• Tidak ada hasil yang ditemukan

STATISTIK KEBOLEHPERCAYAAN Cronbach’s Alpha N of Items

Atas Pelajar Jabatan Perdagangan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

JADUAL 3: STATISTIK KEBOLEHPERCAYAAN Cronbach’s Alpha N of Items

 

dan difahami [27]. Seterusnya, semua data-data yang diperolehi dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences versi 20.0.

Analisis deskriptif dilakukan bagi menganalisa maklumat demografi pelajar. Manakala analisis skor min dilakukan bagi menjawab objektif kajian 1 iaitu menentukan dimensi penglibatan pelajar dalam sistem OBE. Penentuan tahap skor min adalah merujuk kepada Jadual 1 di bawah:

JADUAL 1 : PENENTUAN TAHAP SKOR MIN [17]

Skor Min Tahap

1.00 – 2.33 Rendah 2.34 – 3.67 Sederhana 3.68 – 5.00 Tinggi

Bagi menjawab objektif kajian ke-2 pula, ujian kolerasi Pearson digunakan untuk melihat hubungan antara pendekatan pembelajaran dan pencapaian pelajar. Pencapaian pelajar adalah merujuk kepada gred semasa melalui Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM).

IV. DAPATAN KAJIAN

Kajian rintis telah dijalankan pada bulan Januari 2014 bagi memastikan kebolehpercayaan dan kesahannya adalah baik melalui pengujian kefahaman responden terhadap item-item yang dikemukakan. Seramai 30 orang pelajar yang terlibat iaitu bukan responden kajian akhir.

Cronbach’s alpha digunakan untuk mengukur

nilai kebolehpercayaan yang paling sesuai untuk kajian tinjauan dan soal selidik yang mempunyai pelbagai kemungkinan jawapan setiap item [28]. Jadual 3 menunjukkan nilai α yang diperolehi bagi kajian rintis ini adalah 0.917.

JADUAL 3: STATISTIK KEBOLEHPERCAYAAN Cronbach’s Alpha N of Items

0.917 30

Jika pekali kolerasi (yang bertindak sebagai koefisien kebolehpercayaan) menghampiri nilai 1, maka set data mempunyai perkaitan atau perhubungan yang kuat [28]. Dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa instrument kajian mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi [28].

Rajah 2 menunjukkan responden adalah terdiri daripada 271 orang pelajar Jabatan Perdagangan. Bilangan pelajar mengikut jantina bagi kajian ini

melibatkan 69 orang pelajar lelaki dan 202 orang pelajar perempuan. 0 50 100 150 200 250 Lelaki Lelaki Perempuan

Rajah 2 : Jantina Responden

Bagi menjawab objektif kajian 1, analisis skor min dilakukan untuk menentukan aspek penglibatan yang dipilih oleh pelajar melalui sistem OBE.

Berdasarkan Jadual 3, analisis skor min dilakukan ke atas aspek penglibatan tingkahlaku pelajar dalam sistem OBE yang mengandungi 5 soalan. Secara keseluruhan min bagi penglibatan tingkahlaku adalah 4.09 iaitu pada tahap tinggi.

Melalui penglibatan tingkahlaku, kita dapat melihat bahawa min yang paling tinggi dalam penglibatan tingkahlaku ialah 4.18 pada tahap tinggi iaitu responden cuba bersungguh-sungguh untuk membuat yang terbaik dalam kelas. Perbezaan ketara ini ditunjukkan melalui kebanyakan pelajar bersetuju dengan mereka cuba bersungguh-sungguh untuk membuat yang terbaik dalam kelas. Di samping itu, min yang paling rendah ialah 4.01 pada tahap tinggi iaitu responden mendengar dengan teliti apabila berada di dalam kelas.

