• Tidak ada hasil yang ditemukan

Persepsi Pensyarah Terhadap Budaya Penyelidikan Satu Kajian Tindakan Di Politeknik Tuanku Sultanah

Bahiyah

1 Juliah binti Sulaiman

2 Mohd Azral bin Fauzi

3 Abdul Samad bin Mat@Isa

4 Haslina binti Hassan

5 AzizatulAishah binti Ibrahim 1 2 3 4 5 Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

Kulim Hi-Tech Park 09000 Kulim Kedah

1 juliah@ptsb.edu.my

2 azral@ptsb.edu.my

3 samad@ptsb.edu.my

4 haslina@ptsb.edu.my

5 azizatulaishah@ptsb.edu.my

Abstrak - Tujuan kajian dijalankan ialah untuk meninjau persepsi pensyarah terhadap budaya penyelidikan di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB). Reka bentuk penyelidikan yang digunakan ialah penyelidikan deskriptif jenis tinjau sampel yang melibatkan 337 orang pensyarah dengan menggunakan instrumen soal selidik secara talian. Berdasarkan maklumbalas yang diterima, pensyarah menyedari kepentingan penyelidikan namun tidak dapat menjadikannya sebagai satu budaya kerana halangan-halangan yang ada. Secara keseluruhannya, punca pensyarah kurang aktif di dalam bidang penyelidikan ialah sumber rujukan yang kurang dan terhad, kekangan masa, tiada pendedahan tentang kaedah terbaik pembentangan. Cadangan untuk mewujudkan ‘local database’ iaitu pengkalan data berkaitan dengan penyelidikan yang telah dilakukan oleh pensyarah di PTSB dan melanggan jurnal daripada universiti adalah antara saranan dibuat oleh pensyarah. Sokongan daripada pihak pengurusan juga amat diperlukan untuk membantu pensyarah dalam membudayakan penyelidikan.

Kata kunci : Pensyarah , budaya penyelidikan, pengkalan data, motivasi, melanggan.

I. PENGENALAN

Pengajaran dan penyelidikan dua keperluan utama tugas pensyarah di Politeknik. Tugas pensyarah selain dari mengajar termasuklah menyertai seminar / persidangan, membuat pembentangan kertas kerja di peringkat politeknik, zon dan kebangsaan. Pensyarah juga perlu menghasilkan kertas penerbitan , jurnal, buku penerbitan dan aktiviti ilmiah lain. Melalui penyelidikan seseorang itu boleh meningkatkan ilmu pengetahuan dan menyebarkan kepada pelajar-pelajar dan juga rakan-rakan, yang akhirnya menyumbang kepada membina daya saing di kalangan pensyarah Politeknik. Kajian ini adalah tentang persepsi pensyarah terhadap budaya

penyelidikan bagi meningkatkan tahap profesionalisma. Bidang penyelidikan adalah penting untuk pembangunan diri dan profesionalime pensyarah. Di samping itu menjalankan penyelidikan juga membantu menjana ilmu pengetahuan dan meningkatkan keyakinan diri seseorang. Membudayakankan amalan penyelidikan dan penulisan amat digalakkan di kalangan pensyarah agar mereka dapat menghasilkan karya ilmiah yang bermutu bukan sahaja boleh dipersembahkan di peringkat nasional bahkan antarabangsa.

.

II. PENYATAAN MASALAH

Unit penyelidikan dan Inovasi Politeknik Tuanku Sltanah Bahiyah(UPIN) merupakan satu unit yang ditubuhkan bagi menyelaras aktiviti penyelidikan, Inovasi dan Penerbitan yang dihasilkan oleh pensyarah. Penyelidikan di Politeknik bermula selaras dengan syarat kenaikan pangkat bagi memenuhi Kriteria Kecemerlangan yang bermula pada tahun 2008. Menurut perangkaan bermula 2012 sebanyak 55 kertas penyelidikan atau 16% telah dihasilkan di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah manakala pada tahun 2013 hanya 41 kertas penyelidikan iaitu bersamaan 12% dihasilkan (sumber UPIN PTSB). Trend ini menunjukkan penurunan sebanyak 4%. Fenomena ini agak membimbangkan pihak PTSB kerana penyelidikan merupakan antara tunjang utama institusi pengajian tinggi.

