• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kelengkapan Peralatan Dalam Proses Pembelajaran Bagi Subjek HH310

Bustamam bin Bonari

Jabatan Hospitaliti & Pelancongan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Arau, Perlis. busptss@gmail.com

Norul Huda binti Abdul Razak

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Arau, Perlis

Abstrak - Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk menilai

kelengkapan peralatan dalam proses pembelajaran bagi subjek HH310 – Pastri dan Bakeri di kalangan pelajar semester 5 Jabatan Hospitaliti & Pelancongan Politeknik Teknik Tuanku Syed Sirajuddin. Dalam permerhatian saya dengan menggunakan kaedah soal selidik didapati sebanyak 25 peratus melibatkan pelajar menghadapi masalah dalam kerosakan peralatan bakeri semasa kelas dijalankan. Selain daripada masalah dalam kerosakan peralatan bakeri terdapat juga sebanyak 25 peratus pelajar menyatakan kurang minat dalam subjek bakeri ini disebabkan kurangnya pendedahan. Namun masalah ini telah diatasi dengan melakukan lawatan ilmiah ke premis pembuatan bakeri konfeksioneri secara komersial. Data yang diperoleh jelas membuktikan bahawa masalah kelengkapan peralatan dalam pembelajaran HH310 perlu diatasi dengan secara bijak.

I. PENGENALAN

Di alaf pendidikan dalam bidang hotel katering begitu pesat berkembang. Sehubungan itu kita dapat lihat banyak organisasi dan badan pendidikan menawarkan kursus dan pengajian dalam bidang perhotelan dan katering. Terdapat banyak pusat pengajian tinggi awam dan swasta yang menawarkan kursus ini adalah seperti universiti, Politeknik, Kolej Komuniti, PTPL, Kolej Taylor, Kolej Damansara Utama , Kolej Insaniah dan lain-lain lagi. Kesemua institusi pengajian tinggi ini mempunyai kelebihan tersendiri dalam menawarkan kursus dalam bidang hotel katering dan dapat melahirkan siswazah yang berkualiti serta kebolehpasaran yang tinggi

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis merupakan politeknik yang ke -18 dibina oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan mula beroperasi pada bulan Jun 2004. Terdiri daripada 8 buah Jabatan akademik dan salah satunya adalah Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti. Jabatan ini menawarkan kursus di peringkat sijil dan diploma dalam bidang Hotel dan katering serta pelancongan.

Subjek HH310 merupakan subjek bakeri dan konfeksioneri bagi kursus Diploma Hotel dan Katering dan wajib diambil oleh pelajar semester 5. Subjek ini mendedahkan pelajar kepada cara-cara pembuatan kek, roti, kuih-kuih tradisional

dan produk pastri. Dalam menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran subjek ini memerlukan kelengkapan peralatan yang baik serta kelas yang kondusif. Sering berlaku kekangan ketika proses p&p berjalan di mana terdapat lebihan pelajar dan kekurangan peralatan di dalam kelas justeru itu menyebabkan impak yang negatif kepada pelaja dan pensyarah. Hasil daripada kajian yang dijalankan didapati sebanyak 50 % permasalahan ini adalah lebihan norma pelajar dan 50% lagi adalah kekurangan kelengkapan peralatan.

Pemerhatian dijalankan di kelas DHK 5B dan pelajar seramai 20 orang pada sesi JUN 2013 sepanjang proses pengajaran berlaku. Penyelidik merasakan penambahan peralatan perlu dilakukan dengan segera oleh kerana keadaan peralatan yang sedia ada rosak , tidak mencukupi serta tidak efisyen pada masa kini.

II. PENYATAAN MASALAH KAJIAN

Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti permasalahan yang timbul semasa proses pembelajaran bagi subjek HH 310 pelajar semester LIMA(5) program Diploma Pengurusan Hotel Dan Katering, Jabatan Pelancongan Dan Hospitaliti Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

III. OBJEKTIF A. Objektif Am

Mengenal pasti punca kekurangan kelengkapan peralatan dalam pembelajaran subjek HH 310.

B. Objektif Khusus

1) Mengenal pasti punca permasalahan yang dihadapi dalam kursus HH 310.

2) Penambahbaikan bagi mengatasi punca kekurangan peralatan.

120

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

3) Meningkatkan pencapaian pelajar bagi subjek bakeri dan konfeksioneri.

IV. KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran ini terdiri daripada 20 responden iaitu pelajar dari kelas Diploma Pengurusan Hote l Katering 5B.

V. PERLAKSANAAN KAJIAN

A. Soalselidik

Bagi mengenal pasti punca sebenar kekurangan kelengkapan peralatan dalam pembelajaran subjek HH310, penyelidik telah menyediakan borang soalselidik untuk diberikan kepada pelajar DHK5B seramai 20 orang. Hasil yang telah diperoleh direkodkan dalam bentuk jadual, graf dan beserta analisis bagi setiap soalan.

VI. ANALISIS TINJAUAN MASALAH

A. Soal Selidik – Kemahiran Asas Pelajar

Analisis data daripada soal selidik yang telah dijalankan mendapati bahawa latar belakang kemahiran asas pelajar seperti Rajah 1 berikut:

Rajah 1: Latar Belakang Kemahiran Asas Pelajar

JADUAL 1 : PETUNJUK LATAR BELAKANG KEMAHIRAN ASAS PELAJAR

Berdasarkan Jadual 1 iaitu latar belakang kemahiran asas pelajar mendapat peratus interpretasi perangkaan yang menunjukan sejumlah tujuh item bersetuju (A1 = 15, A2 = 20, A3 = 15, A4 = 17, A5 = 20, A6 = 10, A7 = 20) peratus. Jadual 1 menjelaskan pelajar mempunyai kemahiran membuat produk pastri berdasarkan item A2 yang memberikan peratus yang tinggi iaitu 100%. Tetapi terdapat permasalahan peratus yang tinggi 100 % iaitu item produk yang saya hasilkan dijual kepada pelanggan yang menempah awal ini adalah kerana pelajar tidak dapat menyediakan produk bakeri yang telah ditempah disebabkan oleh kekangan waktu, tenaga, peralatan bagi menyediakan tempahan tersebut.

Walau bagaimana pun , item produk yang dihasilkan oleh pelajar mengikut resepi yang standard mencapai peratus sebanyak 100%. Ini menjelaskan pelajar dapat mengusai kemahiran membuat bakeri dan pastri dengan menggunakan teknik yang betul.

PETUNJUK

BILANGAN ITEM STATUS

A PELAJAR YA TIDAK

1 Saya minat subjek HH310 –Pastri dan Bakeri 75% 25% 2 Saya tahu membuat produk bakeri konfeksionari 100% 0% 3 Saya mempunyai latihan asas bakeri konfeksionari di sekolah

menengah 75% 25%

4 Saya membuat produk bakeri konfeksionari di rumah 85% 15% 5 Produk yang dihasilkan pelajar mengikut resepi yang standard 100% 0% 6 Saya membuat produk bakeri konfeksionari di rumah setiap

minggu 50% 50%

7 Produk yang saya hasilkan dijual kepada pelanggan yang

121

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

B. Peralatan

Analisis data daripada soal selidik yang telah dijalankan mendapati bahawa peralatan seperti Rajah 2 berikut:

Rajah 2 : Kelengkapan Peralatan dalam dapur latihan

JADUAL 2 : PETUNJUK KELENGKAPAN PERALATAN DI DAPUR

Berdasarkan Jadual 2 iaitu kelengkapan peralatan mendapat peratus interprestasi perangkaan yang menunjukkan sejumlah Sembilan item bersetuju (B1 = 100, B2 = 100, B3 = 100, B4 = 100, B5 = 100, B6 = 100 , B7 = 100 ,B8 = 100, B9 = 100 ) peratus dan Sembilan item tidak bersetuju (B1 = 0, B2 = 0, B3 = 0, B4 = 0, B5 = 0, B6 = 0, B7 = 0, B8 = 0, B9 = 0) peratus.

