• Tidak ada hasil yang ditemukan

C) FAKTOR-FAKTOR KEGAGALAN GERAKAN MENGUATKAN DIRI

Dalam dokumen Modul Sejarah STPM Penggal 1 (Halaman 52-57)

1) KETIADAAN

PEMIMPIN NASIONAL - Tiada pemimpin yang cekap dan dinamik

- Putera Kung disingkir oleh Maharani Dowager Tzu Hsi - Pemodenan di wilayah berdasar budi bicara - Tiada garis panduan & pengawasan

- Pegawai tidak cekap, penyelewengan, rasuah

2) TIADA KERJASAMA DAN PENYELARASAN - Tiada persefahaman antara kerajaan pusat dan wilayah - Pemimpin di wilayah pentingkan kedudukan - Kerajaan Manchu curiga dengan pegawai yang terlibat kerana perbezaan keturunan - Bimbang pemimpin berketurunan China merampas kuasa 3) PENENTANGAN GOLONGAN KONSERVATIF

- Penentangan hebat selepas Putera Kung disingkirkan - Maharani Dowager anti asing, anti pemodenan, guna

peruntukan wang untuk tentera bagi memulihkan istana

- Golongan sarjana dan pegawai kerajaan China masih berpegang prinsip bahawa peradaban China lebih tinggi daripada kuasa Barat

- Masih setia dengan ajaran Confucianisme – pemodenan jejas adat resam nenek moyang 4) PEMODENAN YANG

TERHAD

- Tidak meliputi semua bidang

- Tumpuan kepada aspek ketenteraan

- Tidak melaksanakan pembaharuan yang radikal - Masih bertolak ansur dengan institusi tradisional

5) KEMELESETAN EKONOMI

-Sejak awal masalah kewangan serius - Bencana alam: banjir, kemarau dll

- Kritikal – perbelanjaan tentera dan ganti rugi perang - Masalah candu – masuk secara bebas – imbangan perdagangan tidak seimbang

6) KESAN IMPERIALISME BARAT

- Negara China terpaksa menanggung kos perang dan ganti rugi yang tinggi

- Politik tidak stabil – pemimpin tidak memberi perhatian kepada program pembaharuan

- Pemberian hak wilayah asingan dan hak keistimewaan

perdagangan menjejaskan pendapatan China

- Industri tempatan terjejas – barang import – cukai rendah KESIMPULAN:

- Gerakan Menguatkan Diri menemui kegagalan

4) GERAKAN ISLAH 1898 (REFORMASI 100 HARI)

A) PENGENALAN

Tempoh: 103 hari (11 Jun – 20 September 1898) Pengasas: Kang Yu Wei (1858 – 1927)

Tokoh lain: Liang Chi Chao, Huang Tsun Hsien, Tan Ssu Tung dan Wang Kang Nien Tujuan:

Menyusun semula institusi sosial dan politik mengikut teknik-teknik Barat bagi mewujudkan negara yang kuat dan moden

Kesenimbungan Gerakan Menguatkan Diri

Memorandum Kang Yu Wei kepada Maharaja Kuang Hsu:

CADANGAN:

i) Pemodenan pasukan tentera dan polis

ii) Penubuhan sekolah-sekolah moden dan teknikal

iii) Pemansuhan Sistem Peperiksaan Awam diganti dengan sistem peperiksaan baru yang berfokus kepada isu-isu semasa

iv) jawatan-jawatan tidak penting dihapuskan v) Belanjawan tahunan negara China disediakan

B) SEBAB-SEBAB PELAKSANAAN GERAKAN ISLAH

1) PENCEROBOHAN KUASA ASING - Maruah negara China terjejas teruk - Banyak wilayah dikuasai orang asing - Antaranya:

i) Jepun menguasai Korea, Farmosa dan sebahagian Selatan Manchuria ii) Jerman menguasai Teluk Kiachow

iii) Inggeris menguasai Pelabuhan Wei Hai Wei iv)Perancis menguasai Teluk Kwangchow