Seperti yang kita semua sedia maklum, penyelidikan dan inovasi adalah fokus utama dalam usaha menuju ke arah negara maju. Pihak institusi pendidikan perlulah memberi galakan dan sokongan kepada pensyarah-pensyarah agar sentiasa membuat penyelidikan dan inovasi dalam usaha

60

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

memperkasakan diri dan institusi mereka. Pensyarah haruslah berganding bahu membuat penyelidikan bersesuaian dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran semasa, sejajar dengan misi Kementerian Pendidikan Malaysia yang beriltizam untuk membangunkan dan mewujudkan persekitaran pengajian tinggi yang menggalakkan ke arah menghasilkan pusat ilmu yang unggul dan insan yang kompeten, berinovasi serta berakhlak mulia untuk memenuhi keperluan Negara dan bangsa. Namun begitu, dalam usaha untuk membudayakan penyelidikan terdapat berbagai halangan dan cabaran yang perlu dihadapi oleh pensyarah. Masalah utama ialah sumber rujukan yang terhad. Pensyarah sering menghadapi masalah untuk merujuk dan mencari hasil penyelidikan yang lepas. Hasil penulisan ini tidak dikumpulkan di dalam satu pengkalan yang mudah didapati. Sebahagian nya disimpan dalam bentuk prosiding yang telah dijilidkan dan telah dipinjam oleh individu lain yang tidak dipulangkan kembali.

Buku-buku rujukan di perpustakaan adalah terhad dan tidak dikemaskini dan sebahagiannya adalah buku yang telah lama dan ‘out dated’. Bidang penyelidikan memerlukan tumpuan dan fokus untuk menghasilkan satu penulisan berkualiti tinggi. Jurnal-jurnal bertaraf antarabangsa sukar diperolehi, sedangkan sumber seperti ini, amatlah diperlukan dalam menghasilkan kertas penyelidikan yang bermutu bukan sahaja boleh dipersembahkan di peringkat nasional bahkan antrabangsa. Sumber kewangan yang terhad untuk melanggan jurnal-jurnal ini juga menyebabkan pensyarah kurang berminat untuk membuat penulisan dan penyelidikan. Kadang kala pensyarah terpaksa berkolaborasi dengan rakan-rakan dari universiti berhampiran untuk mendapat bantuan sumber rujukan.

III. OBJEKTIF Objektif kajian diadakan ialah untuk;

 Mengetahui minat pensyarah terhadap budaya penyelidikan.

 Mengenalpasti halangan-halangan yang dihadapi oleh pensyarah dalam menghasilkan penyelidikan.

 Mengenalpasti cadangan bagi mengatasi halangan dalam menghasilkan penyelidikan.

IV. SOROTAN KAJIAN

Sejak kebelakangan ini, pelbagai usaha telah dibuat untuk meningkatkan profesionalisme pensyarah di Politeknik. Antaranya adalah meningkatkan kemahiran untuk melaksanakan penyelidikan di dalam pendidikan. Ramai yang telah dibiayai untuk mengikuti program pasca sarjana di dalam dan luar negara supaya mereka akan dapat memanfaatkan ilmu dan membudayakan penyelidikan. [1] Penyelidikan dalam pendidikan dapat membantu meningkatkan kualiti pendidikan dan pembangunan potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani murid dan pelajar serta membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi di dalam dan luar politeknik. Penyelidikan (ataupun kajian) merupakan aktivti yang dilakukan untuk meningkatkan pengetahuan seseorang. Penyelidikan

