• Tidak ada hasil yang ditemukan

atas Jepun

Dalam dokumen Modul Sejarah STPM Penggal 1 (Halaman 81-85)

5) Kemunculan

kerjaaan-kerajaan baru di

Eropah

8) Penubuhan

Liga

Bangsa-bangsa

H) KESAN PERANG DUNIA PERTAMA KE ATAS JERMAN 1. Kesan Politik

a) Perubahan pentadbiran

Perang Dunia Pertama yang berterusan menimbulkan keresahan dalam kalangan golongan bawahan seperti petani, pekerja, dan tentera. Penentangan terhadap penentangan terhadap perang juga timbul dalam kalangan ahli-ahli politik walaupun sebelum ini mereka menyokong penglibatan kerajaan dalam Perang Dunia Pertama.

Dalam keadaan ekonomi dan sosial yang terumbang-ambing di samping keadaan perang yang tidak menentu, Kaiser Wilhem II bersetuju turun takhta dan mendapat suaka politik di Belanda.

Parti Sosialis demokrat pimpinan Friedrich Ebert telah membentuk sebuah kerajaan republik yang dikenali sebagai republik Weimer. Bagaimanapun, republik ini masih menggunakan khidmat golongan tentera dan pentadbir lama untuk mengendalikan urusan negara sehinggalah Adolf Hitler berkuasa pada tahun 1933 apabila semua pihak terpaksa mengikut apa sahaja kemahuannya dalam usaha menguasai Eropah.

b) Perjanjian Versailles

Jerman terpaksa menandatangani Perjanjian Versailles pada bulan Januari hingga Jun 1919. Menurut perjanjian itu, Jerman telah diisytiharkan sebagai bersalah kerana menyebabkan peperangan dan dikehendaki membayar Bayaran Gantirugi Khas sebanyak £6,500,000,000 yang dibayar secara beransur-ansur. Jerman dikehendaki membayar sebahagian jumlah ini kepada pihak Berikat dalam bentuk kapal-kapal laut, arang batu, bahan-bahan kimia,bahan celup, lembu dan sebagainya.

Jerman juga telah kehilangan semua tanah jajahannya. Perwakilan Perancis, Clemenceau menuntut supaya Jerman melepaskan kekuasaannya di Alsace-Lorraine, Rhineland, Saar, Hulu Silesia, Danzig, Posen, Schleswig dan Prusia Timur. Ini bermakna Jerman kehilangan sebahagian besar dari sumber-sumber arang batu dan besi.

 Wilayah Saar diletakkan di bawah kawalan antarabangsa selama lima belas tahun dan selepas itu akan diadakan pungutan suara untuk menentukan tarafnya. Sementara itu Perancis telah dapat menguasai sepenuhnya lombong-lombong arang batu di Saar.  Danzig menjadi sebuah kota bebas di bawah kawalan Liga Bangsa-bangsa.

 Di Hulu Silesia, satu pungutan suara diadakan di kalangan penduduk yang terdiri dari bangsa Jerman dan Poland. Langkah ini berjaya menyelesaikan masalah di wilayah ini di mana 60% penduduknya telah memilih untuk disatukan dengan Jerman, sementara 40% dengan Poland. Berikutnya Poland mendapat kira-kira satu pertiga dari wilayah tersebut yang mengandungi sebahagian besar dari industrinya.

 Wilayah Posen, yang kebanyakan penduduknya terdiri dari bangsa Poland, telah diserahkan kepada Poland. Dengan kemasukan wilayah ini Poland sedang mempunyai ―kawasan sempit‖ yang menganjur ke laut. Bagaimanapun, ―kawasan sempit‖ yang menganjur ke laut. Bagaimanapun, ―kawasan sempit Poland‖ ini telah memisahkan Prusia Timur dari tanah besar Jerman dan kemudiannya telah menimbulkan banyak masalah.

 Wilayah Schleswig yang kebanyakan penduduknya terdiri dari bangsa Denmark telah memilih untuk kembali ke Denmark

Jerman juga dilucutkan senjata sepenuhnya, melainkan satu pasukan tentera seramai 100,000 orang. Ketua Turus Jerman tahun-tahun 1914-1918 telah dibubarkan dan tidak akan disusun semula. Jerman tidak dibenarkan memiliki kapal selam dan hanya enam buah kapal perang

kelas dua dan beberapa buah kapal kecil sahaja. Semua kegiatan tentera udara Jerman telah diharamkan.

Matlamat Perjanjian Versailles adalah untuk melumpuhkan Jerman sebagai satu kuasa besar. Rakyat Jerman begitu marah dan terhina dengan syarat-syarat tersebut.

