• Tidak ada hasil yang ditemukan

Modul Sejarah STPM Penggal 1

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Modul Sejarah STPM Penggal 1"

Copied!
148
0
0

Teks penuh

(1)

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU

MODUL SEJARAH STPM

(MODULAR)

(2)

PRAKATA

Modul pembelajaran dan pengajaran Sejarah Dunia (940/1)

ini dihasilkan untuk dijadikan panduan para Guru Sejarah Prauniversiti, khasnya di negeri Terengganu. Sukacita

dimaklumkan para panel penggubal modul ingin menjelaskan bahawa modul ini bukanlah teks

wajib yang perlu digunakan oleh para guru sekalian. Sehubungan dengan itu, pihak panel

penggubal modul sedia menerima sebarang pandangan yang boleh menambahbaikkan kualiti

modul yang dihasilkan ini. Panel penggubal modul juga ingin merakamkan jutaan terima kasih

atas respons yang positif daripada kalangan guru mata pelajaran Sejarah Prauniversiti, demi

memastikan kecemerlangan subjek Sejarah dalam kalangan calon STPM negeri Terengganu.

Sekian, terima kasih.

―TERENGGANU ANJUNG ILMU‖ Salam hormat.

(3)

TEMA 3 : KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN 3.1 SISTEM EKONOMI

3.1.1 FEUDALISME DAN KAPITALISME

Definisi Feudalisme Definisi Kapitalisme

Kamus Dewan

Sistem kemasyarakatan yang dikuasai oleh kaum bangsawan.

Sistem pembahagian tanah kepada kaum bangsawan di Eropah pada zaman dahulu

(kaum petani yang mengusahakan tanah diwajibkan memberikan khidmat kepada kaum bangsawan iaitu tuan punya tanah).

Menurut Ishak Saat, ‗feudalisme‘ bermaksud corak perhubungan pemerintah dengan yang diperintah yakni lebih berbentuk kesatuan dalam keadaan iaitu setiap golongan saling memerlukan. Oleh itu, sosio-ekonomi memperlihatkan pengaruh ‗fedualisme‘, iaitu sistem ekonomi yang berkait rapat dengan perbezaan darjat manusia yang melahirkan dua kelas manusia, iaitu kelas Raja dan Bangsawan dengan golongan rakyat biasa. Walaupun ini mewujudkan kelas manusia dalam ekonomi namun masyarakat saling memerlukan dalam konteks penghasilan ekonomi.

Kapitalisme berasal dari perkataan ‗ capital ‗ yang bermaksud ―modal‖. Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan berasaskan keuntungan. Takrif individu di sini juga boleh merujuk kepada sekumpulan individu seperti syarikat. Sistem ekonomi kapitalis berdasarkan kuasa pasaran bebas dalam menentukan pengeluaran, kos, menetap harga barang dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan. Dikenali sebagai laissez faire. Sistem ini menggalakkan pengumpulan modal, kebebasan ekonomi, hak milik persendirian, kebebasan pasaran dan perniagaan untuk keuntungan.

Ringkasnya Kapitalisme adalah sistem ekonomi bebas berasaskan pemilikan harta sendiri serta perniagaan atau perusahaan bermatlamatkan keuntungan, kewangan

(4)

i) Menghuraikan sistem ekonomi feudal di Asia (Jepun dan China) pada abad ke-16.

Feudalisme di Jepun.

Sepanjang abad ke-16, Jepun diperintah oleh Kesyogunan Ashikaga (1490-1573), dan pemerintah daimyo seperti pemerintahan Oda Nobunaga (1573-1582), dan pemerintahan Toyotomi Hideyoshi (1582-1598). Pada zaman pemerintahan keshogunan Ashikaga (1339-1573) merupakan zaman pertumpahan darah yang berpanjangan dalam sejarah Jepun. Tiada kerajaan pusat yang kuat yang memerintah Jepun pada masa itu. Keshogunan Ashikaga hanya berkuasa di lapan wilayah di bahagian timur sahaja. Ketiadaan kerajaan pusat yang kuat menyebabkan pembesar wilayah atau daimyo membebaskan diri mereka daripada Maharaja yang berpusat di Kyoto dan daripada shogun yang berpusat di Muromachi. Peringkat akhir pemerintahan keshogunan Ashikaga dinamakan sebagai ―zaman penggulingan golongan atas oleh golongan bawah‖. Pusat kuasa berpindah dari ibu kota ke kawasan estet dan kawasan pemerintahan feudal. Corak sistem beraja berubah daripada hubungan antara Maharaja dengan daimyo kepada hubungan tuan tanah dengan vasal tanpa kuasa pusat yang kuat. Raja dan golongan bangsawan menjadi semakin miskin kerana vassal atau daimyo tidak lagi mengagihkan sebahagian daripada pendapatan estet kepada mereka. Pihak shogun sendiri tidak mempunyai kuasa untuk memastikan pendapatan daripada estet diagihkan kepada Maharaja dan golongan bangsawan. Keadaan diburukkan lagi berikutan berlakunya perang antara daimyo yang berlanjutan antara tahun 1534-1615 sehingga dikenali sebagai Sengoku Jidai (Zaman Perang Saudara).

Tanah dikuasai oleh golongan daimyo membentuk estet-estet persendirian yang dikerjakan oleh golongan petani. Daimyo berkuasa penuh di estet yang dikuasainya, mereka mengenakan cukai-cukai ke atas petani. Daimyo pula akan menyerahkan sebahagian daripada hasil cukai tersebut kepada shogun dan maharaja, sebagai kuasa politik tertinggi yang memiliki tanah. Oleh kerana, tiada kerajaan pusat yang kuat maka golongan daimyo tidak berbuat demikian.

Walaupun keadaan pada masa itu dalam keadaan huru-hara, tetapi bidang pertanian telah meningkat maju dengan pengenalan teknik pertanian baru. Hasil pertanian telah meningkat sebanyak dua hingga tiga kali ganda. Dua jenis tanaman utama diusahakan setiap tahun iaitu gandum dan barli di samping tanaman padi. Lembu dan kuda mula digunakan secara meluas dalam proses penanaman tanaman. Sistem pengairan juga telah diperkenalkan. Selain itu, teh dan kapas turut ditanam secara besar-besaran. Gologan petani mempunyai taraf yang baik hasil daripada pemberontakan petani yang berlaku sebelumnya. Apabila ekonomi berkembang, pengkhususan kerja mulai wujud dengan bertambahnya bilangan golongan tukang dan pedagang.

Dalam bidang perdagangan, sistem feudal di Jepun berbeza daripada sistem feudal di Barat. Golongan pedagang tidak ditindas sebagaimana golongan pedagang di Eropah pada Zaman Pertengahan Awal. Para daimyo telah menggalakkan perdagangan kerana ia memberikan mereka keuntungan yang banyak kepada mereka. Organisasi-organisasi persatuan (guilds) atau za dalam bahasa Jepun, mula ditubuhkan untuk memonopoli pengeluaran dan pasaran barangan tertentu. Pusat-pusat pertukaran wang, kedai-kedai beras dan sake (arak) berkembang pesat di bandar-bandar wilayah seperti di Kawana, Sakai (Osaka), Ise, Hakata dan lain-lain. Bandar Osaka menjadi kota bebas yang diperintah oleh golongan pedagang kerana tiadanya kerajaan pusat yang kuat. Pihak berkuasa tempatan sedar akan kepentingan aktiviti perdagangan terutamanya dengan dunia luar. Ekonomi wang mula berkembang melalui pengenalan tanomoshiko atau mujinko (Persatuan Kewangan). Penggunaan mata wang telah memesatkan aktiviti perdagangan antara pedagang tempatan dengan pedagang luar seperti pedagang China dan Portugis. Menjelang tahun 1550, ramai pedagang Portugis telah memasuki Jepun atas galakan daripada penguasa tempatan.

(5)

Para pedagang Jepun juga menguasai laut dan perdagangan terutamanya di kawasan Asia Tenggara.

Kepesatan aktiviti perdagangan telah membawa kepada perkembangan bidang perindustrian di Jepun pada abad ke-16. Pengeluaran barang-barang tembikar telah meningkat dengan pesat dan bandar Seto di wilayah Owari menjadi pusat pengeluaran barang-barang tembikar di Jepun. Industri perlombongan juga berkembang dengan pengeluaran emas, perak dan tembaga bertambah dengan banyaknya.

Walaupun, negara Jepun pada abad ke-16, diselubungi oleh kekacauan, tetapi era tersebut menyaksikan perkembangan yang pesat dalam bidang ekonomi terutamanya dalam bidang pertanian dan perdagangan. Sistem feudal terus berlangsung di Jepun hingga akhir abad ke-19.

(6)

Feudalisme di China.

Sistem feudal di China telah bermula sejak zaman Dinasti Shang lagi dan berlanjutan sehingga abad ke-19. Dalam perkembangan sejarah sistem feudal di China, terdapat satu bentuk keterikatan antara aktiviti masyarakat dengan tanah. Sebagai masyarakat yang menjadikan aktiviti pertanian sebagai aktiviti utama, maka tanah menjadi komoditi yang sangat penting. Tuan-tuan tanah yang dianugerahkan tanah oleh maharaja bebas mentadbir dan memperluaskan tanah mereka. Walaupun mempunyai kerajaan pusat yang kuat, tetapi Maharaja tidak dapat memberikan perhatian kepada semua tuan tanah kerana faktor saiz negara China yang terlalu luas. Selain dari golongan pembesar, golongan sami Buddha turut menjadi tuan-tuan tanah yang berpengaruh dan berkuasa.

Sepanjang abad ke-16, China berada di bawah pemerintahan Dinasti Ming (1368-1644). Berbeza dengan nerara Jepun, China pada masa itu mempunyai sebuah kerajaan pusat yang kuat di kota Nanking dan kemudiannya di pindahkan ke kota Beijing. Pada zaman itu, kegiatan pertanian masih menjadi aktiviti yang penting dan golongan pembesar (tuan tanah) masih berkuasa ke atas golongan petani. Kebanyakan sistem feudal yang diamalkan sepanjang abad ke-16, adalah warisan daripada pemerintahan Raja-raja Ming yang memerintah sebelum abad ke-ke-16, iaitu Maharaja Hong Wu (1368-1398) dan Maharaja Yung Lo (1403-1424).

