• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hubungan Antara Kepuasan Kerja Dengan Gaya Kepemimpinan Serta Budaya Di Dalam Organisasi

Hassan Ismail1

1Pensyarah

Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Melaka csan.jka@gmail.com

Mohd Khata Jabor2, Asnul Dahar Minghat3

2Professor Madya, 3Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Abstrak— Tujuan utama kajian ini adalah untuk meninjau tahap kepuasan bekerja di kalangan kakitangan di salah sebuah institusi pengajian tinggi di Melaka. Ia bertujuan mengenalpasti faktor yang mempengaruhi kepuasan bekerja terhadap gaya kepimpinan di institusi tersebut. Seramai 94 kakitangan institusi tersebut telah dipilih secara rawak sebagai responden. Segala maklumat dipilih secara soal selidik. Soal selidik dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian demografi responden, bahagian pertanyaan Job Descriptive Index (JDI) dan bahagian soalan mengenai faktor-faktor kepuasan kerja. Analisis dibuat menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science

version 16.0 (SPSS) Dapatan kajian menunujukkan bahawa

kebanyakkan kakitangan berpuas hati dengan gaya kepimpinan di institusi tersebut. Diharapkan kajian ini dapat memberikan faedah kepada pihak organisasi untu dijadikan sebagai garis panduan bagi meningkatkan lagi tahap kepuasan kerja di kalangan kakitangan.

Katakunci ; Kepuasan kerja,kemimpinan, budaya, organisasi

I. PENGENALAN

Setiap organisasi bermatlamatkan dan berwawasan keuntungan yang maksimum. Namun terdapat banyak faktor yang mempengaruhi objektif organisasi tersebut antaranya ialah aspek kepuasan kerja dikalangan para pekerja. Demi mencapai matlamat utama sesebuah organisasi, individu sebagai pekerja mestilah mengalami dan memperolehi kepuasan bekerja agar dapat mempertingkatkan semangat, motivasi dan prestasi kerja kearah produktiviti yang optimum [1].

Umumnya kepuasan kerja adalah salah satu penyumbang ke atas ketenteraman dalam kehidupan dan membantu meningkatkan semangat tingkah laku positif di dalam kehidupan. Mendefinisikan kepuasan kerja sebagai hasil daripada interaksi seorang dengan persekitarannya dan ia merupakan keadaan emosi seseorang setelah dia menilai pekerjaannya di mana nilai-nilai yang diingini daripada pekerjaan tersebut tercapai [2]. Kepuasan kerja adalah suatu tingkat dimana merasa positif atau negatif tentang berbagai segi dari pekerjaan, tempat kerja, dan hubungannya dengan teman sekerja [3].

Kepuasan kerja akan memberi dorongan dan semangat kepada setiap pekerja dalam melaksanakan tugasnya dengan baik. Ini sekaligus dapat meningkatkan keikhlasan mereka dalam menunaikan tanggungjawab mereka terhadap organisasi. Kepuasan kerja penting kerana kesannya kepada tatalaku kerja seperti produktiviti, ketidakhadiran dan juga kadar pusingan

(turnover). Selain itu, kepusan bekerja dapat memaksimumkan

kualiti dan produktiviti sesuatu organisasi [4]. Kebanyakkan organisasi khususnya di bahagian pengurusan sumber manusia amat memberikan perhatian dalam meningkatkan kepuasan kerja para pekerja.

Setiap organisasi perlu memandang berat perihal yang boleh meningkatkan kepuasan kerja kakitangannya. Ini kerana individu yang bekerja menghabiskan sebahagian besar masa mereka di tempat kerja sehingga mereka mengambil ringan aspek sosial dengan masyarakat bahawa kepuasan kerja juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kepuasan hidup kerana sebahagian besar waktu manusia dihabiskan di tempat kerja.

Topik kepuasan kerja mula menjadi isu berat oleh setiap organisasi dalam memastikan kejayaan organisasi masing-masing. Dianggarkan terdapat hampir 3350 hasil penulisan berkaitan kepuasan kerja [2].

Maka atas dasar ini, satu kajian perlu dilakukan bagi memastikan faktor-faktor yang berkait rapat dengan kepuasan kerja dikalangan kakitangan menjamin kualiti perkhidmatan.

II. PERNYATAAN MASALAH

Faktor-faktor yang mendorong kepada kejayaan sesebuah organisasi antaranya ialah ; pucuk pimpinan yang boleh dicontohi, polisi yang kukuh, sasaran yang jelas, pembelajaran yang berterusan, komunikasi yang baik dan berterusan, sumber yang mencukupi dan tepat dan kesediaan individu untuk berubah.

