• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEGIATAN PBB

Dalam dokumen Modul Sejarah STPM Penggal 1 (Halaman 130-136)

Mengamalkan sistem ekonomi yang memiliknegarakan semua

BADAN UTAMA PBB

G) KEGIATAN PBB

Kegiatan-kegiatan PBB terdiri daripada 7 bidang yang utama:

Persidangan antarabangsa

Tahun-tahun antarabangsa dan yang berkaitan

Penjagaan keamanan

Hak asasi manusia

Bantuan kemanusiaan dan perkembangan antarabangsa

Persetiaan dan undang-undang antarabangsa. i) Persidangan antarabangsa

Ahli-ahli untuk PBB dan agensi-agensi khususnya memberi panduan dan membuat keputusan tentang pelbagai persoalan substantif dan pentadbiran dalam mesyuarat biasanya yang diadakan sepanjang tahun. Jika terdapatnya persoalan yang dianggap amat mustahak, Perhimpunan Agung akan memulakan persidangan antarabangsa untuk menumpukan perhatian sejagat dan memperoleh sepersetujuan untuk tindakan yang disatukan. Contoh-contoh terkini termasuk:

"Persidangan Dunia mengenai Kecekapan Perdagangan" yang diadakan pada Oktober 1994 di Columbus, Ohio: Ia menumpukan perhatian kepada penggunaan teknologi matlumat moden untuk memperkembangkan perdagangan antarabangsa;

"Persidangan Dunia mengenai Pembangunan Sosial" yang diadakan di Copenhagen, Denmark pada Mac 1995: Persidangan ini menegaskan tanggungjawab negara terhadap pembangunan boleh kekal serta pelaburan dalam rancangan-rancangan pendidikan, penjagaan kesihatan, dan peluang ekonomi untuk kesemua orang.

"Persidangan Dunia Keempat tentang Wanita" yang diadakan di Beijing, China, pada September 1995;

"Persidangan PBB Kedua tentang Petempatan Manusia" (Habitat II), yang diadakan di Istanbul, Turki pada Jun 1996.

ii) Tahun-tahun Antarabangsa dan yang berkaitan

PBB mengisytiharkan dan menyelaraskan "Tahun Antarabangsa untuk ..." supaya dapat menumpukan perhatian kepada persoalan-persoalan yang utama. Melalui perlambangan PBB, logo yang direka bentus khas untuk tahun itu, serta infrakstruktur sistem PBB untuk menyelaraskan peristiwa-peristiwa di seluruh dunia, pelbagai tahun itu telah menjadi faktor mangkin untuk memajukan persoalan-persoalan utama pada skala sejagat.

iii) Kawalan senjata dan pelucutan senjata

PBB telah menubuhkan berbagai-bagai forum untuk menujukan persoalan-persoalan pelucutan senjata berbilang hala. Forum-forum yang utama termasuk "Jawatankuasa Pertama Perhimpunan Agung" dan "Suruhanjaya Pelucutan Senjata PBB". Perkara-perkara dalam agendanya merangkumi pertimbangan kebaikan dan keburukannya terhadap pengharaman ujian nuklear, kawalan senjata angkasa lepas, usaha untuk mengharamkan senjata kimia, pelucutan senjata nuklear dan senjata biasa, pengurangan peruntukan tentera, serta langkah-langkah untuk mengukuhkan keselamatan antarabangsa.

iv) Penjagaan keamanan

Pengaman-pengaman PBB dihantar ke kawasan-kawasan di mana pertikaian bersenjata baru-baru sahaja tamat, supaya dapat menguatkuasakan syarat-syarat persetujuan keamanan serta untuk tidak menggalakkan askar-askar daripada memulakan pertempuran, umpamanya di Timor Timur sehingga kemerdekaannya pada tahun 2001. Pasukan-pasukan ini dibekalkan oleh ahli-ahli negara PBB. PBB tidak mempunyai sebarang tentera sendiri. Kesemua operasi penjagaan keamanan harus diluluskan oleh Majlis Keselamatan.