Para Maharaja Ming, sangat bencikan sistem yang digunakan semasa pemerintahan Dinasti Yuan (Mongol). Mereka telah menghapuskan semua sistem yang digunakan sewaktu pemerintahan Mongol dan menggantikannya dengan sistem yang digunakan sewaktu pemerintahan Dinasti Song. Pada masa pemberontakan menentang Mongol, ramai tuan-tuan tanah telah melarikan diri ke tempat lain untuk mencari perlindungan. Oleh itu, Maharaja Hong Wu (pengasas Dinasti Ming) telah menggubal satu daftar tanah yang baru bagi menyusun semula pentadbiran tanah pertanian. Ia juga bertujuan supaya tidak ada orang yang dapat mengelakkan diri daripada membayar cukai. Selain itu, Maharaja Hong Wu telah membahagi-bahagikan tanah kepunyaan rumah-rumah berhala Buddha kepada golongan petani. Kegiatan pertanian dimajukan dengan memperbaiki sistem pengairan supaya golongan petani mempunyai bekalan air untuk tanaman mereka. Masalah tenaga buruh dapat diatasi dengan mengambil golongan gelandangan untuk mengerjakan tanah pertanian. Mereka diberi tanah dengan dikenakan cukai yang rendah.

Maharaja mentadbir wilayah-wilayahnya dengan melantik golongan bangsawan sebagai penguasa yang bertanggungjawab mentadbir kawasan luar bandar dan petani. Gabenor-gabenor dilantik untuk melicinkan pentadbiran pada peringkat wilayah. Mereka turut diberi tanggungjawab untuk memungut cukai.

Hasil daripada usaha-usaha pemerintah China memperbaharui semula sistem feudal, telah menghasilkan kemajuan yang cemerlang sehingga dianggap sebagai era Revolusi Pertanian di China. Kaedah-kaedah baru telah diperkenalkan seperti tanaman padi dua musim, dan sistem tanaman bergilir dalam skala yang besar, penggunaan baja dan lain-lain. Pengeluaran hasil pertanian bertambah dengan banyaknya. Tanaman-tanaman baru diperkenalkan seperti tembakau, jagung, ubi kentang dan lain-lain. Hasil pertanian terutamanya bijirin diangkut melalui Terusan Besar yang telah dibina semula pada era pemerintahan Maharaja Yung Lo. Terusan sepanjang 1776 km itu menghubungkan antara Beijing di utara dengan Hangzhou di selatan. Ia juga merupakan jalan perdagangan yang penting di China.

Selain itu, golongan petani juga mengusahakan perusahaan sampingan seperti membuat kain sutera, barangan tembikar, kertas dan lain-lain. Selain dari mengerjakan tanah pertanian

(7)

golongan petani juga dikehendaki berkhidmat untuk kerja-kerja kerahan seperti menjadi buruh dalam sektor perlombongan, perkilangan dan membina kapal.

Pada abad ke-16, aktiviti perdagangan menjadi penting berikutan kemajuan dalam bidang pertanian. Barangan yang dihasilkan oleh golongan petani seperti sutera dan tembikar mendapat permintaan yang tinggi terutamanya daripada pedagang-pedagang asing. Hubungan perdagangan dengan Barat menjadi penting dengan kedatangan Portugis, Sepanyol, Belanda dan Inggeris. Kepesatan aktiviti perniagaan dan perdagangan serta industri menandakan permulaan era kapitalime di China.

Pada akhir pemerintahan Dinasti Ming, kerajaan pusat telah menjadi lemah, golongan bangsawan telah mengambil kesempatan untuk menindas golongan petani untuk mengumpul kekayaan peribadi. Akibat penindasan itu, golongan petani telah bangkit menentang Maharaja Ming. Pemberontakan golongan petani yang dipimpin oleh Li Tzu-Cheng itu, telah berjaya membebaskan wilayah Honan pada tahun1636. Pada tahun 1640, wilayah Shensi dan Shansi pula jatuh ke tangan golongan petani.

(8)

(ii) Menghurai sistem ekonomi feudal di Eropah pada abad ke-16 hingga 18.

Feudalisme di Jerman.

Feudalisme di Jerman bermula pada abad ke-9 apabila berlakunya perpecahan Empayar Rom Suci (Holy Roman Empire) selepas kematian Raja Charlemagne. (Empayar Rom Suci terus berkuasa hingga tahun 1806). Negara Jerman selepas Charlemagne telah dibahagi-bahagikan antara pewaris-pewarisnya. Keadaan geografi Jerman yang luas telah menyebabkan berlakunya pengasingan kuasa pemerintahan atau desentralisasi kuasa pemerintahan, mewujudkan ratusan negeri-negeri kecil yang diperintah oleh raja-raja, duke,count, baron dan knight. Keadaan ini berlarutan hingga abad ke-18 di mana negara Jerman terbahagi kepada lebih 200 buah negeri.

Ketiadaan kerajaan pusat yang kuat serta serangan puak-puak gasar (Viking dan Magyar) telah membawa kepada kemunculan sistem feudal yang berasaskan kepada tanah. Raja masih dianggap sebagai pemilik tanah yang tunggal. Raja akan mengurniakan tanah kepada golongan bangsawan atau vassal (tuan tanah) dengan syarat-syarat tertentu. Fief atau tanah yang dberikan oleh Raja kepada vassalnya bertujuan mengikat persetiaan antaranya dengan vassal seperti untuk mendapatkan khidmat tentera dan keperluan kehidupannya yang lain. Dengan menguasai fief seseorang tuan tanah akan turut menguasai sumber ekonomi, mempunyai kuasa memungut cukai, mengawal institusi kewangan, tenaga buruh dan sebagainya. Sesebuah fief juga boleh diwariskan kepada keturunannya atau diberikan kepada orang lain. Golongan bangsawan dan paderi menjadi kaya hasil daripada hasil cukai yang dikenakan ke atas golongan serf. Mereka hidup dari hasil tanah tanpa mengerjakannya. Sebaliknya golongan bangsawan (tuan tanah) bertanggungjawab menjaga keselamatan golongan serf (petani) dengan kekuatan tentera yang mereka miliki.

Dalam sistem ini rakyat (serf) terikat dengan fief tempat kelahiran mereka. Mereka bertanggungjawab melakukan kerja-kerja pertanian dan kerja-kerja berat yang lain. Aktiviti pertanian yang dijalankan adalah bersifat primitif dengan hasil pengeluaran yang sedikit. Bijirin yang ditanam serta binatang ternakan yang diternak tidak mencukupi untuk keperluan golongan petani. Mereka terpaksa menjalankan aktiviti sampingan, iaitu memburu babi hutan bagi menampung keperluan harian mereka. Oleh kerana, ekonomi Jerman yang berasaskan kepada fief (tanah), maka perkembangan ekonominya adalah bersifat setempat, perdagangan dijalankan secara barter dan penggunaan mata wang yang terhad.

Pada permulaan abad ke-16, Empayar Rom Suci bertambah lemah. Jerman telah berpecah kepada lebih daripada 300 buah negeri yang berasingan. Misalnya, Austria diperintah oleh duke, Brandenburg diperintah oleh putera raja, Palatinate diperintah oleh count dan bandar-bandar diperintah oleh golongan baron. Negeri-negeri ini bergabung dalam satu unit politik yang longgar di bawah ikatan kemaharajaan yang lemah. Pada masa yang sama, ekonomi Jerman masih bergantung kepada kegiatan pertanian. Kekayaan seseorang masih diukur berdasarkan keluasan tanah yang dimilikinya.Golongan vassal masih menganggap golongan petani sebagai hamba. Kemiskinan dan penindasan terhadap golongan petani telah membawa kepada perasaan tidak puas hati di kalangan mereka. Menjelang tahun 1524, golongan petani telah memberontak menentang tuan-tuan tanah dan golongan paderi. Pemberontakan tersebut gagal dan kuasa golongan bangsawan telah meningkat. Walaupun pemberontakan tersebut mendapat perhatian daripada kerajaan namun kehidupan golongan petani menjadi lebih teruk berbanding dengan kehidupan golongan petani di nagara-negara Eropah yang lain.

Menjelang abad ke-18, kegiatan pertanian masih dijalankan oleh petani-petani yang terikat dengan sistem feudal. Golongan bangsawan berhak mentadbir undang-undang feudal ke atas petani dan mahkamah tuan tanah. Pada tahun 1770 hingga 1830, muncul gerakan untuk

(9)

membebaskan golongan petani (serf) daripada penindasan tuan-tuan tanah feudal. Misalnya, kerajaan Prussia telah memansuhkan sistem feudal melalui ‖Pengisytiharan Oktober 1807‖ yang membenarkan golonggan serf membeli tanah yang mereka usahakan daripada tuan tanah. Hasilnya, ramai petani yang berjaya dibebaskan daripada kontrak atau peraturan feudal yang menengkehendaki mereka berkhidmat kepada tuan-tuan tanah. Akhirnya, kebangkitan ekonomi kapitalisme dan kelahiran golongan borjuis (golongan pertengahan) yang kaya telah menamatkan sistem ekonomi feudal di Jerman.

(10)

Feudalisme di Perancis.

Pada abad ke-16, Perancis telah muncul sebagai sebuah negara monarki kebangsaan. Raja-raja Perancis telah berjuang untuk menghapuskan sistem feudal yang dianggap sebagai penghalang kepada raja untuk memerintah Perancis secara menyeluruh. Raja Louis XIII telah berusaha untuk mengurangkan pengaruh golongan bangsawan feudal dengan melantik pegwai-pegawai yang digelar intendant. Mereka dilantik daripada golongan borjuis dan bukannya daripada golongan bangsawan. Tugas mereka ialah untuk mentafsir dan memungut cukai, menubuhkan pasukan tentera, serta menlaksanakan undang-undang dan kehakiman di semua wilayah Perancis. Dengan itu, kuasa golongan bangsawan feudal yang menjadi gabenor-gabenor dapat dikurangkan. Jawatan gabenor hanya merupakan jawatan kehormat tanpa mempunyai kuasa. Walau bagaimanapun, sistem feudal tetap wujud di Perancis kerana ia adalah tradisi kehidupan di Eropah pada masa itu. Sistem ekonomi feudal masih menjadi asas utama kepada pemerintahan beraja mutlak di Perancis. Tanah dan kuasa politik kekal berkaitan antara satu sama lain. Dengan itu, keadaan seperti Zaman Pertengahan tetap berterusan di mana tanah tetap dikuasai oleh segelintir rakyat daripada golongan yang berkuasa sahaja.