- maharaja menyokong rancangan reformasi untuk menyelamatkan negara China

2) KEGAGALAN GERAKAN MENGUATKAN DIRI

- Gerakan Menguatkan Diri yang dilaksanakan oleh kerajaan Manchu di bawah Li Hung Chang, Tseng Kuo-fan dll gagal capai matlamat

- Kekalahan dalam peperangan menyebabkan maruah negara sebagai „middle

kingdom‟ jatuh

- Kang Yu Wei dll mengatur strategi baru yang lebih radikal untuk modenkan China seperti yang dilakukan oleh Jepun

3) KEMUNCULAN GOLONGAN REFORMIS

- menjelang pertengahan abad ke-19 muncul pelbagai golongan yang berusaha membaiki imej negara China

i) Wang Tung-ho – konservatif – berpendapat bahawa asas pemodenan harus berpandukan ajaran moral dan kebudayaan tradisional Cina

ii) Chang Chin Tung – kaji semua sistem pendidikan – gabung ilmu Barat dengan tradisional Cina

iii) Dr Sun Yat Sen – terlalu radikal, anti monarki – mahu tubuh kerajaan republik iv) Kang Yu Wei – gabung idea Chang Chin Tung dan Dr Sun Yat Sen – tidak

beri penekanan kepada ajaran tradisional dan tidak berhasrat menggulingkan Dinasti Manchu. Berusaha mengukuhkan pemerintahan seperti yang dilakukan oleh Peter The Great di Rusia dan Maharaja Meiji di Jepun.

4) KESEDARAN GOLONGAN PELAJAR

- Golongan intelektual mula sedar pentingnya pembaharuan untuk ubah imej negara agar setanding dengan kuasa Barat

- Cetus kesedaran masyarakat dan pemimpin China supaya sokong pembaharuan melalui akhbar dan kelab-kelab bacaan

SEBAB

-SEBA

B

PELAK

SANAA

N GE

RAK

AN IS

LAH

C) LANGKAH-LANGKAH GERAKAN ISLAH 1) PENTADBIRAN

Memberi peluang dan keutamaan kepada pegawai Cina berkemahiran teknologi barat dan ilmu pengetahuan moden mengetuai pentadbiran. Mansuh jawatan tidak menguntungkan seperti Lembaga Jamuan, Jabatan

Perayaan Negara, Lembaga Penyembahan Korban dan Lembaga Kehakiman. Jawatan gabenor wilayah Hupeh, Kwangtung dan Yunan juga dihapuskan – jimat kos.

Masyarakat tempatan digalakkan mengemukakan cadangan yang membina untuk baiki mutu pentadbiran.

Menggalakkan pegawai-pegawai tinggi kerajaan melawat negara asing. Meningkatkan kecekapan pentadbiran dengan cara mengatasi kelewatan

melalui pengenalan atur cara baru dan senang.

Memodenkan angkatan tentera dan pasukan polis – Jabatan Perang kaji kelemahan tentera dan memulihkannya.

Membaiki dan meringkaskan undang-undang.

2) EKONOMI

Galakkan diberi kepada penduduk supaya tidak tertumpu pada pertanian sahaja – pelbagai – perusahaan, perlombongan dan perdagangan.

Tubuh biro perdagangan, perlombongan dan perdagangan – meningkatkan kemajuan dan penyelarasan.

Majukan sistem perhubungan dan infrastruktur – kereta api, jalan raya, pos dan telegraf.

Belanjawan negara disediakan.

3) PENDIDIKAN

Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam tradisional yang berasaskan pengajian klasik Cina dihapuskan dan digantikan dengan sistem peperiksaan moden yang berkaitan dengan isu-isu semasa merangkumi bidang politik, ekonomi dan sosial.

Universiti Kebangsaan Peking ditubuhkan – belajar pengajian klasik Cina dan tamadun Barat.

Membina institusi pengajian tinggi dan sekolah. Maktab dan sekolah moden ditubuhkan di bandar utama dan sekolah rendah di daerah dan kampung. Biro Penterjemahan ditubuhkan di Shanghai.

