• Tidak ada hasil yang ditemukan

1 Mohd Kamal Ariffin Bin Zakariya

2 Nur Azizul Bin Mohamad Noor

3 Misida Binti Senon 1 2 3 Politeknik Seberang Perai

1 kamal@psp.edu.my

2 azizul@psp.edu.my

3 misida@psp.edu.my

AbstrakKajian ini dilaksanakan bertujuan untuk

membangunkan satu aplikasi Android yang bernama Meter Pelbagai @ Multimeter ver. 1.0 sebagai alat bahan bantu mengajar (ABBM) yang mana dapat meningkatkan kefahaman pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer), Politeknik Seberang Perai tentang pengendalian sebuah multimeter analog. Kaedah penyampaian sesuatu ilmu oleh pensyarah kepada pelajar boleh mempengaruhi tindakbalas pelajar terhadap isi pelajaran. Oleh yang demikian ABBM perlu disertakan sekali bagi menguatkan isi pelajaran yang disampaikan. Punca masalah dikenalpasti apabila pelajar tidak tahu kaedah sebenar dalam pengendalian meter pelbagai. Senario ini akan mengundang bahaya kepada pelajar dan juga peralatan kerana pelajar berhadapan dengan voltan arus ulang alik 240V ketika mengendalikan multimeter. Instrumen kajian adalah secara temubual, Pra-ujian dan pasca-ujian direka dan dibangunkan untuk menilai sendiri tahap kefahaman pelajar terhadap pengendalian meter pelbagai. Kedua-dua ujian ini berbentuk soalan aneka pilihan diberikan kepada pelajar untuk memastikan keseragaman tahap pengetahuan pelajar yang menyertai kajian ini. Kebanyakan pelajar menunjukkan sikap yang positif terhadap penggunaan aplikasi Android ini sebagai ABBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

Kata kunci - component; ABBM; inovasi; android; multimeter; meter pelbagai

I. PENGENALAN

Sistem pendidikan masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat. Pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan serta digunakan supaya pengajaran seseorang pensyarah menjadi lebih berkesan. Dalam konteks pendidikan formal, konsep pengajaran boleh dihuraikan sebagai sesuatu proses

yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya pelajar dapat mempelajari dan menguasainya dengan berkesan [1]. Sehubungan itu proses pengajaran perlu mampu mendorong pembelajaran ke peringkat yang maksimum. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan memerlukan pensyarah yang dapat menguasai pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran. Proses pembelajaran bermula daripada penerimaan rangsangan melalui organ deria manusia, diikuti oleh pembentukan konsep dan diakhiri dengan perubahan tingkahlaku ke tahap yang lebih tinggi [1]. Untuk itu pembelajaran perlu berada dalam proses yang sistematik dan praktikal sehingga dapat mendorong pemahaman yang tinggi di kalangan pelajar. Proses tersebut perlu dilaksanakan sesuai dengan tajuk dan isi pengajaran yang telah ditentukan. Sebagai pendidik, pensyarah bertanggungjawab menimbulkan suasana yang sesuai dan mengadakan kelengkapan yang cukup untuk mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bermakna [2].

Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah suatu usaha untuk meningkatkan keberkesanan dan kualiti terhadap ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh guru dan dapat diterima dengan pemahaman yang tinggi oleh pelajar. Media dan teknologi pembelajaran juga telah banyak mempengaruhi corak pendidikan diseluruh dunia. Perkembangan dalam bidang teknologi mengubah cara manusia belajar [3]. Proses pembelajaran kini melampaui ruang fizikal bilik darjah [4], bersifat globalisasi dan sepanjang hayat [5]. Dengan adanya kemudahan teknologi dalam kelas, pelajar berpeluang mengalami satu pengalaman yang tidak dapat disediakan oleh kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional.

80

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

Dewasa ini, teknologi elektronik telah berkembang pesat menjurus kepada penggunaan teknologi mudah alih dan tanpa wayar. Perkembangan teknologi tanpa wayar serta alat komunikasi mudah alih juga telah menyumbang kepada penggunaan peranti mudah alih dalam pendidikan [6]. Melalui penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai, pembelajaran akan dapat menarik minat, perhatian para pelajar, dan menimbulkan rasa ingin tahu yang mendalam terutamanya pengajaran yang dilaksanakan di bilik kuliah atau bengkel. Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang membolehkan integrasi dan manipulasi video, audio, grafik dan animasi [7]. ICT (Information and Communication

Technology) meliputi semua teknologi yang membantu

penyampaian maklumat seperti radio, televisyen, telefon mudah alih, komputer dan internet. Secara mudah, ICT (Information and Communication Technology) mesti bersifat penggunaan teknologi untuk menyampaikan maklumat dan melibatkan komunikasi antara dua pihak [8].