Pada abad ke-18, masyarakat Perancis dibahagikan kepada tiga golongan. Golongan yang pertama terdiri daripada golongan bangsawan yang mempunyai pelbagai keistimewaan. Mereka terdiri daripada tuan-tuan tanah. Golongan yang kedua pula ialah golongan paderi yang mempunyai keistimewaan yang sama seperti golongan bangsawan. Mereka dikecualikan daripada membayar cukai serta dikecualikan daripada perkhidmatan tentera. Gereja mempunyai tanah yang luas dan menguasai golongan petani. Manakala golongan yang ketiga pula ialah golongan rakyat biasa yang terdiri daripada golongan pertengahan dan petani.

Petani merupakan golongan yang terbesar dalam masyarakat Perancis. Golongan yang terbesar dalam kalangan petani ialah mereka yang bekerja di tanah kepunyaan bangsawan. Mereka dikenakan cukai yang pelbagai jenis seperti cukai langsung iaitu cukai tanah, cukai harta atau vingtieme serta cukai tidak langsung seperti cukai garam atau gabelle, taille, cukai keluarga atau poltax. Petani-petani dikehendaki membayar cukai feudal kepada seigneur di atas kemudahan yang disediakan seperti menggunakan kilang gandum, dapur dan alat pemerah anggur. Mereka juga dikehendaki melaksanakan kerja paksa atau corvee. Selain itu terdapat juga petani yang menjadi hamba, mereka boleh dijualbeli apabila berlaku jualbeli ke atas tanah yang mereka diami.

Golongan bourjuis atau golongan pertengahan yang terdiri daripada saudagar, pedagang, pengusaha, peguam, doktor dan profesional tinggal di bandar-bandar kerana sistem feudal tidak sesuai bagi mereka dan mereka tidak suka membeli tanah memandangkan cukai tanah yang tinggi.

Pada abad ke-18, sistem feudal di Perancis tamat apabila berlakunya Revolusi Perancis 1789. Regim baru yang memerintah Perancis telah menghapuskan sistem feudal bagi mewujudkan persamaan dalam masyarakat. Tanah kepunyaan tuan-tuan tanah dan institusi gereja telah diagihkan kepada rakyat. Ladang-ladang yang luas milik institusi gereja pula telah dimiliknegarakan dan dijual dalam bentuk bon (assignats). Manakala pada zaman pemerintahan Napoleon, beliau telah membahagikan tanah yang masih belum diagih kepada golongan kelas pertengahan yang berkhidmat dengan kerajaan. Tuan-tuan tanah yang baru memajakkan tanah-tanah tersebut kepada golongan petani untuk diusahakan. Golongan petani mendapat faedah mereka telah dikecualikan daripada cukai-cukai feudal.

(11)

(iii) Menghurai sistem ekonomi kapitalis di England dan Amerika Syarikat pada abad ke-18 hingga 19.

Kapitalisme di England. Latar Belakang.

Kapitalisme merupakan ciri ekonomi zaman moden yang paling utama. Kapitalisme telah wujud sejak zaman purba lagi dalam kalangan orang Yunani dan Rom lagi tetapi telah merosot dan terhapus dengan kejatuhan empayar Rom. Pada Zaman Pertengahan, masyarakat Eropah mengamalkan sistem ekonomi feudal. Masyarakatnya, menyediakan semua keperluan hidup secara sara diri dan tidak ada pengeluaran secara besar-besaran. Menerusi sistem manor, aktiviti pertanian, perusahaan, dan perdagangan secara kerjasama menerusi sistem kesatuan (guild). Aktiviti yang berorientasikan keuntungan dikecam dan mengambil faedah daripada modal yang digunakan dilarang oleh Gereja Keristian sebagai riba. Keadaan ekonomi dibatasi oleh pertimbangan-pertimbangan agama dan moral tidak membolehkan kelahiran semula sistem kapitalis. Menjelang abad ke-16, sistem feudal mulai merosot, terutamanya di England yang merupakan negara Eropah yang pertama bebas dari sistem feudal. Tuan-tuan tanah tidak lagi mengenakan cukai kepada golongan petani, sebaliknya mereka menerima wang sewaan daripada penyewa-penyewa bebas. England juga telah mengamalkan agama Kristian Protestant yang membenarkan amalan mengambil ―faedah‖ daripada modal yang dilabur. Kemerosotan kesatuan (guild) terhadap kegiatan perdagangan dan perindustrian telah meningkatkan peranan orang perseorangan dalam ekonomi. Orang perseorangan yang tidak lagi terkongkong dengan peraturan dan nilai agama dan moral. Keadaan ini memberi laluan kepada kelahiran sistem ekonomi kapitalis.

Sistem Ekonomi Kapitalis di England.

Amalan ekonomi kapitalis bertapak kukuh di England pada abad ke-18 iaitu semasa berlakunya Revolusi Perindustrian. Pada permulaan era revolusi perindustrian, golongan petani tidak lagi berperanan sebagai hamba (serf) kerana kebanyakannya telah bebas dari manor masing-masing akibat kemerosotan sistem feudal. Mereka masih bekerja dengan tuan-tuan tanah, tetapi sebagai buruh-buruh ladang yang menerima upah. Mereka bebas bekerja tanpa terikat dengan tradisi sistem feudal. Golongan petani mulai meninggalkan manor masing-masing untuk berhijrah ke bandar sebagai buruh kilang.

Sistem ekonomi tidak lagi berasaskan tanah, tetapi kepada wang yang boleh dilaburkan dalam perniagaan dan perindustrian. Perkataan modal atau capital merujuk kepada barang atau wang yang dipunyai oleh seseorang dan boleh digunakan untuk mengeluarkan lebih banyak barang atau mendapat lebih banyak wang. Sebagai contoh tanah, kilang, alatan, kedai dan mesin adalah modal. Jika seseorang mempunyai wang yang boleh dilabur, ini dipanggil modal juga. Mereka yang mempunyai modal ini dipanggil kapitalis (mereka yang menyokong dasar kapitalisme juga digelar kapitalis). Mereka boleh menggaji pekerja untuk bekerja di kedai, kilang atau tanah.

Di bandar, golongan kelas pertengahan (bojuis) yang terdiri daripada golongan pedagang menjadi semakin penting. Mereka muncul sebagai golongan pemodal (pemilik bank, saudagar dan pengusaha kilang) yang kaya. Mereka juga mengambil alih peranan yang dimainkan oleh tuan-tuan tanah sebagai orang yang berkuasa dan berpengaruh dalam bidang ekonomi dan politik di England. Dalam kapitalisme terdapat konsep pelaburan. Individu-individu boleh mengumpulkan wang bersama untuk membina atau membeli sesuatu dan mereka ini adalah tuan

(12)

punya benda yang dilaburkan. Dalam pasaran saham, mereka boleh membeli dan menjual saham. Pelaburan adalah ciri penting kapitalisme. Perkataan kapitalis boleh merujuk kepada mereka yang melabur, contohnya mereka yang mencari risiko untuk melabur dalam perniagaan baru (venture

capitalist). Mereka yang memulakan perniagaan atau melabur dalam perniagaan boleh mendapat

banyak wang atau dipanggil keuntungan. Mereka kemudiannya boleh melaburkan keuntungan dalam perniagaan lain atau membesarkan perniagaan sedia ada.

Golangan kapitalis telah melabur dalam industri tekstil yang mendapat permintaan yang tinggi pada masa itu. Industri pembuatan kain bermula dari perusahaan domestik yang mengeluarkan kain secara kecil-kecilan. Apabila perusahaan yang berskala kecil ini tidak dapat menampung permintaan yang tinggi daripada msyarakat tempatan dan luar negeri, perusahaan berskala besar mulai mengambil alih perusahaan domestik. Golongan kapitalis memperkenalkan kaedah dan teknologi baru iaitu penggunaan mesin dan membina kilang-kilang yang lebih besar. Mereka menyediakan tempat tinggal buruh berdekatan dengan kilang untuk menjimatkan masa perjalanan dan dengan tujuan untuk memudahkan mereka mengawal buruh-buruh tersebut.

Dalam sistem ekonomi kapitalis, matlamat aktiviti ekonomi ialah memaksimumkan keuntungan. Kekayaan yang diperolehi akan dilaburkan semula untuk memperolehi lebih banyak keuntungan. Dalam usaha untuk memksimumkan keuntungan itu, biasanya golongan buruh diberi upah yang sedikit berbanding dengan beban kerja yang berat. Golongan buruh (proletariat) tidak mempunyai modal dan mesti bekerja untuk menyara hidup. Seseorang boleh memilih untuk bekerja dengan sesiapa sahaja dalam pasaran bebas. Kerajaan tidak memberitahu individu kerja apa harus dibuat, juga tidak melarang individu dari melakukan sesuatu pekerjaan. Konsep ini berbeza dengan sistem ekonomi lain seperti feudalisme, di mana seseorang bekerja untuk tuan tanah mereka.

Dalam kapitalisme, seseorang itu berhak menjual atau meminjamkan barang atau perkhidmatan dan orang lain juga berhak membeli atau meminjam barang atau perkhidmatan tersebut. Masyarakat dalam ekonomi kapitalis yang tulen tidak perlu mendapat izin daripada raja atau kumpulan tertentu. Konsep ekonomi kapitalis diperkenalkan oleh Adam Smith dalam bukunya The Wealth of Nations.

(13)

Kapitalisme di Amerika Syarikat. Latar Belakang.

