• Tidak ada hasil yang ditemukan

FP301 Object Oriented Programming Menerusi Teknik Carta Alir

I. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Kursus FP301 Object Oriented Programming merupakan suatu kursus wajib yang ditawarkan di dalam kurikulum Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) dan ianya menyumbang empat (4) jam kredit daripada keseluruhan jumlah jam kredit yang perlu dilaksanakan oleh pelajar jurusan tersebut sebelum diisytiharkan LULUS PENUH oleh Lembaga Peperiksaan Politeknik. Kursus FP301 Object Oriented

Programming diperkenalkan kepada para pelajar bertujuan

untuk menyediakan pelajar dengan konsep-konsep pengaturcaraan berorientasikan objek menggunakan bahasa pengaturcaraan JAVA. Prasyarat kepada kursus ini adalah kursus FP201 Programming Fundamentals yang dilaksanakan pada semester 2 pengajian di politeknik. Topik input output dan pernyataan bersarang merupakan salah satu topik yang terkandung di dalam kursus FP301 Object Oriented

Programming dan perlu dikuasai oleh pelajar kerana ianya

adalah pengetahuan asas kepada topik-topik yang seterusnya. Kursus FP301 Object Oriented Programming wajib diselesaikan dalam masa 15 minggu dengan tempoh pelaksanaan selama 90 jam mengajar mengikut ketetapan dan pembahagian yang dinyatakan di dalam silibus kursus, iaitu 30 jam kuliah dan 60 jam praktikal. Walaubagaimanapun, pelaksanaan pengajaran yang dirancang menerusi Rancangan Mengajar Semester (RMS) adalah sukar untuk dipenuhi seperti yang dijadualkan kerana para pensyarah perlu menitikberatkan tahap penguasaan pelajar terhadap sesuatu topik pengajaran bagi mencapai petunjuk prestasi (KPI) yang disasarkan oleh jabatan. Oleh itu, untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran bagi kursus FP301 Object Oriented

Programming berjalan dengan lancar dan diselesaikan dalam

jangka masa yang telah ditetapkan, maka, topik asas seperti topik input output dan pernyataan bersarang di dalam kursus tersebut harus dikuasai oleh para pelajar.

Pada 21.01.2014, soalan latihan makmal berkaitan topik input output dan pernyataan bersarang telah diedarkan kepada semua pelajar DNS3-S2 dan mereka diarahkan untuk menyiapkan latihan makmal tersebut dalam tempoh 2 jam.

106

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

Merujuk kepada Christensen, C. & McRobbie, C. (1994), melalui kaedah amali yang biasanya dijalankan secara berkumpulan, penerapan elemen sikap saintifik dan nilai murni seperti bekerjasama, sistematik dan yakin, jujur dan tepat dalam merekod data berlaku. Latihan makmal kebiasaannya hanya akan diberikan setelah kuliah berkenaan sesuatu topik dibincangkan.

Di sepanjang tempoh masa tersebut, dapat diperhatikan bahawa pelajar-pelajar membaca dan mencuba untuk memahami isi kandungan yang terdapat di dalam latihan makmal berkenaan. Kemudian, didapati juga beberapa situasi seperti di bawah berlaku,

1) pelajar menghidupkan komputer peribadi dan menaip kod aturcara,

2) pelajar menggeleng-gelengkan kepala, mengerutkan dahi dan melihat kiri dan kanan, dan,

3) pelajar berlegar-legar di ruangan makmal dan mencuba untuk mendapatkan maklumat dan tunjuk ajar daripada rakan-rakan.

Setelah jangka masa yang ditetapkan tamat, pelajar-pelajar dikehendaki menunjukkan aturcara yang dibangunkan untuk disemak dan dinilai oleh pensyarah kursus berdasarkan kepada skema jawapan dan pemarkahan yang telah disediakan. Namun demikian, hasil semakan dan penilaian ke atas latihan makmal tersebut mendapati hanya 4 daripada 18 orang pelajar yang terlibat berupaya menyiapkan tugasan yang diberikan dengan sedikit penambahbaikkan. Jadual I di bawah menunjukkan peratusan pelajar yang memperolehi skor mengikut julat yang ditetapkan.

