• Tidak ada hasil yang ditemukan

SEBAB-SEBAB KEGAGALAN KUOMINTANG MEMPEROLEH KUASA POLITIK SECARA MELUAS SEBELUM TAHUN 1927

Dalam dokumen Modul Sejarah STPM Penggal 1 (Halaman 117-120)

Mengamalkan sistem ekonomi yang memiliknegarakan semua

D) KESAN-KESAN GERAKAN 4 MEI 1919

B) SEBAB-SEBAB KEGAGALAN KUOMINTANG MEMPEROLEH KUASA POLITIK SECARA MELUAS SEBELUM TAHUN 1927

1) PEMIMPIN KURANG BERKALIBER

Pemimpin Revolusi seperti Dr. Sun Yat Sen dan Sung Chiao Jen kurang berkaliber untuk mentadbir dan membangunkan negara China.

Mereka menghadapi masalah kekurangan sumber kewangan, sokongan masyarakat tempatan dan tentera.

Akibatnya organisasi Kuomintang menjadi lemah dan ini mewujudkan salah faham di kalangan anggotanya.

Para pemimpin juga tidak berusaha menyusun satu pasukan tentera yang berkebolehan dan berdisiplin.

2) SIKAP YUAN SHIH KAI

Jeneral tentera yang berkuasa dan berpengaruh di China Utara.

Apabila dilantik sebagai Presiden Kerajaan republik China pada tahun 1912, beliau telah berusaha ke arah penguasaan mutlak di China.

Beliau juga menghapuskan pengaruh para pemimpin revolusi. Contohnya pada 20 Mac 1913 seorang pembunuh diupah untuk membunuh Sung Chiao Jen. Sikap yang bercorak diktator menimbulkan banyak masalah. Tindakannya

menyebabkan pemimpin revolusi melancarkan satu pemberontakan terhadapnya pada tahun 1913.

Walau bagaimanapun pemberontakan ini gagal dan Dr. Sun Yat Sen berundur ke Jepun. Kuomintang diharamkan dan ahlinya disingkirkan dari parlimen. 3) PENGARUH KUOMINTANG YANG TERHAD

Aktif di China Selatan sahaja maka ia tidak memperoleh sokongan daripada China Utara.

China Utara mengamalkan dasar konservatif dan tidak melibatkan diri dalam usaha Kuomintang menubuhkan sebuah kerajaan republik.

Usaha Dr. Sun untuk menyatukan China gagal apabila pemerintah wilayah Kwangtung, Chen Chiungming menamatkan hubungan dengan Kuomintang.

SEBAB

-SEBA

B K

EG

AG

ALAN KUOMI

N

TANG

4) KEBANGKITAN HULUBALANG (WARLORD)

Selepas kematian Yuan Shih Kai pada tahun 1916, muncul pula hulubalang yang bersaing di antara satu sama lain untuk menguasai kerajaan di Peking. Persaingan antara hulubalang yang berlaku antara tahun1916 – 1927

menghalang usaha Kuomintang untuk memperoleh kuasa politik negara China. KESIMPULAN:

Pemimpin Revolusi China 1911 berjaya menjatuhkan kerajaan Manchu yang lemah dan tidak cekap

Walau bagaimanapun Kuomintang gagal memperoleh kuasa politik secara meluas di negara China sebelum tahun 1927.

Hanya pada tahun 1928, Kuomintang di bawah pimpinan Chiang Kai Shek berjaya membentuk sebuah kerajaan nasionalis di Nanking.