dilaksanakan untuk mengembangkan ilmu,menguji teori atau mendapatkan maklumat tentang sesuatu topik. Menurut [2] apabila disebut penyelidikan, kebanyakan guru atau pensyarah berpendapat ia adalah sesuatu yang agak tinggi dan sukar dilaksanakan. Bagi mereka penyelidikan adalah aktiviti yang dibuat oleh pensyarah-pensyarah universiti dan penyelidik-penyelidik sepenuh masa. Ini mungkin ada kebenarannya bagi penyelidikan tradisi, penyelidikan teoritikal dan penyelidikan aplikasi. Penyelidikan ini memerlukan kesahan yang tinggi dan digunakan untuk membuat satu generalisasi. Daripada [3] penyelidikan merupakan nadi sesebuah universiti. Tanpa adanya kegiatan penyelidikan, sesebuah universiti akan kaku dan tidak berkembang. Malah negara juga tidak akan membangun tanpa menjalankan penyelidikan. Oleh itu, penyelidikan di universiti tidak boleh dipisahkan dan berdirinya sesebuah universiti adalah disebabkan oleh penyelidikan. Pentingnya penyelidikan dalam bidang pendidikan tidak dapat dinafikan, maka atas dasar ini Jabatan Pengajian Politeknik bergerak ke arah membudayakan penyelidikan di semua politeknik Malaysia. Dengan kata lain, proses yang dilalui dalam pelaksanaan sesuatu penyelidikan merupakan suatu proses penyelesaian masalah atau mencari jawapan kepada sesuatu masalah atau tanda tanya. Oleh itu, maklumat atau data diperlukan sebagai bukti atau asas kepada jawapan atau penyelesaian yang dikemukakan [4]. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, peranan penyelidikan dalam pendidikan kini semakin jelas arah tujunya. Kini semakin disedari dan diakui bahawa sudah tiba masanya untuk meningkatkan aktiviti penyelidikan sebagai unsur penting ke arah pendidikan seumur hidup, kecemerlangan pendidikan, konsep tanpa cacat dan pendidikan bertaraf dunia [5] . Selain itu, kegiatan penyelidikan juga adalah penting sama ada untuk kebaikan organisasi formal atau non-formal kerana penyelidikan merupakan satu daripada pra-syarat ke arah mencapai kecemerlangan. Membudayakan penyelidikan harus diberi perhatian utama seperti telah disebutkan [6] bahawa sebab yang paling penting untuk melakukan penyelidikan adalah untuk membuat sumbangan ilmiah kepada badan ilmu. Bidang ini akan memberi pendedahan dan pengalaman kepada semua pensyarah untuk menjana idea bernas serta meningkatkan tahap kreativiti dan kemahiran insaniah untuk menyumbang dalam bidang keusahawanan, teknologi mendatang, teknologi hijau dan teknologi interaksi manusia yang diperlukan dalam pasaran masa kini, sejajar dengan hasrat Negara dan Wawasan 2020.

V. METODOLOGI

Salah satu tujuan menyediakan rekabentuk kajian adalah untuk mencari jawapan kepada persoalan kajian. Kajian yang telah dijalankan ini adalah berbentuk tinjauan. Teori Tuckman pada tahun 1965 melihat kajian berbentuk tinjauan ini sebagai satu kelebihan untuk mudah mendapatkan responden. Responden berhak dan bebas memilih, menyatakan pendapat atau menilai mengikut kehendak soal selidik. Kajian ini melibatkan kaji selidik di atas talian telah diberikan kepada 337 orang pensyarah di PTSB telah diambil sebagai sampel daripada populasi seramai 448. Pengumpulan data dibuat

61

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

menggunakan instrumen soal selidik secara talian. Data-data yang diperolehi hanya dianalisa menggunakan kaedah peratusan biasa kerana kajian kes ini merupakan satu tinjauan awal sahaja untuk mendapat gambaran am tentang tahap amalan menyelidik di kalangan pensyarah. Pengkaji membina instrumen yang mengandungi 5 item soal selidik dan pensyarah diberi tempoh masa selama dua minggu untuk menjawab soal selidik tersebut. Item-item yang terkandung di dalam soal selidik ialah :

 Saya sukar mendapat rujukan tentang kajian penyelidikan yang telah dihasilkan di PTSB.

 Adakah anda berminat dan menyedari tentang kepentingan penyelidikan.

 Saya dapati sukar buat peminjaman kerana rujukan terhad di Pustakaan PTSB.

 Masa yang lama perlu digunakan untuk mencari rujukan.

