• Tidak ada hasil yang ditemukan

PELAKSANAAN KAJIAN Beberapa pelaksanaan ke atas kajian dilakukan iaitu:-

@th Evaluator Siti Noor Aishah Binti Mohammad

V. PELAKSANAAN KAJIAN Beberapa pelaksanaan ke atas kajian dilakukan iaitu:-

A. Tinjauan Masalah

Tujuan tinjauan masalah dibuat adalah untuk memahami dengan lebih mendalam tentang permasalahan yang dikenalpasti. Antara kaedah yang digunakan adalah:-

1) Semakan dokumentasi: Semakan ke atas dokumen

penilaian pembentangan projek akhir pelajar dijalankan sebelum kajian bagi mendapatkan jumlah pembentangan projek akhir yang perlu dilaksanakan mengikut kursus projek yang diambil oleh pelajar, jenis-jenis rubrik penilaian yang digunakan dan jumlah panel penilai yang terlibat di dalam sesi penilaian untuk sekumpulan projek pelajar.

2) Pemerhatian: Pemerhatian dilakukan adalah untuk

melihat situasi sebenar yang berlaku ketika sesi pembentangan projek akhir oleh pelajar serta melihat gerak laku para panel penilai yang dilantik.

3) Temubual: Beberapa orang pensyarah dipilih secara

rawak dan responden telah dimaklumkan terlebih dahulu oleh penemubual melalui emel rasmi yang bertujuan untuk mendapatkan persetujuan ditemubual sebelum kajian dijalankan. Jadual sesi temubual turut dilampirkan sebagai rujukan.

B. Analisis Tinjauan Masalah

Berikut adalah analisis daripada tinjauan masalah:-

1) Analisis semakan dokumentasi

 Jadual I di bawah menunjukkan jenis-jenis fasa pembentangan projek akhir pelajar mengikut kursus.

 Setiap fasa pembentangan projek pelajar dinilai berdasarkan rubrik penilaian pembentangan yang mengandungi kriteria-kriteria yang perlu dinilai ke atas setiap pelajar projek akhir. Rubrik penilaian pembentangan yang digunakan adalah merujuk kepada Buku Project Guideline for Polytechnic IT

programmes. Rubrik ialah panduan pengskoran untuk

menilai prestasi pelajar berdasarkan sejumlah julat

JADUAL I: PENILAIAN PEMBENTANGAN PROJEK AKHIR PELAJAR MENGIKUT KURSUS

25

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

kriteria berbanding hanya dengan satu nilai skor numerik [2]. Ramai pakar percaya yang rubrik dapat memperbaiki hasil kerja pelajar dan seterusnya menambah baik proses pembelajaran [2].

 Berdasarkan kepada jadual II di atas, menunjukkan bahawa setiap kumpulan pelajar dinilai oleh 2 orang panel penilai. Ini memerlukan dokumen penilaian pembentangan projek akhir pelajar yang serupa perlu dicetak bagi kedua-dua penilai tersebut. Keadaan ini mendorong kepada penggunaan kertas dalam kuantiti yang banyak untuk keempat-empat kursus projek bagi satu semester.

2) Analisis pemerhatian

 Berdasarkan kepada pemerhatian dalam jadual III, didapati dalam tempoh 20 minit tersebut terdapat beberapa gerak laku yang menjadi gangguan ketika proses pembentangan projek akhir pelajar. Antaranya adalah seperti, meminta pelajar mengisi butiran yang diperlukan di dalam dokumen penilaian dan pengiraan

markah keseluruhan bagi setiap pelajar projek yang telah membentangkan hasil projek akhir mereka.  Ini menggambarkan bahawa, Penilaian Projek Ilmiah

merupakan satu kursus yang sangat sukar untuk dinilai secara adil kerana kebiasaannya pensyarah-pensyarah mempunyai pemahaman dan harapan serta jangkaan yang berbeza-beza sebagai seorang insan. Tambahan pula, kriteria penilaian bagi Projek Ilmiah yang agak banyak, menjadikan pensyarah terutamanya yang sibuk dengan tugasan lain tidak berkesempatan mengisinya [4].