JADUAL I: PERATUSAN PELAJAR YANG MEMPEROLEHI SKOR MENGIKUT JULAT DALAM LATIHAN MAKMAL BAGI TOPIK INPUT

OUTPUT DAN PERNYATAAN BERSARANG

Skor Bilanganpelajar Peratusan(%)

6 - 10 4 28.6

0 - 5 14 71.4

Jumlah 18 100.0

Berdasarkan jadual I di atas, mendapati bahawa hanya 28.6% pelajar sahaja yang mencapai skor di dalam julat 6 hingga 10. Manakala 71.4% pula berada di dalam julat 0 hingga 5. Keadaan ini telah menimbulkan persoalan kepada pengajar dan pertanyaan seperti berikut diajukan,

1) Mengapakah anda tidak dapat menyiapkan latihan makmal tersebut dalam masa yang ditetapkan?

2) Adakah anda tidak memahami topik yang berkaitan dengan latihan makmal yang diedarkan?

Berdasarkan kepada maklumbalas yang diterima, para pelajar menyatakan bahawa isi kandungan yang terdapat di dalam latihan makmal tersebut adalah sukar untuk diterjemahkan dan mereka kurang yakin untuk menyelesaikannya. Selain daripada itu juga, mereka turut mengakui bahawa mereka kurang arif dalam langkah-langkah atau teknik-teknik yang boleh digunakan bagi menyelesaikan tugasan tersebut.

Rentetan daripada peristiwa tersebut, tindakan yang sewajarnya perlu diambil bagi mengatasi permasalahan yang dihadapi oleh pelajar dengan memperkenalkan teknik carta alir

kepada mereka sebagai salah satu teknik penyelesaian masalah yang berkaitan dengan pengaturcaraan bagi membantu meningkatkan tahap penguasaan mereka terhadap topik input output dan pernyataan bersarang.

II. KAJIAN LITERATUR

Teknik penyelesaian masalah merupakan antara teknik yang perlu dikuasai pelajar bagi memudahkan mereka untuk belajar dan seterusnya memahami sesuatu masalah yang diberi bagi mendapatkan penyelesaian yang terbaik. Terdapat banyak strategi atau teknik yang boleh digunakan bagi tujuan ini. Antaranya adalah kod pseudo dan carta alir yang merupakan algoritma untuk membantu mendokumentasikan pengaturcaraan logik [3].

GRAF I: HASIL ANALISIS KAJIAN YANG DIBUAT OLEH DAVID A. SCANLAN MELALUI JURNALNYA YANG BERTAJUK

STRUCTURED FLOWCHARTS OUTPERFORM PSEUDOCODE: AN EXPERIMENTAL COMPARISON

Merujuk kepada graf I di atas, hasil kajian yang dilakukan oleh David A. Scanlan (1989), menunjukkan carta alir adalah lebih baik berbanding kod pseudo dalam keperluan masa untuk memahami algoritma. Selain itu, jadual ini juga menggambarkan carta aliran berstruktur menjadi lebih bermanfaat apabila berlaku peningkatan kerumitan. Beliau juga membuat hipotesis bahawa carta aliran berstruktur mengambil masa yang kurang untuk memahami, menghasilkan lebih sedikit kesilapan dalam kefahaman, memberi pelajar lebih yakin dalam memahami algoritma, mengurangkan masa yang digunakan menjawab soalan mengenai algoritma dan mengurangkan bilangan kali pelajar perlu melihat algoritma.

Menurut Deek (1997) pula, langkah-langkah untuk terjemahan sintaks memerlukan sub-komponen ditukarkan kepada modul yang fungsinya telah ditentukan, dan data yang berkaitan ditunjukkan dan ternyata bahawa algoritma perlu dibuat.

107

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

Melalui penulisan Diane Zak (2008) dalam bukunya yang bertajuk An Introduction to Programming with C++ menyatakan, ramai pengaturcara gemar menggunakan carta alir berbanding kod pseudo kerana setiap simbol carta alir itu telah menggambarkan fungsi-fungsi tertentu tanpa penerangan yang panjang. Carta alir ialah alatan logik popular yang menunjukkan secara grafik jujukan operasi atau aliran kerja yang akan dilaksanakan bagi menyelesaikan sesuatu masalah [2].

III. ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN

Setelah melakukan semakan, penilaian dan penelitian dalam latihan makmal berkaitan topik input output dan pernyataan bersarang yang dihasilkan oleh pelajar, terdapat beberapa faktor penyebab yang dikenalpasti mempengaruhi keputusan penilaian latihan makmal pelajar. Antaranya adalah seperti,

1) terdapat ralat sintaks yang tidak diperbetulkan semula oleh pelajar,

2) aturcara yang dibangunkan tidak melaksanakan fungsi seperti yang dinyatakan, dan

3) program yang dibina tidak lengkap.