 UPIN perlu mewujudkan sistem pangkalan data penyelidikan di PTSB’

VI. ANALISA DAPATAN DAN PERBINCANGAN Soal selidik telah dijalankan secara dalam talian pada sesi pengajian januari 2014 yang melibatkan 337 orang staf akademik PTSB. Namun begitu, hanya seramai 170 responden yang terdiri daripada 65 responden pensyarah lelaki dan 105 responden pensyarah perempuan telah memberikan maklumbalas.

Mengunakan skala 1 hingga 3, dengan nilai 1 sebagai tidak setuju, nilai 2 sebagai sebagai setuju dan nilai 3 sebagai sangat setuju, dapatan-dapatan berikut diperolehi.

Pada item ‘Saya sukar mendapat rujukan tentang kajian penyelidikan yang telah dihasilkan di PTSB’ seramai 30 responden atau 18% menjawab sangat setuju, 105 responden atau 62% menjawab setuju dan hanya 21% menjawab tidak setuju. Hasil penyelidikan pensyarah dijilid dalam bentuk Jurnal, Digest dan Prosiding. Oleh yang demikian, bilangan adalah terhad disebabkan kos percetakan yang tinggi. Menurut UPIN, bagi penerbitan senaskah Jurnal kosnya mencecah RM40.

Pada item ‘adakah anda berminat dan menyedari tentang kepentingan penyelidikan ,seramai 56 responden atau 33% menjawab setuju dan seramai 114 responden atau 67% menjawab sangat setuju.Tiada responden yang tidak mengatakan tidak bersetuju.

Seterusnya, sebanyak 40 responden atau 24% menjawab sangat setuju dan 105 responden atau 64% menjawab setuju manakala 20 orang atau 12% menjawab tidak setuju pada soalan ‘Saya dapati sukar buat peminjaman kerana rujukan terhad’. Ini disokong dengan laporan audit pada tahun 2013 yang dijalankan oleh MQA mendapati bahawa Perpustakaan PTSB mempunyai bahan rujukan yang agak terhad dan tidak terkini.

Dapatan selanjutnya berkaitan dengan item `Masa yang lama perlu digunakan untuk mencari rujukan’ mendapati sebanyak 26% atau 45 responden sangat setuju dan majoriti responden iaitu 56% atau 95 responden setuju. Hanya terdapat 30 responden iaitu mewakili 18% tidak setuju dengan kenyataan yang diberi. Masa yang lama terpaksa digunakan oleh pensyarah untuk mendapatkan bahan rujukan adalah disebabkan oleh kekangan bilangan bahan rujukan dan kaedah pencarian bahan rujukan secara konvensional.

Untuk menguji sama ada responden menginginkan kewujudan satu sistem pangkalan data penyelidikan, item berikut ’UPIN perlu mewujudkan sistem pangkalan data penyelidikan di PTSB’ dikemukakan kepada responden. Seramai 70% atau 119 responden sangat setuju dan selebihnya 30% atau 51 responden setuju. Kesimpulannya semua responden bersetuju sistem pangkalan data perlu diwujudkan UPIN, PTSB. Pengkalan data ini amat berguna kerana ia merupakan sumber maklumat penting kepada pensyarah yang akan membuat kajian dan penyelidikan. Ianya juga akan digunakan sebagai pusat rujukan dan maklumat, sekaligus memudahkan pensyarah menjalankan penyelidikan.

KESIMPULAN

Hasil dari persepsi pensyarah terhadap penyelidikan, penemuan jelas menunjukkan bahawa penglibatan dalam aktiviti-aktiviti penyelidikan di kalangan staf akademik di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah masih tidak memuaskan. Kajian juga mendapati halangan utama kepada penglibatan pensyarah dalam penyelidikan adalah tiada pengkalan data yang menyimpan hasil penyelidikan, sumber maklumat dan rujukan terhad, tiada peruntukan untuk langganan jurnal antarabangsa dan tiada kemahiran menulis. Namun begitu halangan ini tidak membantutkan usaha pensyarah untuk menghasilkan penyelidikan kerana masih ramai pensyarah yang aktif dan terus menghasilkan penyelidikan dan membuat pembentangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa kerana mereka memahami penyelidikan penting bagi meningkatkan kualiti pendidikan. Usaha membudayakan penyelidikan di semua Politeknik Malaysia kini giat dijalankan agar cita-cita dan hasrat Jabatan Pengajian Politeknik untuk memperkasakan Politeknik akan terlaksana dengan jayanya.