3) Analisis temubual

 Jadual IV merumuskan hasil temubual bersama 6 orang panel penilai yang dipilih secara rawak.

JADUAL II: JADUAL PEMBENTANGAN PROJEK AKHIR PELAJAR KURSUS FN621 NETWORKING PROJECT BAGI FASA DEVELOPMENT

DEMONSTRATION

JADUAL III: PERISTIWA KETIKA PEMBENTANGAN PROJEK AKHIR PELAJAR KURSUS FN621 NETWORKING PROJECT BAGI FASA

DEVELOPMENT DEMONSTRATION

JADUAL IV: RUMUSAN TEMUBUAL BERSAMA PANEL PENILAI PADA 20.01.2014 DI PEJABAT AM JTMK, JAM 9.00 PAGI

26

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

 Analisis temubual menunjukkan bahawa penilaian menggunakan rubrik adalah suatu tugasan yang tidak membebankan kepada mereka. Tetapi, terlupa membawa kertas penilaian rubrik semasa penilaian diadakan, keciciran kertas penilaian dan kertas penilaian projek yang disediakan adalah tidak cukup untuk menilai beberapa buah kumpulan di mana penyelaras tersilap dalam memberi kertas penilaian projek, adalah suatu masalah yang kadang kala mereka akan hadapi apabila sesi tersebut dijalankan. Ralat di dalam pengiraan markah juga berlaku setelah dokumen penilaian yang dikembalikan semula kepada penyelaras projek jabatan disemak.

 Jadual V pula adalah hasil rumusan temubual bersama penyelaras projek jabatan JTMK.

 Hasil daripada temubual bersama penyelaras projek jabatan, mereka menyatakan bahawa, masalah penilaian secara manual timbul apabila terdapat panel penilai yang tidak memulangkan semula dokumen penilaian atas alasan dokumen tersebut hilang. Selain itu juga, dokumen penilaian yang diterima tidak lengkap dan terdapat juga ralat dalam pengiraan markah oleh panel penilai.

C. Tindakan Yang Dijalankan

Setelah permasalahan sebenar difahami, tindakan-tindakan seperti berikut dijalankan:-

1) Mendapatkan kebenaran menjalankan kajian tindakan daripada Pengarah Politeknik Kuching Sarawak, Pn Clara Ong Guat Leng.

2) Menyemak semula dokumen-dokumen berkaitan pembentangan projek akhir pelajar, seperti Jadual Spesifikasi Penilaian (AST) serta buku Project Guideline for Polytechnic IT Programmes bagi mendapatkan maklumat berkenaan jumlah pembentangan, jenis fasa pembentangan dan rubrik penilaian yang digunakan.

3) Mendapatkan input daripada semua pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) berkaitan dengan proses penilaian pembentangan projek akhir pelajar yang sedang dilaksanakan di dalam jabatan.

4) Mendapatkan maklumbalas tentang teknologi mobile yang digunakan dikalangan pensyarah JTMK samada ianya menyokong aplikasi android atau iPhone OS (IOS).

5) Membangunkan aplikasi penilaian pembentangan projek akhir pelajar JTMK menggunakan teknologi ANDROID yang berfungsi seperti pelaksanaan penilaian pembentangan projek akhir pelajar secara manual.

D. Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/Penilaian

 Taklimat dan bengkel aplikasi @th Evaluator telah dilaksanakan kepada semua staf yang terlibat pada 21.02.2014 dan 24.02.2014 di JTMK.

 Jadual VI adalah pemerhatian yang dibuat selepas kajian.

pada

JADUAL V: RUMUSAN TEMUBUAL BERSAMA PENYELARAS PROJEK JABATAN PADA 20.01.2014 DI PEJABAT AM JTMK,

JAM 9.00 PAGI

JADUAL VI: JADUAL PEMBENTANGAN PROJEK AKHIR PELAJAR KURSUS FN621 NETWORKING PROJECT BAGI FASA

27

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

 Berdasarkan kepada pemerhatian yang telah dibuat, aplikasi @th Evaluator telah berjaya dalam membantu melicinkan proses penilaian pembentangan projek akhir pelajar JTMK. Malahan, dengan adanya aplikasi ini, panel penilai tidak perlu lagi meminta para pelajar projek untuk mengisi sebarang dokumen penilaian. Urusan pengiraan markah juga kini hanya berada dihujung jari sahaja kerana aplikasi ini telah disediakan dengan fungsi menjumlahkan markah penilaian pembentangan projek pelajar secara automatik.

