• Tidak ada hasil yang ditemukan

1 Wan Mustaffa bin Wan Yusoff

2 Moriza binti Fikri

3 Azhar bin Fikri

1 2Jabatan Perdagangan

3 Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

4 W. Mohd Rashid bin W. Ahmad,Phd.Prof 4 Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM

1 wan_mustaffa.poli@1govuc.gov.my

2 moriza.poli@1govuc.gov.my

3 azhar.fikri.poli@1govuc.gov.my

4 mdrashid@uthm.edu.my

Abstrak - Perbelanjaan wang yang berhemah oleh para

pelajar amat penting bagi memastikan kejayaan pembelajaran mereka. Matlamat ini tidak akan dapat dicapai sekiranya mereka menghabiskan wang berkenaan bukan untuk pembelajaran. Sehubungan dengan ini, tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti jumlah wang yang dibelanjakan bagi item yang berkaitan dengan perbelanjaan akademik dan bukan akademik serta untuk mengetahui perbezaan antara jantina, bidang pengajian dan tempat tinggal dengan jumlah wang yang digunakan bagi semua item perbelanjaan akademik dan bukan akademik dalam kalangan pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB). Kajian ini merupakan satu kajian kes. Sejumlah 200 orang pelajar semester akhir diambil sebagai responden kajian. Pengumpulan data dibuat menggunakan soal selidik. Analisis statistik dijalankan dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social Sciences). Secara keseluruhan dapatan kajian mendapati bahawa pelajar PTSB banyak menghabiskan perbelanjaan mereka ke arah bukan akademik berbanding akademik. Faktor-faktor seperti jantina, tempat tinggal dan bidang pengajian pula tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan kebanyakan item bagi belanja akademik dan bukan akademik.. Amalan perbelanjaan bagi pelajar adalah amat penting bukan sahaja untuk kejayaan dalam pendidikan, tetapi untuk kejayaan dan kualiti kehidupan mereka dan masyarakat setempat di masa hadapan.

Kata Kunci : amalan berbelanja, kajian kes, Politeknik, Malaysia

I. PENGENALAN

Kewangan secara umumnya didefinisikan sebagai sains mengurus wang[1]. Kewangan juga adalah berkaitan dengan proses dan instrumen yang melibatkan pemindahan wang di antara individu, perniagaan dan kerajaan[2]. Oleh itu, pengurusan kewangan memerlukan pihak-pihak yang terlibat dengannya berupaya membuat keputusan dengan tepat dan cepat. Pengurusan kewangan adalah melibatkan perbelanjaan sumber dengan cekapnya untuk menaikkan nilai firma serta kekayaan pelaburannya[3 ]. Ini menunjukkan kewangan adalah proses yang melibatkan cara pemindahan wang dan perbelanjaan wang melalui kaedah yang betul oleh semua ahli dalam masyarakat termasuk para pelajar. Oleh itu pihak-pihak yang berkepentingan seperti ibu bapa, institusi pengajian dan pembiaya pinjaman pengajian haruslah mengetahui bagaimana para pelajar membelanjakan wang yang diberikan oleh mereka.

Mengurus kewangan juga melibatkan pelbagai teori ekonomi dan maklumat-maklumat perakaunan bagi mencapai matlamat firma atau individu. Oleh kerana itu, ilmu kewangan ini perlulah dipelajari dan difahami oleh setiap individu tidak kira sama ada mereka adalah seorang pegawai, ibu bapa, petani, suri rumah, pelajar mahupun para penganggur. Bagi pelajar, kecekapan mengurus kewangan amat penting, bukan sahaja kepada kejayaan peribadi tetapi juga kepada kejayaan akademik mereka[4]. Pelajar yang berupaya mengurus penggunaan sumber kewangan mereka adalah sama seperti mengurus kehidupan mereka dan mengurus masa mereka sebagai satu jalan kondusif ke arah pencapaian akademik yang baik.