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) contohnya universiti dan politeknik merupakan salah sebuah institusi pendidikan dan pengajian yang berwibawa dan mempunyai komitmen yang besar dalam menghasilkan modal insan yang cemerlang untuk negara. Justeru itu, adalah perlu bagi IPTA dalam memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik dan cemerlang. Untuk itu, sebagai sebuah institusi pendidikan dan pengajian yang penting di negara, IPTA perlu

31

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

Hubungan Antara Kepuasan Kerja Dengan Gaya

Kepemimpinan Serta Budaya Di Dalam Organisasi

memberikan perhatian serius terhadap kepuasan kerja para kakitangannya agar mereka dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya sekaligus meningkatkan reputasi organisasi.

Kepemimpinan merupakan satu subjek yang menarik perhatian kerana sering dikaitkan dengan pengaruh, kuasa dan kekayaan [5]. Apabila topik kepemimpinan diutarakan, fokus utama yang perlu dilihat adalah berkaitan dengan cara dan gaya kepemimpinan yang diamalkan oleh seseorang pemimpin. Pelbagai gaya kepemimpinan telah diperkenalkan oleh pengkaji-pengkaji awal tentang kepemimpinan. Namun begitu, dalam kajian ini pengkaji hanya memilih dua gaya kepemimpinan iaitu kepemimpinan transformasi dan transaksi untuk dibincangkan bersama-sama hasil kajian.

Budaya kerja merupakan gabungan nilai, sikap dan kepercayaan yang dikongsi bersama dan menjadi asas bagi ahli-ahli organisasi melakukan sesuatu perkara untuk membentuk identiti dan personaliti sesebuah organisasi [6]. Budaya kerja penting bagi sesebuah organisasi untuk bertindak dan melaksanakan visi dan misi organisasi yang telah ditetapkan.

III. OBJEKTIF KAJIAN Objektif utama kajian ini adalah untuk:

1) Mengenalpasti hubungan antara gaya kepimpinan (transformasi, transaksi) ke atas kepuasan kerja di kalangan kakitangan.

2) Mengenalpasti hubungan antara budaya organisasi ke atas kepuasan kerja di kalangan kakitangan.

IV. PERSOALAN KAJIAN

Melalui kajian ini, beberapa soalan dibentuk untuk mencapai kajian yang dinyatakan di atas. Jadi, kajian ini akan menjawab persoalan-persoalan kajian berikut:

i) Adakah terdapat hubungan antara gaya kepimpinan (transformasi, transaksi) ke atas kepuasan kerja di kalangan kakitangan.

ii) Adakah terdapat hubungan antara budaya organisasi

ke atas kepuasan kerja di kalangan kakitangan. V. KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini diharap dapat memberi maklumbalas kepada organisasi tentang kepuasan kerja di kalangan kakitangan. Kepentingan kajian yang diperolehi daripada kajian ini juga adalah :

i) Membantu pihak pengurusan dalam mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasan kerja kalangan kakitangan di dalam organisasi.

ii) Membantu pihak pengurusan mengenal pasti tahap lepuasan kerja di kalangan kakitangan di dalam organisasi.

iii) Mengenalpasti gaya kepemimpinan yang sesuai serta keberkesanan gaya kepemimpinan yang telah diamalkan bagi meningkatkan tahap kepuasan hati

kakitangan sekaligus dapat mewujudkan sebauh organisasi yang lebih berkualiti dan meningkatkan produktiviti.

iv) Membantu organisasi dalam menentukan budaya organisasi yang boleh diamalkan bagi meningkatkan tahap kepuasan kakitangan sekaligus dapat mewujudkan sebuah organisasi yang lebih berkualiti dan berwibawa.

VI. KAEDAH KAJIAN

Kajian ini berbentuk tinjauan soal selidik. Soalan-soalan dalam soal selidik bagi kajian ini dibina berdasarkan Skala Likert. Data-data yang dikumpulkan dalam kajian ini akan diproses dengan menggunakan kaedah Statistical Packages for

Social Science Version 16.0 (SPSS). A. Populasi dan Persampelan

Populasi kajian ini adalah terdiri daripada kakitangan di salah sebuah institusi pengajian tinggi di Melaka. Sampel kajian terdiri daripada 94 orang kakitangan di institusi tersebut. Borang soal selidik telah diedar adalah sebanyak 100 borang, tetapi pengkaji hanya berjaya mendapat semula sebanyak 94 orang sahaja. Kesemua responden ini dipilih adalah secara rawah mudah. Pemilihan sampel secara rawak mudah ini dipilih kerana berkesan supaya setiap responden mempunyai peluang yang sama untuk terlibat dalam kajian.