Pada masa kini ramai penyelidik dalam bidang akademik dan industri mula meneroka potensi teknologi dan peralatan mudah alih untuk menyokong pembelajaran [5][9]. Kajian-kajian lalu menunjukkan teknologi mudah alih dapat memberikan kesan yang signifikan dalam menyokong pengajaran dan pembelajaran [10]. Kajian mendapati hampir 70% pelajar lebih suka menggunakan peralatan mudah alih seperti telefon mudah alih berbanding komputer meja untuk menerima pelajaran mereka [11].

Meter pelbagai atau lebih dikenali sebagai multimeter merupakan satu alat yang digunakan dalam bidang elektrik dan elektronik [12]. Alat ini digunakan untuk melakukan beberapa pengukuran seperti voltan terus, voltan ulang alik, arus terus, arus ulang alik, keterusan litar, rintangan, menentukan kaki kompenen seperti transistor dan lain – lain pengukuran lagi. Diringkaskan setiap pelajar yang mengikuti program kejuruteraan yang berkaitan dengan elektrik ataupun elektronik mestilah menguasai pengendalian meter pelbagai ini.

Aplikasi Android adalah perisian aplikasi yang boleh beroperasi dalam telefon pintar atau tablet yeng menggunakan sistem pengoperasian android. Di antara contoh system pengoperasian android adalah seperti Froyo, Gingerbread, Honeycomb, Ice Cream Sandwich, Jelly Bean, Kit Kat dan lain – lain lagi. Aplikasi Android boleh dipasang secara percuma ataupun berbayar menerusi Google Play [13].

Aplikasi Android Meter Pelbagai @ Multimeter ver 1.0 ini boleh digunakan oleh semua majoriti telefon pintar android ver 2.3.3 ke atas. Ia dibangunkan bertujuan untuk member kefahaman kepada pelajar-pelajar di bidang elektrik dan elektronik tentang kaedah yang betul untuk mengendalikan meter pelbagai atau multimeter. Pada aplikasi ini disertakan sekali nota kaedah penggunaan multimeter yang berformat PDF. Disamping itu aplikasi ini turut dilengkapi dengan lima buah video yang dipaut dari sesawang Youtube. Lima buah video berkenaan adalah:

1. Cara melaraskan meter pelbagai ke 0 ohm 2. Cara menyukat nilai perintang

3. Cara menyukat voltan (arus terus)

4. Cara menyukat arus (arus terus) 5. Cara menyukat voltan (arus ulang alik)

Pensyarah perlu lebih kreatif untuk menarik minat dan membantu pelajar dalam memahami isi pengajaran dalam bentuk yang mudah difahami dan adalah menjadi tugas pensyarah menggunakan alat bantu mengajar untuk member ilmu yang jelas kepada pelajar. Penggunaan teknologi dalam pendidikan boleh membawa kepada pengajaran yang lebih efektif dan meningkat prestasi pelajar [14].

II. PENYATAAN MASALAH

Proses pengajaran dan pembelajaran bagi bidang teknikal lebih tertumpu kepada dua bahagian iaitu teori dan amali. Kedua-dua bahagian ini memainkan peranan penting kepada pelajar untuk memastikan mereka benar-benar faham dengan apa yang telah diajar oleh guru. Sistem pengajaran dan pembelajaran tradisional yang hanya mementingkan penggunaan kapur, komunikasi sehala dan buku-buku teks tidak menjamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran pelajar apatah lagi mencabar keupayaan berfikir dan kebolehan daya imaginasi pelajar [15]. Penggunaan ABBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah berkesan untuk meningkatkan kefahaman pelajar dari pelbagai aspek. Melalui penggunaan ABBM pelbagai aktiviti penggayaan dapat dilakukan. Pelajar lebih cenderung mengingat sesuatu perkara melalui rangsangan sentuhan dan penglihatan [16].