Sumber kewangan bagi tujuan pembelajaran bagi para pelajar di politeknik adalah dari pelbagai punca seperti pinjaman yang diberikan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), yayasan negeri dan sebagainya. Perbelanjaan ke atas sumber kewangan yang terancang oleh para pelajar perlu diberi perhatian kerana

41

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

Amalan Berbelanja Dalam Kalangan Pelajar

Politeknik: Satu Kajian Kes Di Politeknik Tuanku

Sultanah Bahiyah

1 Wan Mustaffa bin Wan Yusoff

2 Moriza binti Fikri

3 Azhar bin Fikri

1 2Jabatan Perdagangan

3 Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

4 W. Mohd Rashid bin W. Ahmad,Phd.Prof 4 Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM

1 wan_mustaffa.poli@1govuc.gov.my

2 moriza.poli@1govuc.gov.my

3 azhar.fikri.poli@1govuc.gov.my

4 mdrashid@uthm.edu.my

Abstrak - Perbelanjaan wang yang berhemah oleh para

pelajar amat penting bagi memastikan kejayaan pembelajaran mereka. Matlamat ini tidak akan dapat dicapai sekiranya mereka menghabiskan wang berkenaan bukan untuk pembelajaran. Sehubungan dengan ini, tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti jumlah wang yang dibelanjakan bagi item yang berkaitan dengan perbelanjaan akademik dan bukan akademik serta untuk mengetahui perbezaan antara jantina, bidang pengajian dan tempat tinggal dengan jumlah wang yang digunakan bagi semua item perbelanjaan akademik dan bukan akademik dalam kalangan pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB). Kajian ini merupakan satu kajian kes. Sejumlah 200 orang pelajar semester akhir diambil sebagai responden kajian. Pengumpulan data dibuat menggunakan soal selidik. Analisis statistik dijalankan dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social Sciences). Secara keseluruhan dapatan kajian mendapati bahawa pelajar PTSB banyak menghabiskan perbelanjaan mereka ke arah bukan akademik berbanding akademik. Faktor-faktor seperti jantina, tempat tinggal dan bidang pengajian pula tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan kebanyakan item bagi belanja akademik dan bukan akademik.. Amalan perbelanjaan bagi pelajar adalah amat penting bukan sahaja untuk kejayaan dalam pendidikan, tetapi untuk kejayaan dan kualiti kehidupan mereka dan masyarakat setempat di masa hadapan.

Kata Kunci : amalan berbelanja, kajian kes, Politeknik, Malaysia

I. PENGENALAN

Kewangan secara umumnya didefinisikan sebagai sains mengurus wang[1]. Kewangan juga adalah berkaitan dengan proses dan instrumen yang melibatkan pemindahan wang di antara individu, perniagaan dan kerajaan[2]. Oleh itu, pengurusan kewangan memerlukan pihak-pihak yang terlibat dengannya berupaya membuat keputusan dengan tepat dan cepat. Pengurusan kewangan adalah melibatkan perbelanjaan sumber dengan cekapnya untuk menaikkan nilai firma serta kekayaan pelaburannya[3 ]. Ini menunjukkan kewangan adalah proses yang melibatkan cara pemindahan wang dan perbelanjaan wang melalui kaedah yang betul oleh semua ahli dalam masyarakat termasuk para pelajar. Oleh itu pihak-pihak yang berkepentingan seperti ibu bapa, institusi pengajian dan pembiaya pinjaman pengajian haruslah mengetahui bagaimana para pelajar membelanjakan wang yang diberikan oleh mereka.

Mengurus kewangan juga melibatkan pelbagai teori ekonomi dan maklumat-maklumat perakaunan bagi mencapai matlamat firma atau individu. Oleh kerana itu, ilmu kewangan ini perlulah dipelajari dan difahami oleh setiap individu tidak kira sama ada mereka adalah seorang pegawai, ibu bapa, petani, suri rumah, pelajar mahupun para penganggur. Bagi pelajar, kecekapan mengurus kewangan amat penting, bukan sahaja kepada kejayaan peribadi tetapi juga kepada kejayaan akademik mereka[4]. Pelajar yang berupaya mengurus penggunaan sumber kewangan mereka adalah sama seperti mengurus kehidupan mereka dan mengurus masa mereka sebagai satu jalan kondusif ke arah pencapaian akademik yang baik.

Sumber kewangan bagi tujuan pembelajaran bagi para pelajar di politeknik adalah dari pelbagai punca seperti pinjaman yang diberikan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), yayasan negeri dan sebagainya. Perbelanjaan ke atas sumber kewangan yang terancang oleh para pelajar perlu diberi perhatian kerana

ianya boleh memberi kesan terhadap keupayaan untuk membayar balik sumber kewangan tersebut kepada pihak pembiaya. Ketidakupayaan untuk membayar balik pinjaman tersebut akan menimbulkan banyak masalah kepada pelajar serta boleh mengecewakan pihak lain terutamanya ibu bapa mereka. Sehubungan dengan itu, pelajar-pelajar seharusnya sedar dan bertanggungjawab serta mengetahui cara yang terbaik untuk membelanjakan sumber kewangan tersebut bagi tujuan pendidikan supaya ianya tidak disalahgunakan.