Pada abad ke-18, ekonomi kapitalis berkembang melalui sektor perladangan seperti tembakau, tebu dan kapas. Hasil perladangan tersebut dieksport ke England yang menjadi pasaran penting hasil pertanian pada masa itu. Pembukaan ladang-ladang itu, telah menyebabkan aktiviti perdagangan hamba dari Afrika menjadi penting. Hamba-hamba dibawa dengan kapal dari Afrika merentasi Lautan Atlantik sebagai tenaga kerja di ladang-ladang kapas dan tembakau. Dalam masa yang singkat sahaja Lautan Atlantik menjadi sibuk . Barangan keluaran kilang di England seperti kain, senapang dan sebagainya dibawa ke Afrika untuk ditukarkan dengan hamba dan hamba-hamba itu dibawa ke Amerika Syarikat untuk ditukarkan pula dengan hasil keluaran ladang seperti tembakau, kapas dan gula. Aktiviti perdagangan itu terhenti berikutan Perang antara Britain dan Perancis pada abad ke-19. Selepas berakhirnya Perang 1812, (Perang antara Amerika dengan Britain akibat sekatan peradagangan antara Amerika dengan Perancis oleh Britain), Amerika mula menumpukan usaha kepada perkembangan ekonominya. Sektor perladangan dan perindustrian telah dimajukan untuk mengukuhkan ekonominya. Antara tahun 1861 hingga tahun 1901, Amerika menjadi negara utama pengeluar hasil pertanian dan perindustrian dunia. Ekonomi kapitalis turut berkembang seiring dengan kemajuan Amerika Syarikat itu.

Sistem Ekonomi Kapitalis di Amerika Syarikat.

Amerika merupakan antara negara pertama yang menjadi negara kapitalis. Pada pringkat awal, golongan kapitalis melabur modal dalam sektor perladangan tembakau, tebu dan kapas. Seterusnya, golongan kapitalis mengambil kesempatan dari perkembangan ekonomi Amerika untuk melaburkan modal dalam perindustrian baru iaitu pembinaan jalan kereta api, pemprosesan makanan, besi keluli dan perlombongan. Mereka dapat mengaut keuntungan yang banyak dengan mengeksploitasi sumber-sumber yang terdapat di Amerika pada masa itu. Perkembangan pesat ekonomi kapitalis di Amerika adalah kerana bekalan bahan mentah yang banyak, inovasi teknologi, tenaga buruh yang murah dan teknik pemasaran yang berkesan serta sokongan daripada kerajaan Amerika.

Bagi mencapai matlamat memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kos, golongan kapitalis telah menggunakan pendekatan intensif buruh. Golongan pemodal menggunakan tenaga buruh yang murah dengan menggunakan khidmat hamba abdi dari Afrika untuk menjimatkan kos upah buruh. Manakala dalam bidang perindustrian mereka menggunakan buruh daripada golongan imigran yang berasal dari Ireland, Jerman, Scandinavia dan China. Purata masa bekerja bagi buruh tersebut ialah selama 52 jam seminggu dengan kadar upah yang rendah. Selain itu, golongan kapitalis juga menggunakan buruh wanita dan kanak-kanak yang kadar upahnya lebih rendah daripada upah buruh lelaki dewasa. Pada masa yang sama, imigran yang berhijrah dari Eropah telah menambahkan bilangan penduduk Amerika. Pertambahan penduduk secara mendadak akibat penghijrahan dari Eropah telah menyediakan pasaran bagi barangan keluaran kilang dan hasil pertanian. Ini menyebabkan aktiviti ekonomi terutamanya bidang perniagaan berkembang dengan pesatnya.

Pada era Revolusi Perindustrian di Amerika, golongan kapitalis telah memaksimumkan untung dengan menggunakan pendekatan intensif modal. Mereka mengambil risiko dengan melaburkan wang untuk membeli jentera dan mesin-mesin yang mahal harganya tetapi dalam jangka masa panjang ia akan menjimatkan kos pengeluaran. Dengan penggunaan mesin golongan

(14)

kapitalis dtidak lagi perlu mengupah buruh yang ramai dan ini dapat meminimumkan kos pengeluaran.

Dalam usaha menambahkan kekayaan, golongan kapitalis di Amerika turut melaksanakan dasar monopoli dan oligopoli (pemaufakatan antara syarikat besar bagi memperolehi keuntungan). Untuk tujuan itu, mereka mengawal pengeluaran sesuatu barangan bermula daripada pengeluaran bahan mentah, pemprosesan, pengangkutan dan penjualan barangan siap tersebut. Contohnya syarikat American Tobacco Company mengawal pengeluaran tembakau. Terdapat juga syarikat yang berusaha mengawal pasaran sesuatu barangan siap seperti yang dilakukan oleh syarikat Standard Oil Company yang mengawal pengeluaran dan harga minyak. Penyatuan syarikat-syarikat bagi membentuk entiti perniagaan berskala besar telah dilakukan untuk memonopoli pasaran sesuatu barangan. Secara tidak langsung, tindakan penyatuan ini membawa kepada kestabilan pasaran. Dari tahun 1895 hingga tahun 1904 sebanyak 300 syarikat telah disatukan setiap tahun.

Dasar oligopoli pula telah dilaksanakan dalam industri gula, besi keluli dan daging. Dalam melaksanakan dasar ini, syarikat-syarikat bermaufakat untuk sama-sama mendapat faedah dari keputusan bersama seperti membuat penyeragaman harga barangan pada tahap yang tertentu bagi memaksimumkan keuntungan.

Peranan kerajaan Amerika dalam ekonomi kapitalis adalah dengan menyokong Revolusi Perindustrian di Amerika. Kerajaan telah menyediakan kemudahan infstruktur seperti pembinaan jalan keretapi dan telegraf telah mempercepatkan lagi kemajuan ekonomi Amerika. Kerajaan Amerika meluluskan Akta Landasan Kereta Api Pasifik (1862) yang membolehkan kerajaan menyerahkan tanah-tanah awam kepada syarikat-syarikat swasta untuk pembinaan jalan keretapi rentas benua. Kerajaan juga memainkan peranan dengan mewujudkan kestabilan mata wang, tarif yang bersesuaian, membentuk polisi imigrasi yang longgar, mengenakan kadar cukai yang rendah dan sebagainya.

Kesan daripada kemajuan ekonomi, muncul bandar-bandar besar seperti bandar Chicago yang muncul sebagai bandar yang serba maju pada tahun 1840. Penduduk Amerika juga bertambah dengan pesatnya, antara tahun 1830 hingga tahun 1840 penduduk Amerika bertambah dari 13 juta kepada17 juta orang.

Pada awal abad ke-20, ekonomi Amerika mengalami zaman kemewahannya. Namun begitu keadaan yang tidak seimbang (bukan semua rakyat yang dapat menikmatinya) menjejaskan prestasinya. Sikap tamak golongan kapitalis mengaut keuntungan telah mewujudkan jurang pendapatan yang besar antara golongan pemodal dengan golongan buruh. Dari kajian yang diadakan, didapati hanya 2% daripada rakyat Amerika yang mengaut sebanyak 60% kekayaan negara Amerika hasil daripada perkembangan sektor perindustrian. Keadaan ini telah membawa kepada kemelesetan ekonomi kerana kuasa beli daripada rakyat berkurangan dan ini mengurangkan permintaan terhadap pasaran barangan keluaran kilang.

(15)

3.1.2 PERKEMBANGAN EKONOMI

3.1.2.1 Perdagangan dan Perniagaan

(i) Membincangkan perubahan orientasi kegiatan dan kemajuan dalam bidang perdagangan dan perniagaan di Portugal dan Belanda. (abad ke-16 hingga 18)

Perubahan Orientasi kegiatan dan Kemajuan dalam Bidang Perdagangan dan perniagaan di Portugal.

Pada abad ke-16, Portugal ialah sebuah negara bangsa yang terletak di Semenanjung Iberia. Portugal bersempadankan Sepanyol di utara dan timur, dan Lautan Atlantik di barat dan selatan. Orang Portugal dipanggil Portugis.

Perdagangan dan perniagaan orang Portugis bermula dengan perdagangan hamba. Perdagangan hamba dijalankan apabila orang Portugis mula belayar ke pantai Afrika atas galakan daripada Putera Henry sejak abad ke-15 lagi. Sehingga tahun 1500, Portugis telah membuat penghantaran hamba seramai 81,000 orang untuk pasaran pelbagai negara. Jumlah hamba di Medeira mencapai 10% daripada jumlah keseluruhan populasi pada abad ke-16. Portugis juga telah mendirikan pangkalan-pangkalan dagang di pantai Afrika, terutamanya di Mozambique pada tahun 1520 dengan tujuan sebagai tempat persinggahan dan mengisi muatan dalam pelayaran mereka di antara Eropah dan Asia, dan juga sebagai pusat-pusat perdagangan emas, gading, hamba abdi dari Afrika. Selain itu, Portugis juga menjadikan pantai Guinea sebagai pusat bagi perdagangan hamba.Portugis telah mengangkut ramai hamba abdi Afrika ke Brazil dan Hindia Timur untuk dijadikan buruh yang murah dan lasak.

Pada abad ke-16, perdagangan rempah pula berkembang setelah Vasco da Gama menemui jalan ke Timur, mereka telah menguasai Melaka, dan kepulauan rempah seperti pulau Maluku dan pulau Banda yang merupakan tempat pengeluaran dan pengumpulan rempah di Asia Tenggara. Di Banda, Portugis mendapatkan buah pala, cengkeh dan lada hitam. Rempah-rempah tersebut mereka tukar dengan bahan pakaian dari India. Sejak tahun 1534, Portugis mendapat kebebasan penuh untuk melakukan monopoli perdagangan rempah di Maluku. Portugis juga telah mengadakan hubungan perdagangan dengan China dan Jepun. Kejayaan Portugis menguasai perdagangan barangan Timur telah menjadikan Lisbon sebagai ibu kota perdagangan di Eropah. Dengan itu, mereka telah berjaya memecahkan monopoli perdagangan di Eropah yang dikuasai oleh saudagar-saudagar Venice dan Genoa serta menandakan perpindahan pusat perdagangan dari kawasan Mediterranean ke pantai Atlantik.

Portugis juga terlibat dalam perniagaan gula tebu yang diusahakan di koloninya di Amerika Selatan iaitu di Brazil. Brazil menguasai ekonomi yang berasaskan pengeluaran pertanian untuk di eksport ke Eropah. Sebelum abad ke-18, gula menjadi komoditi penting Portugis untuk eksport dan diikuti oleh galian seperti emas yang mendapat permintaan tinggi.

Kepesatan perniagaan dan perdagangan yang dijalankan tersebut telah membentuk empayar perdagangan dari Eropah ke Afrika, Amerika Selatan dan seterusnya di Asia. Keluasan empayar perdagangan itu telah membawa kepada kejatuhan Portugal sebagai kuasa kelautan kerana tidak mempunyai tenaga kerja yang mencukupi untuk mengendalikannya. Kemerosotan Portugal juga akibat daripada saingan kuasa-kuasa Barat yang lain seperti Sepanyol, Belanda dan Inggeris.

