak tahun 2003 juga menggalas tanggungjawab dan amanah dalam memastikan usaha murni pihak kerajaan membangunkan komuniti setempat dengan tenaga kerja berpengetahuan dan terlatih dapat dilaksanakan secara menyeluruh. Malah, dengan pelaksanaan pengurusan kualiti mengikut standard ISO 9001:2008 dan MS 1900:2005 menjadikan sistem pengurusan KKGP sentiasa menitikberatkan budaya kualiti secara berterusan berlandaskan nilai-nilai syariah.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Kolej komuniti Malaysia menyediakan laluan alternatif kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran sebelum mereka menceburi dunia pekerjaan atau menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. KPT meletakkan harapan yang tinggi kepada kolej komuniti Malaysia sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang teknologi, perniagaan dan perkhidmatan industri (don,2012).

Senario pengajian di kolej komuniti adalah terbuka dan fleksibel bagi memastikan peningkatan peluang pembelajaran kepada semua lapisan masyarakat. Pemerkasaan kolej komuniti bertujuan untuk memberi manfaat kepada kumpulan sasaran. (pemerkasaan kolej komuniti 2013-2015). Pemerkasaan kolej komuniti adalah bagi memastikan kolej komuniti menjadi sebuah organisasi yang relevan serta

memberi pengaruh positif kepada masyarakat di samping mewujudkan komuniti yang berpengetahuan, berkemahiran, berdaya saing dan pengupayaan.

Maklumat dan informasi kepada masyarakat setempat juga merupakan salah satu strategi yang perlu sentiasa dilaksanakan secara komprehensif dari akar umbi. Pelbagai kaedah dan medium penyaluran informasi dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan komuniti setempat mendapat maklumat secara tepat dan menyeluruh mengenai peranan KKGP sebagai hab pembelajaran khasnya.

Tahun 2013 menyaksikan pelbagai usaha dijalankan bagi mempromosikan Kolej Komuniti Gerik kepada komuniti setempat khasnya dan orang awam amnya. Dasar, program dan aktiviti melalui perancangan promosi dan publisiti yang strategik dilaksanakan secara komprehensif supaya golongan sasaran mendapat maklumat dari akar umbi. Pelbagai medium promosi dan publisiti telah digunakan sepanjang tahun 2013 seperti pameran, taklimat, kempen dan hebahan melalui media massa (Laporan Tahunan 2013, 2013).

Dengan itu, komuniti Hulu Perak yang sepatutnya menggunakan peluang penubuhan KKGP bagi melanjutkan pengajian dan meningkatkan kemahiran dapat dicapai apabila komuniti Hulu Perak menjadikan KKGP sebagai institusi pendidikan pilihan selepas tamat pengajian di peringkat SPM.

Walaupun Kolej Komuniti Gerik telah beroperasi selama 10 tahun di Bukit Nasah, Gerik, Perak, namun data kemasukan pelajar dari komuniti tempatan masih perlu dipertingkat. Mengikut data pengambilan pelajar pada tahun 2013, seramai 198 orang telah mendaftar sebagai pelajar KKGP melalui empat program yang ditawarkan iaitu Sijil Aplikasi Perisian Komputer, Sijil Fesyen dan Pakaian, Sijil Servis Kenderaan Ringan dan Sijil Rekabentuk dan Pembuatan Perabot. Daripada jumlah pengambilan tersebut, 156 orang pelajar adalah terdiri daripada pelajar yang berasal dari daerah Hulu Perak yang mana 132 orang (66.7%) adalah dari Gerik, 15 orang (7.6%) dari Pengkalan Hulu dan 9 orang (4.5%) adalah terdiri daripada pelajar yang berasal dari Lenggong.

Hal ini menunjukkan kemasukan pelajar ke KKGP dari zon Lenggong dan Pengkalan Hulu masih berada di tahap yang kurang memberansangkan. Manakala Pegawai Pengambilan KKGP, Mohd Suhairi Md Suhaimin memaklumkan dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Penasihat (JKP) yang telah dijalankan pada 5 Februari 2014 iaitu pada setiap sesi pengambilan pihak KKGP perlu memenuhi norma pengambilan yang telah ditetapkan iaitu 30 orang pelajar bagi setiap program yang ditawarkan bagi setiap pengambilan yang dijalankan tiga kali dalam setahun iaitu pada bulan Mac, Julai dan November (Panduan Perlaksanaan Program Pengajian Kolej Komuniti).

86

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

Namun begitu, pada sesi kemasukan November 2013, hanya tiga program iaitu Sijil Fesyen dan Pakaian, Sijil Servis Kenderaan Ringan dan Sijil Aplikasi Perisian Komputer mencapai 80% norma pengambilan manakala satu program tidak mencapai norma ambilan iaitu Sijil Rekabentuk dan Pembuatan Perabot di mana hanya seramai 5 orang pelajar sahaja yang menerima penawaran belajar dalam bidang teknikal tersebut.

Oleh yang demikian, pengkaji merasakan satu kajian perlu dijalankan bagi menilai persepsi komuniti terhadap informasi yang telah disampaikan oleh pihak KKGP. Dengan cara ini, diharapkan dapat membantu Kolej Komuniti Gerik merancang strategi dalam mempromosikan penawaran program kepada komuniti setempat terutamanya dan sekaligus meningkatkan norma pengambilan pelajar.