Ada juga dalam kalangan para penyelidik Barat menyatakan bahawa kejayaan pelajar di institusi pengajian tinggi dipengaruhi oleh faktor kewangan. Berdasarkan kajian yang dibuat di Idaho State University menyatakan bahawa kelemahan dalam pengurusan kewangan adalah merupakan satu sebab utama pelajar tidak berjaya mendapatkan ijazah mereka. Sikap mereka hendak menunjukkan kemewahan dan kurangnya disiplin dalam soal berbelanja menyebabkan mereka terjebak dalam masalah hutang dan akhirnya gagal dalam pelajaran[5]. Isu mengenai pengurusan kewangan pelajar sering dibincangkan di media massa. Umpamanya, ada media cetak melaporkan pelajar Institusi Pengajian Tinggi dan sekolah menengah kebanyakannya tidak tahu menguruskan wang pinjaman menyebabkan mereka masih meminta wang tambahan daripada penjaga atau ibu bapa[6].

PERNYATAAN MASALAH

Perbelanjaan wang yang berhemah oleh para pelajar amat penting bagi memastikan kejayaan pembelajaran mereka. Matlamat ini tidak akan dapat dicapai sekiranya mereka menghabiskan wang berkenaan bukan untuk pembelajaran. Keadaan ini dapat dilihat dalam kalangan pelajar yang kelihatannya lebih bergaya selepas memperolehi wang pinjaman PTPTN. Umpamanya, pelajar sering menggunakan wang pinjaman pendidikan untuk memenuhi gaya hidup mewah dan moden, termasuk membeli motosikal, barang berjenama serta melabur di pasaran saham. Pelajar juga sering merungut bahawa perbelanjaan untuk membeli buku-buku dan alat tulis mahal dan ini menyukarkan mereka untuk meneruskan pembelajaran.

Perkara ini seharusnya tidak timbul kerana pemberian pinjaman PTPTN atau badan-badan lain adalah mencukupi untuk membantu pelajar yang mempunyai masalah dalam kewangan. Adakah pihak-pihak berkepentingan mengetahui jumlah perbelanjaan yang dihabiskan oleh pelajar bagi satu-satu semester?. Justeru itu, kajian ini dilakukan adalah semata-mata untuk mendapatkan data sebenar mengenai jumlah perbelanjaan yang diperlukan oleh seseorang pelajar bagi satu-satu semester.

KERANGKA KONSEPTUAL

Kerangka teori bagi kajian ini adalah berdasarkan kepada model yang dikemukakan oleh pengkaji lepas [7]. Walaubagaimanapun ia telah diubahsuai mengikut kesesuaian kajian ini. Rajah 1 menunjukkan faktor-faktor demografi pelajar seperti jantina, bidang pengajian dan tempat tinggal sebagai pembolehubah tidak bersandar (bebas) dengan amalan berbelanja sebagai pembolehubah bersandar. Pengkaji menggunakan model yang diutarakan bagi mendapatkan konstruk-konstruk yang relevan dalam kajian ini.

Rajah 1: Kerangka Konseptual bagi Amalan Berbelanja Sumber Kewangan Pelajar

TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN

Di antara tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk memberikan ilmu dan maklumat yang secukupnya kepada para ibu bapa/penjaga mengenai keperluan dan perbelanjaan yang diperlukan oleh seseorang anak/pelajar yang mengikuti pengajian di politeknik. Oleh yang demikian mereka dapat membuat perancangan yang sewajarnya apabila berhasrat untuk menghantar anak-anak mereka meneruskan pengajian di mana-mana politeknik dengan harapan tiada sebarang masalah kewangan membebani anak-anak sepanjang proses pembelajaran mereka.

Objektif kajian ini secara umumnya untuk mengkaji amalan berbelanja ke atas sumber kewangan pelajar tahun akhir di PTSB. Secara khususnya, objektif kajian ini adalah:

1. untuk mengenalpasti amalan perbelanjaan pelajar terhadap perbelanjaan akademik dan bukan akademik.