JADUAL 3: ANALISI SKOR MIN PENGLIBATAN TINGKAHLAKU

NO. SOALAN MIN TAHAP

1. Saya mendengar dengan teliti apabila saya berada di dalam kelas

4.01 Tinggi 2. Saya memberi tumpuan dalam

kelas ini. 4.07 Tinggi

3. Saya cuba bersungguh-sungguh untuk membuat yang terbaik dalam kelas.

4.18 Tinggi 4. Saya berusaha sebaik mungkin

di dalam kelas ini. 4.11 Tinggi

5. Saya melibatkan diri dalam kelas perbincangan apabila saya di dalam kelas ini.

4.10 Tinggi

MIN KESELURUHAN BAGI

165

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

   

Berdasarkan Jadual 4, analisis skor min dilakukan ke atas aspek penglibatan ‘agentic’ pelajar dalam sistem OBE yang mengandungi 7 soalan. Secara keseluruhan min bagi penglibatan ‘agentic’ adalah 3.94 iaitu pada tahap tinggi.

Melalui penglibatan ‘agentic’, responden menyatakan mereka cuba memastikan pelajaran yang dipelajari menarik minat mereka sebaik mungkin. Ini ditunjukkan melalui dapatan min 4.13 iaitu pada tahap tinggi dan merupakan min tertinggi dalam skop ini. Namun demikian, skor yang terendah adalah 3.74 iaitu pada tahap tinggi, di mana pelajar akan sentiasa memberitahu pensyarah apa yang diminati oleh mereka.

JADUAL 4: ANALISI SKOR MIN PENGLIBATAN ‘AGENTIC’

NO. SOALAN MIN TAHAP

1. Saya memberitahu pensyarah saya apa yang saya hendak perlukan.

3.87 Tinggi 2. Saya memberitahu pensyarah

saya apa yang saya minat. 3.74 Tinggi

3. Saya menyatakan pilihan dan pendapat saya semasa dalam kelas ini.

3.81 Tinggi 4. Saya bertanya soalan untuk

membantu saya belajar semasa kelas.

4.01 Tinggi 5. Saya akan minta dengan

pensyarah ketika saya perlukan sesuatu dalam kelas.

3.99 Tinggi 6. Saya menyesuaikan apa sahaja

yang dipelajari, jadi saya boleh belajar sebanyak mungkin.

4.01 Tinggi 7. Saya cuba memastikan pelajaran

yang dipelajari adakah menarik minat saya sebaik mungkin.

4.13 Tinggi

MIN KESELURUHAN BAGI

PENGLIBATAN “AGENTIC” 3.94 Tinggi

Berdasarkan Jadual 5, analisis skor min dilakukan ke atas aspek penglibatan kognitif pelajar dalam sistem OBE yang mengandungi 4 soalan. Secara keseluruhan min bagi penglibatan kognitif adalah 3.96 iaitu pada tahap tinggi.

Melalui penglibatan kognitif, responden menyatakan mereka membuat contoh sendiri untuk membantu mereka memahami konsep penting yang dipelajari di dalam kelas. Ini ditunjukkan melalui dapatan min 4.03 iaitu pada tahap tinggi dan merupakan min tertinggi dalam skop ini. Namun demikian, skor yang terendah adalah sebanyak 3.89 di mana pelajar cuba kaitkan dengan pengalaman apabila belajar di dalam kelas. Secara keseluruhan min bagi penglibatan kognitif adalah 3.96 iaitu pada tahap tinggi.

JADUAL 5: ANALISI SKOR MIN PENGLIBATAN KOGNITIF.

NO. SOALAN MIN TAHAP

1. Saya cuba kaitkan dengan pengalaman saya apabila saya belajar dalam kelas.

3.89 Tinggi 2. Saya cuba menjadikan

pelbagai idea yang berbeza yang diterima dalam kelas adalah bersangkutan dan boleh diterima.

3.91 Tinggi

3. Saya cuba kaitkan dengan apa yang saya tahu dan apa yang dipelajari apabila melakukan kerja/ tugasan di dalam kelas.

4.01 Tinggi

4. Saya membuat contoh sendiri untuk membantu saya memahami konsep penting yang saya mempelajari di dalam kelas ini.

4.03 Tinggi

MIN KESELURUHAN BAGI

PENGLIBATAN KOGNITIF 3.96 Tinggi

Berdasarkan Jadual 6, analisis skor min dilakukan ke atas aspek penglibatan emosi pelajar dalam sistem OBE yang mengandungi 5 soalan. Secara keseluruhan min bagi penglibatan emosi adalah 4.08 iaitu pada tahap tinggi.