B. Instrumen kajian

Penyediaan instrumen kajian yang sesuai adalah penting untuk sesuatu kajian. Responden hanya menjawab soalan dengan jujur sekiranya yang dikemukan dapat dibaca dan difahami dengan mudah. Selain itu, soalan juga perlu jelas, pendek dan tidak memerlukan pemikiran yang rendah serta memerlukan jawapan yang pendek [7]. Secara keseluruhannya, item di dalam soal selidik ini dikendalikan dalam Bahasa Melayu.

Skala Likert (respon jenis lima mata) digunakan dalam membuat pilihan ke atas setiap soalan yang disediakan. Penggunaan skala jenis ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi jika dibandingkan dengan skala jenis yang lain [8]. Item-item soal selidik ini pula disediakan menggunakan skala 5 mata iaitu 5, 4,3,2,1 untuk menentukan kepuasan kerja dengan gaya kepimpinan dan budaya dalam organisasi. Setiap soalan dalam bahagian ini memerlukan responden membulatkan nombor-nombor antara 1 hingga 5 mengikut skor Skala Likert seperti berikut : (a) Sangat Tidak Setuju (satu mata), (b) Tidak Setuju (dua mata), (c) Biasa (tiga mata), (d) Setuju (empat mata), (e) Sangat Setuju (lima mata) . Ianya membantu mendapatkan min bagi setiap subskala yang digunakan.

VII. DAPATAN KAJIAN

A. Analisis deskriptif

Dalam kajian yang dibuat, jadual 1 menunujukkan analisa frekuansi reponden mengikut jantina. Didapati daripada jumlah sampel, seramai 26 orang responden adalah terdiri daripada

32

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

kakitangan lelaki, manakala selebihnya iaitu 68 orang responden adalah merupakan kakitangan perempuan.

JADUAL 1

Frekuensi Peratus

Lelaki 26 27.7 Perempuan 68 72.3 Total 94 100.00

B. Ujian Kolerasi Pearson

Hipotesis 1

H1a : Terdapat hubungan antara gaya kepimpinan transformasi dan kepuasan kerja dikalangan kakitangan

Berdasarkan kepada Jadual 2, nilai signifikan bagi faktor kepimpinan transformasi ialah (p=0.000, p<0.01). Hasil dapatan ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan dengan kepuasan kerja kakitangan. Nilai pekali korelasi (R) merupakan indikator bagi menggambarkan hubungan di antara gaya kepimpinan transformasi dengan kepuasan kerja kakitangan.

JADUAL 2 : HUBUNGAN ANTARA FAKTOR GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASI DENGAN KEPUASAN

KERJA KAKITANGAN

Pembolehubah Faktor Pekali Kolerasi Signifikan (P) Bersandar

Kepuasan Kerja Gaya kepimpinan 0.779** 0.000 Transformasi

Nota : ** Nilai korelasi siginifikan pada darjah p<0.01

Pekali kolerasi menunjukkan terdapat hubungan yang kuat antara gaya kepimpinan transformasi dengan kepuasan kerja kakitangan (R=0.779). Selain itu, analisis mendapati terdapat hubungan antara gaya kepimpinan transformasi dengan kepuasan kerja kakitangan adalah positif. Hasil dapatan ini menunjukkan bahawa kajian menerima H1a kerana terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan transformasi dengan kepuasan kerja di organisasi tersebut.

H1b : Terdapat hubungan antara gaya kepimpinan transaksi dengan kepuasan kerja dikalangan kakitangan

Berdasarkan Jadual 3, nilai signifikan bagi faktor gaya kepimpinan transaksi ialah (p=0.000, p<0.01). Hasil dapatan ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan transaksi dengan kepuasan kerja kakitangan. Nilai pekali korelasi (R) merupakan indikator bagi

menggambarkan hubungan di antara gaya kepimpinan transaksi dengan kepuasan kerja kakitangan.

JADUAL 3 : HUBUNGAN ANTARA FAKTOR GAYA KEPIMPINAN TRANSAKSI DENGAN KEPUASAN

KERJA KAKITANGAN

Pembolehubah Faktor Pekali Kolerasi Signifikan (P) Bersandar

Kepuasan Kerja Gaya kepimpinan 0.778** 0.000 Transaksi

Nota : ** Nilai korelasi siginifikan pada darjah p<0.01

Pekali korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang kuat antara gaya kepimpinan dengan kepuasan kerja kakitangan (R=0.778). Selain itu, analisis mendapati terdapat hubungan antara gaya kepimpinan transaksi dengan kepuasan kerja kakitangan adalah positif. Hasil dapatan ini menunjukkan bahawa kajian menerima H1b kerana terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan transaksi dengan kepuasan kerja di organisasi.