2. untuk mengenalpasti wujud perbezaan jantina dengan perbelanjaan akademik dan bukan akademik.

3. untuk mengenalpasti wujud perbezaan bidang pengajian dengan perbelanjaan akademik dan bukan akademik.

4. untuk mengenalpasti wujud perbezaan tempat tinggal dengan perbelanjaan akademik dan bukan akademik.

II. METODOLOGI

Kajian ini merupakan satu kajian kes. Kajian kes adalah analisis kontektual daripada situasi bersamaan dalam organisasi-organisasi lain, di mana semulajadi dan definisi

Belanja Akademik Belanja Bukan Akademik Pelajar Jantina Tempat tinggal Bidang Pengajian

42

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

terhadap masalah yang terjadi akan menjadi pengalaman yang sama dalam situasi semasa[8].

Di PTSB, terdapat tiga bidang kejuruteraan (kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Awam) dan satu bidang perdagangan yang ditawarkan. Sejumlah 200 orang pelajar semester akhir di PTSB telah diambil sebagai sampel daripada populasi seramai 764 orang. Penentuan bilangan saiz sampel dibuat menggunakan jadual penentuan saiz sampel yang dibangunkan[9]. Oleh itu, seramai 50 orang pelajar dipilih dari setiap bidang. Mereka terdiri dari pelajar semester akhir yang lebih matang dan berpengetahuan tentang kewangan dan keusahawanan[10]. Pengumpulan data dibuat menggunakan soal selidik untuk melihat jumlah wang yang dibelanjakan oleh pelajar ke arah perbelanjaan akademik dan bukan akademik. Ia juga dilihat dari segi perbezaan antara jantina, bidang pengajian dan tempat tinggal dengan perbelanjaan akademik dan bukan akademik.

Pengkaji membina instrumen soal selidik yang mengandungi beberapa bahagian iaitu A (maklumat peribadi responden), B (maklumat perbelanjaan satu semester) dan C (maklumat pendapatan satu semester). Perbelanjaan para pelajar terbahagi kepada dua iaitu perbelanjaan akademik dan bukan akademik. Perbelanjaan akademik adalah perbelanjaan yang terlibat secara langsung dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contohnya yuran pengajian, yuran kelab, pembelian buku atau nota, alatulis dan projek[11]. Perbelanjaan bukan akademik pula adalah perbelanjaan yang tidak terlibat secara langsung dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti bayaran penginapan, telefon dan internet, hiburan, rekreasi (aktiviti riadah), perkhidmatan (dobi, salun, butik kecantikan), kesihatan, tambang (minyak kenderaan,balik kampung, pergi balik ke kuliah) makanan, pakaian dan belanja kawan[11]. Data-data daripada soal selidik dianalisa dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social Sciences). Kajian rintis ke atas 30 responden telah dijalankan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen. Alfa Cronbach untuk soalselidik tersebut adalah α = 0.7. Data yang diperolehi dari kajian ini dianalisa secara diskriptif.

III. DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian menunjukkan responden terdiri dari pelajar semester akhir yang mengikuti program pengajian di PTSB. Responden lelaki adalah seramai 102 orang (51%) dan perempuan pula seramai 98 orang (49%). Dari aspek tempat tinggal, kebanyakan responden mewakili dua kategori tempat tinggal iaitu di asrama dan bukan asrama (rumah sewa dan rumah sendiri). Data menunjukkan sejumlah 24 orang tinggal di asrama (12%) dan 176 orang bukan asrama (88%). Bagi responden yang mengikuti bidang pengajian Kejuruteraan adalah seramai 150 orang (75%) manakala 50 orang (25%) bukan kejuruteraan iaitu Perdagangan. Keterangan tentang demografi responden adalah seperti Jadual 1.

JADUAL 1: PROFIL DEMOGRAFIK RESPONDEN

Faktor-faktor Item N Peratus (%)

Jantina Perempuan 98 49.0 Lelaki 102 51.0 Tempat

Tinggal Bukan asrama Asrama 24 12.0 176 88.0 Bidang

Pengajian

Kejuruteraan 150 75.0 Bukan

Kejuruteraan 50 25.0

Secara umumnya, objektif kajian adalah untuk untuk mengkaji amalan berbelanja dalam kalangan pelajar di PTSB. Pengkaji telah dapat menyenaraikan purata perbelanjaan bagi para pelajar seperti yang tertera pada Jadual 2. Amalan berbelanja dalam kalangan pelajar PTSB adalah lebih tertumpu kepada perbelanjaan bukan akademik (76.1%) berbanding dengan akademiknya (23.9%). Bagi perbelanjaan bukan akademik, item belanja yang paling tinggi adalah makanan (29.1%) manakala perbelanjaan akademik pula adalah item projek (10.6%).