Oleh yang demikian, bagi membantu meningkatkan penguasaan pelajar di dalam topik input output dan pernyataan bersarang, pelajar akan diajar menggunakan teknik carta alir dalam usaha membangunkan aturcara untuk menghasilkan suatu program yang melaksanakan fungsi yang sepatutnya, dan sekaligus mampu memperbaiki permasalahan berkaitan ralat sintaks dan penghasilan program yang tidak lengkap.

IV. OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan pelajar berkaitan topik input output dan pernyataan bersarang bagi kursus FP301 Object Oriented Programming. Objektif khusus kajian ini adalah:-

 membantu meningkatkan prestasi pelajar di dalam topik input ouput dan pernyataan bersarang bagi kursus FP301

Object Oriented Programming,

 memastikan pelajar menghasilkan program yang lengkap dan melaksanakan arahan yang betul dengan menggunakan teknik carta alir, dan

 meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam menyelesaikan permasalahan yang melibatkan pengaturcaraan.

V. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 18 orang pelajar DNS3-S2, program Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian), dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) di Politeknik Kuching Sarawak yang terdiri daripada 6 orang lelaki dan 12 orang perempuan.

VI. PELAKSANAAN KAJIAN

Beberapa pelaksanaan ke atas kajian dilakukan iaitu:

A. Tinjauan Masalah

Tujuan tinjauan masalah dibuat adalah untuk memahami dengan lebih mendalam tentang permasalahan yang dikenalpasti. Antara kaedah yang digunakan adalah:

1) Temubual: Soalan-soalan temubual yang dikemukakan

adalah bertujuan untuk mendengar pengakuan mereka berkenaan kursus pengaturcaraan, khususnya bagi latihan makmal yang berkisar tentang topik input output dan pernyataan bersarang.

2) Soal Selidik: Soalan soal selidik juga dijadikan sebagai

salah satu instrumen untuk mendapatkan maklumat bagi meneroka punca kepada permasalahan yang timbul berkaitan topik input output dan pernyataan bersarang.

B. Analisis Tinjauan Masalah

Berikut adalah analisis daripada tinjauan masalah:-

1) Analisis temubual

 Sesi tembual bersama pelajar-pelajar DNS3-S2 dijalankan pada 23.01.2014 bermula jam 8.00 pagi di Makmal PGL1, Aras 3, Bangunan JTMK. Sesi tersebut telah dihadiri oleh seramai 18 orang pelajar. Rumusan daripada hasil temubual yang dilaksanakan adalah seperti di dalam jadual II.

JADUAL II: RUMUSAN DARIPADA HASIL TEMUBUAL BERSAMA PELAJAR DNS3-S2 BERKENAAN DENGAN KURSUS PENGATURCARAAN DAN LATIHAN MAKMAL TOPIK INPUT

108

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

 Merujuk kepada jadual II di atas, sebahagian besar daripada pelajar-pelajar DNS3-S2 meminati kursus pengaturcaraan dan berpendapat bahawa latihan makmal yang diberikan sangat mencabar. Mereka memohon untuk diajar teknik penyelesaian masalah yang boleh digunakan ke atas latihan makmal yang diterima. Selain itu, kebanyakkan mereka menyatakan latihan makmal tersebut diselesaikan dengan bantuan rakan, rujukan menerusi internet, nota rujukan, aktiviti-aktiviti makmal yang berkaitan dan ada juga yang memaklumkan meniru hasil kerja rakan sekiranya berlaku kekangan dari segi masa yang diperuntukkan.

2) Analisis soal selidik

 Borang soal selidik yang berkaitan dengan topik input output dan pernyataan bersarang diedarkan kepada 18 orang pelajar DNS3-S2 pada 23.01.2014. Jenis skala pengukuran yang digunakan di dalam borang soal selidik tersebut adalah jenis soalan tertutup

Dichotomous yang mempunyai 2 pilihan jawapan iaitu

Ya/Tidak.

JADUAL III: JUMLAH PERATUSAN MAKLUMBALAS DARIPADA RESPONDEN TERHADAP SOAL SELIDIK BERKENAAN DENGAN

TOPIK INPUT OUTPUT DAN PERNYATAAN BERSARANG

 Hasil dapatan daripada jadual III menunjukkan bahawa item 5 mencatatkan 72.2% daripada responden tidak mengulangkaji kembali topik input output dan pernyataan bersarang yang diajar selepas kuliah berakhir dan item 7 mencatatkan sebanyak 55.6% daripada responden menyatakan mereka tidak dapat menyelesaikan aktiviti yang berkaitan dengan input output dan pernyataan bersarang yang diberikan oleh pensyarah kursus.

