• Tidak ada hasil yang ditemukan

INSTITUSI DALAM KOMANWEL

Dalam dokumen Modul Sejarah STPM Penggal 1 (Halaman 139-146)

PBB LATAR BELAKANG

INSTITUSI DALAM KOMANWEL

INSTITUSI DALAM KOMANWEL

EAD – Bahagian Hal Ehwal Ekonomi

GTA – Bahagian Bantuan Teknikal Am

TAG – Kumpulan Bantuan Teknikal

Tabung Ekuiti Komanwel MATLAMAT UTAMA

Mengeratkan kerjasama politik, ekonomi dan sosial di kalangan negara anggota.

CIRI - CIRI

Sekumpulan negara bebas yang pernah menjadi tanah jajahan British Raja Britain menjadi Ketua Komanwel dan lambang perpaduan

Mempunyai latar belakang sejarah yang serupa iaitu melalui pengalaman penjajahan (British) Menikmati kemudahan-kemudahan seperti pendidikan, perhubungan dan bantuan ekonomi. Mengamalkan prinsip persamaan dan toleransi

Menggunakan undang-undang Inggeris sebagai asas sistem perundangan. Bahasa Inggeris digunakan dengan meluas

Sistem pelajaran juga berasaskan sistem yang terdapat di Britain LATAR BELAKANG

Komanwel ialah pertubuhan negara-negara merdeka yang pernah dijajah oleh British Idea dikemukakan oleh Menteri Luar Britain

Lord Rosebury

Lord Balfour mengisytiharkan penubuhan Komanwel pada tahun 1931 berdasarkan Statue Westminster

Jumlah anggota pada peringkat awal penubuhan ialah 49 dan sekarang berjumlah 54 buah negara .

Ibu pejabat di London.

PRINSIP - PRINSIP

Percaya terhadap kebebasan individu Percaya bahawa kerjasama antarabangsa

sangat diperlukan

Percaya bahawa keamanan dan kestabilan antarabangsa penting untuk kesejahteraan manusia

Jurang perbezaan kekayaan yang besar wujud antara manusia dan tidak boleh dibiarkan Menentang penindasan dan prasangka

A) SEJARAH DAN PERKEMBANGAN KOMANWEL

1. Idea untuk memberi hak berkerajaan sendiri kepada tanah jajahan British terkandung dalam Laporan Lord Durham pada tahun 1839. Sistem ini diperkenalkan di Kanada pada tahun 1847. Pada tahun 1867, Kanada merupakan tanah jajahan yang pertama memperoleh taraf berkerajaan sendiri.

2. Kemudian diikuti oleh Australia (1901), New Zealand (1907) dan Afrika Selatan (1910). Walaupun mendapat taraf pemerintahan sendiri, namun kuasa yang dimiliki wilayah-wilayah ini masih terhad. Parlimen Britiain mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang berhubung dengan hal-ehwal pertahanan, dasar luar dan sebagainya.

3. Pada akhir tahun 1950-an, kebanyakan bekas tanah jajahan di Afrika, Asia, Caribbean dan Pasifik yang mencapai kemerdekaan memilih untuk menyertai Komanwel. Mereka dibenarkan memilih jenis kerajaan sama ada berbentuk republik, monarki atau menerima monarki British. 4. Pada masa kini, bilangan negara yang menjadi anggota Komanwel adalah 54 buah negara. 5. Terdapat beberapa buah negara yang mengisytiharkan keluar dari Komenwel, iaitu:

i. Amerika Syarikat (1961) ii. Myanmar (1948)

iii. Ireland (1948) iv. Afrika Selatan (1961)

v. Zimbabwe (2003)

vi. Pakistan (1973), menyertai semula pada tahun 1989. B) UNITED KINGDOM DAN KOMANWEL

1. United Kingdom dianggap sebagai ‗pengasas‘ dan ‗ketua‘ Komanwel. Jika United Kingdom tidak bijak menjaga dan mengawal negara-negara bekas tanah jajahannya, sudah tentu hubungan United Kingdom dan tanah jajahannya akan lenyap begitu sahaja.