Penggunaan multimeter di kalangan pelajar Kejuruteraan Elektrik dilihat sebagai alat pengukuran yang penting dalam melakukan kerja- kerja amali di makmal atau bengkel. Pelajar perlu mengetahui dan mahir menggunakan multimeter supaya pelajar dapat mengukur bacaan arus, voltan dan kerintang, menguji komponen elektronik serta dapat melakukan pengujian pada litar – litar elektronik dan pendawaian elektrik. Namun begitu ramai pelajar mengalami masalah untuk menggunakan multimeter kerana pertama kali melihat peralatan tersebut dan tiada persediaan asas cara- cara penggunaan multimeter yang betul. Tiada asas yang kukuh menyebabkan multimeter akan rosak kerana penyambungan probe yang salah semasa membuat pengukuran, menggunakan julat skala yang rendah semasa hendak menyukat arus atau voltan yang tinggi nilainya, meletakkan julat ruang pemilih pada keadaan yang salah dan keyakinan diri yang rendah untuk menggunakan peralatan tersebut.

Hasil dari permasalahan tersebut, pengkaji berhasrat untuk membangunkan Aplikasi Android “Meter Pelbagai @ Multimeter ver 1.0” sebagai satu aplikasi dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan kefahaman tentang penggunaan multimeter@meter pelbagai. Diharapkan dengan adanya Aplikasi Android “Meter Pelbagai @ Multimeter ver 1.0 “ini dapat membantu pelajar mempelajari dengan jelas secara teori dan amali dan dapat mengurangkan kesilapan semasa membuat amali dan menjadi bertambah yakin dan sentiasa berminat dalam membuat latihan amali.

Perkembangan teknologi yang pesat daripada sistem analog kepada sistem digital dan kini mula beralih kepada sistem digital generasi ketiga (3G) [17], perlu dimaanfatkan

81

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

oleh bidang kurikulum bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan. Teknologi mudah alih pada masa kini sedang berkembang pesat. Kejayaan pembangunan dalam Bluetooth, WAP (Wireless

Application Protocol), GPRS (General Packet Radio System),

EDGE (Enhanced Data Rates for GSM Evolution), WiFi dan UMTS (Universal Mobile Telecomuncational System), perkembangan rangkaian 3G menunjukkan struktur teknologi untuk telefon mudah alih dan komputer berteknologi mudah alih tersedia [18].

III. KERANGKA KONSEP

Figure 1. Rajah 1: Kerangka Konsep

Konsep rangka kerja bagi kajian ini adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah diatas. Konsep rangka ini mempunyai 3 komponen iaitu masukan yang terdiri dari 3 bahagian iaitu Kemudahan WIFI, kemahiran ICT dan kesesuaian aplikasi android. Komponen kedua pula adalah pelajar manakala komponen ketiga adalah keluaran iaitu kefahaman pelajar dalam mengendalikan meter pelbagai.

IV. TUJUAN KAJIAN

Secara umumnya kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan aplikasi android Meter Pelbagai @ Multimeter ver. 1.0 dalam memberi kefahaman yang jelas kepada para pelajar tentang tatacara pengendalian sebuah meter pelbagai.

V. OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan kepada penyataan masalah yang telah dikemukakan, beberapa objektif kajian telah digariskan untuk dilaksanakan bagi tujuan pembangunan aplikasi Meter Pelbagai @ Multimeter ver. 1.0.

a) Mengenalpasti kelemahan pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer), Politeknik Seberang Perai dalam mengendalikan sebuah meter pelbagai.

b) Membangunkan satu aplikasi Meter Pelbagai @ Multimeter ver. 1.0 bagi tujuan membantu aktiviti pengajaran dan pembelajajaran dalam bilik kuliah. c) Menilai sejauh mana keberkesanan aplikasi Meter

Pelbagai @ Multimeter ver. 1.0 mampu membantu

pelajar memahami denganjelas tatacara pengendalian meter pelbagai.

VI. METODOLOGI

A. Pendahuluan

Metodologi merupakan aspek penting dalam memastikan objektif serta matlamat kajian dapat dicapai seperti yang dirancang. Menurut [19], metodologi merupakan satu set kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian ke atas satu kursus kajian yang tertentu.

B. Sample Kajian

Sampel kajian terdiri daripada pelajar semester 1 Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer), sesi Disember 2013. Seramai 26 orang pelajar yang mengikuti kursus ET101-Teknologi Elektrik 1 terlibat dalam kajian ini.