E. Refleksi Kajian

 Dapatan kajian ini memberi maklumat berkaitan pelaksanaan penggunaan aplikasi ANDROID bagi penilaian pembentangan projek akhir pelajar JTMK di Politeknik Kuching Sarawak. Nilai min bagi kajian ini diterjemahkan menurut terjemahan berikut:

 Untuk melaksanakan kajian ini, penyelidik telah mengendalikan taklimat untuk memastikan responden menjawab semua item mengikut pemahaman yang betul, penyelidik telah membaca dan menjelaskan setiap item dengan teliti kepada responden.

 Kajian rintis telah dilakukan sebelum kajian sebenar dijalankan. Analisis tahap kebolehpercayaan ke atas soalan soal selidik telah dijalankan dengan menggunakan ujian Alpha Cronbach. Hasil daripada kajian rintis telah memperoleh nilai alpha setinggi 0.9687. Kajian yang mencapai nilai alpha 0.6 ke atas mempunyai kebolehpercayaan soalan yang boleh diterima [6].

 Analisis soal selidik di bahagikan kepada bahagian A hingga bahagian D.

 Analisis bahagian A merupakan maklumat diri responden yang dianalisiskan menggunakan analisis statistik deskriptif dengan menggunakan taburan kekerapan dan peratusan.

 Analisis Bahagian B (Bentuk Aplikasi ANDROID) adalah seperti Jadual VIII - XI.

 Analisis Bahagian C (Kandungan Aplikasi ANDROID) adalah seperti Jadual XII dan XIII.

JADUAL VII: SUMBER DIADAPTASI DARIPADA WIERSMA, 1995

JADUAL VIII: MESRA PENGGUNA

JADUAL IX: INTERAKTIVITI

JADUAL X: REKABENTUK

JADUAL XI: PENDEKATAN NAVIGASI DAN ARAHAN

JADUAL XII: KEGUNAAN

28

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

 Analisis Bahagian D (Keseluruhan Aplikasi ANDROID) adalah seperti Jadual 9.

 Dapatan soal selidik menunjukkan bahawa aplikasi @th Evaluator adalah mera pengguna, rekabentuk skrin tersusun dan konsisten, kesesuaian dan kebolehgunaan adalah tinggi.

 Sesi temubual juga diadakan bersama beberapa orang panel penilai dan penyelaras projek jabatan untuk mendapatkan pandangan berkaitan dengan pengurusan dokumen penilaian pembentangan selepas tindakan dilaksanakan. Hasil temubual tersebut boleh dilihat pada jadual XV dan jadual XVI di atas.

 Merujuk kepada analisis soal selidik dan temubual yang dijalankan, menunjukkan bahawa aplikasi @th Evaluator diterima pakai sebagai suatu kaedah penilaian pembentangan projek akhir pelajar JTMK. Malahan dengan adanya aplikasi ini, dapat diperhatikan semua panel penilai yang dilantik lebih bersedia menjalankan tanggungjawab untuk menilai pembentangan projek akhir pelajar dan sedia tahu perkara yang perlu mereka lakukan sebelum, semasa dan selepas proses penilaian pembentangan projek akhir pelajar. Penyelaras projek jabatan tidak perlu lagi melakukan cetakan untuk dokumen penilaian kecuali diperlukan. Penghantaran makluman penilaian pula terus ke peti surat emel rasmi penyelaras projek jabatan dan penyelia projek pelajar yang berkaitan dan ini membantu bagi mengelakkan berlakunya keciciran dokumen penilaian.

VI. CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA