• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERBINCANGAN DAN ANALISA Bahagian 4 membincangkan tentang keputusan

Keberkesanan Kerja Berpasukan Terhadap Komunikasi Pelajar Latihan Industri

V. PERBINCANGAN DAN ANALISA Bahagian 4 membincangkan tentang keputusan

kajian. Analisis kesahan dijalankan adalah untuk memastikan kebolehpercayaan soalselidik dalam memastikan keputusan yang diperolehi mengambarkan keadaan yang sebenar. Analisis yang dijalankan adalah Crobach`s Alpha di mana ianya menunjukkan 0.767 untuk bahagian Berpasukan manakala 0.929 bagi bahagian komunikasi. Hasil analisis menunjukkan bahawa kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik adalah tinggi berdasarkan seperti ditunjukkan pada jadual 4.1 seperti dibawah.

JADUAL 4.1: ANALISIS KESAHAN

Berpasukan Komunikasi

Cronbach`s

Alpha 0.767 0.929

Kajian ini dijalankan di Jabatan Kejuteraan (JKA, JKE dan JKM) dan Jabatan Perdagangan. Latihan industri perlu dilalui oleh pelajar-pelajar semester 4 dan semester 6. Terdapat 19 dan 45 pelajar semester 4 dan 6 di JKA. Seramai 126 pelajar semester 4 dari Jabatan Elektrik menjalani latihan industri. Hanya seorang sahaja di semester 6. Terdapat 75 dan 2 pelajar di semester 4 dan 6 di JKM. Bagi JP, seramai 102 pelajar semester 4 dan 2 semester 6 menjalani latihan industri. Berikut adalah Jadual 4.2 berkaitan dengan Semester dan Jabatan

JADUAL 4.2 SEMESTER DAN JABATAN

0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 JKA JKE JKM JP JABATAN Semester Empat  (4) Semester Enam  (6)

Nota: JKA adalah Jabatan Kejuteraan Awam, JKE adalah Jabatan Kejuteraan Eletrik, JKM adalah Jabatan Kejuteraan Mekanikal dan JP adalah Jabatan Perdagangan.

Berikut adalah Jadual 4.3 berkaitan dengan Jantina dan Jabatan. JKA, JKE dan JKM mempunyai seramai 40, 98 dan 49 pelajar lelaki. Manakala hanya 27 orang pelajar lelaki terdiri daripada Jabatan Perdagangan. Terdapat 77 pelajar perempuan terdiri daripada Jabatan Perdagangan. Manakala, JKA, JKE dan JKM mempunyai seramai 24, 29 dan 28 pelajar perempuan.

JADUAL 4.3 JANTINA DAN JABATAN

0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 JKA JKE JKM JP JABATAN Lelaki Perempuan

Nota: JKA adalah Jabatan Kejuteraan Awam, JKE adalah Jabatan Kejuteraan Eletrik, JKM adalah Jabatan Kejuteraan Mekanikal dan JP adalah Jabatan Perdagangan.

Deskriptif statistik dapat dilihat seperti di Jadual 4.4 berkaitan dengan domain berpasukan dan komunikasi. Keselurahan domain berpasukan dan komunikasi menunjukkan purata yang tinggi iaitu

159

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

melebihi 4. Dapati bahawa domain berpasukan menunjukkan purata 4.235. Penemuan awal ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar mempunyai sifat kerja berpasukan yang baik ketika menjalani latihan industri. Hasil dapatan ini mungkin disebabkan pelajar-pelajar telah mendapat pendedahan awal di politeknik di mana sesuatu projek samada di bengkel atau di kelas dilakukan dalam bentuk kumpulan. Proses pembelajaran ini mampu diaplikasi ketika menjalani latihan industri.

Manakala domain komunikasi menunjukkan purata 4.231. Hasil dapatan menunjukkan kemampuan pelajar-pelajar ini berkomunikasi dengan baik dengan pekerja-pekerja di tempat latihan. Komunikasi yang baik dan berkesan ini berkemungkinan disebabkan sikap ingin tahu pelajar dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Komunikasi yang baik ini mungkin disebabkan penekanan ketika pembelajaran dan pengajaran di politeknik terutamanya ketika pelajar-pelajar membuat pembentangan projek.

JADUAL 4.4: DESKRIPTIF STATISTIK

Berpasukan Komunikasi

Mean 4.235 4.231

Std Deviation 0.406 0.431

Jadual 4.5 menunjukkan perhubungan kolerasi di antara kerja berpasukan dan komunikasi. Menurut [16] nilai coefficient kolerasi di antara negative 1 hingga positif 1. Hasil dapatan menunjukkan bahawa wujud perhubungan positif di antara kerja berpasukan dan komunikasi. Dapatan kajian menunjukkan aktiviti berkumpulan mampu meningkatkan keyakinan pelajar dalam berkomunikasi. Kemahiran berkomunkasi yang baik sememangnya dapat dibentuk dalam diri pelajar melalui kegiatan yang disertai. Komunikasi antara rakan melalui pertukaran idea dan maklumat membentuk komunikasi yang baik secara tidak langsung dalam aktiviti yang disertai [17]. Kajian ini menunjukkan bahawa aktiviti berpasukan mampu memupuk tahap komunikasi yang yang berkesan di kalangan pelajar-pelajar yang sedang menjalani latihan industri.