Perdana Menteri Jerman, Philipp Scheidemann meletak jawatan sebagai tanda protes. Para perwakilan Jerman ke Versailles terpaksa menurunkan tandatangan mereka kerana yakin Jerman tidak mampu untuk ingkar dan beperang semula.

2. Kesan Ekonomi

Jerman menghadapi masalah kekurangan makanan yang mengakibatkan masalah inflasi. Kesannya kerajaan terpaksa mengenakan catuan terhadap bahan makanan penting seperti roti, kentang, susu, dan daging sehingga menyebabkan rusuhan antikerajaan pada tahun 1917 di Berlin dan Leipzip yang melibatkan hampir 300 000 pekerja.

Pada tahun 1922, nilai mata wang Jerman, Mark telah menjunam turun hingga kurang daripada seperseratus daripada nilainya pada tahun 1914. Pengeluaran industri Jerman juga terjejas. Pengeluaran arang batu dan besi Jerman jauh berkurangan daripada jumlah pengeluaran sebelum perang

3. Kesan Sosial

Perang Dunia Pertama banyak mengorbankan nyawa. Kira-kira 8.5 juta tentera terkorban dan 12.5 juta orang awam terkorban. Dari segi harta benda pula, peperangan ini mengakibatkan kemusnahan yang bernilai AS 36 760 juta

Jerman kehilangan nyawa hampir 2 juta orang.

Maruah Jerman jatuh apabila terpaksa menandatangani Perjanjian Versailles yang berat sebelah.

I) KESAN PERANG DUNIA PERTAMA KE ATAS RUSIA 1. Kesan Politik

Perang Dunia Pertama telah menamatkan pemerintahan beraja di Rusia di bawah kerajaan

Tsar yang pernah memerintah selama 400 tahun. Kekalahan demi kekalahan yang dihadapi

Rusia khususnya dalam pertempuran dengan Jerman menyerlahkan kelemahan kerajaan Tsar. Kekalahan teruk tentera Rusia di medan peperangan menyebabkan kesetiaan sebahagian tentera berbelah-bahagi kepada Tsar.

Imej kerajaan beraja jatuh kepada golongan tentera dan kelas menengah. Kerajaan juga kehilangan sokongan daripada golongan petani dan pekerja kerana tidak membela nasib mereka dalam suasana ekonomi yang muram kesan daripada Perang Dunia Pertama.

Pejuang-pejuang Revolusi yang terdiri daripada kelas menengah, pekerja, dan petani telah berpecah ekoran perbezaan kepentingan. Bagaimanapun, Vladimir Lenin berjaya mendapat sokongan pekerja dan petani kerana menyokong rampasan tanah yang dilakukan oleh petani. Dengan sokongan golongan pekerja, petani, dan tentera komunis yang berdisiplin, Lenin

berjaya menggulingkan pemerintahan dan membentuk sebuah kerajaan komunis yang pertama di dunia.

Bagi menamatkan perang dengan Jerman dan Austria, Lenin telah menandatangani Perjanjian Brest-Litovsk pada 3 Mac 1918. Melalui perjanjian tersebut, Rusia kehilangan ¼ wilayahnya di Eropah yang diserahkan kepada Jerman dan ¾ sumber arang batu dan besi. Kejayaan tersebut turut dibantu oleh peranan ejen perisikan Jerman.

Perkembangan ekonomi telah menyebabkan kemunculan golongan pekerja yang miskin dan persekitaran kerja yang kurang memuaskan. Ini telah memberi kesan kepada aspek politik apabila parti-parti politik ditubuhkan.

Golongan pekerja menubuhkan Parti Buruh Demokratik Sosial yang kemudiannya dikenali sebagai Parti Komunis. Oleh sebab perselisihan pendapat, parti ini berpecah kepada dua, iaitu: a) Menshevicks dipimpin oleh Julius Martov

b) Bolsheviks dipimpin oleh Vladimir Lenin

Demonstrasi diadakan di beberapa bandar yang turut disertai oleh golongan pekerja, petani, dan pemimpin parti-parti politik yang akhirnya membawa kepada rusuhan ekoran polis kerajaan Tsar melakukan kekerasan terhadap penunjuk perasaan.

Dengan bantuan Jerman, Lenin kembali ke Rusia. Lenin dan Bolsheviks meminta ―tanah, roti, dan keamanan‖.

a) Tanah untuk diberikan kepada petani miskin. b) Roti untuk pekerja yang kelaparan

c) Keamanan bermaksud menamatkan penglibatan Rusia dalam Perang Dunia Pertama. Bolsheviks berhasrat menubuhkan kerajaan, khususnya untuk membela nasib pekerja dan

petani. Demonstrasi terbesar berlaku di ibu negara, iaitu di Petrograd (St. Petersberg).