Pasukan pengaman PBB menerima "Hadiah Keamanan Nobel" pada tahun 1988. Pada tahun 2001, PBB dan Setiausaha Agung Kofi Annan memenangi Hadiah Keamanan Nobel "kerana usaha-usaha mereka untuk mencapai dunia yang lebih teratur dan lebih aman."

PBB mengekalkan siri Pingat PBB yang dianugerahkan kepada ahli-ahli perkhidmatan tentera yang menguatkuasakan persetujuan PBB. Pingatnya yang sulung ialah Pingat Perkhidmatan PBB yang dianugerahkan kepada angkatan PBB yang menyertai Perang Korea. Pingat NATO direka bentuk melalui konsep yang serupa dan kedua-duanya dianggap sebagai pingat antarabangsa dan bukannya pingat tentera.

v) Hak asasi manusia

Perjuangan untuk hak-hak asasi manusia merupakan alasan yang utama untuk mencipta PBB. Kekejaman Perang Dunia II dan pembunuhan kaum telah menyebabkan sepersetujuan serta-merta bahawa pertubuhan baru harus berusaha untuk mencegah nahas yang serupa pada masa akan datang.

Piagam PBB memerlukan kesemua ahli-ahli negaranya mempromosikan "rasa hormat sejagat ke atas dan pematuhan kepada hak asasi manusia" serta mengambil "tindakan bersama dan berasingan" untuk mencapainya. Suruhanjaya mengenai Hak Asasi Manusia PBB, di bawah ECOSOC, merupakan badan PBB yang utama untuk mempromosikan hak asasi manusia, khususnya melalui penyiasatan dan pemberian bantuan teknikal. Contoh yang baik ialah sokongan PBB kepada negara-negara yang hendak berubah kepada sistem demokrasi. Bantuan teknikal untuk menyediakan pilihan raya yang bebas dan adil, perbaikan struktur kehakiman, bantuan mendraf perlembagaan, latihan untuk pegawai-pegawai hak asasi manusia, serta pengubahan gerakan-gerakan bersenjata menjadi parti-parti politik nyata sekali amat menyumbang kepada proses pendemokrasian di seluruh dunia.

PBB juga merupakan forum yang menyokong hak-hak wanita untuk penyertaan sepenuhnya dalam bidang politik, ekonomi dan sosial di negara mereka.

vi) Bantuan kemanusiaan dan pembangunan antarabangsa

Bersama-sama dengan pertubuhan yang lain, seperti Persatuan Palang Merah, PBB membekalkan makanan, air minuman, tempat perlindungan dan perkhidmatan kemanusiaan yang lain kepada penduduk-penduduk yang mengalami kebuluran, terpaksa berpindah akibat perang, atau menderita disebabkan bencana yang lain.

Cabang kemanusiaan PBB yang utama termasuk Program Makanan Dunia (yang membantu memberi makanan kepada lebih daripada 100 juta orang setiap tahun di 80 negara), Pesuruhjaya Tinggi bagi Pelarian dengan projeknya di 116 buah negara, serta projek penjagaan keamanan di 24 buah negara. PBB juga terlibat dalam penyokongan perkembangan

ekonomi, umpamanya perumusan Matlamat Pembangunan Milenium. Program Pembangunan PBB (UNDP) merupakan sumber berbilang hala untuk tabung bantuan teknikal di dalam dunia. Pertubuhan seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia, UNAIDS dan Tabung Dunia untuk Membasmi AIDS, Tuberkulosis dan Malaria ialah institusi-institusi yang utama dalam pembasmian penyakit AIDS di seluruh dunia, khususnya di negara-negara yang miskin. Tabung Kependudukan PBB yang merupakan pembekal utama untuk perkhidmatan pembiakan telah membantu mengurangkan kematian bayi dan maternal di 100 negara.

PBB telah membantu menjalankan pilihan raya di negara-negara yang tidak mempunyai banyak sejarah demokrasi, termasuk pada masa kebelakangan ini, Afghanistan dan Timor Timur. Ia juga menjalankan tribunal jenayah antarabangsa, termasuk Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk Rwanda (ICTR) dan bekas Yugoslavia (ICTY), serta Mahkamah Khas untuk Sierra Leone, dan Mahkamah Ad Hoc untuk Timor Timur.