(16)

Perubahan Orientasi kegiatan dan Kemajuan dalam Bidang Perdagangan dan Perniagaan di Belanda.

Pada abad ke-16, Belanda telah muncul sebagai sebuah kuasa hebat dalam bidang ekonomi. Dalam tempoh 100 tahun, Utara Belanda telah menjadi mercu tanda kejayaan perkembangan industri. Kemajuan ekonomi Belanda itu adalah disebabkan perkembangan yang berlaku pada abad ke-15 di mana Belanda muncul sebagai kuasa perkapalan yang menguasai perdagangan di Eropah. Ia juga disebabkan oleh kemajuan aktiviti perladangannya, berikutan dengan penggunaan kincir angin dan tenaga buruh yang murah.

Ekonomi yang pada mulanya berteraskan pertanian berkembang menjadi ekonomi perindustrian di Belanda. Ini menandakan kehebatan kuasa ekonomi perniagaan dan perdagangan Belanda. Perkembangan itu menyaksikan perkembangan bandar pelabuhan Antwerp sebagai pusat kewangan yang menjadi tumpuan para saudagar dan pedagang asing seperti Jerman, Sepanyol, Portugis, Inggeris, Danish, dan Itali. Ahli-ahli pembankan Belanda telah mengambil alih peranan yang dimainkan oleh orang-orang Itali sebagai ahli kewangan yang terkemuka di Eropah. Banyak institusi kapitalisme moden berkembang di Antwerp. Pasaran saham yang pertama telah ditubuhkan pada tahun 1531. Insuran nyawa serta insuran kapal dan muatan telah diperkenalkan kepada saudagar-saudagar yang akan melakukan pelayaran.

Pelabuhan-pelabuahan sibuk dengan keluar masuk kapal yang membawa masuk barang dagangan seperti rempah, teh dan sutera. Para pedagang dan saudagar menjadi sangat kaya. Amsterdam (pesat pentandbiran) menjadi kota yang penting di Eropah sebagai pusat perdagangan dan perbankan.

Pada abad ke-17, Belanda telah menggalakan aktiviti pelayaran dan penjelajahan. Kapal-kapal Belanda mula belayar merentasi Atlantik. Awal abad ke-17, pedagang Belanda semakin tersebar sehingga ke Afrika, Amerika dan Asia. Dengan itu, banyak koloni-koloni Belanda telah ditubuhkan di seluruh dunia seperti di Hindia Timur (Indonesia), kepulauan Cariebean, Bahagian-bahagian tertentu di Brazil dan Guyana di Amerika Selatan, New Amsterdam (New York) di Amerika Utara, Afrika Selatan dan lain-lain (membentuk Empayar Belanda).

Pada tahun 1682, Vereenigde Oost Indiche Compagnie (V.O.C) atau Syarikat Hindia Timur Belanda telah ditubuhkan untuk menghadapi persaingan dari kuasa-kuasa Eropah yang lain terutamanya Sepanyol dan Portugis. Kerajaan Belanda telah memberikan hak-hak istimewa kepada V.O.C untuk memonopoli aktiviti-aktiviti perdagangan yang penting pada masa itu. Di samping itu V.O.C juga telah diberi kebenaran untu mengadakan perjanjian dengan pemerintah-pemerintah tempatan, menakluki serta menubuhkan koloni. Di Asia, Belanda bersaing dengan Portugis yang menguasai laluan sekitar Afrika. V.O.C bersaing dengan Portugis tetapi mengekalkan kestabilan di Eropah. Penguasaan Belanda mendapat persaingan sengit apabila Belanda bersaing dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris.

Di koloni-koloninya orang-orang Belanda telah membuka ladang-ladang bagi tanaman-tanaman komersial. Pelabuhan Antwerp dan Amsterdam menjadi bandar utama perniagaan gula. Perusahaan tembakau menjadi penting pada abad ke-17 kerana bekalan buruh dari Afrika. Perdagangan gula dan tembakau menjadikan Belanda pusat pengedaran barangan tersebut ke Eropah. Menjelang tahun 1650, Belanda memiliki sebanyak 16,000 kapal dagang bagi mengangkut hasil pertanian dan barang-barangan dagangan.

Antara tahun 1806 hingga 1813, Belanda telah dijajah oleh Perancis dalam Perang Napoleon. Ini menyebabkan kegiatan perdagangan dan perniagaannya terganggu. Selepas Perang

(17)

Napoleon tamat Belanda telah mendapat kembali tanah-tanah jajahannya dan memulihkan semula aktiviti ekonominya.

(18)

3.1.2.2 Pertanian

ii) Perubahan orientasi kegiatan dan kemajuan dalam bidang Pertanian di Belanda dan England (abad ke-17 hingga 18)

Perubahan Orientasi Kegiatan dan Kemajuan dalam Bidang Pertanian di Belanda.

Pada abad ke-17, penduduk Belanda telah meningkat dengan pesat. Seramai 1.9 juta orang penduduk telah direkod pada pertengahan abad tersebut, kebanyakkannya tinggal di kawasan pinggir pantai. Kepesatan peningkatan penduduk di wilayah pantai ada kaitannya dengan perkembangan ekonomi komersial dan kapitalis sejak abad ke-16 lagi. Akibatnya Belanda telah menjadi tumpuan masyarakat Eropah dari negara-negara seperti Jerman, Sepanyol, Portugis, Inggeris, Danish, dan Itali. Peningkatan penduduk di negeri Belanda memerlukan bekalan makanan yang banyak. Oleh itu, sektor pertanian perlu meningkatkan hasil pengeluarannya.

Perkembangan ekonomi di bandar-bandar telah merangsang kepada peningkatan hasil pertanian pada abad ke-17. Oleh kerana Belanda merupakan sebuah negara yang kecil, ia mempunyai kawasan pertanian yang terhad. Banyak kawasan pertaniannya yang musnah akibat ribut taufan dan banjir. Ini disebabkan oleh keadaan geografinya, iaitu daratannya yang lebih rendah dari paras laut. Aktiviti tebus guna tanah telah dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut. Kerajaan Belanda telah berjaya mengatasi masalah ini dengan kaedah membina daik dan kincir angin. Pada tahun 1612, mereka berjaya mengeringkan tasik Beemster untuk dijadikan sebagai kawasan pertanian. Sejak itu, banyak kawasan berpaya telah berjaya ditebus guna bagi menambah keluasan kawasan pertanian.

Peladang-peladang mengunakan kaedah tanaman bergilir bagi menjaga kesuburan tanah. Tanah yang telah dituai hasilnya tidak dibiarkan kosong, sementara menunggu untuk ditanam semula, tanah tersebut ditanam dengan tanaman lain seperti turnip dan kacang peas ditanam. Dalam kaedah ini turnip ditanam secara bergilir dengan bijirin. Selain dapat menyuburkan tanah, kaedah ini juga hasil tanaman dapat dipelbagaikan dan dipertingkatkan hasil keluarannya. Peladang-peladang juga menjaga kesuburan tanah dengan menggunakan baja asli iaitu dengan menggunakan najis binatang ternakan, melakukan pemugaran tanah dan membuang rumput dan tanaman perosak.

Aktiviti perladangan di Belanda dilakukan secara intensif buruh dan berasaskan pengkhususan mengikut kesesuaian fizikal tanah. Contohnya, pengkhususan dalam industri tenusu dijalankan oleh peladang yang tinggal di kawasan padang rumput di wilayah Leeuwarderadeel. Pengkhususan ini telah berjaya meningkatkan hasil pengeluaran hasil tenusu.

Tanaman makanan utama iaitu, bijirin (gandum, rai, dan barli) tidak dapat memenuhi permintaan yang tinggi daripada penduduk Belanda yang padat. Belanda terpaksa mengimport gandum daripada kawasan Baltik. Import gandum dari kawasan Baltik telah meningkat dengan banyaknya pada pertengahan abad ke-17, mengakibatkan kenaikan harga gandum secara mendadak.

Berikutan dengan kenaikan harga gandum, peladang-peladang telah mengatasinya dengan menaikkan harga bagi hasil-hasil pertanian tempatan seperti produk tenusu dan daging. Aktiviti tenusu merupakan keluaran komersil antara yang terpenting di Belanda. Ia adalah untuk kegunaan penduduk tempatan dan juga dieksport ke Jerman dan kawasan Flanders. Hasil tenusu seperti susu segar, mentega dan keju dieksport dalam jumlah yang banyak. Perkembangan ekonomi bandar di bahagian selatan Belanda telah merangsang kepada permintaan hasil tenusu

(19)

yang menyaksikan ―revolusi harga‖ terutama bagi hasil keju. Hasil keju juga dieksport ke Perancis dan selatan Eropah. Pada abad ke-17, Perancis muncul sebagai pasaran penting bagi keju yang dikeluarkan di Belanda.

Di bahagian utara negeri Belanda, petani-petani menjalankan kegiatan menternak lembu daging. Lembu daging diternak untuk pasaran tempatan (penduduk bandar) dan juga untuk tujuan eksport. Pada tahun 1662, terdapat catatan yang menyatakan sebanyak 2,000 ekor lembu telah dieksport oleh V.O.C (Syarikat Hindia Timur Belanda) ke Hindia Timur (Indonesia) setiap tahun.

Pertanian komersial turut dijalankan dengan mengusahakan tanaman bunga tulip. Bunga tulip menjadi berharga kerana menjadi sebahagian daripada gaya hidup masyarakat Eropah pada abad ke-17. Permintaan yang tinggi terhadap bunga tulip telah menjadikannya sebagai satu aktiviti yang menguntungkan. Selain bunga tulip, peladang juga mengusahakan tanaman tembakau yang diperkenalkan pada awal abad ke-17. Tanaman tembakau merupakan tanaman komersial yang penting kepada sistem ekonomi kapitalis pada masa itu. Tanaman ini ditanam di kawasan berhampiran bandar-bandar kecil seperti Amersfoort, Nijkerk, Arnhem dan lain.

