• Tidak ada hasil yang ditemukan

KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI JABATAN KEJURUTERAN AWAM, POLISAS

Dan Kesihatan Pekerjaan Di Tempat Kerja

KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI JABATAN KEJURUTERAN AWAM, POLISAS

Kajian-kajian yang dilakukan adalah memfokuskan kepada maklumat beberapa aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan seperti pengetahuan sediaada, Polisi Keselamatan, Prosedur Keselamatan, Peralatan, Latihan, Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Komitmen Dan Sikap serta Persekitaran Pekerjaan ditempat kerja ketika berada politeknik. Maklumat berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan ditunjukkan seperti dijadual 4.6 seperti dibawah .

JADUAL 4.6 : TABURAN KEKERAPAN DAN PERATUSAN PERSEPSI RESPONDEN TERHADAP KESEMUA FAKTOR KESELAMATAN DAN

KESIHATAN PEKERJAAN

KATEGORI SKOR

Bil Item Kategori Faktor RENDAH SEDERHANA TINGGI

1 PengetahuanSediada k 59 11 70 % 42 8 50 2 PolisiKeselamatan k 35 17 88 % 25.0 12.0 63.0 3 Prosedur Keselamatan % 9.0 k 12 13.0 19 78.0 109 4 Faktor Peralatan k 17 11 112 % 2.0 6.0 92.0 5 Faktor Latihan k 0 1 139 % 0.0 1.0 99.0 6 Faktor Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) k 39 40 61 % 28.0 29.0 43.0

7 Faktor Komitmen Dan Sikap k 20 20 100 % 14.0 14.0 72.0 8 Faktor Persekitaran Pekerjaan k 22 26 92 % 16.0 18.0 66.0

Daripada jadual 4.6 di atas, peratusan pelajar yang menjawab soal selidik dengan skala likert mengikut kepada maklumat beberapa aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan dimana bagi faktor kesedaran kepada pengetahuan

sediaada ialah 42% pelajar memilih rendah, manakala 8%

pelajar memilih sederhana serta 50% pelajar memilih tinggi.

Bagi faktor kesedaran kepada Polisi Keselamatan ialah 25% pelajar memilih rendah, manakala 12% pelajar memilih sederhana serta 63% pelajar memilih tinggi. Manakala bagi faktor kesedaran kepada Prosedur Keselamatan ialah 9% pelajar memilih rendah, manakala 13% pelajar memilih sederhana serta 78% pelajar memilih tinggi.

Bagi faktor kesedaran kepada Peralatan ialah 2% pelajar memilih rendah, manakala 6% pelajar memilih sederhana serta 92% pelajar memilih tinggi. Manakala bagi faktor kesedaran kepada Latihan ialah 0% pelajar memilih rendah, manakala 1% pelajar memilih sederhana serta 99% pelajar memilih tinggi.

Bagi faktor kesedaran kepada Jawatankuasa

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) ialah 28%

pelajar memilih rendah, manakala 29% pelajar memilih sederhana serta 43% pelajar memilih tinggi. Manakala bagi faktor kesedaran kepada Komitmen Dan Sikap ialah 14% pelajar memilih rendah, manakala 14% pelajar memilih sederhana serta 72% pelajar memilih tinggi. Bagi faktor kesedaran kepada Persekitaran Pekerjaan ialah 16% pelajar memilih rendah, manakala 18% pelajar memilih sederhana serta 26% pelajar memilih tinggi.