Melalui penglibatan emosi, responden menyatakan mereka melibatkan diri apabila melakukan sesuatu untuk tugasan. Ini ditunjukkan melalui dapatan min 4.14 iaitu pada tahap tinggi dan merupakan min tertinggi dalam skop ini. Namun demikian, skor yang terendah adalah 3.99 di mana pelajar ketika berada di dalam kelas, mereka merasa seronok.

JADUAL 6 : ANALISI SKOR MIN PENGLIBATAN EMOSI

NO. SOALAN MIN TAHAP

1. Saya rasa berminat apabila saja melakukan sesuatu untuk kerja / tugasan .

4.11 Tinggi 2. Kelas/ khusus ini adalah

menyeronokkan. 4.04 Tinggi

3. Saya seronok mempelajari sesuatu yang baru di dalam kelas ini.

4.14 Tinggi 4. Apabila saya di dalam kelas

ini, saya merasa seronok. 3.99 Tinggi

5. Saya melibatkan diri apabila saya melakukan sesuatu untuk kerja kelas / tugasan.

4.10 Tinggi

MIN KESELURUHAN BAGI

PENGLIBATAN EMOSI 4.08 Tinggi

Berdasarkan Jadual 7, menunjukkan perbandingan di antara aspek penglibatan pelajar dalam sistem OBE. Penglibatan tingkahlaku adalah skop min yang tertinggi iaitu 4.08 iaitu pada tahap yang tinggi. Ini adalah kerana berdasarkan kajian [15] yang menyatakanperubahan institusi biasanya

166

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

   

memberi tumpuan kepada merubah tingkahlaku pelajar. Ini selaras dengan ciri-ciri pelajar Jabatan Perdagangan PTSB khususnya yang masih mengamalkan corak pembelajaran yang dipusatkan oleh pensyarah. Pelajar juga mempunyai usaha yang lebih untuk melibatkan diri di dalam kelas. Tugasan yang diberikan kepada pelajar juga adalah ditentukan oleh pensyarah.

Manakala penglibatan pelajar dari aspek ‘agentic’ merupakan skor min yang paling rendah ialah 3.96 namun masih berada pada tahap tinggi. Ini adalah kerana pelajar Jabatan Perdangan PTSB khususnya belum menonjolkan ciri-ciri ‘agentif’ yang sepenuhnya seperti proaktif untuk memperkayakan proses pembelajaran yang diterima mengikut cara mereka tersendiri di dalam keadaan pengajaran dan pembelajaran tertentu. Bertentangan dengan kajian oleh Reeve yang menyatakan penglibatan pelajar secara ‘agentic’ sangat menonjol berbanding penglibatan secara tingkahlaku, emosi dan kognitif [14].

JADUAL 7 : ANALISIS SKOR MIN ASPEK PENGLIBATAN PELAJAR

Aspek Skor

Min Tahap Tahap (Keseluruhan)

Penglibatan Tingkahlaku 4.09 Tinggi Tinggi

Penglibatan Agentic 3.94 Tinggi Tinggi

Penglibatan Kognitif 3.96 Tinggi Tinggi

Penglibatan Emosi 4.08 Tinggi Tinggi

Bagi menjawab objektif kajian 2, pengujian kolerasi Pearson digunakan untuk menentukan hubungan penglibatan pelajar dari aspek tingkahlaku, agentic, kognitif dan emosi dengan pencapaian pelajar yang di ukur melalui Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM).

Jadual 8 menunjukkan kolerasi antara aspek penglibatan pelajar dengan keputusan pencapaian (HPNM) pelajar. Hasil kajian mendapati penglibatan pelajar dari aspek tingkahlaku, agentic, kognitif dan emosi yang digunakan oleh pelajar tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan keputusan peperiksaan pelajar. Ini adalah kerana pelajar Jabatan Perdagangan PTSB terdiri daripada sebahagian kelompok pelajar yang masih lemah dan ini adalah penyumbang kepada hasil dapatan kajiani. Selaras dengan kajian oleh kajian [24] pula mendapati penglibatan pelajar di dalam kelas boleh dijadikan peramal kepada pencapaian akademik dan kesimpulan ini dibuat tanpa melibatkan pelajar yang mengalami keciciran yang mana prestasi mereka adalah rendah.