Pada 9 Mac 2006 Setiausaha Agung PBB Kofi Annan melancarkan Tabung Pusat Gerak Balas Kecemasan (CERF) untuk mereka di Tanduk Afrika yang diancam oleh kebuluran.

vi) Persetiaan dan undang-undang antarabangsa

PBB merundingkan persetiaan seperti Konvensyen PBB mengenai Undang-undang Laut untuk mengelakkan kemungkinan pertikaian antarabangsa. Pertikaian mengenai penggunaan lautan dihakimi oleh mahkamah khas.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang merupakan mahkamah PBB yang utama bertujuan untuk menghakimi pertikaian-pertikaian di antara negara-negara. Kes-kes terutama yang dihakiminya termasuk:

Congo lawan Perancis: Republik Demokratik Congo menuduh Perancis kerana menyalahi undang-undang disebabkan penahanan bekas ketua-ketua negaranya yang telah dituduh untuk jenayah-jenayah perang;

Nicaragua lawan Amerika Syarikat: Nicagarua menuduh Amerika Syarikat kerana mempersenjatai Contra secara haram (kes ini menyebabkan peristiwa Iran-Contra).

H) PEMBIAYAAN

Sistem PBB dibiayai dengan dua cara, iaitu sumbangan taksiran dan sumbangan suka rela daripada ahli-ahli negara. Perhimpunan Agung meluluskan peruntukan yang biasa dan menentukan taksiran untuk setiap ahli. Secara umumnya, taksiran ini berdasarkan keupayaan relatif setiap negara, sebagaimana yang diukur oleh statistik pendapatan negara, bersama-sama dengan faktor-faktor yang lain. Peruntukan setiap dua tahun untuk PBB dan agensi-agensi khasnya dibiayai oleh sumbangan taksiran.

Perhimpunan Agung telah mewujudkan prinsip bahawa PBB harus tidak terlalu bergantung kepada mana-mana satu ahli dalam pembiayaan operasinya. Oleh itu, PBB mengenakan had maksimum untuk sumbangan taksiran bagi peruntukan biasa. Pada Disember 2000, Perhimpunan menyemak semula skala taksirannya untuk membayangkan keadaan dunia yang terkini. Antara perubahan daripada penyemakan itu, had maksimum diturunkan daripada 25% ke 22%. Amerika Syarikat merupakan ahli yang tunggal yang mencapai had maksimum ini, tetapi ia masih menunggak bayaran sebanyak beratus-ratus juta dolar. Di bawah skala taksiran yang diamalkan pada tahun 2000, penyumbang-penyumbang utama (selain Amerika Syarikat) untuk peruntukan PBB yang biasa bagi tahun 2001 adalah seperti berikut: Jepun (19.63%), Jerman (9.82%),Perancis (6.50%), United

Kingdom (5.57%), Itali (5.09%), Kanada (2.57%), Sepanyol (2.53%), dan Brazil (2.39%).

Rancangan-rancangan untuk agensi-agensi PBB yang khas (seperti UNICEF, UNDP, UNHCR, dan WFP) tidak termasuk dalam peruntukan biasa, dan dibiayai secara suka rela oleh kerajaan ahli-ahli. Sehingga tahun 2001, sumbangan ini daripada Amerika Syarikat sahaja dianggarkan berhampiran AS$1.5 bilion pada jumlahnya. Sebahagian daripada ini adalah dalam bentuk barangan pertanian yang diderma kepada penduduk-penduduk yang menderita, tetapi sebahagian besarnya masih merupakan sumbangan dalam bentuk wang.

I) KRITIKAN DAN PERBALAHAN a) Membuat reformasi pada PBB

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, terdapatnya banyak seruan untuk membuat reformasi pada PBB. Tuduhan pada tahun 2004 dan 2005 mengenai salah pengurusan dan rasuah mengenai Program Minyak untuk Makanan untuk Iraq di bawah Saddam Hussein telah menyebabkan seruan yang baru untuk reformasi.