4) PARTI KOMUNIS CHINA (PKC)

a) Selepas tercetusnya Revolusi China 1911, keadaan politik negara China berada dalam keadaan kucar-kacir disebabkan oleh persaingan antara hulubalang (warlord), pencerobohan kuasa asing, peluasan pengaruh barat dan imperialisme Jepun. Masalah anarki yang wujud memberi kesempatan kepada perluasan pengaruh komunis di negara China.

b) Keadaan rakyat yang menderita serta kepincangan sosioekonomi yang berlaku menyebabkan rakyat lebih mudah dipengaruhi untuk menerima pengaruh komunis. Rata-rata rakyat Cina menaruh perasaan benci terhadap orang asing dan corak pemerintahan yang sedia ada kerana membiarkan mereka menderita tanpa sebarang perubahan.

c) Golongan intelektual dan cerdik pandai Cina yang menuntut di luar negara mulai terpengaruh dengan idea-idea politik barat terutamanya fahaman Marxisme yang disebarkan oleh Lenin di Rusia. Pemimpin pelajar yang berpengaruh seperti Lee Ta Chao dan Chen Tu Hsiu menaruh kepercayaan terhadap idea-idea komunis setelah menyaksikan kejayaan Revolusi Rusia 1917 membentuk sebuah kerajaan yang moden dan disegani. Justeru, mereka meletakkan harapan untuk menerapkan fahaman komunis dalam negara sebagai langkah penyelesaian kepada masalah yang berlaku di negara China.

d) Sebagai langkah permulaan, golongan pelajar ini telah mula menyebarkan idea komunis melalui majalah-majalah seperti New Tide dan New Youth yang cuba mendedahkan kejayaan dan kepentingan Revolusi Rusia.

e) Selepas Gerakan 4 Mei 1919, pengaruh komunis semakin berkembang pesat di negara kerana pusat gerakannya terletak di bandar-bandar utama yang menjadi tumpuan ramai seperti Peking dan Shanghai.

f) Dalam usaha memperluaskan lagi fahaman Marxisme, golongan cerdik pandai telah menambahkan beberapa cawangan gerakan komunis di China. Beberapa pertubuhan diwujudkan sebagai gerakan propaganda untuk menambahkan anggota komunis di seluruh negara. Antaranya Li Ta Chao menubuhkan New Tide Society dan Marxist Research Society, sementara Chen Tu Hsiu menubuhkan Marxist Study Society dan Sosialist Youth Corps pada tahun 1920.

g) Kejayaan beberapa gerakan komunis memberi inspirasi kepada pemimpinnya untuk menubuhkan Parti Komunis China (PKC). Atas daya usaha Chen Tu Hsiu dan Li Ta Chao, akhirnya PKC ditubuhkan di Shanghai pada 12 Julai 1921. Chen Tu Hsiu telah dilantik sebagai pengerusi PKC yang pertama.

h) Matlamat utama PKC ialah ke arah mewujudkan masyarakat tanpa kelas menerusi revolusi golongan proletariat (pekerja) dan petani yang menentang imperialisme dan kapitalisme asing. i) PKC cuba mengembangkan pengaruhnya dengan melakukan pakatan bersama dengan Parti

Kuomintang (KMT) yang dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen dalam Barisan Bersatu PKC-KMT pada tahun 1923. Gabungan ini sebenarnya memberi peluang kepada PKC untuk mengawal bahagian politik di Akademi tentera Whampoa diikuti dengan mengkomuniskan tentera KMT dan ahli-ahlinya. Gabungan PKC-KMT juga membolehkan penyusunan semula organisasi KMT berdasarkan model Parti Komunis Rusia.

j) Kesempatan ini digunakan oleh PKC untuk mengembangkan pengaruhnya di kalangan ahli KMT, pekerja, petani, kesatuan sekerja, buruh dan tentera di Pusat latihan Tentera Whampoa. k) Kerjasama PKC-KMT terjejas selepas kematian Dr. Sun Yat Sen pada tahun 1925. Pada

tahun1926, kepimpinan KMT diambil alih oleh Jeneral Muda Chiang Kai Shek yang anti komunis. Sebaik sahaja menerajui KMT, beliau telah meluluskan usul agar ahli komunis tidak dibenarkan memegang sebarang jawatan dalam KMT. Tindakan ini sekali gus telah menamatkan kerjasama PKC-KMT pada tahun 1927 dan menandakan bermulanya perebutan kuasa di antara PKC dan KMT.