C. Tindakan Yang Dijalankan

Setelah permasalahan sebenar difahami, tindakan-tindakan seperti berikut dijalankan:

1) Mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan teknik carta alir.

2) Menyediakan nota dan slaid pembentangan berkenaan teknik carta alir.

3) Menyediakan beberapa contoh masalah dan langkah-langkah penyelesaian masalah menggunakan teknik carta alir yang mempunyai hubungkait dengan topik input output dan pernyataan bersarang.

D. Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/Penilaian

Tindakan-tindakan yang dilaksanakan adalah secara berperingkat bagi memantau tahap penguasaan pelajar terhadap topik input output dan pernyataan bersarang. Latihan makmal yang digunakan oleh pelajar disepanjang tindakan dijalankan merupakan latihan makmal yang sama diedarkan sebelum tindakan.

1) Pelaksanaan tindakan 1

 Nota rujukan berkenaan teknik carta alir diedarkan kepada semua pelajar DNS3-S2. Kuliah dimulakan dengan pengenalan kepada teknik carta alir sebagai teknik penyelesaian masalah berkaitan dengan pengaturcaraan. Pelajar didedahkan dengan simbol-simbol asas yang digunapakai di dalam teknik carta alir. Beberapa contoh soalan latihan makmal dan cara penyelesaiannya ditunjukkan dan didemonstrasikan kepada pelajar. Latihan makmal diedarkan dan peruntukkan masa penyelesaian yang diberikan adalah 2 jam.

Rajah I: Hasil Pemerhatian Pelaksanaan Tindakan 1

 Hasil semakan latihan makmal dalam pelaksanaan tindakan 1, didapati para pelajar berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan dalam masa yang ditetapkan dengan menggunakan teknik carta alir sebagai teknik penyelesaian masalah terhadap latihan makmal yang diberikan. Namun, hasil penilaian ke atas latihan tersebut, didapati ianya masih perlu diperbaiki kerana belum memenuhi kehendak yang diperlukan oleh latihan makmal.

2) Pelaksanaan tindakan 2

 Latihan makmal yang telah disemak, dikembalikan semula kepada pelajar. Pelajar diarahkan untuk mengenalpasti kesilapan yang berlaku di dalam latihan makmal tersebut dengan membuat perbandingan diantara aliran kod aturcara dengan carta alir yang telah mereka lakukan. Pelajar juga diminta untuk menyemak kembali isi kandungan latihan makmal berkenaan untuk melihat samada program yang mereka hasilkan

109

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

telah memenuhi kehendak soalan ataupun tidak. Sesi soal jawab selama 15 minit diberikan kepada pelajar bagi mengemukakan sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan latihan makmal. Seterusnya, pensyarah kursus mengedarkan latihan makmal dan para pelajar diperuntukkan masa selama 1 ½ jam untuk menyiapkannya.

Rajah II: hasil pemerhatian pelaksanaan tindakan 2

 Hasil semakan latihan makmal dalam pelaksanaan tindakan 2, didapati pelajar kekal menggunakan teknik carta alir untuk menghasilkan gambaran aliran program seperti yang dikehendaki oleh latihan makmal. Hasil penilaian ke atas program yang dibangunkan pula menunjukkan terdapatnya peningkatan dari segi kebolehgunaan sistem tersebut dan boleh diterima dengan sedikit penambahbaikkan.

3) Pelaksanaan tindakan 3

 Latihan makmal yang telah disemak, dikembalikan semula kepada pelajar. Para pelajar dikehendaki untuk mengenalpasti kesilapan yang berlaku di dalam hasil kerja latihan makmal yang telah dikembalikan. Sesi soal jawab selama 15 minit diberikan kepada pelajar bagi mengemukakan sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan latihan makmal. Seterusnya, para pelajar diminta untuk memperbaiki semula bahagian-bahagian aturcara dan carta alir yang dikenalpasti untuk ditambahbaik. Masa yang diperuntukkan untuk penambaikkan adalah selama 1 jam.

Rajah III: Hasil pemerhatian pelaksanaan tindakan 3

 Hasil semakan latihan makmal dalam pelaksanaan tindakan 3, didapati carta alir dan program yang dibangunkan memberikan hasil yang boleh program dan selari dengan kebolehgunaan yang dikehendaki oleh soalan latihan makmal.