Cadangan dan Langkah-langkah Ke Arah Membudayakan Penyelidikan

1) Mewujudkan sistem pengkalan data UPIN

a) Unit Penyelidikan dan Inovasi(UPIN) seharusnya

membangunkan satu sistem pengkalan data yang menyimpan, mengumpul dan mengemaskini maklumat dan data berkaitan kajian dan penyelidikan pensyarah. Pengkalan data ini amat berguna kerana ia merupakan sumber maklumat penting kepada pensyarah yang akan membuat kajian dan penyelidikan. Ianya juga akan digunakan sebagai pusat rujukan dan sekaligus memudahkan pensyarah menjalankan penyelidikan. Apabila kemudahan infrastruktur seperti ini disediakan, ia akan memberi motivasi kepada pensyarah untuk

62

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

menjalankan penyelidikan dan hasrat Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pengajian Politeknik untuk membudayakan penyelidikan akan dapat dicapai dengan jayanya.

2) Mengadakan latihan, bengkel, kolokium atau seminar

bagi mempromosikan penyelidikan yang sesuai. Objektif utama aktiviti ini ialah untuk

a) Memberi bimbingan dan panduan kepada pensyarah

untuk menjalankan penyelidikan. Dalam usaha untuk membudayakan penyelidikan di kalangan pensyarah, latihan, bengkel, kolokium atau seminar haruslah didedahkan dan diberikan kepada pensyarah. Aktiviti –aktiviti ini merupakan bimbingan dan panduan kepada pensyarah untuk memulakan kajian dan penyelidikan. Pengetahuan asas seperti ini harus diberi agar pensyarah tidak tersasar dari matlamat sebenar. Semasa menghadiri aktiviti-aktiviti ini pensyarah didedahkan maklumat tentang apakah penyelidikan, format penyelidikan, metadologi dan beberapa perkara lain yang berkaitan dengannya. Pakar-pakar dalam bidang penyelidikan dijemput untuk memberi latihan, bengkel dan seminar agar keyakinan dan semangat untuk menjalankan penyelidikan ada dalam diri pensyarah

b) Berkongsi idea dan hasil penyelidikan. Pihak institusi

sewajarnya menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti latihan, bengkel, kolokium atau seminar kerana aktiviti seperti ini amat berguna kepada pensyarah. Pensyarah dapat berkongsi idea dan hasil penyelidikan mereka dengan mengkaji kelemahan dan kekuatan mereka di dalam menjalankan penyelidikan. Ia akan meningkatkan ilmu pengetahuan dan mutu penyelidikan pensyarah. Di samping itu pensyarah akan berusaha untuk memperbaiki diri mereka supaya menjadi lebih kompeten dalam bidang penyelidikan.

c) Menyebarluaskan hasil penyelidikan secara

professional. Aktiviti seperti latihan, bengkel, kolokium atau seminar perlu diadakan kerana ia merupakan platform kepada pensyarah untuk menyebarkan hasil penyelidikan mereka. Dengan menghadiri aktiviti seperti ini maka wujudlah ‘smart partnership’ atau perkongsian bijak yang dapat diaplikasikan oleh pensyarah. Hasil penemuan baru yang diperolehi dari kajian penyelidikan dapat dikongsi dan disebarkan kepada rakan-rakan yang menyertai aktiviti tersebut dan seterusnya mencuba dan menggunakannya di institusi mereka.

d) Menyediakan medan atau landasan bagi merancang

strategi yang sesuai bagi menjalankan penyelidikan dalam situasi tertentu. Institusi pendidikan seperti Politeknik seharusnya mengadakan aktiviti-aktiviti seperti latihan, bengkel, kolokium atau seminar kerana ia merupakan medan dan landasan kepada pensyarah untuk merancang strategi yang sesuai bagi melakukan dan menjalankan penyelidikan. Perancangan dan penyusunan strategi yang rapi amat perlu dalam merangka kajian dan penyelidikan.

e) Perkongsian bijak membentuk satu budaya

perkongsian melalui pengalaman profesional yang dikongsi

bersama melalui landasan yang betul dan efisien bagi penglibatan dan penyertaan pensyarah yang lebih luas. Pensyarah sedar tentang kepentingan menghasilkan penyelidikan atas dasar kenaikan pangkat tetapi gagal disebabkan halangan-halangan seperti kekangan masa, kurang kemahiran penulisan dan tiada kemahiran analitikal.