Pusat Pengajian Khas ditubuhkan untuk mengkaji mata pelajaran barat agar serasi dengan matlamat untuk menguat dan memodenkan negara China.

LANGKAH

L

ANG

KAH

GE

RAKAN IS

LA

H

D) SEBAB-SEBAB KEGAGALAN GERAKAN ISLAH 1) TENTANGAN REFORMIS KONSERVATIF

 Golongan sarjana menolak pembaharuan radikal Kang Yu Wei kerana pertentangan ideologi  Pembesar istana yang diketuai oleh Maharani Dowager Tzu Hsi menentang kerana kedudukan

terjejas.

 Kedudukan Maharani Dowager terancam apabila Li Hung Chang (Yamen) dipecat dan baginda tersinggung kerana Maharaja Kuang Hsu tidak berbincang dengannya tentang idea pembaharuan  Kang Yu Wei meminta maharaja mengarahkan jeneral Tentera Yuan Shih Kai menangkap Maharani

dan penasihatnya Jung-lu, tetapi Yuan Shih Kai berpaling tadah

 21 Sept 1898 Maharani dengan bantuan tentera merampas kuasa daripada Maharaja dan berakhirlah Gerakan Pembaharuan 100 Hari

 Kang Yu Wei dan Liang Chih Chao melarikan diri ke Jepun. Pemimpin lain dijatuhkan hukuman mati tanpa bicara.

1) TENTANGAN PEGAWAI MANCHU

 Menentang kerana kebanyakan reformis terdiri dari orang Cina yang berasal dari wilayah Selatan yang anti-Manchu. Bimbang mereka balas dendam.

 Bertambah curiga apabila golongan reformis diberi jawatan tinggi. Contoh, Liang Chih Chao diberi kuasa ke atas Biro Terjemahan.

 Setiausaha diraja bernama Kang-I mendakwa pembaharuan menguntungkan orang-orang Cina sahaja.  Pemecatan pegawai yang tidak penting, rasuah dan menerima gaji tanpa bekerja yang berjumlah 50

000 di Peking telah menyebabkan mereka kecewa dan menyertai kongsi gelap menentang Gerakan Islah.

 Pemansuhan Sistem Peperiksaan Awam – menyekat peluang orang Manchu berkhidmat dalam kerajaan

3) TENTANGAN MASYARAKAT CINA

 Golongan fanatik masih menganggap budaya Cina yang terbaik di dunia. Budaya Barat dianggap asing , tidak bernilai dan barbarian- tidak boleh diterima.

 Pembaharuan dianggap menambah peluang orang asing menakluk negara China.

 Idea pembaharuan sukar difahami oleh masyarakat Cina – tidak realistik dan sukar dipraktikkan

4) KELEMAHAN KANG YU WEI DAN MAHARAJA KUANG HSU

 Kang Yu Wei bukan pemimpin politik yang praktikal – pengetahuan tentang tamadun Barat terhad  Kesilapan menentang Maharani Dowager yang memegang kuasa sebenar dan menguasai tentera

menyebabkan Gerakan Islah tidak mendapat sambutan ramai.  Maharaja Kuang Hsu tidak berpengalaman dan lemah.

5) KETIADAAN SOKONGAN GOLONGAN TENTERA

Golongan tentera berpihak kepada Maharani Dowager

Panglima tentera yang diharapkan iaitu jeneral Yuan Shih Kai berpaling tadah dan menyebelahi

Maharani

6) KEMEROSOTAN EKONOMI

Rancangan pembaharuan memerlukan banyak wang sedangkan negara China menghadapi krisis

kewangan yang serius – kejatuhan hasil pertanian, bencana, kekurangan tanah pertanian dan hutang

SEB

A

B

– SEB

A

B K

EGA

GA

LAN

GER

A

KA

N ISLAH

E) KESAN PERLAKSANAAN GERAKAN ISLAH

1) PENERUSAN BEBERAPA PEMBAHARUAN

Pemimpin Kerajaan Manchu seperti Maharani Dowager mula menyedari

Dalam dokumen Modul Sejarah STPM Penggal 1 (Halaman 52-57)