Hipotesis 2

H2: Terdapat hubungan antara budaya organisasi dan kepuasan kerja di kalangan kakitangan.

Jadual 4, jadual menunjukkan hubungan analisis hubungan antara budaya organisasi dengan kepuasan kerja kakitangan. Nilai signifikan adalah pada (p=0.000, p<0.001). Oleh itu, analisis menunjukkan terdapat hubungan budaya organisasi dan kepuasan kerja kakitangan organisasi tersebut.

JADUAL 4 : HUBUNGAN ANTARA FAKTOR BUDAYA ORGANISASI DENGAN KEPUASAN KERJA

KAKITANGAN

Pembolehubah Faktor Pekali Kolerasi Signifikan (P) Bersandar

Kepuasan Kerja Budaya Organisasi 0.783** 0.000

Nota : ** Nilai korelasi siginifikan pada darjah p<0.01

Pekali korelasi (R) menunjukkan hubungan yang wujud antara budaya organisasi dan kepuasan kerja kakitangan adalah kuat (R=0.783). selain itu, analisis mendapati hubungan yang wujud antara kedua-dua pembolehubah ini adalah positif. Hasil dapatan tersebut menunjukkan kajian menerima H2 kerana terdapat hubungan yang signifikan antara budaya organisasi dengan kepuasan kakitangan.

33

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

VIII. PERBINCANGAN

Faktor gaya kepimpinan dan budaya organisasi mempunyai pengaruh terhadap kepuasan bekerja para pekerja dalam sesebuah organisasi. Dalam usaha untuk mempertingkatkan suasana bekerja yang lebih baik, dicadangkan agar tumpuan diberikan kepada aspek-aspek yang boleh mempertingkatkan budaya organisasi yang lebih harmoni. Aspek kerjasama, saling memahami antara sesame pekerja dan memahami tugas serta bebanan kerja masing-masing akan mengeratkan hubungan antara ketua jabatan dengan para pekerja. Jika suasana bekerja sebegini dapat dilaksanakan, matlamat untuk meningkatkan tahap kepuasan bekerja di kalangan para pekerja mungkin dapat direalisasikan dan ini memungkinkan organisasi mencapai matlamatnya.

Rakan sekerja merupakan salah satu faktor penting dalam membentuk budaya kerja di dalam sesebuah organisasi. Dengan perkataan lain,para pekerja yang gagal menyesuaikan diri dengan rakan sekerja serta budaya yang ada akan menyebabkan mereka terasing. Apabila keadaan ini berlaku, matlamat organisasi akan terjejas kerana kerjasama antara pekerja gagal diwujudkan. Dalam hal ini organisasi pekerjaan mestilah merancang dan melaksanakan program-program yang dapat mengeratkan hubungan sesama rakan sekerja agar mereka saling memahami dan sanggup bantu-membantu dalam mencapai matlamat organisasi.

RUJUKAN

[1] Sidek Mohd Noah (1999). Kepuasan Bekerja di

Kalangan Pegawai Tadbir Universiti Putra Malaysia Serdang, Selangor. Journal Social Science &

humanities. 7(1): 59 – 70.

[2] Locke, E. A. (1976). The nature and causes of job

satisfaction. In. M.D. Dunnete (Eds.). Handbook of

Industrial and Organizational Psychology. Chicago: Rand McNally

[3] Winsenfeld, B.M., Brockner, J., Petzall, B., Wolf, R., & Bailey, J. (2001). Stress and coping among layoff

survivors: A self-affirmation analysis. Anxiety, Stress, and Coping, 14, 15-34. Witt, L.A.,

[4] Oshagbemi, T. (1999), Academics and their managers: a comparative study in job satisfaction. Personnel Review, 28, 172, 1- 11.

[5] Khairil Annas Jusoh (2009). Siri kepimpinan: Evolusi kepimpinan 1. Tinjauan teori-teori terpilih. Kuala Lumpur. Kasturi Jingga Corporation Sdn. Bhd.

[6] Robbins, Stephen P. and Timothy A. Judge. Organizational Behavior. New Jersey: Pearson Education, Inc., Upper River, 2007.

[7] Mohd Majid Konting (1998). Kaedah Penyelidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

[8] Moser and Kalton. (1977). Servey Methods In Social Investigation. 2nd. Ed. London: Heinemann.

34

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

1   

PENGARUH PEMILIHAN PENGAJIAN KE