43

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

JADUAL 2: MIN PERBELANJAAN PELAJAR BAGI SATU

SEMESTER PENGAJIAN

Objektif kajian ini secara khususnya adalah untuk mengenalpasti wujud perbezaan antara jantina, bidang pengajian dan tempat tinggal dengan jumlah wang yang digunakan bagi item perbelanjaan akademik dan bukan akademik. Perbelanjaan akademik bagi jantina di mana 3 item seperti yuran kelab, fotostat/alatulis dan projek adalah tidak menunjukkan perbezaan jumlah yang ketara antara lelaki dan perempuan. Untuk mengenalpasti wujud perbezaan jantina bagi item perbelanjaan akademik dan bukan akademik, aras signifikan yang lebih kecil daripada nilai α = 0.05 adalah diperolehi. Dengan ini ternyata 3 item di atas adalah tidak signifikan kerana nilainya melebihi α = 0.05.

Bagi 1 item perbelanjaan buku/nota telah menunjukkan perbezaan yang sangat ketara antara pelajar lelaki dan perempuan di mana nilai α yang diperolehi kurang 0.05. Ini dapat ditunjukkan melalui Jadual 3.

JADUAL 3: MIN DAN TAHAP SIGNIFIKAN PERBELANJAAN AKADEMIK MENGIKUT JANTINA

Perbelanjaan bukan akademik bagi jantina pula, didapati perbelanjaan 6 item seperti telefon/internet, rekreasi, perkhidmatan, kesihatan, pakaian dan belanja kawan tidak menunjukkan jumlah perbezaan yang ketara manakala bagi 4 item belanja penginapan, hiburan, tambang dan makanan terdapat perbezaan yang ketara. Dapatan ini dapat dibuktikan oleh nilai aras signifikan yang lebih kecil dari nilai α = 0.05. Jadual 4 memaparkan maklumat yang berkenaan.

JADUAL 4: MIN DAN TAHAP SIGNIFIKAN PERBELANJAAN BUKAN AKADEMIK MENGIKUT JANTINA Belanja

Bukan

Akademik Jantina (RM)Min 

Signifikan Penginapan Lelaki Perempuan 679.66 430.50 .002 Utiliti Lelaki Perempuan 136.60 78.81 .050 Telefon/

Internet Lelaki Perempuan 242.14 250.23 .914 Hiburan Lelaki Perempuan 166.23 85.60 .002 Rekreasi Lelaki Perempuan 120.26 67.57 .954 Perkhidmatan Lelaki Perempuan 76.69 66.94 .711 Kesihatan Lelaki Perempuan 76.08 75.37 .692 Tambang Lelaki Perempuan 107.59 40.64 .000 Makanan Lelaki 1120.14 .014

Perempuan 917.86

Pakaian Lelaki Perempuan 198.87 201.87 .940 Belanja

Kawan Lelaki Perempuan 118.73 66.48 .073

Min perbelanjaan akademik bagi tempat tinggal sama ada di asrama atau bukan asrama (rumah sewa dan rumah sendiri) juga menunjukkan perbezaan jumlah yang tidak begitu ketara bagi semua item. Data tentang min dan tahap

Belanja Akademik Min (RM) Peratus (%) Item-item Yuran Pengajian 200 5.7 Yuran Kelab 10.58 0.3 Buku/Nota 146.17 4.2 Fotostat/Alatulis 109.76 3.1 Projek 373.13 10.6 Jumlah 839.64 23.9 Belanja Bukan Akademik Min (RM) Peratus (%) Item-item Penginapan 557.57 15.9 Utiliti 108.28 3.1 Telefon/internet 246.11 7.0 Hiburan 126.72 3.6 Rekreasi 94.44 2.7 Perkhidmatan 71.91 2.0 Kesihatan 75.73 2.2 Tambang 73.44 2.1 Makanan 1021.02 29.1 Pakaian 200.34 5.7 Belanja Kawan 93.13 2.7 Jumlah 2,668.69 76.1 Jumlah Keseluruhan (RM) 3,508.33 100.0

Belanja Akademik Jantina Min(RM) Signifikan

Yuran Pengajian Lelaki Perempuan 200.00200.00 - Yuran Kelab Lelaki Perempuan 12.218.88 .193 Buku/Nota Lelaki Perempuan 104.76189.27 .001 Fotostat/Alatulis Lelaki Perempuan 104.13115.61 .929 Projek Lelaki Perempuan 400.15345.00 .277

44

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

signifikan perbelanjaan akademik mengikut tempat tinggal terdapat dalam Jadual 5.

