• Tidak ada hasil yang ditemukan

Anwar Bin Abdul Rahman

Jabatan Pelancongan & Hospitaliti Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

02600 Arau, Perlis anwar.abdrahman@yahoo.com

Nor Haizan Bin Mehat

Jabatan Pelancongan & Hospitaliti Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

02600 Arau, Perlis nor_rasta@yahoo.com.my

Abstrak- Kerancakan ekonomi negara yang dipacu

oleh pelbagai sektor terutamanya pelancongan dilihat seiring dengan pertumbuhan hotel-hotel, rumah tumpangan dan kediaman yang menyediakan perkhidmatan penginapan. Sejajar dengan itu juga, pihak yang terlibat perlu memahami tanggungjawab di sisi undang-undang yang dikenakan ke atas mereka. Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan Akta Tuan Rumah Inapan 1952 yang menghubung kaitkan hubungan antara penyedia penginapan dan tetamu. Kajian adalah berdasarkan seksyen-seksyen yang terkandung di dalam Akta Tuan Rumah Inapan 1952 dan analisa soal selidik yang telah dilakukan terhadap kakitangan Pauh Inn Educational Training Centre dan juga tetamu-tetamu yang menginap sepanjang bulan Februari 2014. Hasil kajian mendapati terdapatnya kekurangan di dalam Akta Tuan Rumah Inapan 1952 yang patut diberi perhatian dan digubal semula oleh pihak berwajib. Penggubalan ini penting dalam memastikan skop tanggungan tanggungjawab antara penyedia perkhidmatan penginapan dan tetamu seiring dengan peredaran zaman sekarang. Kata kunci: hubungan disisi undang-undang antara penyedia penginapan dan tetamu; had tanggungjawab; kehilangan atau kerosakan barang tetamu

I. REFLEKSI KAJIAN

Kerancakan ekonomi negara yang dipacu oleh pelbagai sektor terutamanya pelancongan dilihat

seiring dengan pertumbuhan hotel-hotel, rumah tumpangan dan kediaman yang menyediakan perkhidmatan penginapan. Industri pelancongan negara juga dilihat berkembang pesat hasil dari pembangunan pelbagai infrastruktur kemudahan dan budaya Malaysia yang berbilang kaum. Sejajar dengan itu juga, adalah penting bagi setiap penyedia penginapan memahami undang-undang yang dikenakan ke atas mereka di dalam sektor penginapan.

Secara amnya terdapat pelbagai Akta yang menyentuh isu rumah penginapan samada secara langsung atau tidak. Akta Rumah Inapan 1952 dan Akta Industri Pelancongan 1992 adalah berkait secara langsung dengan penyedia penginapan. Akta-akta lain yang berkaitan secara tidak langsung adalah seperti Akta Kontrak 1950, Akta Pekerjaan 1955, Akta Perlindungan Pengguna 1999, Akta Perihal Dagangan 1972 dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994.

Tujuan utama Akta Rumah Inapan 1952 diwujudkan adalah untuk melindungi pihak penyedia penginapan dalam menghadkan limit tanggungjawab dari segi ganti rugi kepada tetamu yang menginap. Namun begitu, had ganti rugi tersebut tidak terpakai dalam kes kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh kelalaian penyedia penginapan.

Pauh Inn Educational Training Centre telah memulakan operasi pada tahun 2010. Mempunyai 50 buah bilik, Pauh Inn Educational Training Centre (PIETC) merupakan tarikan utama kepada para pengunjung kerana tempatnya yang strategik kerana berada di dalam kawasan Politeknik Tuanku Syed

133

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

Keberkesanan Akta Tuan Rumah Inapan 1952; Kajian

Kes Di Pauh Inn Educational Training Centre

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis

Sirajuddin Pauh Perlis. PIETC juga menjadi tarikan badan-badan kerajaan untuk mengadakan seminar dan ceramah kerana terdapat bilik seminar yang luas dan selesa. Kesedaran dan kefahaman yang sempurna terhadap Akta Tuan Rumah Inapan 1952 mampu menyediakan pihak pengurusan PIETC tindakan yang sewajarnya dalam menghadapi sebarang kesulitan yang melibatkan ganti rugi terhadap para tetamu yang terlibat.