E. Refleksi Kajian

 Setelah tindakan-tindakan ke atas pelajar-pelajar DNS3-S2 dilaksanakan, hasil kajian menunjukkan tahap penguasaan pelajar berkaitan topik input output dan pernyataan bersarang bagi kursus FP301 Object

Oriented Programming menerusi teknik carta alir

adalah meningkat dan ianya boleh dirujuk pada jadual IV dan graf II di bawah.

JADUAL IV: PRESTASI PELAJAR DNS3-S2 BAGI LATIHAN MAKMAL BERKAITAN TOPIK INPUT OUTPUT DAN PERNYATAAN

BERSARANG BAGI KURSUS FP301 OBJECT ORIENTED PROGRAMMING SEBELUM DAN SELEPAS KAJIAN

GRAF II: PRESTASI PELAJAR DNS3-S2 BAGI LATIHAN MAKMAL BERKAITAN TOPIK INPUT OUTPUT DAN PERNYATAAN BERSARANG BAGI KURSUS FP301 OBJECT

ORIENTED PROGRAMMING SEBELUM DAN SELEPAS KAJIAN

 Berdasarkan kepada jadual IV di atas, perbezaan markah yang diperolehi oleh pelajar-pelajar DNS3-S2 sebelum dan selepas kajian dijalankan amat ketara dan ini menunjukkan tahap penguasaan mereka terhadap topik input output dan pernyataan bersarang semakin meningkat. Hasil dapatan daripada graf II pula menggambarkan perbandingan carta prestasi pelajar

110

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

sebelum dan selepas kajian penggunaan teknik carta alir diperkenalkan kepada mereka sebagai salah satu teknik penyelesaian masalah dalam pembangunan aturcara sangat memberangsangkan.

 Bagi mengukuhkan lagi refleksi terhadap kajian ini, satu sesi temubual dan kajian soal selidik turut dijalankan selepas kajian. Dapatan kajian tersebut dapat dilihat menerusi jadual V dan jadual VI di bawah.

JADUAL V: RUMUSAN DARIPADA HASIL TEMUBUAL BERSAMA PELAJAR DNS3-S2 BERKENAAN DENGAN KURSUS PENGATURCARAAN DAN LATIHAN MAKMAL TOPIK INPUT OUTPUT DAN PERNYATAAN BERSARANG SELEPAS TINDAKAN

DIJALANKAN

 Merujuk kepada jadual V di atas, pelajar-pelajar menyatakan bahawa teknik carta alir telah membantu mereka untuk memahami dengan jelas akan kandungan yang terdapat di dalam latihan makmal. Teknik tersebut membolehkan mereka menyelesaikan tugasan yang diberikan menerusi hasil usaha mereka sendiri dengan sedikit bantuan daripada rakan.

JADUAL VI: JUMLAH PERATUSAN MAKLUMBALAS DARIPADA RESPONDEN TERHADAP SOAL SELIDIK BERKENAAN DENGAN TOPIK INPUT OUTPUT DAN PERNYATAAN BERSARANG SELEPAS

TINDAKAN DIJALANKAN

 Hasil dapatan daripada jadual IV menunjukkan bahawa item 3 mencatatkan 93.3% daripada responden mendapati teknik carta alir adalah afektif dalam membantu mereka menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pengaturcaraan dan item 6 mencatatkan sebanyak 66.7% daripada responden menyatakan mereka yakin dan berupaya menyelesaikan aktiviti pengaturcaraan yang lain selain topik input output dan pernyataan bersarang menggunakan teknik yang telah diajarkan.

 Rumusan daripada refleksi kajian yang diperolehi, teknik carta alir telah membantu pelajar menghasilkan program yang lengkap dengan melaksanakan arahan yang betul. Jadual VI dan graf II telah menunjukkan peningkatan prestasi pelajar di dalam topik input ouput dan pernyataan bersarang bagi kursus FP301 Object

Oriented Programming, seterusnya turut

meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam menyelesaikan permasalahan yang melibatkan pengaturcaraan.

VII. CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Teknik ini akan dikekalkan untuk pengajaran akan datang kerana kaedah ini didapati amat mudah dan berkesan untuk diajarkan kepada pelajar yang menghadapi masalah dalam menyelesaikan permasalahan yang melibatkan pengaturcaraan. Teknik carta alir akan diperkenalkan dan didedahkan pada peringkat awal pembelajaran agar pelajar berasa lebih yakin dan bersedia apabila menerima tugasan seperti latihan makmal yang diberikan.