Sektor pertanian telah menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara Belanda. Banyak hasil pertanian menjadi barangan eksport yang menguntungkan. Peningkatan aktiviti perdagangan menjadikan Belanda sebagai sebuah kuasa ekonomi di Eropah. Bidang pertanian turut menyumbang kepada Zaman Keemasan Belanda.

(20)

Perubahan Orientasi Kegiatan dan Kemajuan dalam Bidang Pertanian di England.

Pada kurun ke-17, pertanian di England masih menggunakan cara lama sama seperti yang digunakan pada zaman Pertengahan (sistem feudal). Pengeluaran hasil pertanian adalah secara kecil-kecilan dan bersifat sara diri. Tanah-tanah pertanian dikenali sebagai manor dipunyai oleh golongan tuan tanah mempunyai keluasan antara ratusan hingga 5,000 ekar. Tanah ladang diusahakan oleh golongan petani sama seperti yang dilakukan oleh nenek moyang mereka dahulu tanpa membuat sebarang percubaan untuk melakukan pembaikan. Ladang dibahagikan kepada tiga bahagian, pada bahagian pertama mereka menanam bijirin seperti gandum atau rye. Bahagian kedua ditanam dengan barli, oat dan kekacang dan bahagian ketiga tidak ditanam dengan apa-apa tanaman (bertujuan memulihkan kesuburannya). Masyarakat petani pada masa itu tidak mempunyai pengetahuan tentang cara lain untuk menyuburkan tanah.

Pada kurun ke-18, kebanyakan negara England mengalami pertambahan penduduk yang pesat menyebabkan permintaan terhadap hasil pertanian telah meningkat. Perubahan-perubahan mula dilakukan untuk memajukan bidang pertanian agar turut berkembang seiring dengan pertambahan penduduk. Pada awal abad ke-18, peladang-peladang telah mula memperbaiki cara pertanian agar dapat memenuhi permintaan ke atas makanan.

Sistem tanaman bergilir telah diperkenalkan oleh Lord George Townshend, iaitu seorang menteri yang berkhidmat semasa pemerintahan Raja George I. Beliau telah menanam tanaman dengan giliran empat tahun di ladang-ladangnya. Beliau telah menggilirkan tanaman gandum, turnip (ubi bit), barli dan rumput clover untuk ternakan lembu. Ubi bit dan rumput sangat berguna sebagai makanan lembu pada musim dingin. Manakala najis lembu pula dijadikan baja untuk menyuburkan tanah. Kaedah tanaman bergilir telah berjaya menyuburkan tanah dan menambah hasil tanaman. Sebelum kaedah ini diperkenalkan, petani-petani di England menanam tanaman dua tahun berturut-turut di sesebuah ladang, dan membiarkan ladang tersebut kosong selama setahun untuk menyuburkannya semula. Ini bermakna tiada sebarang hasil yang dikeluarkan sepanjang tahun yang ketiga itu. Lembu-lembu pula terpaksa disembelih pada musim dingin kerana kekurangan makanan. Oleh itu, cara yang diperkenalkan oleh Lord George Townshend telah menjadi ikutan petani-petani kerana ia lebih produktif. Pada akhir abad ke-18, giliran tanaman telah menjadi perkara biasa di England.

Perubahan itu diikuti dengan kemajuan dalam bidang penternakan, iaitu penemuan kaedah pembiakan baka biri-biri dan lembu yang baru telah diperkenalkan oleh Robert Backwell, Robert Colling dan Charles Colling. Hasil penyelidikannya, Robert Bakewell telah berjaya menghasilkan biri-biri baka baru yang dikenali sebagai biri-biri Leicestershire yang menghasilkan lebih banyak bulu. Penyelidikan yang dibuat oleh Colling bersaudara pula berjaya menghasilkan lembu baka baru yang dikenali sebagai ‖Durham Shorthorn‖ yang mempunyai berat sebanyak dua kali ganda lembu biasa. Ladang-ladang juga telah di pagar untuk mengelakkan penyakit ternakan daripada merebak.

Akta Pemagaran Tanah telah diadakan berikutan desakan oleh golongan tuan tanah untuk tujuan pengeluaran hasil pertanian secara besar-besaran, berikutan peningkatan harga gandum. Antara tahun 1761 hingga 1792, hampir 500,000 ekar tanah telah dipagari melalui akta tersebut, membentuk ladang-ladang yang diusahakan secara intensif berikutan peningkatan harga gandum dan permintaan yang tinggi terhadap hasil pertanian.

Selain itu, jentera pertanian telah mula diperkenalkan dalam bidang pertanian di England. Jethro-Tull telah memperkenalkan jentera penyemai pada tahun 1701. Penggunaan jentera itu, membolehkan peladang-peladang menyemai mengikut jarak barisan yang sama dan

(21)

mempermudahkan mereka menggembur dan merumput. Pada tahun 1730-an, bajak jenis baru dikenali sebagai Rotterham telah diperkenalkan. Bajak ini dikendalikan oleh kuda dan ianya dapat menjalankan kerja-kerja pembajakan dengan lebih berkesan.

Penggunaan kaedah baru, teknik saintifik dan jentera dalam bidang pertanian telah berjaya meningkatkan pengeluaran hasil pertanian, dengan itu harga makanan menjadi murah, kerana kos pengeluaran yang murah. Perkembangan ini dikenali sebagai Revolusi Pertanian. Walau bagaimanapun, ia memberikan kesan yang negatif kepada petani-petani kecil. Mereka terjejas dengan teruknya. Mereka kehilangan tanah apabila Akta Pemagaran Tanah diperkenalkan oleh kerajaan. Mereka tidak mampu memagarkan tanah mereka dan ada pula yang tidak dapat membuktikan bahawa tanah ladang yang diusahakan adalah kepunyaan mereka. Jentera-jentera pertanian yang baru diperkenalkan pula sangat mahal dan mereka tidak mampu membelinya, dengan itu mereka tidak dapat menyaingi peladang-peladang kaya dan akhirnya terpaksa menjual ladang mereka. Mereka juga terpaksa menganggur kerana jentera-jentera yang baru diperkenalkan tidak memerlukan pekerja yang ramai. Itulah sebabnya, terjadinya penghijrahan secara besar-besaran dari desa ke bandar-bandar perindustrian.

(22)

3.1.2.3 Perindustrian

iii) Perindustrian di Jerman dan Jepun (abad ke-19 hingga 20)

Perubahan Orientasi Kegiatan dan Kemajuan dalam Bidang Perindustrian di Jerman. Pada abad ke-19, negara Jerman mengalami perkembangan pesaat dalam bidang ekonomi. Kemajuan teknologinya membawa Jerman menjadi sebuah negara yang mempunyai industri berat terutamanya perusahaan besi keluli. Sebelum tahun 1850, negara Jerman jauh ketinggalan daripada negara-negara perindustrian yang lain seperti Britain, Perancis dan Belgium. Menjelang tahun1900, Jerman menjadi pemimpin dalam bidang perindustrian di samping Britain dan Amerika Syarikat.

Sebelum mencapai kemajuan itu, Jerman adalah sebuah negara pertanian yang dipengaruhi oleh sistem feudal. Pada tahun-tahun 1830-an dan 1840-an, negara Jerman masih berpecah belah kepada negari-negeri yang berasingan. Contohnya, Prusia, Saxony dan lain-lain merupakan pengeluar utama hasil-hasil pertanian seperti ubi kentang, turnip atau ubi bit yang menjadi bahan untuk pengeluaran gula dan lain-lain. Permulaan industri di Jerman dimulakan dengan pembuatan tekstil secara kecil-kecilan pada tahun 1830-an.

Pada peringkat permulaan Revolusi Perindustrian di Jerman, Bank-bank telah membantu para industrialis dalam menyediakan modal dan membentuk kartel (kumpulan syarikat yang bersatu). Kartel pertama yang ditubuhkan ialah Neckar Salt Union iaitu kartel dalam perusahaan garam. Sistem kartel di Jerman digunakan sepenuhnya untuk memastikan penggunaan modal yang cekap dan mengawal harga barangan. Menjelang tahun 1900, terdapat sebanyak 25 buah kartel beroperasi di Jerman.

Jerman juga telah membina jalan kereta api bagi memudahkan pengangkutan dan perhubungan. Jerman mengimport teknologi dan peralatan dari Britain. Jerman mempelajari kemahiran dengan cepat unuk mengendalikan perkhidmatan keretapi. Pada tahun1850, Jerman telah bersedia untuk memenuhi permintaan membina kereta api.

Berikutan penyatuan negara Jerman pada tahun 1871 dan dasar kerajaan untuk menjadikan Jerman sebagai sebuah negara perindustrian telah menbawa era baru dalam sektor perindustrian. Perkembangan terbaru itu, telah menjadikan sektor perindustrian di Jerman bertambah pesat dan dikenali sebagai Revolusi Perindustrian kedua. Kerajaan Jerman bukan sahaja menyokong industri berat tetapi juga industri kraf dan aktiviti perdagangan. Selain kerajaan pusat, kerajaan-kerajaan tempatan juga turut menyokong usaha-usaha ke arah memajukan lagi sektor perindustrian di Jerman. Kerajaan Jerman telah melaburkan wang yang banyak dalam penyelidikan terutama dalam bidang kimia, automotif, dan elektrik. Penyelidikan itu telah melahirkan inovasi baru seperti yang dibuat oleh syarikat Siemens dalam bidang kejuruteraan elektrik. Pewarna tiruan juga berjaya dicipta telah digunakan secara meluas dalam industri tekstil.

Perindustrian di Jerman turut dijana dengan adanya sumber bahan mentah yang banyak. Contohnya, pengeluaran bijih besi di Saxony dan Silesia yang berjumlah 1.5 juta tan pada tahun 1871 dan meningkat kepada 8.5 juta tan pada tahun 1900. Ini membolehkan industrialis seperti Alferd Krupp menjadi pengusaha barangan besi yang terkemuka di dunia. Syarikat Krupp telah mengeluarkan barangan besi yang berkualiti tinggi.Industri kulit turut berkembang, antara tahun 1870 hingga tahun 1914 Jerman telah mengambil alih tempat Britain dalam industri kulit.