A. Akta Tuan Rumah Inapan 1952 dan kekurangannya

Terdapat tiga isu yang wajar dibincangkan dalam Akta Tuan Rumah Inapan 1952 agar dapat digubal & ditambah baik pada masa hadapan. Namun bagi tujuan

kajian kes

di Pauh Inn Education Training Centre, hanya satu isu sahaja yang akan dikaji atas dasar kekangan waktu. Isu yang akan dikaji adalah berkaitan perlaksanaan Seksyen 4 Akta Tuan Rumah Inapan 1952 dan kekurangan yang perlu ditambah baik bagi seksyen tersebut.

Had tanggungjawab bagi penyedia penginapan terhadap tetamu adalah mutlak terhadap setiap kehilangan atau kerosakan barang-barang yang dibawa tetamu masuk ke dalam tempat penginapan. Akta Tuan Rumah Inapan 1952 tidak memperuntukkan perlindungan terhadap kecederaan yang berlaku terhadap tetamu. Jika terdapat kejadian kehilangan atau kerosakan pada barang-barang tetamu, pihak penyedia penginapan adalah dipertanggungjawabkan sepenuhnya seperti yang diperuntukkan di dalam Akta Tuan Rumah Inapan 1952. Ini bermaksud pihak penyedia penginapan akan disabitkan dengan kejadian kehilangan atau kerosakan barang-barang tetamu walaupun barang tersebut berada di dalam bilik tetamu yang menginap dan tanpa pengetahuan pihak penyedia penginapan

.

Seksyen 4(a) Akta Tuan Rumah Inapan 1952 memperuntukkan pihak penyedia penginapan bertanggungjawab dengan had ganti rugi tidak melebihi RM500 jika terbukti kehilangan atau kerosakan barang tetamu adalah bukan disebabkan oleh pihak penyedia penginapan sendiri. Jika berlaku sebaliknya, tiada had tanggungjawab bagi penyedia penginapan terhadap kehilangan atau kerosakan barang-barang tetamu. Penyedia penginapan pula tidak akan bertanggungjawab jika kehilangan atau kerosakan barang tetamu diakibatkan oleh kecuaian tetamu mereka sendiri.

Seksyen 4(b) Akta Tuan Rumah Inapan 1952 pula memperuntukkan pihak penyedia penginapan untuk

memastikan para tetamu membuat deklarasi atau pengakuan tentang nilai barang yang hendak disimpan di peti keselamatan tempat penginapan. Ini bermaksud pihak penyedia penginapan tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan atau kerosakan barang jika tetamu tidak membuat pengakuan tersebut dan juga jika mereka tidak mengemaskan ikatan atau balutan barang-barang mereka sendiri sebelum diserahkan kepada pihak penyedia penginapan.

Seksyen 4(b) Akta Tuan Rumah Inapan 1952 hanya memberi kuasa kepada pihak penyedia penginapan untuk meminta butir nilai barang tetamu yang disimpan tetapi tidak berkenaan butir-butir terperinci mengenai barang tersebut. Butir-butir seperti jenis barang, cara penjagaan dan lain lain adalah amat perlu dalam memastikan proses penyimpanan barang di peti keselamatan adalah di kira sebagai perjanjian yang difahami bersama antara tetamu dan penyedia penginapan. Isu mungkin timbul apabila tetamu tidak akan berlaku jujur dalam mengdeklarasi barang-barang mereka.

I. FOKUS KAJIAN

Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti keberkesanan Akta Tuan Rumah Inapan 1952 dalam menjaga hak penyedia penginapan dan tetamu di Pauh Inn Educational Training Centre, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis.

II. OBJEKTIF

A. Objektif Am

Mengenalpasti keberkesanan Akta Tuan Rumah Inapan 1952 di di Pauh Inn Educational Training Centre, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis.

B. Objektif Khusus

 Mengenal pasti kekurangan di dalam Akta Tuan Rumah Inapan 1952.

 Memberi cadangan bagi mengatasi punca kekurangan undang-undang sedia ada.  Meningkatkan kefahaman di kalangan

penyedia penginapan dan tetamu terhadap Akta Tuan Rumah Inapan 1952.

III. KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran ini terdiri daripada 10 orang responden dari kakitangan Pauh Inn Educational Training Centre dan 20 orang tetamu yang menginap sepanjang bulan Februari 2014.