2. Bekas tanah jajahan British tidak dipaksa untuk menyertai Komanwel dan ahli-ahlinya adalah bebas untuk menarik diri pada bila-bila masa. Burma meninggalkan Komanwel pada tahun 1948 dan republik Ireland meninggalkan pertubuhan ini pada tahun 1949.

3. Keanggotaan dalam Komanwel bukan secara automatik, ertinya bekas-bekas tanah jajahan British tidak semestinya diterima terus menjadi anggota setelah mencapai kemerdekaan. Sesebuah negara perlu memohon untuk menjadi ahli. Selain dari itu, mereka perlu menerima Queen sebagai simbol perpaduan dan Ketua Komanwel.

4. Negara-negara anggota yang berhasrat untuk menukarkan status monarki menjadi republik mesti memaklumkan kepada negara-negara anggota yang lain.

5. Negara-negara anggota harus bekerjasama dengan ahli-ahli demi kepentingan bersama. 6. Keunikan Komanwel ialah kebijaksanaan Britain mengekalkan legasi monarkinya menjadi

ketua negara dalam kalangan negara-negara Komanwel yang merdeka. Lebih kurang 16 buah negara anggota memilih untuk mengakui Queen (Raja Inggeris) sebagai ketua negara. Di setiap negara tersebut, diwakili oleh Gabenor Jeneral. Di sesetengah negara, Gabenor Jeneral terdiri daripada anak tempatan.

7. Antara negara-negara yang mengakui Queen sebagai ketua ialah Australia, New Zealand, Kanada, Bahamas, Barbados, Jamaica, Grenada dan Mauritius. Antara peranan Queen sebagai ketua negara ialah:

a) Baginda mempunyai bahagian dalam perlembagaan negara-negara tersebut

b) Baginda akan melakukan upacara formal seperti merasmikan penggal parlimen dan sebagainya yang biasanya diwakili oleh Gabenor Jeneral.

8. Britain bertanggungjawab untuk membangunkan tanah jajahannya (termasuk wilayah-wilayah yang diamanahkan kepadanya) yang ketinggalan dari segi ekonomi.

9. Kerjasama secara multilateral (hubungan dalam bentuk kumpulan atau pertubauhan) dalam ekonomi alam kalangan bekas tanah jajahannya akan mengukuhkan ekonomi negara-negara berkenaan.

10.Pada tahun 1950-an, Britain menggunakan pertubuhan ini untuk kepentingan sendiri khususnya dalam bidang ekonomi. Negara Komanwel mengeksport lebih 50 peratus daripada teh, bijih timah, jut, getah, minyak sawit dan koko dunia.

11.Kekayaan hasil bahan-bahan mentah di negara bekas tanah jajahannya menyebabkan Britain mengambil kesempatan mengadakan hubungan bilateral (hubungan terus dengan negara-negara tertentu) dan penetapan harga barang-barang utama itu dilakukan oleh Britain.

12.Negara-negara anggota sedar hubungan sedia ada dengan Britain dan negara-negara Komanwel yang lain serta penglibatan perdagangan dalam Sterling Area akan memberi faedah seperti pemindahan teknologi dan kepakaran, perkhidmatan perkapalan dan sebagainya.

13.United Kingdom dengan pengaruh yang ada memujuk Amerika Syarikat, Kanada dan Jepun mewujudkan Rancangan Colombo pada tahun 1950. Rancangan yang berslogankan ―merancang Untuk Kemakmuran Bersama‖ dilancarkan bagi membantu meningkatkan perkembangan ekonomi di negara-negara Asia dan Pasifik.

14.Beberapa negara anggota Komanwel seperti India, Fiji, Sri Lanka dan Tanah Melayu menikmati faedah daripada program ini dalam bidang pendidikan dan pembinaan infrastruktur seperti jalan raya, kereta api dan sistem pengairan.

15.Britain mewujudkan Jawatankuasa Perhubungan Pelajaran Komanwel pada tahun 1950 bagi membantu negara-negara anggota (sedang membangun) menyediakan sistem pelajaran yang lebih sempurna.