Manakala kajian oleh [25] mendapati pendorong seperti pengirktirafan, pencapaian, tanggungjawab serta beberapa faktor lain dapat mempengaruhi pencapaian pelajar berkenaan. Oleh yang demikian, kajian ini mendapati bahawa aspek penglibatan pelajar bukan merupakan aspek utama dalam mempengaruhi pencapaian pelajar.

Jadual 8 : Analisis Pengujian Kolerasi ke Atas Aspek Penglibatan Pelajar

**. Tahap signifikan kolerasi adalah pada 0.01 (2-tailed).

V. KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, dapatan kajian ini juga jelas menunjukkan bahawa pelajar lebih cenderung untuk terlibat secara tingkahlaku di dalam pengajaran dan pembelajaran berbanding penglibatan secara emosi, kognitif dan ‘agentic’. Namun demikian, keempat-empat aspek penglibatan pelajar masih berada pada tahap tinggi. Kelangsungan itu, satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar perlu dipergiatkan secara maksima bagi memastikan pelajar lebih menonjol ke arah penglibatan secara ‘agentic’ dan kognitif bagi memastikan matlamat OBE untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai kemahiran pembelajaran sepanjang hayat dan seterusnya menjadi pelajar yang berdikari, kreatif dan inovatif dapat dicapai.

Selain itu, dapatan juga menunjukkan penglibatan pelajar yang tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran bukanlah penentu kepada hasil pencapaian akademik yang positf. Ini jelas ditunjukkan melalui dapatan hasil kajian bahawa tiada hubungan yang signifikan di antara Aspek Penglibatan

Pelajar

Tingkah

laku Agentic Kognitif Emosi HPNM Kolerasi Pearson -.029 -.017 .043 -.068 Sig. (2-tailed) .633 .780 .483 .262 N 271 271 271 271

167

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

   

penglibatan pelajar dan juga pencapaian. Adalah diharapkan satu kajian pembolehubah yang lain dapat dibuat untuk mengukur hubungan dengan pencapaian akademik pelajar di dalam sistem OBE. Pembolehubah yang mungkin boleh dilanjutkan untuk dibuat kajian adalah dimensi motivasi, gaya pembelajaran, sikap dan infrastruktur yang boleh memberi jawapan tepat kepada pencapaian akademik pelajar.

RUJUKAN

[1] Jabatan Pengajian Politeknik. (2010). Teks Ucapan YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin: Majlis Pelancaran Transformasi Politeknik. Dirujuk pada 30 Julai 2012, daripada

http://politeknik.gov.my/webjpp2/files/Ucapan%20Timbalan %20Perdana%20Menteri%20Sempena%20Majlis%20 Pelancaran%20Transformasi%20Politeknik%20pada%20250 210.pdf

[2] Kraak, A. (1999) Competing education & Training Policy

discourses: A “ systematic” versus “unit standards” framework. Changing Curriculum: Studies on Outcomes-Based Education in South Africa.Jansen , D.J & Christie, P

(eds). Kenwyn:Juta & Company, Ltd, 21-58

[3] Kairul Anwar Mastor, et. al. (2006). “Kajian Perbandingan Tahap Keseuaian, Komitmen, Gaya Pembelajaran Dan Prestasi Akademik Pelajar-Pelajar Kejuruteraan Kurikulum Bukan OBE Dan OBE”. Seminar Pengajaran dan

Pembelajaran Berkesan 2006.

[4] Seligman, M.E.P. and Csikszentmihalyi, M. (2000), “Positive psychology: an introduction”,American Psychologist, Vol. 55 No. 1, pp. 5-14

[5] Kolb (1984), Carroll (2000), Bransford et al. (2000), dan Hattie (2009),Kolb, D.A. (1984), Experiential Learning, Prentice Hall, Englewood Cliffs, NJ.

[6] Carroll, J.M. (2000), “Five reasons for scenario-based design”, Interacting with Computers, Vol. 13No. 1, pp. 43-60.

[7] Bransford, J., Brown, A. and Cocking, R. (Eds) (2000), How People Learn: Brain, Mind, Experience, and School, National Academy Press, Washington, DC.