l) Jeneral Chiang Kai Shek telah melancarkan satu kempen anti komunis untuk menghalang PKC daripada menawan Shanghai, Hangchow, Nanking dan Canton. Dengan bantuan

golongan sederhana dan kongsi gelap, Chiang membubarkan kesatuan sekerja dan kegiatan komunis di bandar-bandar tersebut berikutan percubaan PKC merampas kuasa dan mengadakan pakatan menculiknya. Peristiwa ini telah membawa kepada penyingkiran PKC daripada Barisan Bersatu pada bulan Julai 1927. Seterusnya, Jeneral Chiang telah menubuhkan kerajaan KMT di Nanking yang dikenali sebagai Kerajaan Kebangsaan China pada tahun 1928.

m) Tekanan KMT memaksa PKC bergerak di bawah tanah dan berundur ke kawasan terpencil terutama di wilayah Kiangsi. Di wilayah ini, PKC telah membina kembali kekuatannya di bawah pimpinan Mao Tze Tung. Beliau menyusun strategi yang berkesan dengan memberi tumpuan utama di kawasan luar bandar. Beliau cuba mengembangkan fahaman komunis di kalangan petani kerana mereka lebih mudah dipengaruhi untuk melancarkan revolusi. Sebagai langkah permulaan, sekumpulan kecil tentera Mao Tze Tung memulakan perjalanan di kawasan terpencil di pergunungan Chiang Kang Shan yang terletak di sempadan Yunan dan Kiangsi.

n) Usaha Mao Tze Tung membuahkan kejayaan apabila beliau berjaya menubuhkan kerajaan kecil komunis yang dikenali sebagai Republik Soviet China pada tahun 1931 dan beliau dilantik sebagai presidennya.

o) Kejayaan PKC merupakan satu ancaman besar kepada KMT. Chiang Kai Shek mengatur langkah berjaga-jaga dengan membangunkan kawasan luar bandar khususnya sektor pertanian dan mengambil tindakan tentera ke atas Mao Tze Tung dan PKC.

p) Pada tahun 1934, KMT melancarkan serangan mengejut secara besar-besaran ke atas pangkalan tentera PKC di Kiangsi memaksa Mao Tze Tung dan tenteranya berundur ke wilayah utara iaitu Shensi yang melibatkan perjalanan sejauh kira-kira 12 800 km dan mengambil masa selama setahun. Peristiwa ini dikenali sebagai Perjalanan Jauh (Long

March)

q) Di Shensi, Mao Tze Tung menyusun kembali organisasi PKC dan menguatkan disiplin ketenteraan partinya. Pada tahun 1937, Jepun telah melancarkan serangan kedua ke atas negara China. Oleh itu PKC mengambil kesempatan ini menawarkan kerjasama dengan KMT untuk mengumpulkan kekuatan menentang Jepun. KMT bersetuju akhirnya wujudlah pakatan kali kedua antara PKC-KMT.

r) Kerjasama ini memberi peluang kepada PKC membina semula kekuatannya. Bilangan anggota PKC bertambah dari 80 000 orang pada tahun1937 kepada 910 000 pada tahun 1945.

s) Malangnya semasa berlaku serangan Jepun KMT hanya bersendirian menentang Jepun sebaliknya PKC tidak menentang Jepun secara terbuka. Oleh itu pakatan PKC-KMT dimansuhkan.

t) Selepas perang Dunia tamat dan penyerahan kuasa Jepun, telah meletus Perang saudara antara PKC dan KMT antara tahun 1946 hingga 1949. Dalam perang tersebut, PKC telah berjaya menggalahkan KMT. Akibatnya Jeneral Chiang Kai Shek dan tenteranya terpaksa berundur ke Taiwan dan menubuhkan kerajaan baru yang dikenali sebagai Republik Nasionalis China. u) PKC yang telah memperoleh kemenangan telah mengisytiharkan penubuhan Kerajaan

Republik Rakyat China pada 1 Oktober 1949 dan Mao Tze Tung telah dilantik sebagai Presiden pertamanya.

NEGARA INDIA

Dalam dokumen Modul Sejarah STPM Penggal 1 (Halaman 117-120)