Manakala pada Jadual 4.7, menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan purata min responden terhadap kesemua faktor keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Pada keseluruhan menunjukkan bahawa tahap kesedaran pelajar terhadap Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan adalah tinggi iaitu sebanyak 3.76

JADUAL 4.7 : TABURAN KEKERAPAN DAN PERATUSAN PURATA MIN RESPONDENTERHADAP KESEMUA FAKTOR KESELAMATAN

DAN KESIHATAN PEKERJAAN

PURATA SKOR MIN

Bil Item Kategori Faktor MIN

1 Pengetahuan Sediada k 3.03 % 0.61 2 Polisi Keselamatan k 3.55 % 0.71 3 Prosedur Keselamatan k 4.04 % 0.81 4 Faktor Peralatan k 4.01 % 0.80 5 Faktor Latihan k 4.57 % 0.91 6 Faktor Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan (JKKP)

k 3.27 % 0.65

7 Faktor Komitmen Dan Sikap k 3.88

% 0.84

8 Faktor Persekitaran Pekerjaan k 3.73

% 0.82

PURATA MIN

147

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

4.2 BAHAGIAN C : SOALAN TERBUKA (PANDANGAN PELAJAR)

Dalam bahagian C, soalan terbuka ini kebanyakan pelajar tidak memenuhi ruangan yang disediakan. Terdapat beberapa pelajar yang mengatakan aspek keselamatan yang tidak dipatuhi oleh pelajar disebabkan oleh beberapa perkara seperti berikut:

i. Tidak mendengar arahan pensyarah ketika taklimat diberikan.

ii. Tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan iii. Tidak suka menghadiri program latihan yang

diberikan

iv. Tidak mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan

v. Sentiasa melakukan kerja secara individu.

5.0 PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Perbincangan

Daripada dapatan ini dapat menunjukkan bahawa pelajar seramai 140 orang bersetuju berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dengan beberapa perkara seperti berikut:

i. Bahawa pengetahuan sediaada mereka amat

rendah sekitar 42% atau seramai 59 orang

daripada 140 orang.

ii. Bahawa pelajar tahu apakah polisi keselamatan

amat rendah sekitar 25% atau seramai 35 orang

daripada 140 orang

iii. Bahawa pelajar tahu apakah Prosedur

Keselamatan amat rendah sekitar 9% atau

seramai 12 orang daripada 140 orang

iv. Bahawa pelajar tahu Peralatan perlu

diselenggara amat tinggi sekitar 92% atau

seramai 112 orang daripada 140 orang

v. Bahawa pelajar tahu Pemberian Latihan amat

penting amat tinggi sekitar 99% atau seramai

139 orang daripada 140 orang

vi. Bahawa pelajar tidak tahu akan kewujudan

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) amat tinggi sekitar 57% atau

seramai 79 orang daripada 140 orang

vii. Bahawa pelajar mempunyai Komitmen Dan

Sikap amat tinggi berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan sekitar 72% atau seramai

100 orang daripada 140 orang

viii. Bahawa pelajar mempunyai kesedaran berkaitan Persekitaran Pekerjaan amat tinggi sekitar 66% atau seramai 92 orang daripada 140

orang

Secara keseluruhannya didapati bahawa pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam, POLISAS mempunyai tahap kesedaran yang tinggi terhadap Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan apabila mencatatkan purata skor min keseluruhan 3.76 seperti ditunjukkan di Jadual 4.7.

5.2 Cadangan

Daripada dapatan kajian yang dibuat ini dapat dibuat beberapa cadangan dalam meneingkatkan lagi kesedaran terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja di Jabatan Kejuruteraan Awam khususnya dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah amnya. Diantaranya ialah beberapa perkara seperti berikut:

i. Tingkatkan kesedaran pelajar berkaitan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dikalangan pelajar POLISAS.

ii. Memberikan penerangan yang lebih jelas berkaitan polisi serta prosedur keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja di POLISAS

iii. Menjalankan penyelenggaraan yang baik serta berkala bagi semua peralatan yang digunakan oleh pelajar.

iv. Meningkatkan pemberian latihan kemahiran dan kesedaran berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja dikalangan pelajar. v. Tingkatkan peranan Jawatankuasa Keselamatan

dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) di semua peringkat.

vi. Pastikan persekitaran tempat kerja berada di dalam keadaan selamat untuk digunakan.

Semoga beberapa cadangan ini memberikan kebaikan kepada semua orang yang terlibat di Jabatan Kejuruteraan Awam khususnya dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah amnya.