16.Jawatankuasa tersebut merupakan sebuah badan penasihat dan perunding dalam bidang pelajaran yang dianggotai oleh bebrapa orang pakar dalam bidang pelajaran. Universiti di negara-negara Komanwel sering mengadakan kerjasama melalui Persatuan Universiti Komanwel yang dianggotai oleh lebih 200 buah universiti.

17.Antara tujuan penubuhan persatuan ini adalah untuk membantu universiti terutama yang baharu ditubuhkan dari segi tenaga pengajar, kelengkapan penyelidikan dan lain-lain keperluan yang berkaitan dengan penyelidiakan.

18.Penubuhan Komanwel juga mempunyai kaitan dengan hasrat Britain untuk memperkenalkan sistem sosial, ekonomi dan politik berdasarkan model Barat. Penerapan sistem undang-undang, birokrasi, ekonomi dan lain-lain menjadikan struktur pentadbiran negara-negara Komenwel lebih kemas dan berkesan.

19.Salah satu isu yang menggugat perpaduan dalam kalangan negara Komanwel ialah Dasar Aparthied yang diamalkan di Afrika Selatan. Kerajaan kulit putih melaksanakan dasar ini antara tahun 1948 hingga 1991. Majoriti negara-negara anggota Komanwel mahukan dasar ini dihapuskan, namun Britain bertindak tidak sehaluan dengan anggota yang lain.

20.Isu ini hanya tinggal sejarah setelah dasar ini dihapuskan pada tahun 1991 dan kerajaan di bawah pimpinan Nelson mandela dibentuk untuk memerintah Afrika Selatan pada thuan 1994. 21.Komanwel bukanlah sebuah pakatan bercorak ketenteraan. Oleh itu, peranannya untuk

menyelesaikan isu-isu politik dan keselamatan yang ditimbulkan oleh negara-negara anggotanya adalah terbatas.

C) PERANAN UNITED KINGDOM (UK) DALAM KOMANWEL

1) POLITIK

Pengasas dan ketua Komanwel – membimbing bekas tanah jajahan ke arah berkerajaan sendiri

Queen (Raja Inggeris) – ketua dan simbol perpaduan

UK dapat mengekalkan legasi monarkinya sebagai ketua Negara di 16 buah Negara – Australia, New Zealand, Kanada, Bhamas, Barbados, Jamaica, Grenada, dan Mauritius.

2) EKONOMI

UK bertanggungjawab membangunkan tanah jajahannya yang ketinggalan dari segi ekonomi

Kerjasama ekonomi secara multilateral mahupun bilateral dapat mengukuhkan ekonomi negara anggota.

UK Berjaya menggunakan pertubuhan ini untuk kepentingan sendiri, contohnya: i) pada tahun1950-an Negara Komanwel mengeksport lebih 50% daripada teh,

bijih timah, jut, getah, minyak sawit, dan koko dunia, ii) menyumbang separuh daripada keluaran aluminium dunia, iii) menetapkan harga barang utama

Walau bagaimanapun Negara anggota mendapat faedah seperti pemindahan teknologi dan kepakaran, perkhidmatan, perkapalan dll.

Pada tahun 1950, UK Berjaya memujuk Amerika Syarikat, Kanada dan Jepun mewujudkan Rancangan Colombo untuk meningkatkan perkembangan ekonomi Asia dan Paisfik.

Negara anggota seperti India, Fiji, Sri Langka dan Tanah Melayu mendapat faedah daripada program ini dalam bidang pendidikan dan pembinaan infrastruktur seperti jalan raya, jalan kereta api dan sistem pengairan.

3) SOSIAL

Pada tahun 1950, UK mewujudkan Jawatankuasa Perhubungan pelajaran Komanwel bagi membantu negara anggota (sedang membangun) menyediakan sistem pelajaran yang lebih sempurna.

Menjadi badan penasihat dan perunding dalam bidang pelajaran yang dianggotai oleh beberapa orang pakar dalam bidang pelajaran.

