• Tidak ada hasil yang ditemukan

SEBAB-SEBAB TERCETUSNYA PEMBERONTAKAN BOXER 1. POLITIK

Dalam dokumen Modul Sejarah STPM Penggal 1 (Halaman 41-44)

REAKSI MASYARAKAT

B) SEBAB-SEBAB TERCETUSNYA PEMBERONTAKAN BOXER 1. POLITIK

a) Wujudnya Sentimen Anti Asing Di Kalangan Orang Cina

 Sentimen anti asing dalam kalangan orang Cina telah bermula sejak awal abad ke -17 lagi apabila orang asing telah mula memasuki China.

 Kekalahan orang Negara China dalam Perang Candu Pertama(1839-1842) dan Perang Candu kedua ditangan Inggeris dan kekalahan di tangan Jepun menceroboh Negara China sewenang- wenangnya untuk merebut konsesi.

 Perebutan konsesi ini menimbulkan kebimbangan kemungkinan Negara China akan dibelah bahagikan sesame kuasa Barat.

 Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab orang-orang Cina mengusir orang asing keluar dari Negara China.

b) Wujudnya Semangat Anti Asing Di Kalangan Pihak Istana

 Sentimen anti asing ini juga wujud dalam kalangan sarjana ningrat, pembesar istana dan Maharani Dowager atau balu Tzu His, Putera Chunang dan Kang-I.

 Maharani Dowager atau Tzu His merampas kuasa daripada Kuang Hsu pada tahun 1898 telah meneruskan dasar anti asing. Baginda berhasrat untuk menamatkan hak-hak wilayah asing yang diberikan kepada orang asing di Negara China. Ini dapat dilihat apabila Maharani Dowager menolak permintaan Itali untuk mendapatkan San May Bay di Chikiang.

 Perasaan anti asing ini juga timbul dalam kalangan pegawai istana dan Maharani Dowager juga wujud kerana pihak Inggeris telah membuat bantuan kepada Kang Yi-Wei dan Liang Chih-Chao melarikan diri ke Hong Kong. Kerajaan Jepun juga memberi perlindungan kepada mereka dan memberi kebenaran kepada mereka meneruskan kegiatan mereka mementang kerajaan Manchu melalui akhbar-akhbar yang diterbitkan oleh Jepun.

 Maharani Dowager telah mengarahkan tentera pemimpin Tung Fuhshing membantu Pemberontakan Boxer. Sementara pembesar-pembesar China telah memberi bantuan senjata kepada anggota-anggota gerakan Boxer.

c) Sentimen Anti- Kristian

 Perkembangan agama Kristian yang pesat di China pada tahun 1890an iaitu selepas perjanjian Whampao (1844) dan persidangan Peking (1860) telah menambahkan lagi sentiment orang asing di kalangan orang China. Melalui kedua-dua perjanjian ini Mubaligh Kristian diberi perlindungan dan dibenarkan menjalankan kegiatan mereka di Negara China. Perkembangan agama Kristian ini dianggap sebagai satu penghinaan terhadap kepercayaan dan falsafah orang-orang China yang berasaskan Confucianisme.

 Sentimen anti Kristian dalam kalangan orang Cina juga wujud disebabkan oleh sikap orang-orang Cina yang menganut agama Kristian. Mereka tidak lagi menghormati ajaran Confucianisme, enggan menyembah berhala dan enggan membayar wang perbelanjaan untuk membiayai perayaan dan hiburan di peringkat kampong atas alasan amalan ini bertentangan dengan amalan Kristian.

 Orang Cina Kristian menyifatkan mereka sebagai kelas sosial yang berdarjat tinggi. Anggapan ini dianggap sebagai satu penghinaan bagi orang Cina.

 Orang Cina menuduh mereka murtad dan mempersalahkan kuasa barat atas berlakunya perkara begitu.

 Sentiment anti Kristian ini juga wujud disebabkan tindakan mubaligh –mubaligh Kristian menggunakan cara yang sangsi untuk menarik minat orang Cina menganut agama Kristian. Selain menuntut hak-hak istimewa bagi penganut-penganut Kristian. Mereka juga beri bantuan kewangan dan campur tangan menyebelahi penganut Kristian dalam kes-kes mahkamah yang membabitkan golongan Cina bukan Kristian.

 Tindakan mubaligh campur tangan dalam hal-hal tempatan dianggap keterlaluan dan mencabar kedaulatan undang-undang dan sistem kehakiman Negara China.