134

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

IV. PERLAKSANAAN KAJIAN

A. Soal Selidik

Bagi mengenalpasti punca sebenar keberkesanan Akta Tuan Rumah Inapan 1952 dalam menjaga hak penyedia penginapan dan tetamu di Pauh Inn Educational Training Centre, penyelidik telah menyediakan borang soal selidik untuk diberikan kepada kakitangan PIETC dan tetamu seramai 30 orang .Hasil yang telah diperoleh direkodkan dalam bentuk jadual, graf dan beserta analisa bagi setiap soalan.

V. ANALISA TINJAUAN

MASALAH

A. Soal Selidik – Kesedaran Akta Tuan Rumah Inapan 1952 terhadap pekerja

Analisa data daripada soal selidik yang telah dijalankan terhadap kesedaran Akta Tuan Rumah Inapan 1952 terhadap pekerja dan merujuk kepada Rajah 1 berikut:

Rajah 1:Kesedaran Akta Tuan Rumah Inapan 1952 terhadap pekerja

Berdasarkan Jadual 1 Kesedaran Akta Tuan Rumah Inapan 1952 terhadap pekerja mendapati peratus interpretasi perangkaan yang menunjukan sejumlah lapan item bersetuju ( A1 = 10,A2 =8 , A3 = 7 , A4 =10, A5 = 6 , A6 = 5 ,A7= 9,A8= 9 ) peratus. Jadual 1 menjelaskan pekerja mempunyai kesedaran yang tinggi tentang kewujudan Akta Tuan Rumah Inapan 1952 berdasarkan item A1 dan A4 yang memberikan peratus yang tinggi iaitu 100%. Namun begitu, dapat dilihat terdapat permasalahan peratus yang tinggi iaitu 90 % berkenaan item seksyen yang terdapat di dalam Akta Tuan Rumah Inapan 1952 yang dilihat kurang sesuai dipraktikan dan perlu digubal seiring dengan zaman sekarang.

Disebalik tahap kesedaran yang tinggi tentang kewujudan Akta Tuan Rumah Inapan 1952 oleh para pekerja, dapat dilihat di dalam Jadual 1 para pekerja

kurang memahami proses perlaksanaan seksyen-seksyen yang terkandung di dalam Akta Tuan Rumah Inapan 1952 sebagai mana merujuk pada item A5 dan A6.

B. Kesedaran Akta Tuan Rumah Inapan 1952 terhadap tetamu

Analisa data daripada soal selidik juga telah dijalankan terhadap kesedaran Akta Tuan Rumah Inapan 1952 terhadap tetamu dan dirujuk kepada Rajah 2 berikut:

Rajah 2 : Kesedaran Akta Tuan Rumah Inapan 1952 terhadap tetamu

Berdasarkan Jadual 2 iaitu Kesedaran Akta Tuan Rumah Inapan 1952 terhadap tetamu mendapat peratus interprestasi perangkaan yang menunjukkan sejumlah dua item bersetuju ( B5 = 100 , B7 = 100) peratus dan empat item lain menunjukan peratusan ketidak sedaran tentang hak & tanggungjawab di bawah Akta Tuan Rumah Inapan 1952 terhadap mereka iaitu ( B2 =55,B3 = 60,B4= 75, B8 = 85) peratus.

Hasil pemerhatian ini menunjukkan walaupun para tetamu sedar akan kewujudan Akta Tuan Rumah Inapan 1952, para tetamu tidak memahami dan mengetahui tentang hak untuk menuntut ganti rugi jika berlaku sebarang kerosakan atau kerugian terhadap barang-barang mereka yang disebabkan oleh kecuaian pihak penyedia penginapan. Tetamu juga tidak mengetahui bahawa mereka perlu menyediakan butir-butir yang jelas tentang barang-barang mereka sebelum disimpan di dalam peti keselamatan di premis penginapan

.