3) Memasukkan penyelidikan ke dalam aliran perdana

(mainstream) sebagai aktiviti rasmi sesebuah politeknik. Tujuan tindakan ini ialah untuk:

a) Mendapatkan peruntukan kewangan bagi

menjalankan penyelidikan. Pihak pengurusan Politeknik seharusnya memperuntukkan sejumlah wang atau bajet bagi pensyarah untuk menjalankan penyelidikan. Peruntukan berbentuk geran penyelidikan diberikan kepada kajian-kajian yang memberi faedah dan boleh dikomersilkan. Politeknik membiayai yuran pembentangan apabila pensyarah ingin membuat pembentangan hasil penyelidikan mereka. Politeknik juga perlu menaja segala perbelanjaan pensyarah samada pembentangan di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa. Ini akan menggalakkan pensyarah untuk menghasilkan penyelidikan berimpak tinggi dan sekali gus membawa nama politeknik ke persada antarabangsa.

b) Menggalakkan penyertaan yang lebih luas di

kalangan pensyarah.Pensyarah harus diberi peluang dan galakan untuk menghasilkan penyelidikan dan membuat pembentangan di semua peringkat samada di peringkat politeknik, zon, kebangsaan dan antarabangsa. Galakan dan sokongan dari politeknik merupakan pemangkin kepada pensyarah untuk membudayakan penyelidikan.

PENGHARGAAN

Terima kasih diucapkan kepada UPIN di atas sokongan dan kerjasama kepada penulis dalam menghasilkan kajian ini.

RUJUKAN

[1] Kamaruddin, Zaleha (2011) Membudayakan penyelidikan universiti http://irep.iium.edu.my/id/eprint/13793

[2] Tan kun, (2010, July 15). Guru sebagai penyelidik. Retrieved from http://riaucpd.files.wordpress.com/2011/10/bab-1-guru-sebagai-penyelidik-1-12.pdf

[3] Lukman Ismail,(2014,April 10).Penyelidikan kunci kecemerlangan. Retrieved from Utusan Online

http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=UKM35tahun&pg=uk m_03.htm

[4] Khairul. Zikri .Alia (2012, jan 2012) Retrieved from Universiti Putera Malaysia .http://kaedahpenyelidikan.webs.com/penyelidikan-pendidikan Pengenalan Kepada Penyelidikan Pendidikan

[5] Subahan, T. Mohd Meerah. 1988. Budaya Penyelidikan Pendidikan. Seminar Isu-Isu Pendidikan Negara. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 27 November 1998

[6] Murrey et al. (1994) Prosiding Vol1 - CEC - UTHM

cec.uthm.edu.my/v3/index.php/ms/tentang-cec/.../88-prosiding-vol1 Sep 2, 2013

63

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

menjalankan penyelidikan dan hasrat Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pengajian Politeknik untuk membudayakan penyelidikan akan dapat dicapai dengan jayanya.

2) Mengadakan latihan, bengkel, kolokium atau seminar

bagi mempromosikan penyelidikan yang sesuai. Objektif utama aktiviti ini ialah untuk