C. Instrumen Kajian

Kajian ini dilaksanakan melalui kaedah berikut:

i) Pra-Ujian – Penilaian awal dilakukan kepada pelajar yang mana beberapa soalan mengenai multimeter diberikan. Soalan berbentuk aneka pilihan diberikan untuk mengenal pasti kefahaman pelajar mengenai peralatan multimeter.

ii) Pasca-Ujian – Ujian ini dijalankan untuk melihat adakah pelajar dapat mengaplikasikan kaedah yang telah dibangunkan bagi meningkatkan kemahiran teori dan kerja amali pelajar.

iii) Sesi Temubual – Kaedah dijalankan selepas sesi kerja amali pelajar dimakmal/ bengkel.

D. Analisa Data

Data dianalisa dengan menggunakan perisian excel dengan mengenalpasti peratusan sebelum dan selepas pelajar mengambil ujian dan dapatan secara sesi temubual. Tujuan ujian ini adalah untuk mendapatkan data berkenaan dengan kemampuan dan kefahaman pelajar terhadap multimeter.

Analisa untuk soalan berbentuk aneka pilihan adalah berdasarkan kepada kategori-kategori berikut:

TABLE I. KATEGORI SOALAN ANEKA PILIHAN

SOALAN BERBENTUK ANEKA PILIHAN BIL KATEGORI KAEDAH SOALAN

1 A Jenis-jenis meter

2 B Persediaan asas multimeter

3 C Pengenalan kepada multimeter

4 D Cara-cara sambungan dan menguji litar

82

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

Kaedah secara sesi temubual adalah berdasarkan kepada kategori-kategori berikut:

TABLE II. KAEDAHTEMUBUAL

KAEDAH TEMU BUAL

BIL KATEGORI ITEM TEMU BUAL

1 A Pengenalan dan persediaan asas multimeter

2 B Cara-cara sambungan dan menguji litar

3 C Cara –cara bacaan dan pengiraan

E. Dapatan Kajian

Hasil dari tinjauan masalah dengan menjalankan Pra-Ujian dan Ujian-Pasca, secara umumnya Aplikasi Meter Pelbagai @ Multimeter ver. 1.0. ini telah memberi kesan yang positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

TABLE III. DAPATAN SOAL SELIDIK SEBELUM DAN SELEPAS PROJEK

KESAN PENGGUNAAN APLIKASI ANDROID “METER PELBAGAI @ MULTIMETER ver. 1.0”

Bil Kategori Sebelum Selepas

1 A Peratus kelulusan pelajar mengenali jenis-jenis meter adalah 60%. Pelajar tidak dapat mengenali dan membezakan jenis- jenis meter dengan baik.

Peratus kelulusan pelajar adalah 100%. Pelajar dapat mengenali jenis- jenis meter.

2 B Peratus kelulusan pelajar berkenaan dengan persediaan asas multimeter adalah 40%. Pelajar tidak faham sepenuhnya dan tidak mengetahui pengenalan asas dan fungsi multimeter dengan baik.

Peratus kelulusan pelajar berkenaan dengan persediaan asas multimeter adalah 90%. Pelajar faham dan mengetahui pengenalan asas dan fungsi multimeter dengan baik. 3 C Peratus kelulusan pelajar berkenaan dengan

persediaan asas multimeter adalah 30%. Pelajar tidak dapat melabelkan setiap petunjuk pada multimeter dengan baik.

Peratus kelulusan pelajar berkenaan dengan persediaan asas multimeter adalah 100%. Pelajar dapat melabelkan setiap petunjuk pada multimeter dengan baik. 4 D Peratus kelulusan pelajar berkenaan dengan

cara-cara sambungan dan menguji litar adalah 30%. Pelajar masih tidak faham secara teori sambungan litar dan kaedah pengujian dengan cara yang betul..

Peratus kelulusan pelajar berkenaan dengan cara-cara sambungan dan menguji litar adalah 90%. Pelajar telah faham teknik-teknik sambungan litar dan tahu kaedah pengujian dengan cara yang betul.

5 E Peratus kelulusan pelajar berkenaan dengan cara – cara bacaan dan pengiraan adalah 20%. Pelajar tidak

berkemampuan dan tahu kaedah untuk membaca pada panel bacaan meter dan membuat kiraan dengan cara yang betul.