PENGHARGAAN

Alhamdulillah dan dengan penuh rasa kesyukuran, akhirnya kajian tindakan Meningkatkan Penguasaan Pelajar Berkaitan Topik Input Output dan Pernyataan Bersarang Bagi Kursus

FP301 Object Oriented Programming Menerusi Teknik Carta

Alir dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pelajar-pelajar DNS3-S2 kerana memberikan kerjasama disepanjang kajian ini dijalankan.

Saya sangat berharap dengan penggunaan teknik carta alir bagi menyelesaikan masalah topik input output dan pernyataan bersarang dapat memperbaiki dan mengatasi permasalahan yang dihadapi para pelajar DNS3-S2 sebelum ini. Seterusnya, menggunakan teknik ini juga ketika menyelesaikan masalah aturcara bagi topik-topik yang lain.

Akhir kata, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih sekali lagi di atas kesudian para pelajar semua untuk sama-sama menjayakan kajian tindakan ini.

Sekian, terima kasih.

REFERENCES

[1] Brent, D. Introduction to Programming in C++: Algorithms, Flowcharts and Pseudocode. Retrieved 03.02.2014 from

https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web& cd=18&cad=rja&uact=8&ved=0CEUQFjAHOAo&url=http%3A%2F%

2Ffaculty.sau.edu.sa%2Ffiledownload%2Fdoc-4-pdf-111

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

88fb5550341fd3bb49edeb9c7a006747-original.pdf&ei=GbJMU9r- HIOOrQeshoCoCg&usg=AFQjCNGI--d5K7ciQ94RdN1UwsjQ1eh1qA&bvm=bv.64764171,d.bmk

[2] Buku Manual Kajian Tindakan Edisi 3, Disember 2008. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. Retrieved 30.12.2013 from http://www.kedah.edu.my/sahc/dokumentasi/lainlain%20dokumentasi/b uku%20manual%20kajian%20tindakan%20edisi%20ketiga.pdf [3] David A.S (1989). Structured Flowcharts Outperform Pseudocode: An

Experimental Comparison. Retrieved 03.02.2014 from

http://www.inf.fu-berlin.de/inst/ag-se/teaching/V-EMPIR-2012/doc/Scanlan89.pdf

[4] Christensen, C. & McRobbie, C. (1994). Group interactions in science practical work. Research in Science Education. 24: 51-59.

[5] Deek, F. P. (1997). An Integrated Environment for Problem Solving and Program Development. New Jersey Institute of Technology: Doctoral Dissertation.

[6] Diane, Z (2008). An Introduction to Programming with C++. Publisher: Thomson Course Technology, a division of Thomson Learning, Inc. ISBN: 1-4188-3618-4.

[7] Mohd Aizaini Maarof & Muhammad Shafie Abd. Latiff (2006). Logik Pengaturcaraan Komputer. Penerbit: UTM. Retrieved 03.02.2014 from http://books.google.co.id/books?id=eQ995zdkW0gC&q=algoritma+dan +carta&hl=id&source=gbs_word_cloud_r&cad=5#v=snippet&q=algorit ma%20dan%20carta&f=false

[8] Scanlan, D.A (1989). Structured flowcharts outperform pseudocode: an experimental comparison. Published in Software, IEEE, Volume: 6, Issue: 5. ISSN: 0740-7459

112

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

Ab m pr th m re an th m at m im m co an In m   M ad [1 co Ac re co pr im pr cir re an tec an m th wi sig re

N

Th

1 Norha Jabatan K Politekn P norhan bstractTo o mode, dual mo resented in th his research to mode antenna esulting in a ntenna operat he foundation mode type, dua t 10dB retu measured res mprovement w mode design. T oncern in imp ntenna for wi ndex Terms— ode, quadrupl owadays th require sm Microstrip patc

dded with easi ]. These ante ommunication ccording to ctangular and ommonly used roblem in usin mpedance band revious researc rcular - dish a searcher used ntenna in orde chniques, the nd can be im method to resol e antenna str ider bandwid gnificantly inc sonant modes

N

e Enh

anani Abd Ra Kejuruteraan E nik Seberang Pulau Pinang nani@psp.edu obtain a band ode and quad his paper. Th o design, simu by using two a quad reso tes at 2.4GHz n for the co al mode type urn loss. Ele

sult have which streng The most sign proving the b reless applica bandwidth, le mode. I. INTR