JADUAL 5: MIN DAN TAHAP SIGNIFIKAN PERBELANJAAN AKADEMIK MENGIKUT TEMPAT TINGGAL Belanja

Akademik TempatTinggal (RM)Min Signifikan

Yuran Pengajian Asrama Bukan 200.00 - Asrama 200.00

Yuran Kelab Asrama Bukan 7.50 .255 Asrama 10.99

Buku/Nota Asrama Bukan 157.00 .446 Asrama 144.69

Fotostat/Alatulis Asrama Bukan 95.00 .132 Asrama 111.77

Projek Asrama Bukan 230.42 .080 Asrama 392.59

Bagi perbelanjaan bukan akademik pula, jumlah belanja yang tidak ada perbezaan ketara adalah 9 item iaitu belanja penginapan, telefon/internet, rekreasi, perkhidmatan, kesihatan, tambang, makanan, pakaian dan belanja makan. Bagi 2 item belanja seperti utiliti dan hiburan menunjukkan jumlah perbezaan yang nyata. Ini disebabkan oleh belanja-belanja berkenaan mempunyai nilai kurang α = 0.05. Dapatan ini ada ditunjukkan dalam Jadual 6.

JADUAL 6: MIN DAN TAHAP SIGNIFIKAN PERBELANJAAN BUKAN AKADEMIK MENGIKUT TEMPAT TINGGAL Belanja Bukan

Akademik TempatTinggal (RM) SignifikanMin Penginapan Asrama Bukan 304.17 .746

Asrama 592.13

Utiliti Asrama Bukan 2.50 .000 Asrama 122.71 Telefon/ Internet Asrama 123.75 .256 Bukan Asrama 262.79

Hiburan Asrama Bukan 21.50 .000 Asrama 141.07

Rekreasi Asrama Bukan 26.15 .006 Asrama 103.76

Perkhidmatan Asrama Bukan 42.08 .268 Asrama 75.98

Kesihatan Asrama Bukan 43.96 .359 Asrama 80.06

Tambang Asrama Bukan 94.83 .964 Asrama 70.53

Makanan Asrama Bukan 960.83 .244 Asrama 1029.23

Pakaian Asrama Bukan 150.96 .629 Asrama 207.07

Belanja Kawan Asrama Bukan 31.04 .062 Asrama 101.59

Perbelanjaan akademik bagi bidang pengajian sama ada bidang kejuruteraan atau bukan kejuruteraan (Perdagangan) didapati item yang diperolehi adalah sama. Ini kerana 2 item belanja seperti buku/nota dan projek adalah mempunyai perbezaan yang tidak ketara. Manakala bagi 2 item belanja yuran kelab dan fotostat/alatulis mempunyai perbezaan yang ketara. Ini terbukti dengan aras signifikannya yang lebih kecil dari nilai α = 0.05. Dapatan dari analisis ini ada ditunjukkan dalam Jadual 7.

JADUAL 7: MIN DAN TAHAP SIGNIFIKAN PERBELANJAAN AKADEMIK MENGIKUT BIDANG PENGAJIAN Belanja

Akademik BidangPengajian (RM)Min  Signifikan

Yuran Pengajian Kejuruteraan 200.00 - Bukan kejuruteraan 200.00

Yuran Kelab Kejuruteraan Bukan 12.40 .009 kejuruteraan 5.10

Buku/Nota Kejuruteraan Bukan 126.96 .224 kejuruteraan 203.80 Fotostat/ Alatulis Kejuruteraan 116.37 .011 Bukan kejuruteraan 89.90

Projek Kejuruteraan Bukan 398.30 .309 kejuruteraan 297.60

45

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

Bagi perbelanjaan bukan akademik mengikut bidang pengajian pula, didapati tidak ada perbezaan jumlah yang ketara bagi 8 item belanja seperti utiliti, telefon/internet, hiburan, perkhidmatan, kesihatan, tambang, makanan dan pakaian. Selain dari itu, 3 item belanja seperti penginapan, rekreasi dan belanja kawan ada perbezaan yang ketara. Ini menunjukkan nilai aras signifikan yang lebih kecil dari nilai α = 0.05 bagi belanja-belanja berkenaan. Dapatan ini ada ditunjukkan dalam Jadual 8.