Universiti di negara Komanwel sering mengadakan kerjasama melalui Persatuan Universiti Komanwel yang dianggotai lebih 200 buah universiti. Tujuan penubuhan persatuan ini adalah untuk membantu universiti yang baharu

ditubuhkan dari segi tenaga pengajar, kelengkapan penyelidikan dll keperluan yang berkaitan dengan pendidikan.

PERA

NAN UN

ITED KINGD

OM

DALAM K

O

M

ANW

EL

D) INDIA DAN KOMANWEL

1. India merupakan anggota ―bukan berkulit putih‖ yang ingin diberi taraf kerajaan sendiri oleh pihak British.

2. Pada tahun 1919, Undang-undang Kerajaan India telah digubal. Sistem dyarchy telah diperkenalkan di India. Melalui sistem ini, pentadbiran wilayah-wilayah di India dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu perkara-perkara tertentu yang ditadbir oleh:

a) Gabenor Wilayah b) Gabenor India

3. Bagaimanapun, semua keputusan hendaklah mendapat kebenaran daripada kerajaan atau Parlimen British. Satu suruhanjaya telah dibentuk untuk mengkaji pemberian taraf berkerajaan sendiri di India yang dipengerusikan oleh Sir John Simon.

4. Suruhanjaya Simon mengemukakan cadangan supaya sistem dyarchy dimansuhkan. Persidangan Meja Bulat diadakan di London bagi membincangkan soal perlembagaan India. Setelah tiga kali bersidang, Undang-undang Kerajaan India 1935 digubal.

5. Melalui undang-undang ini, India dipisahkan dengan Burma. Kerajaan India bertanggungjawab sepenuhnya ke atas wilayah-wilayah British di India.

6. Pada tahun 1942, Sir john Cripps diutuskan ke India oleh Perdana Menteri Britain bagi membincangkan taraf kemerdekaan penuh India. Akhirnya India diberi kemerdekaan pada tahun 1947. Pada masa itu, hanya India, Pakistan, dan Sri Lanka sahaja dari Benua Asia yang menyertai Komanwel.

7. Pada bulan Oktober 1948, Persidangan Perdana-Perdana Menteri Komanwel telah diadakan di London. Persidangan ini turut dihadiri oleh negara-negara yang baharu menyertai Komanwel.

8. Bagaimanapun, bentuk keanggotaan serta corak pemerintahan negara tidak dibincangkan dalam persidangan itu. Perbincangan tentang perlembagaan yang berkaitan dengan anggota baru dari Asia diketepikan. Sebaliknya, persidangan itu banyak membahaskan soal pertahanan dan kemajuan ekonomi.

9. Perdana Menteri India yang baru pertama kali menghadiri Persidangan Perdana-Perdana Menteri Komanwel kecewa dengan layanan buruk yang diberikan kepada pemimpin-pemimpin dari Asia.

10. Parti kongres india (INC) yang bersidang di Jaipur pada tahu 1949 membantah keras pemimpin- pemimpin Komanwel ―kulit putih‖ yang memberi layanan tidak adil itu. Bermula dari sinilah timbul cita-cita India hendak menjadikannya sebagai sebuah negara republik. 11. Pada tahun 1949, sekali lagi Persidangan Perdana-Perdana Menteri Komanwel yang

bersidang di London cuba menyelesaikan bantahan daripada India itu. Keputusannya, India kekal dalam Komanwel tetapi India hendaklah memaklumkan kepada negara-negara anggota lain bahawa negaranya akan menjadi republik serta mengiktiraf Queen sebagai lambang kebesaran dan Ketua Komanwel.

12. Hubungan anggota baru Komanwel, iaitu Pakistan dengan United Kingdom merosot disebabkan hubungan antara United Kingdom dan India semakin erat.

13. Selepas mencapai kemerdekaan dan menjadi anggota Komanwel, pihak British dan Amerika Syarikat berharap India akan menjadi sekutu Barat dan menentang komunis. Sebaliknya, nehru bersama-sama Presiden Nasser (Mesir) dan Presiden Tito (Yugoslavia) menggerakkan pertubuhan antarabangsa yang dikenali sebagai Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).