a) Memberi bimbingan dan panduan kepada pensyarah

untuk menjalankan penyelidikan. Dalam usaha untuk membudayakan penyelidikan di kalangan pensyarah, latihan, bengkel, kolokium atau seminar haruslah didedahkan dan diberikan kepada pensyarah. Aktiviti –aktiviti ini merupakan bimbingan dan panduan kepada pensyarah untuk memulakan kajian dan penyelidikan. Pengetahuan asas seperti ini harus diberi agar pensyarah tidak tersasar dari matlamat sebenar. Semasa menghadiri aktiviti-aktiviti ini pensyarah didedahkan maklumat tentang apakah penyelidikan, format penyelidikan, metadologi dan beberapa perkara lain yang berkaitan dengannya. Pakar-pakar dalam bidang penyelidikan dijemput untuk memberi latihan, bengkel dan seminar agar keyakinan dan semangat untuk menjalankan penyelidikan ada dalam diri pensyarah

b) Berkongsi idea dan hasil penyelidikan. Pihak institusi

sewajarnya menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti latihan, bengkel, kolokium atau seminar kerana aktiviti seperti ini amat berguna kepada pensyarah. Pensyarah dapat berkongsi idea dan hasil penyelidikan mereka dengan mengkaji kelemahan dan kekuatan mereka di dalam menjalankan penyelidikan. Ia akan meningkatkan ilmu pengetahuan dan mutu penyelidikan pensyarah. Di samping itu pensyarah akan berusaha untuk memperbaiki diri mereka supaya menjadi lebih kompeten dalam bidang penyelidikan.

c) Menyebarluaskan hasil penyelidikan secara

professional. Aktiviti seperti latihan, bengkel, kolokium atau seminar perlu diadakan kerana ia merupakan platform kepada pensyarah untuk menyebarkan hasil penyelidikan mereka. Dengan menghadiri aktiviti seperti ini maka wujudlah ‘smart partnership’ atau perkongsian bijak yang dapat diaplikasikan oleh pensyarah. Hasil penemuan baru yang diperolehi dari kajian penyelidikan dapat dikongsi dan disebarkan kepada rakan-rakan yang menyertai aktiviti tersebut dan seterusnya mencuba dan menggunakannya di institusi mereka.

d) Menyediakan medan atau landasan bagi merancang

strategi yang sesuai bagi menjalankan penyelidikan dalam situasi tertentu. Institusi pendidikan seperti Politeknik seharusnya mengadakan aktiviti-aktiviti seperti latihan, bengkel, kolokium atau seminar kerana ia merupakan medan dan landasan kepada pensyarah untuk merancang strategi yang sesuai bagi melakukan dan menjalankan penyelidikan. Perancangan dan penyusunan strategi yang rapi amat perlu dalam merangka kajian dan penyelidikan.

e) Perkongsian bijak membentuk satu budaya

perkongsian melalui pengalaman profesional yang dikongsi

bersama melalui landasan yang betul dan efisien bagi penglibatan dan penyertaan pensyarah yang lebih luas. Pensyarah sedar tentang kepentingan menghasilkan penyelidikan atas dasar kenaikan pangkat tetapi gagal disebabkan halangan-halangan seperti kekangan masa, kurang kemahiran penulisan dan tiada kemahiran analitikal.

3) Memasukkan penyelidikan ke dalam aliran perdana

(mainstream) sebagai aktiviti rasmi sesebuah politeknik. Tujuan tindakan ini ialah untuk:

a) Mendapatkan peruntukan kewangan bagi

menjalankan penyelidikan. Pihak pengurusan Politeknik seharusnya memperuntukkan sejumlah wang atau bajet bagi pensyarah untuk menjalankan penyelidikan. Peruntukan berbentuk geran penyelidikan diberikan kepada kajian-kajian yang memberi faedah dan boleh dikomersilkan. Politeknik membiayai yuran pembentangan apabila pensyarah ingin membuat pembentangan hasil penyelidikan mereka. Politeknik juga perlu menaja segala perbelanjaan pensyarah samada pembentangan di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa. Ini akan menggalakkan pensyarah untuk menghasilkan penyelidikan berimpak tinggi dan sekali gus membawa nama politeknik ke persada antarabangsa.

b) Menggalakkan penyertaan yang lebih luas di

kalangan pensyarah.Pensyarah harus diberi peluang dan galakan untuk menghasilkan penyelidikan dan membuat pembentangan di semua peringkat samada di peringkat politeknik, zon, kebangsaan dan antarabangsa. Galakan dan sokongan dari politeknik merupakan pemangkin kepada