Berdasarkan analisis yang dijalankan, didapati lapan item yang telah diuji telah mendapat peratus yang baik iaitu 100 peratus tetapi satu item iaitu pelajar mengalami masalah kerosakan peralatan ketika penggunaan sebanyak 25 peratus tidak setuju. Ini adalah disebabkan oleh sesetengah peralatan yang digunakan telah mengalami masalah kerosakan dan perlu diganti dengan kadar segera bagi memastikan perjalanan kelas yang baik.

C. Pencapaian Pelajar dalam kelas

Analisis data dibawah daripada soal selidik yang telah dijalankan bahawa pencapaian pelajar dalam kelas seperti Rajah 3 berikut:

Rajah 3: Pencapaian Pelajar dalam kelas PETUNJUK

BILANGAN ITEM STATUS

B KELENGKAPANPERALATAN YA TIDAK

1 Saya kenal semua peralatan yang disediakan di dapur

latihan pastri 100% 0% 2

Saya diberi latihan untuk menggunakan peralatan yang disediakan di dapur latihan pastri

100% 0%

3 Saya tahu menggunakan peralatan yang disediakan di

dapur latihan pastri 100% 0% 4 Peralatan yang disediakan di dapur latihan pastri adalah

mencukupi 100% 0%

5 Peralatan yang disediakan berada dalam keadaan yang

baik 100% 0%

6 Peralatan yang disediakan adakah bersesuaian dengan

modul HH 310 100% 0%

7 Peralatan perlu ditukar baru bagi kehendak modul HH

310 100% 0%

8 Peralatan perlu ditambah bagi menghasilkan suasana

pembelajaran yang baik 100% 0% 9 Pelajar mengalami masalah kerosakan peralatan ketika

122

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

JADUAL 3: PETUNJUK PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KELAS

Berdasarkan jadual 3 iaitu pencapaian pelajar dalam kelas mendapat peratus interprestasi perangkaan yang menunjukkan lapan item bersetuju (C1 = 100, C2 = 100, C3 = 100,C4=100, C5 = 100, C6 = 100, C7 = 100 ,C8 = 100) peratus dan lapan item tidak setuju (C1 = 0, C2 = 0, C3 = 0, C4 = 0, C5 = 0, C6 = 0, C7 = 0, C8 = 0) peratus.

Berdasarkan analisa yang dibuat, penyelidik mendapati semua item yang telah diuji mencapai peratus yang sangat baik iaitu 100%. Ini jelas menunjukan bahawa pelajar dapat menguasai subjek yang telah diajar oleh pensyarah. Persediaan sebelum masuk kelas yang telah dilakukan oleh pensyarah amat baik sekali dengan membuat persiapan awal serta memberi tunjuk ajar kepada pelajar semasa kelas sedang berjalan.

KESIMPULAN

Hasil daripada soal selidik yang telah dijalankan bolehlah disimpulkan bahawa kerosakan peralatan di dapur telah mengganggu sistem p&p berjalan dengan baik. Ini dapat dibuktikan dengan melalui sesi soal selidik iaitu 25% responden mengatakan kerosakan peralatan menggangu ketika penggunaan dalm kelas. Sebanyak 25% responden mengatakan kurang minat dalam kelas bakeri dan konfeksioneri juga terdapat dalam soal selidik ini.

VII. TINDAKAN YANG DIJALANKAN UNTUK MENGATASI MASALAH

Hasil yang daripada analisis di atas, penyelidik akan menjalankan beberapa tindakan untuk mengatasi masalah yang dihadapai oleh pelajar :

A. Pensyarah menyediakan satu laporan bertulis berkaitan dengan kerosakan peralatan.Laporan itu dikemukan kepada pihak pengurusan politeknik agar tindakan diambil dengan kadar segera bagi mengatasi masalah tersebut. B. Pensyarah menunjukan demontrasi pembuatan produk

bakeri & konfeksioneri dengan menggunakan kaedah yang menarik agar dapat mewujudkan minat ke atas pelajar sebelum kelas bermula

C. Mengadakan lawatan sambil belajar di industri berakiatan bidang bakeri & konfeksioneri

Perlaksanaan tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 4 minggu dan pemerhatian terhadap hasil tindakan dilakukan selama 2 minggu terhadap 1 kelas yang berkaitan.