Sebuah rancangan reformasi yang rasmi telah dimulakan oleh Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan tidak lama selepas beliau memegang jawatan itu pada 1 Januari 1997. Reformasi yang telah dikemukakan termasuk:

penukaran keahlian tetap untuk Majlis Keselamatan (yang kini membayangkan hubungan kuasa 1945);

menjadikan birokrasi lebih nyata, bertanggungjawab dan cekap;

menjadikan PBB bersikap lebih demokratik; dan

mengenakan tarif antarabangsa terhadap semua pengilang senjata di seluruh dunia.

b) Kegagalan dalam isu-isu keselamatan

Walaupun PBB menumpukan sebahagian besar daripada usaha-usahanya dalam bidang keamanan dan keselamatan, dalam banyak kes, ahli-ahli PBB telah menunjukkan keberatan untuk mencapai ataupun menguatkuasakan ketetapan-ketetapan Majlis Keselamatan. Pada 2003, Amerika Syarikat mengetuai serangan terhadap Iraq di tengah-tengah rasa tidak setuju yang kuat antara kebanyakan ahli-ahli PBB. Untuk hampir sedekad, Israel menentang ketetapan yang memerlukannya menghapuskan petempatan-petempatan di Tebing Barat dan Gaza. Kegagalan-kegagalan ini berpunca daripada sifat antara kerajaan PBB — dalam banyak hal, ia merupakan persatuan yang terdiri daripada 191 ahli negara yang harus mencapai sepersetujuan, dan bukannya sebuah pertubuhan yang bebas. Walaupun tindakan-tindakan telah diberikan mandat oleh Majlis Keselamatan, Sekretariat jarang diberikan sumber-sumber yang mencukupi untuk melaksanakannya.

c) Penganiayaan seks oleh pengaman-pengaman

Telah dilaporkan bahawa pengaman-pengaman daripada beberapa negara telah menganiayai dan bergilir-gilir merogol kanak-kanak perempuan semuda umur 12 di Republik Demokratik Congo. Penganiayaan ini dilaporkan telah berlaku secara meluas dan masih berlaku walaupun terdapatnya banyak pendedahan dan penyiasatan oleh "Pejabat Perkhidmatan Kealpaan Dalaman PBB

Penyiasatan dalaman PBB pada tahun 2005 mendapati bahawa penganiayaan seks yang serupa juga telah dilaporkan di lima negara yang lain di mana pengaman-pengaman PBB telah diatur kedudukan, termasuklah Burundi, Côte d'Ivoire dan Liberia.

d) Keahlian jawatankuasa

Pemasukan Sudan dan Libya yang mempunyai rekod hak asasi manusia yang tidak terhingga ke dalam Suruhanjaya PBB untuk Hak Asasi Manusia, dan pelantikan Libya sebagai pengerusi Suruhanjaya ini telah menjadi satu perbalahan. Bagaimanapun, negara-negara itu memperdebatkan bahawa negara-negara Barat, dengan sejarah keganasan dan kekejaman penjajahan, tidak ada hak untuk berdebat tentang keahlian Suruhanjaya ini.

e) Skandal Minyak untuk Makanan

Program "Minyak untuk Makanan" diwujudkan oleh PBB pada tahun 1996 untuk membenarkan Iraq menjual minyaknya kepada pasaran dunia sebagai tukaran untuk keperluan kemanusiaan untuk rakyat Iraq, tanpa membenarkan kerajaan Iraq membina semula tenteranya selepas Perang Teluk pertama.

Bagaimanapun, rancangan itu telah ditamatkan pada akhir tahun 2003 di tengah-tengah tuduhan penyalahgunaan dan rasuah. Bekas Pengarah Benon Sevan dari Cyprus meletakkan jawatan sewaktu Interim Report.pdf laporan kemajuan interim daripada penyiasatan PBB menyimpulkan bahawa Sevan telah menerima rasuah daripada rejim Iraq. Juga terlibat dalam skandal itu ialah Kojo Annan, anak lelaki kepada Kofi Annan, yang telah dikatakan mendapat kontrak "Minyak untuk Makanan" PBB untuk Coctecna, sebuah syarikat Switzerland. Menteri Luar Negeri India juga telah dipecat kerana peranannya dalam skandal ini.

Dalam dokumen Modul Sejarah STPM Penggal 1 (Halaman 130-136)