[8] Hattie, J.A.C. (2009), Visible Learning: A Synthesis of Over 800 Meta-Analyses Relating to Achievement, Routledge, London

[9] Fiedler, M. L. (1975). Bidirectionality of influence in classroom interaction. Journal of Educational Psychology, 67, 735–744.

[10] Koenigs, S. S., Fiedler, M. L., & deCharms, R. (1977). Teacher beliefs, classroom interaction and personal causation. Journal of Applied Social Psychology, 7,95–114.

[11]  Fredricks, J. A., Blumenfeld, P. C., & Paris, A. H. (2004). School engagement: Potential ofthe concept, state of the evidence. Review of Educational Research, 74, 59–109. [12] Skinner, E. A., Kindermann, T. A., & Furrer, C. J. (2009). A motivational perspectiveon engagement and

disaffection. Educational and Psychological Measurement, 69,493–525.

[13] Wolters, C. A. (2004). Advancing achievement goal theory: Using goal structures and goalorientations to predict students’ motivation, cognition, and achievement. Journal of EducationalPsychology, 96, 236–250.

[14] Johnmarshall Reeve , Ching-Mei Tseng (2011). Agency as a fourth aspect of students’engagement during learning activities. Journal of Contemporary Educational Psychology ,36,257-267

[15} Shalter Davis, H. A., & Shalter-Bruening, P., & Andrzejewski, C. E., (April, 2008). Examining the efficacy of

strategy intervention for ninth grade students: Are self-regulated learning strategies a form of social capital? Paper

presented at the annual conference of the American Educational Research Association, New York, NY. [16] Mahatmya, D., Lohman, B. J.,Matjasko, J., Farb, A. F.

(2012). Student engagement across developmental periods. In: S. L. Christenson, A. L. Reschly, & C. Wylie (Eds.), The

Handbook of Research on Student Engagement(p. 45-63).

New York, NY: Springer Science

[17] Skinner, E. A., & Belmont, M. J. (1993). Motivation in the classroom: Reciprocal effects of teacher behavior and student engagement across the school year. Journal of Educational

Psychology, 85(4), 571-581

[18] Sciarra, D., and H. Seirup. "The Multidimensionalityof School Engagement and Math Achievement among Racial Groups," Professional School Counseling (2008). -

[19] Koenigs, S. S., Fiedler, M. L., & deCharms, R.(1977). Teacher beliefs, classroom interaction and personal causation. Journal of Applied Social Psychology, 7,95–114 [20] Carini, R. M., Kuh, G. D., & Klein, S. P. (2006). Student

engagement and student learning:Testing the linkages. Research in Higher Education, 47(1), 1–32.Greene, B. A., Miller, R. B., Crowson, H. M., Duke, B. L., & Akey, K. L. (2004). Predictinghigh school students’ cognitive engagement and achievement: Contributions of classroomperceptions and motivation. Contemporary Educational Psychology, 29, 462–482.

[21] Ainley, M. D. (1993). Styles of engagement with learning: Multidimensional assessment oftheir relationship with strategy use and school achievement. Journal of EducationalPsychology, 85, 395–405.

[22] Meece, J. L., Blumenfeld, P. C., & Hoyle, R. H. (1988). Student’s goal orientations andcognitive engagement in

168

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

   

classroom activities. Journal of Educational Psychology, 80,514–523.

[23] Walker, C. O., & Greene, B. A. (2009). The relations between student motivationalbeliefs and cognitive engagement in high school. Journal of Educational Research,102, 463–472.

[24] Willms, J. D. (2003). Student engagement at school: A senseof belonging and participation.Paris: Organization for

Economic Cooperation and Development

[25] Medred, C. (2007). Into the wild: the false being within. In Far North Science: News, research and natural acts from

Alaska. Retrieved from http://www.farnorthscience.com/2007/10/13/media‐

watch/into-the-wild-the-false-being-within/

[26] Lim, T. C. (2007). Hubungan Antara Pendekatan Pengajaran Guru Dengan Pendekatan Pembelajaran Pelajar Mata Pelajaran Kimia Tingkatan Empat. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

[27] Zhang, L. F. (2000). “Are learning approaches and thinking styles related? A study in two Chinese populations”. The

Journal of Psychology. 134(4).

[28] Mok, S. S. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Perak: Penerbitan Multimedia.

169

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

Effective Training: Its Value and Impact on the