JADUAL 8: MIN DAN TAHAP SIGNIFIKAN PERBELANJAAN BUKAN AKADEMIK MENGIKUT BIDANG PENGAJIAN Belanja Bukan

Akademik BidangPengajian (RM)Min  Signifikan

Penginapan Kejuruteraan Bukan 611.15 .015 kejuruteraan 396.83 Utiliti Kejuruteraan 115.76 .225 Telefon/  Internet Kejuruteraan 251.57 .056 Bukan kejuruteraan 229.72

Hiburan Kejuruteraan Bukan 142.22 .065 kejuruteraan 80.22

Rekreasi Kejuruteraan Bukan 109.97 .035 kejuruteraan 47.85

Perkhidmatan Kejuruteraan Bukan 77.38 .277 kejuruteraan 55.50

Kesihatan Kejuruteraan Bukan 75.77 .529 kejuruteraan 75.62

Tambang Kejuruteraan Bukan 66.53 .622 kejuruteraan 94.17 Makanan Kejuruteraan 1046.1 6 .773 Bukan kejuruteraan 945.60

Pakaian Kejuruteraan Bukan 209.45 .145 kejuruteraan 173.00

Belanja Kawan Kejuruteraan Bukan 106.27 .015 kejuruteraan 53.70

IV. PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN Dapatan kajian ini boleh menerangkan kedudukan sebenar para pelajar membelanjakan sumber kewangan mereka, dimana tujuan bukan akademik (76.1%) melebihi akademik (23.9%).

Bagi kategori perbelanjaan akademik didapati item belanja projek (10.6%) yang paling besar peratusannya berbanding

item-item belanja lain. Belanja projek memang dititikberatkan oleh pihak politeknik bagi penghasilan projek-projek yang kreatif dan berinovatif. Tindakan ini selaras dengan pembangunan modal insan seperti yang disarankan dalamPelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, iaitu ciri-ciri modal insan yang berupaya untuk berfikir secara kritis dan kreatif.

Bagi kategori perbelanjaan bukan akademik pula didapati belanja makanan (29.1%) adalah yang paling besar peratusannya. Perbelanjaan ini adalah merupakan keperluan asas bagi para pelajar. Menurut kajian ke atas mahasiswa kolej-kolej yang terdapat di Amerika Syarikat, mereka menghabiskan sebahagian besar daripada pendapatan untuk makanan. Hampir 50% setahun dibelanjakan untuk makanan, 18% untuk hiburan, 16% untuk telefon dan 16% untuk pakaian[12].

Dalam kajian ini juga, pengkaji mendapati pelajar perempuan kurang berbelanja berbanding dengan pelajar lelaki. Bagi satu semester pelajar lelaki berbelanja sebanyak RM3,797.29 (54.2%) manakala perempuan sebanyak RM3,207.58 (45.8%). Hasil kajian ini menyamai dengan hasil kajian yang pernah dibuat oleh[12], yang mendapati perempuan kurang berbelanja berbanding dengan lelaki.

Namun begitu, kajian ini mendapati secara keseluruhannya tidak ada hubungan yang signifikan antara jantina. Fenomena ini bersamaan dengan kajian yang telah dibuat oleh[13], mendapati kebijaksanaan penggunaan wang antara pelajar lelaki dan perempuan secara statistiknya tidak signifikan. Ini bermakna antara lelaki dan perempuan tidak terdapat perbezaan yang ketara dalam soal kebijaksanaan mengurus kewangan.

Dari aspek tempat tinggal pelajar didapati mereka yang tinggal di asrama lebih jimat perbelanjaannya berbanding dengan yang tinggal bukan di asrama. Pelajar tinggal di asrama berbelanja satu semester sebanyak RM2,491.69 (40.6%) manakala bukan di asrama sebanyak RM3,646.96 (59.4%). Fakta ini bersamaan dengan kajian yang dibuat di