3.0 METODOLOGI KAJIAN Reka bentuk kajian

Kajian ini dijalankan di sekitar daerah Hulu Perak. Seramai 70 orang responden telah dipilih dari Daerah Hulu Perak yang terdiri dari zon Lenggong, Pengkalan Hulu dan Gerik melalui kaedah persampelan rawak.

Dalam kajian ini, instrumen borang soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan data. Borang soal selidik terdiri dari dua pernyataan iaitu samada ‘Ya’ atau ‘Tidak’. Kaedah pengumpulan data dijalankan dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS)

Populasi dan Sampel Kajian

Menurut Mohamad Najib (1999), populasi merupakan semua ahli di dalam suatu kelompok. Populasi juga merupakan sumber data atau maklumat yang diperolehi berkenaan penyelidikan yang dijalankan. Sementara sampel pula adalah cabutan kes atau subjek daripada sesuatu populasi (Sidek Mohd Noah, 2002). Sampel merupakan kajian yang melibatkan penghuraian keseluruhan kepada satu populasi sebagai mewakili penerangan yang tepat tentang populasi. Sampel kajian ini melibatkan 70 orang komuniti setempat yang terdiri daripada pelajar, staf Kolej Komuniti Gerik dan masyarakat sekitar.

Instrumen Kajian

Pengkaji memilih borang soal selidik sebagai instrumen di dalam kajian ini. Ia lazim digunakan dalam kajian deskriptif kerana maklum balas daripada responden boleh diperolehi dengan mudah, cepat, murah dan dengan pengawasan yang

paling minimum (Zainudin Abu Bakar & Nor Hisham Muhamad Nor, 2010).

Menurut Mohd. Majid Konting (2004), soal selidik merupakan alat ukur yang digunakan di dalam penyelidikan pendidikan untuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya. Ini disokong oleh Azizi Yahya, et al. (2006), borang soal selidik merupakan kaedah yang efisien bagi mengutip data dalam jumlah yang banyak dengan kos yang rendah dalam tempoh yang singkat. Untuk itu, pengkaji telah menggunakan instrumen borang soal selidik terhadap komuniti setempat.

4.0 ANALISA DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan

Dalam bab ini, penyelidik akan membincang dan menghuraikan hasil analisa data serta keputusan yang diperoleh berdasarkan maklum balas daripada borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden. Maklum balas yang dikumpul telah dikaji. Data yang telah dikumpul dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For

Social Science (SPSS).

Secara keseluruhannya, sebanyak 100 set borang soal selidik telah diedarkan kepada responden yang terlibat. Daripada jumlah tersebut, hanya 70 set borang yang berjaya dipulangkan. Kesemua hasil analisis dan keputusan daripada soal selidik dapat dilihat melalui jadual-jadual yang dipaparkan selepas ini beserta huraiannya.

4.2 Dapatan kajian

JADUAL 1: DATA CRONBACH’S ALPHA Reliability Statistics

Cronbach's

Alpha N of Items .800 10

87

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

juml komu garis peng Terd boran bilan yang berd ‘Tida ia ju di tah adala serta cronb dan k JADUA Merujuk lah dan soala muniti tersebut s yang telah ggunaan peris dapat sepuluh ng soal selidik Borang s ngan responde g telah disa asarkan kepad ak’. Jadual 1. ga menunjukk hap 0.8 dalam ah tidak berse a tidak boleh bach’s alpha i ke atas. AL 1.2 : STATI jadual cronb an yang digun t adalah bers ditetapkan o sian SPSS ba h soalan yan k tersebut. soal selidik ter en yang sedar

mpaikan ole da skala 1 iai 2 di atas men kan data adala m jadual cronba

esuaian denga h digunakan k

iaitu data adal

ISTIK SOAL SEL

bach’s alpha nakan dalam esuaian keran leh cronbach agi tujuan m ng telah dike rsebut diguna r dan jelas me eh KKGP. P

itu ‘Ya’ dan nunjukkan min ah bersesuaian ach’s alpha. N an soalan dan kerana tidak lah tepat jika n

LIDIK di atas, se menilai perse na berada da ’s alpha mel menganalisa d emukakan da akan bagi men engenai inform Penilaian ada 2 mewakili n n adalah 1.36 n kerana ia ber Nilai antara 0 -jumlah terse menepati sy nilainya ialah etiap epsi alam lalui data. alam nilai masi alah nilai dan rada 0.4 ebut yarat 0.5 B Valid s B p p re p m b M m in d k k Bahagian A (L d Pelajar Pegawai Masyarakat Total Terda oalan ini iait Berdasarkan a paling banyak pelajar. Seme esponden kedu pegawai merup menjawab soal Keban bagi menganal Melalui kateg menjawab soal nstitusi dan k diedarkan kep kefahaman dan komuniti. Pegawai  13% masyara kat 29%

Kate

Latar Belakang JADUAL 2: KA Frequency 41 9 20 70 Rajah 1: K

apat tiga kate tu pelajar, pe analisa yang t k menjawab entara itu, k ua tertinggi m pakan katego lan kajian ters nyakan soalan

isis kefahama gori ini, terd lan ini iaitu ter

komuniti sete pada pegawai n informasi ya

egori Re

g) TEGORI RESPO y Percent 58.6 12.9 28.6 100.0 Kategori responden egori respond egawai dan m telah dijalank soalan ini ia komuniti sete menjawab soala ori responden ebut. n diberikan k an mereka terh dapat tiga ku rdiri daripada empat. Boran iaitu guru u ang mereka te

esponde