Langkah 1:

Pelaksanaan tindakan (A) oleh pensyarah dengan menyediakan laporan yang bertulis berkaitan dengan kerosakan peralatan yang telah dikenalpasti kepada pihak pengurusan politeknik. Pensyarah juga mencadangkan senarai beberapa peralatan baru yang boleh diguna pakai bagi menggantikan peralatan yang rosak. Hasil daripada laporan kerosakan itu akan dibentangkan semasa mesyuarat pengurusan politeknik.

Langkah 2:

Pelaksanaan tindakan (B) telah diamalkan oleh pensyarah kelas bakeri & konfeksioneri sebelum memulakan kelas amali. Pensyarah telah membuat demontrasi ke atas pembuatan bakeri dengan menggunakan teknik yang kreatif dan inovatif. Pensyarah juga telah menyediakan labsheet sebagai pemudahcara bagi pelajar dapat menguasai tajuk dengan cepat dan berkesan. Penggunaan labsheet dapat membantu pelajar mempelajari dengan mudah kerana ianya mempunyai langkah-langkah yang lengkap serta gambarajah berwarna.Pelajar hanya perlu mengikut arahan langkah demi langkah yang terkandung di dalam labsheet untuk membuat bakeri & konfeksioneri.

Langkah 3:

Pelaksanaan tindakan (C) telah dilaksanakan pada 6 Mei 2013 di Kilang roti dan Kek Muncies di Pulau Pinang dan disertai oleh 20 orang pelajar Diploma Pengurusan Hotel & katering semester 5, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan 2 orang pensyarah pengiring. Lawatan industri diadakan pada jam 8 pagi hingga 3 petang yang bertujuan mendedahkan pelajar terhadap pembuatan bakeri dan konfeksioneri secara

PETUNJUK

BILANGAN ITEM STATUS

C PENCAPAIAN YA TIDAK

1 Pensyarah yang mengajar mencukupi bagi mengawal pelajar

dalam kelas 100% 0%

2 Pensyarah membantu pelajar menggunakan peralatan yang

disediakan di dapur latihan pastri 100% 0% 3 Pensyarah mempunyai ilmu yang sesuai untuk proses pengajaran

dan pembelajaran subjek HH310 100% 0% 4 Pensyarah memantau setiap proses penghasilan produk pastri

oleh pelajar 100% 0%

5 Pensyarah menimbulkan minat pelajar untuk kursus HH310 100% 0% 6 Pensyarah mendedahkan pelajar fungsi peralatan yang disediakan

di dapur latihan pastri 100% 0% 7 Pensyarah bersedia mendemonstrasikan cara

pembuatan produk kepada pelajar 100% 0% 8 Pensyarah menilai setiap produk pastri yang dihasilkan pelajar 100% 0%

123

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

meluas serta dapat berkongsi ilmu dan pengetahuan bersama pihak industri

Lawatan ini berjalan lancar dan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Para pelajar telah member respons yang baik serta berpuas hati dengan pendedahan yang telah diberikan secara tidak langsung memupuk minat dalam bidang pembuatan produk bakeri dan konfeksioneri ini. Semasa lawatan berlangsung pelajar diberikan tugasan untuk menemubual para pekerja ,pemerhatian ke atas proses pembuatan produk bakeri & konfeksioneri dan pelajar dikehendaki untuk menyediakan laporan bagi tugasan tersebut.Bagi memastikan minat pelajar telah dipupuk di dalam kalangan pelajar dikendaki mencipta satu resepi yang akan dipertandingkan dalam satu pertandingan bakeri konfeksioneri dianjurkan oleh Jabatan Pelancongan & Hospitaliti.

RUJUKAN

[1] “H4031 – Bakery & Confectionery,” Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi, 2011.

[2] S. Ismail dan F. Yassin, “Kekangan Pelaksanaan Mata Pelajaran Vokasional Di Sekolah Menegah Negeri Johor,” UTM Skudai, 2010, pp. 1-7.

[3] Wayne Gisslen, “Professional Cooking,” Seventh Edition, pp. 131-134.

[4] Bo Friberg, “The Professional Pastry Chef,” Third Edition, pp.191-200.

[5] “HH 310 – Bakeri dan Pastri,” Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi, 2012.

124

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

Kajian Mengenai Tahap Kepuasan