(23)

Pada abad ke-20, perusahaan automotif turut berkembang, berikutan daripada kereta pertama yang diciptakan oleh Karl Benz dan Gottlieb Daimier dari Jerman pada tahun 1886, negara-negara lain turut mengikuti jejak mereka ke dunia perekaan kereta. Keadaan ini telah memecutkan pembangunan industri automotif. Sejak tahun 1886, Jerman, pengeluar automobil yang tertua mula bergiat dalam pengeluaran automobil secara besar-besaran. Sehingga tahun 1901, terdapat 12 kilang automobil di Jerman, sebanyak 884 buah kereta telah dihasilkan setahun. 7 tahun kemudian, kilang automobil bertambah dengan pesat menjadi 53 buah dan menghasilkan 5547 buah kereta setahun. Ianya bukan sahaja dapat memenuhi permintaan pasaran tempatan, malah kebanyakan keluaran telah dipasarkan ke luar negera. Walau bagaimanapun, Benz dan Daimler kekal sebagai kilang automobil yang terkenal, tertua dan terbesar.

Revolusi Perindustrian mengubah wajah Berlin pada abad ke-19, apabila ekonomi dan penduduk bandaraya ini bertumbuh secara mendadak, lalu menjadi pusat ekonomi dan hab kereta api utama Jerman. Lambat laun munculnya kawasan subbandar baru yang meluaskan lagi kawasan dan kependudukan Berlin. Pada tahun 1861, kawasan pinggir bandar termasuk Wedding, Moabit, dan lain-lain lagi digabungkan dengan kota Berlin. Pada tahun 1871, Berlin menjadi ibu kota Empayar Jerman yang baru ditubuhkan. Pada 1 April 1881, kota Berlin menjadi daerah yang berasingan dari wilayah Brandenburg.

Pada penghujung Perang Dunia I pada tahun 1918, Republik Weimar diisytiharkan di Berlin. Pada tahun 1920, Akta Berlin Raya menyatukan berpuluh-puluh kawasan subbandar, desa, dan tanah-tanah di sekeliling Berlin menjadi sebuah kota raya yang memakan kebanyakan kawasan wilayah Brandenburg. Selepas peluasan itu, Berlin mempunyai lebih kurang empat juta penduduk.

(24)

Perubahan Orientasi Kegiatan dan Kemajuan dalam Bidang Perindustrian di Jepun. Penyerahan kuasa pemerintahan oleh pemerintah kesyogunan Tokugawa kepada maharaja telah membawa kepada kemajuan ekonomi Jepun. Dengan berakhirnya pemerintahan feudal dan kenaikan pemerintahan Maharaja Meiji bererti Jepun telah disatukan kembali di bawah satu kerajaan pusat di Tokyo. Dengan adanya pemusatan kuasa di tangan Maharaja, membolehkan pembaharuan dan pemodenan dapat dijalankan dengan berkesan.

Pada abad ke-19, peringkat awal perindustrian di Jepun hampir mengalami kegagalan kerana kekurangan modal, dan perusahaan baru tidak dapat dikembangkan kerana perjanjian dengan negara-negara Barat yang memaksa Jepun mengenakan cukai yang rendah ke atas barangan import. Mereka juga kekurangan kepakaran dalam menghasilkan barangan yang bermutu tinggi.

Bagi mengatasi masalah kekurangan modal, pentadbiran Meiji telah mengenakan cukai (dengan kadar yang tetap) kepada golongan tuan-tuan tanah. Hasil daripada pungutan cukai itu digunakan untuk memajukan bidang perindustrian. Secara beransur-ansur, Jepun telah memajukan bidang perindustriannya. Antara tahun 1868 hingga 1897, pembawaan masuk bahan-bahan mentah telah meningkat sebanyak lima kali ganda, dan pengeluaran hasil kilangnya meningkat kepada 20 kali ganda.

Pemimpin-pemimpin Jepun telah membuat keputusan untuk membawa masuk pengetahuan Barat. Jepun sedar untuk bersaing dengan negara-negara Barat, pengetahuan dan teknologi Barat mestilah diperolehi terlebih dahulu. Pelajaran diwajibkan ke atas semua penduduk Jepun pada tahun 1872. Jepun juga telah menghantar penuntut-penuntutnya ke Eropah untuk belajar. Penuntut-penuntut yang telah tamat belajar kembali ke Jepun untuk mengajar bangsa mereka apa yang telah mereka pelajari di Barat.

Pengetahuan Barat yang dibawa pulang telah disesuaikan dengan keadaan negara Jepun. Keretapi, jalan raya, kapal-kapal laut, dan kilang-kilang telah dibina. Sungai-sungai yang deras alirannya banyak terdapat di Jepun, dijadikan empangan elekrtik hidro yang dapat membekalkan tenaga elektrik yang murah untuk keperluan kilang-kilang di Jepun. Perusahaan-perusahaan perkilangan mula muncul di Jepun dengan pembuatan hasil-hasil tekstil seperti tenunan kapas dan sutera, serta barang-barang perhiasan.Tenaga buruh yang ramai turut menjadi penyumbang kepada peningkatan perindustrian di Jepun. Ini dikukuhkan lagi dengan wujudnya sistem kewangan kebangsaan dan reformasi sistem cukai yang menjadi penyumbang utama pengumpulan modal, asas perkembangan kapitalisme. Perusahaan-perusahaan berat juga telah dimulakan.

Setelah berjaya memajukan bidang perindustriannya, kerajaan Jepun telah menyerahkan atau diswastakan kebanyakan perusahaan itu kepada golongan pemodal (zaibatsu) seperti

zaibatsu Mitsui dan zaibatsu Mitsubishi.

Menjelang Perang Dunia Pertama, ekonomi Jepun sudah berkembang dalam bidang perusahaan berat seperti pembuatan alat jentera, perkapalan, besi dan keluli serta barangan elektrik. Pada tahun 1920 pula, pengeluaran industri negara Jepun telah meningkat sebanyak 20 kali ganda. Sementara itu, bidang pertanian terus tenggelam tanpa pembelaan kerajaan. Menjelang tahun-tahun1930-an, sumbangan industri berat dan kimia menjadi semakin penting dan mula menyaingi industri ringan seperti pembuatan tekstil dan sebagainya. Pengeluaran tekstil dari kilang-kilang di Jepun berjaya mendapat pasaran yang baik di Asia Tenggara kerana harganya yang murah. Kumpulan zaibatsu Mitsui, Mitsubishi dan Sumitomo semakin menonjol

(25)

dan terus menguasai ekonomi Jepun. Selepas tahun 1935, Jepun mulai menjadi pengeluar alat-alat kelengkapan tentera secara besar-besaran.

Perkembangan seterusnya menyaksikan kelahiran zaibatsu baru seperti Nissan, Toyota dan Showa Denko, sementara zaibatsu lama seperti Mitsui, Mitsubishi, Yasuda, dan Sumitomo terus berkembang maju sehinggalah Perang Dunia Kedua.

(26)

3.2 INTELEKTUAL.

3.3.1 Perkembangan ilmu (England dan Perancis Abad ke-17 hingga 19). a) Proses perubahan pemikiran dan kemajuan ilmu kesan daripada Renaisans, Reformasi Protestan, Revolusi Sains dan Gerakan Pencerahan.

RENAISANS Renaisans atau renaissance merupakan perkataan Perancis yang bermaksud ―rebirth‖ atau kelahiran semula. Ianya merujuk kepada zaman pemulihan budaya di Eropah. Zaman Renaisans merupakan zaman pembaharuan atau kelahiran semula ilmu pengetahuan di Eropah. Gerakan pembaharuan telah bermula di bandar-bandar Itali yang mempunyai hubungan perdagangan dengan dunia Islam dan Timur. Bandar-bandar Itali seperti di Genoa, Milan, Venice, dan Florence telah menjadi kaya dan mempunyai penduduk yang paling ramai di Eropah.

Kemakmuran hidup di kota-kota tersebut telah menyebabkan penduduknya mula tertarik kepada kesenian dan ilmu pengetahuan baru. Minat baru dalam bidang ilmu pengetahuan bertambah apabila golongan kelas menengah atau borguis menaungi para ilmuan. Golongan ini sanggup meluangkan masa dan wang untuk tujuan seni dan sains. Saudagar-saudagar kaya mula menjadi perintis kepada perkembangan kesenian dan ilmu pengetahuan. Misalnya, keluarga Medici yang berkuasa di kota Florence menaungi para ilmuan dan seniman dan memberi bayaran yang tinggi kepada mereka.

Itali bukan sahaja terkenal dengan bandar-bandar yang makmur dan orang-orang kaya yang gemarkan seni dan ilmu pengetahuan, tetapi juga tempat orang-orang yang berjuang untuk mendapatkan kebebasan berfikir dan mengeluarkan idea-idea mereka. Di sini timbulnya satu gerakan yang dinamakan fahaman Humanisme.

REFORMASI PROTESTAN

Gerakan Renaisans telah menukar pandangan masyarakat Eropah terhadap institusi gereja Katholik. Mereka mula menyoal tentang ajaran-ajaran gereja. Mereka mula sedar kekurangan dan penyelewengan pihak gereja. Sementara itu raja-raja Negara bangsa yang baru muncul di Eropah tidak suka Pope (Paus) campur tangan dalam hal ehwal negara mereka.Akibat daripada kepincangan dalam amalan gereja Katholik pada awal kurun ke-16, perpaduan Katholik di Eropah Barat telah berpecah kepada dua mazhab Katolik dan Protestant. Mazhab Protestant mengemukakan pendekatan baru terhadap doktrin Kristian yang bertentangan dengan gereja Katholik. Pengasas mazhab Protestant ialah seorang paderi dari Jerman bernama martin Luther. Pada tahun 1517, beliau telah mengemukakan 95 hujah menentang amalan indulgences (amalan penjualan surat pengampunan dosa) oleh pihak gereja. Beliau juga menentang amalan rasuah, kekolotan dan penyelewengan-penyelewengan Gereja Katholik yang lain.

Martin Luther seterusnya mengkritik penyalahgunaan kuasa oleh Pope (pemimpin tertinggi agama kristian). Beliau juga menentang penyembahan keramat dan menyeru orang Kristian merujuk kepada kitab Bible sebagai ajaran yang mutlak dan menolak Pope sebagai perantara dalam hubungan penganut Kristian dengan tuhan.