C. Keberkesanan Akta Tuan Rumah Inapan 1952 (pekerja & tetamu)

Analisa data dibawah merujuk kepada soal selidik yang telah dijalankan bahawa keberkesanan Akta Tuan Rumah Inapan bagi skop pekerja dan tetamu seperti Rajah 3 berikut:

0 20 40 60 80 100 120 A1 A2 A3 A4 A5 A6 A7 A8 YA TIDAK 0 20 40 60 80 100 120 B1 B2 B3 B4 B5 B6 B7 B8 YA TIDAK

135

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

Rajah 3 . Keberkesanan Akta Tuan Rumah Inapan 1952 terhadap pekerja & tetamu

Berdasarkan jadual 3 iaitu Keberkesanan Akta Tuan Rumah Inapan 1952 terhadap pekerja & tetamu mendapati peratus interprestasi perangkaan yang menunjukkan satu item bersetuju ( C3 =100) peratus dan dua item menunjukan peratusan tidak setuju yang tinggi iaitu ( C2 =73 ,C4=50) peratus.

Berdasarkan analisa yang dibuat ,penyelidik mendapati item yang mencatatkan peratusan tidak setuju yang tinggi ini wujud hasil dari ketidak fahaman yang tepat tentang liabiliti penyedia penginapan dan kepentingan Akta Tuan Rumah Inapan 1952 untuk diterangkan kepada tetamu. Walaupun pihak pekerja dan tetamu sedar tentang kewujudan Akta Tuan Rumah Inapan 1952, tetamu dilihat lebih yakin jika Akta berkenaan diterangkan secara langsung oleh pekerja ketika mendaftar masuk premis penginapan. Pekerja dan tetamu juga dilihat kurang memahami liabiliti keatas barang tetamu yang hilang atau rosak ketika berada di premis penginapan.

VI. KESIMPULAN

Hasil daripada soal selidik yang telah dijalankan boleh disimpulkan bahawa disebalik kesedaran tentang kewujudan Akta Tuan Rumah Inapan 1952, pihak penyedia penginapan kurang mempraktikkan undang-undang tersebut dalam menjaga liabilti mereka. Disamping itu pihak penyedia penginapan harus menitik beratkan prosedur di kaunter hadapan yang di praktik harian oleh setiap pekerja sejajar dengan kehendak undang-undang.

Pihak tetamu juga kurang mengetahui tentang hak-hak yang boleh dituntut oleh mereka jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan yang disebabkan oleh pihak penyedia penginapan. Kerjasama kedua belah pihak, tetamu dan penyedia penginapan harus dijalankan bagi memastikan kesejahteraan sepanjang tempoh penginapan tetamu.

Namun begitu, tetamu amat bersetuju bahawa Akta Tuan Rumah Inapan 1952 perlu digubal dalam memastikan had liabiliti adalah pada nilai yang sewajarnya seiring dengan peredaran zaman.

VII. CADANGAN UNTUK

MENGATASI MASALAH

Hasil yang daripada analisa di atas, penyelidik mencadangkan beberapa tindakan yang mungkin boleh diambil kira dalam penggubalan undang-undang berkaitan Akta Tuan Rumah Inapan 1952.

Nilai had ganti rugi RM500 dinaikkan seiring dengan zaman sekarang dan nilai tanggungjawab penyedia penginapan bergantung pada jenis dan bilangan barang-barang tetamu yang hilang atau rosak.  Mewajibkan pihak penyedia penginapan

mendapatkan butir-butir barang tetamu sebelum disimpan di peti keselamatan kaunter hadapan.

 Mewajibkan kaedah borang deklarasi jenis, nilai dan butir terperinci barang diguna pakai bagi setiap tetamu sebelum barang diserahkan ke peti simpanan keselamatan.

RUJUKAN

[1]. Akta Tuan Rumah Inapan 1952 [2]. Hotel Proprietors Act 1956 (UK). [3]. Sharija Che Saari. The Relevancy of the

Innkeepers’ Act 1952 in the Current Malaysian Accomodation Sector, Journal

of Hospitality & Tourism. 2009.pp7-8.

[4]. Gan, Joo Ee. Hospitality Law, Oxford University Press. 1st ed Malaysia. 2014.pp 275-278

[5]. O’ Connor, D. Towards a New

Interpretation of Hospitality. International

Journal of Contemporary Hospitality Management 19(4):pp309-318. 2005.

[6}. Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi-Silibus HT311. unpublished 0 20 40 60 80 100 120 C1 C2 C3 C4 C5 YA TIDAK

136

CONFERENCE

PROCEEDINGS //

Persepsi Pelajar Kejuruteraan Mekanikal Terhadap