Peratus kelulusan pelajar berkenaan dengan cara – cara bacaan dan pengiraan adalah 100%. Pelajar secara teknikalnya

berkemampuan dan tahu kaedah untuk membaca pada panel bacaan meter dan membuat kiraan dengan cara yang betul.

Hasil daripada sesi pemerhatian sebelum dan selepas diberi penerangan secara teori, amali dan menonton video, secara umumnya Aplikasi Meter Pelbagai @ Multimeter ver. 1.0. ini telah memberi kesan yang positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di makmal atau bengkel.

TABLE IV. DAPATAN SESITEMUBUAL SEBELUM DAN SELEPAS PROJEK

KESAN PENGGUNAAN APLIKASI ANDROID “METER PELBAGAI @ MULTIMETER ver. 1.0”

Bil Kategori Sebelum Selepas

1 A Pelajar menganggap multimeter adalah perkara baru bagi pelajar bukan teknikal. Pelajar tidak berminat, rasa berisiko dan takut menggunakannya. Pelajar tidak faham faktor keselamatan penggunaan multimeter dan tidak mengetahui dan fungsi pengenalan asas multimeter dengan baik.

Pelajar rasa bermotivasi dan menganggap multimeter adalah satu alat yang pelajar bukan teknikal perlu ada dan dapat menyelesaikan masalah di dalam bidang elektrik dan elektronik. Pelajar rasa berminat dan seronok menjalankan amali. Secara langsung ia dapat meningkatkan kemahiran pelajar, faham faktor keselamatan penggunaan multimeter dan mengetahui fungsi asas multimeter dengan baik. 2 B Pelajar masih tidak faham secara teori

sambungan litar dan kaedah pengujian dengan cara yang betul. Pelajar tidak begitu yakin dan tidak mahir cara-cara menyukat voltan dan arus elektrik dengan menggunakan multimeter. Pelajar tidak mahir menguji komponen elektronik dengan kaedah yang betul.

Setelah pelajar faham secara teori dan amali sambungan litar dan kaedah pengujian dengan cara yang betul mereka merasakan amali itu

menyeronokkan dan keyakinan menggunakan multimeter lebih bermotivasi dan kerja lebih mudah. Pelajar telah faham dan berkemahiran dengan teknik-teknik sambungan litar dan tahu kaedah pengujian dengan cara yang betul. Meningkatkan minat pelajar dalam kerja-kerja amali. 3 C Pelajar tidak dapat melabelkan setiap

petunjuk pada multimeter dengan baik. Pelajar tidak

berkemampuan dan tahu kaedah untuk membaca pada panel bacaan meter dan membuat kiraan dengan cara yang betul.

Pelajar telah belajar sesuatu serta dapat melabelkan setiap petunjuk dan tahu fungsi panel pada multimeter dengan baik. Pelajar secara teknikalnya berkemampuan dan tahu kaedah untuk membaca pada panel bacaan meter dan membuat kiraan dengan cara yang betul.

VII. KELEBIHAN PROJEK

a) Aplikasi ini boleh digunakan oleh mana-mana telefon pintar atau tablet yang menggunakan system pengoperasian android.

b) Aplikasi ini boleh dimuat turun (download) secara percuma (tiada bayaran dikenakan).

83

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

c) “Nota Kaedah Penggunaan” yang terdapat pada

aplikasi ini yang berformat PDF boleh dibuka dan dibaca walaupun tiada capaan wifi ataupun quota data pada telefon.

d) Pengguna boleh berhubung terus kepada Pembangun

Kandungan ataupun Pembangun Aplikasi dengan

menekan satu butang pada skrin (Penguna perlu menggunakan talian telefon).

e) Selain dari panggilan telefon pengguna juga boleh menghantar email sebarang kemusykilan berkenaan kandungan atau aplikasi ini kepada pembangun (pengguna perlu capaian wifi atau ‘on’kan Data Plan untuk aktiviti ini).

f) Aplikasi ini juga dilengkapi dengan klip video yang dipautkan dengan laman sesawang www.youtube.com (pengguna perlu capaian wifi atau ‘on’kan Data Plan untuk aktiviti ini).

g) Pengguna boleh menggunakan aplikasi ini sepanjang hayat (tiada lessen diperlukan). Jika terdapat sebarang perubahan, pengguna hanya perlu update).