14. Setelah beberapa tanah jajahan British mencapai kemerdekaan terutamanya tanah jajahan dari Benua Afrika dan Asia menyertai Komanwel, Nehru tetap mahukan India bersama Komanwel untuk mengekalkan tradisi dan pengalaman bersama Britain dan jajahannya.

15. Dengan mengekalkan dirinya dalam Komanwel, India mendapat banyak manfaat seperti dalam bidang pendidikan, kemajuan belia, perkembangan infrastruktur, bantuan kepakaran, teknikal dan sebagainya.

3) PERTUBUHAN PERJANJIAN ATLANTIK UTARA / NORTH ATLANTIC TREATY ORGANISATION (NATO)

A) LATAR BELAKANG

1. NATO ditubuhkan pada 4 April 1949. Pada asalnya, hanya 12 buah negara sahaja menganggotai pertubuhan ini. Ibu pejabat NATO ialah di Paris. NATO telah menonjolkan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar yang memainkan peranan utama dalam pertahanan dan keselamatan di Eropah Barat.

2. Faktor penubuhan NATO:

a) Menghalang kebangkitan semula kuasa ketenteraan Jerman di Eropah.

b) Mengheret dan melibatkan secara langsung Amerika Syarikat dalam hal ehwal ketenteraan dan politik Eropah.

c) Mengekang perluasan ideologi komunis dan ketenteraan Rusia di Eropah.

d) Mengatasi ketidakyakinan Eropah terhadap kemampuan PBB sama ada dari sudut ketenteraan mahupun dari sudut pendekatan dan strategi bagi menyelesaikan atau mengatasi pelbagai konflik antarabangsa, khususnya dalam konteks dunia secara berkesan.

3. Strategi NATO ialah bagi mewujudkan sistem petahanan bersama yang melibatkan semua negara anggotanya terhadap keselamatan dan kedaulatan setiap negara anggota.

4. Tujuan utama NATO ialah untuk membendung pengaruh komunis yang diterajui oleh Soviet Union. Ini adalah disebabkan negara-negara Eropah Timur yang prokomunis sudah menambahkan kekuatan tentera bagi menandingi negara jiran mereka di Eropah Barat.

5. NATO mengesahkan kehadiran tentera Amerika Syarikat dan Britain selepas tahun 1945 di Eropah terutamanya di Jerman dan Turki supaya komunisme yang diarah dari Moscow dapat disekat dengan berkesan. Keadaan bertambah kritikal apabila Soviet Union telah meletupkan bom atomnya yang pertama pada tahun 1949.

6. Britain dan Perancis menyertai NATO kerana bimbang kebangkitan Jerman selepas Perang Dunia Kedua.Mereka menegaskan bahawa dua perang dunia yang berlaku dan bermula di Eropah berpunca daripada cita-cita Jerman mahu menguasai Benua Eropah.

7. Setiap anggota sangat komitmen dengan pertubuhan ini sehinggakan dalam Artikel 5 pertubuhan ini menyebut “ an armed attack upon one… shall be considered an attack upon

them all.” Ini bermaksud setiap negara anggota NATO akan menyerang musuh yang

menakluk mana-mana negara anggotanya.

8. NATO yang ditubuhkan pada era awal Perang Dingin tidak dibubarkan meskipun Perang Dingin sudah berakhir. Sebaliknya, era pasca-Perang Dingin menyaksikan NATO terus wujud dan kuasa-kuasa besar dunia yang berada dalam pertubuhan ini terus menyusun strategi bersaing sesama sendiri bagi mengukuhkan pengaruh masing-masing dalam NATO.

B) AMERIKA SYARIKAT, UNITED KINGDOM, DAN NATO

1. Britain memainkan peranan yang utama dalam proses pembentukan NATO. Pihak British dikatakan menyusun strategi dengan mengetengahkan peranan besar Amerika Syarikat dalam proses penubuhan NATO. Ini bermakna, pihak British berjaya untuk tidak menonjolkan peranan mereka walaupun pihak British merupakan key player dalam proses pembentukan NATO.