Mazhab Protestant telah tersebar secara meluas melalui beberapa pemimpin Kristian seperti John Calvin, Ulrich Zwingli dan lain-lain. Gerakan ini telah disebarkan ke Switzerland pada tahun 1518 oleh Ulrich Zwingli. Ia juga tersebar ke Sweden,Denmark, Norway dan beberapa negara lain. Raja Henry VIII, dari England memutuskan hubungan dengan Pope dan mengisytiharkan dirinya sebagai ketua Gereja Inggeris (Gereja Anglican). Di Perancis, seorang peguam bernama John Calvin telah melakukan reformasi Kristian dan menamakan alirannya sebagai Calvinisme. Ajarannya memberikan penekanan terhadap amalan hidup masyarakat Kristian yang bukan sahaja menyentuh soal agama bahkan juga mencakupi aspek sosial dan kemasyarakatan. Pendekatannya yang rasional dan kejayaannya menyesuaikan agama Kristian dengan arus perkembangan semasa membolehkan pengaruhnya berkembang dengan cepat. Misalnya, Calvinisme menggalakkan perniagaan di kalanagan penganutnya dengan menghalalkan amalan riba.

(27)

Beliau mempunyai ramai pengikut yang dikenali sebagai Huguenots.

Gerakan Reformasi Protestant berjalan selama kira-kira 40 tahun membawa kesan yang mendalam kepada masyarakat Eropah.

Gerakan reformasi telah memecahbelahkan masyarakat Kristian di Eropah. Penganut mazhab Katholik atau Roman Catholic masih taat kepada Pope di Rom, manakala satu lagi mazhab iaitu kumpulan penentang atau Protestant yang menentang Pope di Rom. Perpecahan ini telah membawa kepada peperangan di Eropah yang berlarutan sehingga ke abad yang ke-17.

REVOLUSI SAINS

Kesan penting gerakan renaisans ialah kemunculan revolusi sains. Minat terhadap sains membawa kepada tertubuhnya akademi sains di kota Rom pada tahun 1603, satu kumpulan ahli sains telah menubuhkan Akademi Lynxes. Pada pada abad ke-17, akademi-akademi yang serupa telah didirikan di kota-kota lain, terutamanya di Itali dan Jerman. Pada tahun 1662, ―Persatuan Diraja‖ Inggeris telah diberi piagam oleh Raja Charles II untuk menyelidik dan mengkaji sains. Pada tahun 1666, Akademi Sains Perancis telah diperbaharui oleh Raja Louis XIV. Pemerintah-pemerintah Barat telah memberi dorongan kepada kemajuan pengetahuan sains dan menjadikan diri mereka sebagai penaung ilmu pengetahuan.

Ilmu astronomi menjadi ilmu yang penting pada zaman revolusi sains. Pada mulanya, masyarakat Barat berpegang kepada teori kaji bintang yang dibuat oleh Claudius Ptolemy yang hidup dalam permulaan abad kedua Masihi. Masyarakat pada Zaman Pertengahan menerima teori Ptolemy yang berpendapat bahawa bumi merupakan pusat alam dengan matahari dan bintang-bintang mengelilinginya. Tiada seorang ilmuanpun yang berani menyoalnya kerana teori tersebut turut disokong oleh institusi gereja Kristian.

Nicholaus Copernicus (1473-1543) seorang ilmuan dan paderi yang berasal dari Poland. Beliau ialah seorang pengajar yang mengajar ilmu matematik di Rom. Beliau telah mengkaji sistem matahari dan mendapati bumi mengelilingi matahari dan bukan sebaliknya. Ini menyebabkan beliau diumumkan sebagai pengingkar kerana melahirkan pendapat yang bertentangan dengan pihak gereja. Keberaniannya telah mendorong ilmuan-ilmuan yang lain mengikut jejak langkahnya, antaranya ialah Galilei Galileo (1564-1642), Johannes Kepler (1571-1630), dan Sir Isaac Newton (1642-1727).

Revolusi sains telah merintis jalan kepada perkembangan sains moden. Pembinaan cara penyelidikan sains adalah berdasarkan kepada logic dan matematik. Ia menyebabkan masyarakat Eropah hilang kepercayaan terhadap agama. Mereka menjadikan teori sains sebagai asas pegangan hidup dan menolak kepercayaan agama.

GERAKAN PENCERAHAN

Gerakan pencerahan atau Enlightment merupakan gerakan yang memperjuangkan hak semulajadi manusia atau tabii manusia yang lahir pada abad ke-18. Ia juga dikenali sebagai Zaman Penyerlahan. Pemikir-pemikir gerakan ini terdiri daripada ahli-ahli falsafah, pakar-pakar politik, ahli-ahli ekonomi, ahli-ahli ekonomi dan sosial. Ia menjadi satu revolusi intelektual yang telah melahirkan pemikiran yang liberal dan moden. Zaman ini mewakili suatu gerakan menuju masyarakat yang lebih terbuka. Antara pelopor gerakan ini ialah John Locke (1632-1704), Montesquieu (1689-1755), Voltaire (1694-1778), dan Rousseau (1712-1778). Mereka berusaha untuk membebaskan pemikiran manusia daripada mitos, fantasi dan kepercayaan-kepercayaan lama yang dianggap kolot (termasuk agama).

(28)

Perkembangan Ilmu di England pada Abad ke-17 hingga 19.

Bidang intelektual telah berkembang pesat di Eropah sejak abad ke-15 lagi, berikutan dengan ciptaan mesin cetak dan gerakan Renaisans. Pada abad ke-16, masyarakat di England mulai berminat dengan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan terus berkembang hingga abad ke-17 apabila golongan pemerintah turut memberi semangat kepada para ilmuan dan menaunginya. Pada tahun 1662, Persatuan Diraja Inggeris telah diberi piagam oleh raja Charles II bagi tujuan penyelidikan ilmu pengetahuan. Akademi-akademi sains dan pusat pemerhatian bintang telah didirikan, misalnya pembinaan pusat pemerhatian bintang di Greenwich pada tahun 1675. Sebuah muzium juga telah didirikan di Oxford pada tahun 1683.

Menjelang abad ke-17, perkembangan ilmu pengetahuan di England menyaksikan perkembangan ilmu matematik, fizik, astronomi, perubatan dan kimia. antara tokoh ilmuan yang terkenal ialah Sir Isaac Newton. Beliau telah menumpukan perhatiannya untuk meneroka natural

knowledge. Beliau telah menunjukkan kepakarannya dalam bidang matematik sehingga dilantik

sebagai mahaguru di Universiti Cambridge ketika berusia 27 tahun. Beliau telah mencapai kejayaan dalam mathematical physics dengan mencipta sifir yang dapat menentukan kedudukan bulan sebagai panduan dalam bidang pelayaran. Beliau juga telah mencipta hukum graviti yang ditulis di dalam buku ―Principia‖ yang dikarang pada tahun 1687.

Abad ke-17 juga menyaksikan kelahiran ilmu falsafah alam dan kesedaran. Salah seorang tokoh dalam bidang ini ialah John Locke. Beliau ialah seorang doktor perubatan dan seorang ahli falsafah politik yang mendukung aliran Emperikal. Pada tahun 1690, beliau telah menerbitkan artekel yang bertajuk Essay Concerning Human Understanding, yang mengutarakan pendapatnya yang menyatakan bahawa manusia lahir bebas dari segala pegangan, pandangan atau prasangka yang disebut tabula rasa. Pemikiran, kepercayaan dan pandangan individu diwarnai oleh idea, pegangan dan institusi yang wujud dalam masyarakatnya. Pandangannya banyak mempengaruhi perkembangan masyarakat England pada masa itu.

Pada abad ke-18, Adam Smith telah membuat kajian terhadap hukum-hukum alam yang membolehkan sesebuah negara menambahkan kekayaannya. Hasil kajian itu, beliau telah menerbitkan sebuah buku dalam bidang ekonomi politik yang bertajuk The Wealth of Nations (1776).

Pada abad ke-19 pula, buku The Origin of Species oleh Charles Darwin telah diterbitkan pada tahun 1859. Ia dianggap sebagai titik perubahan dalam bidang sains moden dan falsafah. Melalui buku tersebut Darwin telah mengemukakan pendapat bahawa persaingan merupakan suatu prinsip kehidupan sosial dan kegiatan ekonomi. Kemajuan yang dicapai dari perjuangan untuk terus hidup telah menjadi asas kepada teori ekonomi dalam ekonomi pasaran bebas laissez

faire. Selain itu, kemajuan teknologi telah berkembang pesat apabila Michael Faraday menemui

kaedah mendapatkan kuasa elektrik melalui gelombang eletromagnet. Kuasa elektrik juga boleh ditukar ganti. Pada tahun 1831, beliau telah mencipta dinamo, suatu alat penting dalam penghasilan kuasa elektrik. Dinamo perlu dipusing dengan menggunakan kuasa wap untuk menghasilkan elektrik. Penemuan ini telah membawa kepada satu peralihan baru dalam sejarah kehidupan manusia.

Referensi

Dokumen terkait

Perkataan di atas bahasa Melayu di atas mempunyai pengaruh bahasa asing iaitu daripada bahasa

Oleh itu, adalah amat wajar bagi pengkaji mendalami kepentingan ataupun peranan seni bermukun dalam kehidupan masyarakat Melanau pada zaman dahulu dan juga sekarang.Menurut

PENGENALAN DEFINISI ILMU EKONOMI SUMBER EKONOMI (FAKTOR PENGELUARAN) KEHENDAK MANUSIA MASALAH ASAS EKONOMI KELUK KEMUNGKINAN PENGELUARAN SISTEM EKONOMI EKONOMI PASARAN

4 (a) Tarif ialah cukai yang dikenakan oleh kerajaan terhadap aktiviti import sesebuah negara dengan negara lain dalam perdagangan antarabangsa. Terdapat dua jenis

Dasar luar negeri sesebuah negara , yang juga disebut dasar luar negara atau dasar hubungan antarabangsa, adalah serangkaian dasar yang menjelaskan bagaimana suatu negara

Isi padu air sungai yang bertambah akibat hujan lebat akan meningkatkan keupayaan sungai untuk mengangkut lebih banyak bahan muatan seperti pasir, kelodak, kelikir dan batu

- Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan, telah mewujudkan generasi daripada pelbagai etnik yang lebih memahami

Berdasarkan petikan I dan II, yang manakah ciri yang jelas bagi bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu moden?. Bahasa Melayu klasik Bahasa Melayu maden I Terdapat