 Sentimen anti Kristian juga wujud apabila tersebarnya khabar-khabar angin bahawa mubaligh Kristian juga melakukan perbuatan ganjil dan tidak berperikemanusiaan iaitu mencungkil mata kanak-kanak di kawasan pendalaman.

 Oleh itu, orang Cina Kristian dianggap sebagai pengkhianat bangsa kerana mereka telah diperalatkan oleh orang-orang asing. Orang China berpendapat agama Kristianlah yang bertanggungjawab ke atas perpecahan masyarakat China.

2. EKONOMI

a) Penguasaan Ekonomi Negara China Oleh Orang Asing

 Penguasaan ekonomi negara China oleh orang asing selepas pembukaan Negara China kepada kuasa-kuasa barat telah menambahkan lagi sentiment orang asing dalam kalangan orang China. Penguasaan ekonomi China akibat kemasukan barang-barang asing secara berleluasa selepas Perang Candu Pertama. Ianya mengancam barang-barang tempatan kerana barang asing jauh lebih bermutu dan murah. Contohnya : kapas dari luar 1/3 lebih murah dari kapas tempatan. Oleh itu, industri tekstil dan pertukangan tangan tempatan terjejas.

 Akibat Negara China menghadapi imbangan perdagangan yang deficit sebanyak 69 juta tael pada tahun 1899.

 Syarikat asing dan pelaburan perusahaan semakin berkembang di Negara China. Akibat pengusaha-pengusaha tempatan menjadi muflis dan pekerja-pekerja menghadapi pengangguran.

b) Kekurangan Wang Di Negara Asing

 Kerajaan China tidak dapat menyelesaikan masalah ekonominya kerana kekurangan wang yang disebabkan kejatuhan ekonominya.

 Kekurangan wang ini berlaku kerana kerajaan China terpaksa menggunakan banyak wang untuk membayar ganti rugi perang.

 Akibatnya kerajaan China terpaksa meminjam wang dari negara luar. Tindakan ini menyebabkan modal asing mencurah-curah masuk ke Negara China. Dengan ini punca-punca ekonomi dan pasaran tempatan dikuasai oleh orang asing.

 Kemerosotan syarikat-syarikat tempatan dan kekayaan yang dieksploitasikan oleh pihak asing menambahkan rasa benci orang cina terhadap orang asing.

3. SOSIAL

a) Perkembangan teknologi moden dalam bidang pengangkutan

 Kemasukan membawa kepada kemajuan dalam bidang pengangkutan di Negara China. Ia telah menjejaskan mata pencarian rakyat China yang bergantung kepada pengangkutan tradisional.

 Contohnya : penggunaan jalan kereta api dan kapal wap moden secara meluas menjejaskan pencarian orang Cina terutamanya mereka yang mengendalikan pengangkutan kuno seperti kereta lembu, kereta kuda serta tongkang dan sampan.

 Dalam keadan pendapatan yang berkurangan, kehidupan mereka semakin sulit kerana terpaksa menanggung keluarga dan membayar cukai tinggi serta cukai baru yang diperkenalkan oleh kerajaan Manchu.

b) Bencana Alam

 Penderitaan orang cina semakin bertambah akibat kejadian-kejadian bencana alam seperti banjir di wilayah sekitar Sungai Yangtze dan Sungai Hwang Ho seperti di Shangtung, Szechuan, Kiangsi dan Ahwei pada tahun 1898.

 Kemarau juga berlaku di China Utara pada tahun 1900.

 Bencana alam ini menyebabkan kebuluran, kesengsaraan dan kemusnahan harta benda. Dalam hal ini, timbul kongsi-kongsi gelap dan kumpulan –kumpulan perompak melakukan jenayah.

 Orang Cina serta pegawai konservatif menyalahkan orang asing atas bencana alam yang terjadi.

 Pendapatan mereka penerokaan tanah bagi tujuan perlombongan, pembinaan jalan kereta api oleh orang asing menyinggung perasaan dewa dewi kerana telah merosakkan tempat kediaman mereka. Malah mereka percaya pengembangan agama Kristian juga mengganggu roh pendeta. Oleh itu berlaku bencana alam sebagai balasan.

 Kerja pembangunan tersebut merupakan kerja berdosa dan mengacau keharmonian alam semesta serta merosakkan ketenangan bumi.

Dalam dokumen Modul Sejarah STPM Penggal 1 (Halaman 41-44)