2. Britain yang ketika itu diterajui oleh Parti Buruh telah menyusun pelbagai strategi bagi memastikan pertubuhan antarabangsa yang bakal dibentuk akan turut disertai oleh Amerika Syarikat. Berdasarkan pengalaman Britain, sesuatu pertubuhan itu kurang berkesan jika tidak disertai oleh Amerika Syarikat seperti yang berlaku ke atas Liga Bangsa.

3. Perang Dingin telah menyebabkan hubungan antara United Kingdom dan Amerika Syarikat menjadi lebih akrab. Hubungan di antara kedua-dua kuasa besar dalam bentuk bilateral boleh dilihat dalam tiga bentuk;

a) Perundingan diplomatik. Walaupun hubungan kedua-dua negara nampak kompleks namun membuka banyak ruang perundingan dan perbahasan pelbagai peringkat birokrasi. b) Kerjasama ketenteraan. Kerjasama bilateral semakin rancak khususnya tentera udara

dan tentera laut.

c) Perisikan. Kerjasama perisikan menguntungkan kedua-dua pihak khususnya antara

Federal Bureau of Investigation (FBI) dan Central Intelligence Agency (CIA) di pihak

Amerika Syarikat dan M16 Secret Intelligence Service (SIS) dan M15 security Service di pihak Britain.

4. Bagaimanapun hubungan antara United Kingdom dan Amerika Syarikat terjejas sedikit kesan pengenalan Atomic Energy Act of 1946 (McMahon Act) yang melarang Amerika Syarikat mengadakan kerjasama nuklear dengan negara-negara lain kerana dibimbangi berlakunya percambahan aktiviti pembinaan senjata nuklear di tempat-tempat lain.

5. Pengenalan akta tersebut mengecewakan Britain kerana Britain bercita-cita membangunkan senjata nuklear dan ingin mendapatkan kerjasama daripada Amerika Syarikat. Britain akhirnya membuat keputusan sendiri untuk membangunkan senjata nuklear.

6. Beberapa siri rundingan telah diadakan dengan Amerika Syarikat yang bertujuan mendapatkan maklumat dan kepakaran berkaitan proses membina senjata nuklear. Akhirnya pada tahun 1952, Britain berjaya menghasilkan empat senjata nuklear di belakang Amerika Syarikat (128) dan Soviet Union (16).

7. Berkaitan dengan kelemahan PBB pula, persoalan yang timbul ialah pihak atau negara mana yang akan mengetuai misi ketenteraan PBB dan negara mana yang akan membiayai segala perbelanjaan sepanjang misi ketenteraan PBB.

8. Implikasinya ialah kuasa-kuasa besar dunia yang merupakan anggota Majlis Keselamatan PBB yang memiliki kuasa veto selalu gagal mendapat kata sepakat dalam menangani mana-mana konflik antarabangsa.

9. Soviet Union sering dipersalahkan dan dilihat sebagai tidak demokratik, tidak menghormati hak asasi manusia, dan tidak menghormati kebebasan individu sebagaimana yang dipraktikan di Eropah.

10. Soviet Union didakwa oleh pihak Barat lebih komited untuk melebarkan pengaruh politik yang berideologikan komunisme di Eropah atau di Asia. Sikap Soviet Union dilihat sebagai penghalang utama bagi kuasa-kuasa besar dunia mencapai kesepakatan dalam PBB bagi menangani isu-isu antarabangsa.

11. Perkembangan politik antarabangsa seperti ini sepanjang tahun 1945 hingga tahun 1949 menyebabkan Britain dan Amerika Syarikat mengambil inisiatif untuk menubuhkan NATO. 12. Soviet union pula memberi satu persepsi bahawa NATO ialah Amerika Syarikat dan Amerika

Syarikat ialah NATO. Ini bermakna NATO didominasikan oleh Amerika Syarikat berbanding negara-negara lain.

13. Komitmen berterusan Amerika Syarikat dalam NATO dilihat sebagai kunci keseimbangan, keutuhan, dan kestabilan NATO sebagai institusi yang berperanan memelihara keamanan dan keselamatan dunia secara praktikal bukan sekadar di Eropah sahaja malah di seluruh dunia.

NATO

Dalam dokumen Modul Sejarah STPM Penggal 1 (Halaman 139-146)