Walaupun Tsar telah melakukan sedikit pembaharuan politik dengan menubuhkan Duma (Parlimen) namun Duma mempunyai kuasa yang terhad.

Tentera Tsar yang kebanyakannya terdiri daripada petani berpaling tadah dan menyertai penunjuk perasaan. Tsar Nicholas II terpaksa menyerahkan tampuk pemerintahan kepada kerajaan sementara. Tsar dan keluarganya dibunuh.

2. Kesan Ekonomi

Timbul masalah dalam sektor pertanian akibat kekurangan buruh kerana empat juta buruh dalam sektor ini dikerah menyertai pasukan tentera. Keadaan tersebut menyebabkan pengeluaran pertanian terus berkurangan.

Pada tahun 1916, sistem pengangkutan tidak berfungsi. Kepincangan sistem pengangkutan memberi kesan kepada tentera Rusia yang berada di medan perang kerana bekalan gagal dihantar kepada pasukan yang memerlukan bantuan.

Pemerintahan Tsar di Rusia turut menghadapi masalah dalam belanjawan kerana terpaksa mengalihkan peruntukan dalam bidang pendidikan dan perumahan kepada keperluan ketenteraan. Lebih memburukkan keadaan, kesan perang yang berterusan menyebabkan jumlah kilang yang ditutup semakin bertambah dan Rusia menghadapi kekurangan bahan bakar yang serius.

Keresahan dalam kalangan masyarakat berlaku dan mogok yang melibatkan tiga juta pekerja terjadi pada tahun 1916. Keadaan seperti ini memudahkan rakyat melancarkan revolusi terhadap pemerintahan Tsar.

3. Kesan Sosial

Rusia negara paling teruk terjejas kehilangan lebih 2 juta orang Sistem pengangkutan tidak berfungsi.

Perbelanjaan untuk pendidikan dan perumahan terpaksa disalurkan kepada keperluan ketenteraan.

4.2.2 PERANG DUNIA KEDUA (DI PASIFIK 1942 – 1945) – JEPUN & AMERIKA SYARIKAT

A) LATAR BELAKANG

Perang Dunia Kedua berlaku selepas 20 tahun Perang Dunia Pertama. Sebagaimana Perang Dunia Pertama, peperangan ini juga bermula di Eropah dan kemudiannya merebak ke negara-negara Asia. Perang Dunia Kedua bermula di Eropah pada tahun 1939 apabila Jerman menyerang Poland. Di rantau Pasifik, Jepun menyerang Pangkalan tentera laut di Pearl Harbour, Hawaii pada 7 Disember 1941 dan ini menyebabkan Amerika Syarikat menyertai pihak Bersekutu dalam Perang Dunia Kedua.

Antara pihak yang terlibat dalam Perang Dunia Kedua ialah Kuasa Paksi yang terdiri daripada Jerman, Itali dan Jepun dan Kuasa Bersekutu (Berikat) yang terdiri daripada Britain, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat.

B) FAKTOR-FAKTOR MELETUSNYA PERANG DUNIA KEDUA - UMUM 1) Ketidakpuasan terhadap Perjanjian Versailles

 Jerman tidak puas hati kerana: i. hilang semua tanah jajahannya.

ii. dipaksa membayar pampasan peperangan

iii. Perancis menduduki Saar yang kaya dengan arang batu sehingga Jerman menjelaskan pampasan itu.

iv. Angkatan tentera darat dan laut Jerman dihadkan.

v. Jerman dilarang menempatkan tenteranya di Rhineland yang bersempadan dengan Perancis.

vi. Pampasan yang tinggi menyebabkan Jerman menghadapi inflasi dan kemelesetan ekonomi.  Itali tidak puas hati. Walaupun menyebelahi pihak yang menang Itali tidak diberi sebarang

tanah jajahan seperti yang diterima oleh Britain dan Perancis. 2) Kebangkitan Itali

 Parti Fasis di bawah pimpinan Benito Mussolini berjaya memulihkan keadaan sosial, politik dan ekonomi Itali pada tahun 1922.

 Antara perubahan yang dilakukan oleh Mussolini ialah:

i) Itali diletakkan di bawah sebuah parti politik sahaja iaitu Parti Fasis. ii) keadaan ekonomi dipulihkan dengan langkah radikal

iii) memperluaskan tanah jajahan untuk menebus maruah bangsanya

KUASA BERSEKUTU

 Britain (Winston Churchill)

 Rusia (Joseph Stalin)

 Amerika Syarikat (Franklin

Roosevelt)

 China (Chiang Kai Shek)

KUASA PAKSI

Dalam dokumen Modul Sejarah STPM Penggal 1 (Halaman 81-85)