JADUAL 4.5: KORELASI MATRIK Komunikasi

Berpasukan 0.784**

Analisis univariate seperti jadual 4.4 menunjukkan terdapat perbezaan dari segi kerja berpasukan di antara pelajar lelaki dan perempuan. Hasil kajian mendapati bahawa kemahiran kerja berpasukan adalah berbeza ketika menjalani latihan industri mungkin disebabkan pendedahan ketika

proses pembelajaran dan pengajaran di politeknik. Malahan pelajar lelaki mudah bergaul dengan pekerja organisasi dan seterusnya mendapat kepercayaan dalam menjalankan tugasan. Ini berbeza dengan pelajar perempuan di mana mereka mengambil masa untuk bergaul dan bermesra dengan pekerja di organisasi tersebut. Ini akan menyebabkan mereka lewat untuk mendapat kepercayaan daripada majikan. Dapatan turut menunjukkan bahawa kemahiran kerja berpasukan samada pelajar lelaki atau perempuan telah dipupuk ketika belajar di politeknik sebelum menjalani latihan industri melalui tugasan secara kumpulan dan diaplikasi ketika latihan industri. Walau bagaimanapun tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki dan perempuan ke atas komunikasi ketika latihan industri.

JADUAL 4.6: ANALYSIS UNIVARIATE KE ATAS PERBEZAAN ANTARA PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN KE ATAS PEMBOLEHUBAH BERPASUKAN

DAN KOMUNIKASI Lelaki

(n=214) Perempuan (n=158) (p-value)t - test

Berpasukan 4.53 4.35 0.001

Komunikasi 4.52 4.41 0.055

VI. KESIMPULAN

Kerja berpasukan adalah sangat penting dalam memastikan tugasan yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan baik. Setiap ahli harus mengetahui peranan yang perlu dimainkan. Perlu mempunyai sifat bertolak ansur antara satu sama lain. Kemampuan berkerjasama antara ahli mampu meningkat tahap komunikasi. Setiap ahli harus berkomunikasi dengan berkesan bagi memastikan tiada tugasan yang tertinggal agar tanggungkawab dapat dilaksanakan dengan baik.

Hasil kajian mendapati pelajar yang mengikuti latihan industri mempunyai tahap kerja berpasukan yang tinggi dalam menjalankan tugasan yang diberikan oleh majikan. Di samping itu dapatan turut menunjukkan tahap komunikasi pelajar dan majikan juga amat baik ketika menjalani latihan industri. Proses pembelajaran dan pengajaran memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan tahap kerja berpasukan dan komuniskasi sebelum pelajar menjalani latihan industri. Pelajar lelaki mempunyai tahap kerja berpasukan yang lebih baik berbanding dengan pelajar perempuan ketika menjalani latihan industri.

160

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

RUJUKAN

[1] Mad Shah, Ishak and Md. Nor, Zainorazlin (2003) Faktor-faktor kerja berpasukan dan pengaruhnya kepada prestasi. Jurnal

Kemanusiaan, 17 (2). pp. 1-11. ISSN 1675-1930.

[2] Cohen dan Bailey (1997) Cohen, S.G. and Bailey, D.E. (1997), “What makes teams work: group effectiveness research fromthe shop floor to the executive suite”, Journal of Management, Vol. 23 No. 3, pp. 239-90.

[3] Adam , Zalika and Kassim, Faridah (2008) Kemahiran kerja berpasukan : etika dalam pekerjaan dari perspektif Islam. In: Kemahiran Kebangsaan Kemahiran Insaniah dan

Kesejahteraan Sosial, 18-19 Ogos 2008, Hotel Mahkota, Melaka.

[4] Mahfuz Judeh An Examination of the Effect of Employee Involvement on Teamwork

Effectiveness: An Empirical Study International Journal of Business and Management Vol. 6, No. 9; September 2011 pp. 202-209.

[5] Ab. Aziz Yusuf (2003). Komunikasi Untuk Pengurus. Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd. KualaLumpur.

[6] Yaacob, Hashim Fauzy (2001) Komunikasi antara manusia. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 983-52-0262-0.

[7] Ellis, D. G., & Fisher, B. A. (1994). Small group decision making: Communication and the group process.

[8] Muhd. Mansur Abdullah (2002) Komunikasi Dalam Pengurusan, DBP NO. KK: 380 839751 ISBN: 9836259066.

[9] Hassan Abu Bakar, Che Su Mustaffa, (2013) "Organizational communication in Malaysia organizations: Incorporating cultural values in communication scale", Corporate Communications: An International Journal, Vol. 18 Iss: 1, pp.87 – 109.

[10] Yahaya, Azizi and Hashim, Shahrin and Yazit, Saari (2010) Keberkesanan Menjalani Latihan Industri Di Kalangan Pelajar – Pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah pp. 1-16.

[11] Mohd Majid Konting (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

[12] Salkind, N. J. (1997). Exploring Research. (3rd Ed.). New Jersey, Upper Saddle River, Prentice Hall, Inc.

[13] Mohd Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

[14] Mohd. Sheffie. (1999). Methodologi Pendidikan. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

[15] Jones, D.S. (1993). “Survey Research Methods.” New York : Halt Dinahat and Winston.

[16] Lay, Y. F., & Khoo, C. H. (2008). Pengenalan kepada analisis statistik dalam penyelidikan

Sains Sosial. Selangor Darul Ehsan: Venton Publishing (M) Sdn. Bhd.

[17] Buntat, Y., & Hassan, M. S. (2010). Kemahiran Komunikasi Dalam Meningkatkan Keyakinan Diri Pelajar. Satu Tinjauan Di Kalangan Ahli Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Universiti Teknologi Malaysia, 1-10.

161

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

   

Penglibatan Pelajar dan Pencapaian Dalam