6.0 KESIMPULAN

Dapatan kajian ini telah dapat menunjukkan bahawa pelajar telah bersetuju bahawa amalan keselamatan perlu diterapkan dan diberi perhatian yang sepenuhnya dan amalan keselamatan ini harus diutamakan di Jabatan Kejuruteraan Awam khususnya dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah amnya walaupun ia hanya merupakan asas kepada diri kita. Selaras dengan itu, maka keselamatan tidak kira di mana jua perlu diamalkan dan dipatuhi serta dijadikan panduan supaya pelajar Politeknik melakukan aktiviti di tempat kerja dengan selesa, bersih dan tersusun. Ini kerana perbagai kejadian yang berlaku disebabkan aktiviti yang dilakukan di bengkel dan makmal terutama pelajar yang baru mempelajari sesuatu di politeknik. Aspek keselamatan perlu diberi perhatian utama dan merupakan ciri penting yang mesti diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran di bengkel dan makmal pada setiap masa. Hal ini penting agar tidak berlakunya lagi perkara-perkara yang tidak di ingini berlaku seperti kemalangan, kecederaan terhadap fizikal. Latihan amali yang diikuti di bengkel dan makmal adalah merupakan pendedahan awal kepada pelajar sebelum mereka menempuh ke alam pekerjaan yang sebenar kelak.

148

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

RUJUKAN

Kadir Arifin. (2006). Sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSHAH:18001). Analisis kepada penerimaan faedah pelaksanaannya kepada organisasi di Malaysia. Journal of Techno Social, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hapriza Ashari. (2004). Keselamatan dan kesihatan pekerjaan: Tanggungjawab siapa? Jurnal Kemanusiaan, Jabatan

Pengurusan, Universiti Teknologi Malaysia. Davies, V.J. dan Tomasin, K. (1996) Construction Safety

Handbook, 2nd. Edition. Great Britain: Thomas Telford Publishing, pp 3, 141, 204.

Grossman, S.I. (1996). Occupational Safety and Health Administration US Department of Labour, Journals of OSHA Technical Data Centre, dlm. SIA Newsletter 96-97: July 1996.

Wikipedia Online,( Mac 2013).

Robert Novick (1999. "Overview of the environment and health in Europe in the 1990s". Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Capaian Oktober 2010.

Lim Poh Hung (2002). “ Kajian Terhadap Tahap Keselamatan Tapak Bina Di Daerah Johor Bahru.” Projek Sarjana Pengurusan Teknologi : Universiti Teknologi Malaysia. Tidak Diterbitkan.

Brazier, A.J (1994) A Summary of Incident Reporting in the Process Industry, Journal of Prevention Process Industry, Vol. 7 (3), pp243-247.

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. (1994) (Akta 514). Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Wang, Bernard T.H (1994). The Malaysian Construction

Industry : It's Trends of Growth - Past, Present and Future, dlm : 5th CICA International Conference United States: Atlanta Georgia.

Darkenwald, G. G dan S. B. Merriam (1982) Adult Education:

Foundations and Practice. New York: Harper and

Row Publication, pp 65

Noe, R.A (1986) Trainees Attributes and Attitudes: Neglected

Influences on Training Effectiveness. Journal of

Academy of Management Review. 11(4), pp 736-749.

Kamus Dewan (2000), Dewan Bahasa Dan Pustaka,Kuala Lumpur

Roberts, J.M. (1980) Construction Management: An Effective

Approach, Va: Reston

Kamal Halili Hassan (2001), Undang-Undang Keselamatan Industri di Malaysia.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Laney, J.C. (1982a) Site Safety, New York: Longman Inc.

a) Ridley, J. (1983) Safety at Work, Oxford: Butterworth - Heinmann

Peyton, R.X. dan Rubio, R.C. (1991) Construction Safety Practices and Principles, New York: Van Nostrand Reinhold, pp. 20-22, 95-96, 162-163

Covan, J (1995) Safety Engineering, New York: A Wiley Interscience Publication, pp. 93

149

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

Factors Influencing Personal Financial Planning