VIII. KESIMPULAN

Penggunaan aplikasi android Meter Pelbagai @ Multimeter

ver. 1.0, yang dibangunkan merupakan satu usaha penyelidik

bagi memepelbagaikan lagi teknik mengajar di dalam bilik kuliah. Secara tidak langsung dengan adanya aplikasi seumpama ini, dapat menimbulkan minat dan kefahaman para pelajar terhadap isi pelajaran yang disampaikan.

Semoga aplikasi yang dimuat naik terus ke Google Play ini, dapat membantu dan memudahkan sesiapa sahaja untuk memahami penggunaan meter pelbagai dan menjadikanya sebagai panduan serta segala pengisiannya dapat dikongsi bersama. Aplikasi android Meter Pelbagai @ Multimeter ver.

1.0 ini juga, dapat digunapakai oleh pensyarah dalam

menjalankan kursus-kursus lain seperti pengukuran, projek, pendawaian elektrik, baikpulih peralatan dan elektronik.

RUJUKAN

[1] Mok Soon Sang (1992), UKELP Bahagian Am. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

[2] Kamaruddin Hj. Kachar (1989), Pendidikan dan Masyarakat. Kuala Lumpur: Teks Pub. Sdn. Bhd.

[3] Naismith, L., Lonsdale, P., Vavoula, G., & Sharples, M. (2004).

NESTA Futurelab Report 11: Literature review in mobile technologies and learning. Bristol, UK:

[4] Kukukska-Hulme, A., & Traxler, J. (2005). Mobile learning: a

handbook for educators and trainers. London, UK: Routledge

[5] Sharples, M. (2000). The design of personal mobile technologies for lifelong learning. Computer & Education, 34, 177-193. Dimuat

turun pada Jan 15, 2006, daripada

http://www.eee.bham.ac.uk/sharplem/Papers/handler%20comped.p df

[6] Ally, M. (2004). Foundations of Educational Theory for Online Learning

[7] Baharuddin Aris & Mohd b. Bilal (1995).”Pendekatan Alternatif

dalam Pengajaran & Pembelajaran Matematik”. Kertas yang

dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan Matematik ke 4. Kuantan : BPG

[8] Liu, T. C., Wang, H. Y., Liang, J. K., Chan, T. W., Ko, H. W., & Yang, J. C. (2003). Wireless and mobile technologies to enhance

teaching and learning. Journal of Computer Assisted Learning,

19(3), 371-382.

[9] Irfan Naufal Umar* and Nurullizam Jamiat (2011). Pola Penyelidikan ICT Dalam Pendidikan Guru DiMalaysia: Analisis Prosiding Teknologi Pendidikan Malaysia

[10] Zurita, G. & Nussbaum, M. (2004). A constructivist mobile learning environment supported by a wireless handheld network.

Journal of Computer Assisted Learning 20(4), 235–243.

[11] Thornton.P, Chris Houser, David Kluge (2002) Mobile Learning:

Cell Phones and PDAs for Education, Proceedings of the

International Conference on Computers in Education (ICCE’02) [12] Jasni Ismail (1997). Membaca & Menguji Komponen Elektronik :

Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd [13] Link info

bagi android http://en.wikipedia.org/wiki/Android_(operating_syst em))

[14] Garofalo, J., Drier, H., Harper, S., Timmerman, MA & Shockey, T. (2000). Mempromosikan sesuai penggunaan teknologi dalam persiapan guru matematik. Isu dalam Teknologi dan Pendidikan Guru, 1 (1),66-88

[15] Long, A. (1977), Pedagogi: Kaedah Am Mengajar. Kuala Lumpur: Fajar bakti Sdn. Bhd.

[16] Ong, T. C., (2003). Pembangunan Multimedia Cakera Padat Untuk Mata Pelajaran Sains Bahan. Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO).

[17] Kolahi, S. S. (2002). Evoluation towards third generation wireless

networks. Kertas kerja dibentangkan di 15th. Annual NACCQ.

Hamilton, New Zealand.

[18] Attewell, J. (2005). From research and development to mobile

learning: Tool for education and trainning providers. Kertas kerja

dibentangkan di 4th World Conference on Mobile Learning. Cape Town, South Africa.

[19] Hornby, A.S. (1989), Oxford Advance Learner’s Dictionary of Current English 4th Edition. British Oxford University Press.

84

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

Persepsi Komuniti Setempat Terhadap Informasi Kolej