• Tidak ada hasil yang ditemukan

CONTOH-CONTOH SOALAN TEMA 4.1

Dalam dokumen Modul Sejarah STPM Penggal 1 (Halaman 71-76)

1. Jelaskan usaha-usaha Gerakan Menguatkan Diri yang berlaku di China pada tahun 1861 – 1895.

2. Mengapakah Gerakan Menguatkan Diri yang berlaku di China pada tahun 1861 – 1895 menemui kegagalan.

3. Mengapakah Gerakan Islah 1898 dilancarkan di China dan apakah langkah-langkah yang telah dilaksanakan dalam gerakan ini.

4. Bincangkan sebab-sebab kegagalan dan kesan-kesan Gerakan Islah 1898 ke atas kerajaan China.

5. Terangkan langkah-langkah yang telah dilaksanakan dalam gerakan pembaharuan Ching 1901 – 1911 dan apakah kesan-kesannya?

6. Mengapakah berlakunya Pemberontakan Boxer di China pada tahun 1900 dan bagaimana proses penentangan ini berlaku?

7. Bincangkan sebab-sebab kegagalan Pemberontakan Boxer di China pada tahun 1900 dan apakah implikasinya terhadap negara China.

8. Sejauhmanakah perasaan dendam sepoi mempengaruhi penentangan masyarakat India pada tahun 1857.

9. Jelaskan sebab-sebab kegagalan Dahagi India 1857 dan apakah kesannya terhadap masyarakat India.

4.2 KONFLIK ANTARABANGSA

4.2 KONFLIK ANTARABANGSA

- Sebab dan kesan

4.2.1 Perang Dunia Pertama

(1914-1918) – Jerman dan

Rusia (abad ke-20)

4.2.2 Perang Dunia Kedua(1942

-1945) – Jepun dan Amerika

Syarikat (abad ke-20)

4.2.3 Perang Dingin

(1945-1955) – Rusia dan Amerika

Syarikat (abad ke-20)

4.2.1 PERANG DUNIA PERTAMA (1914-1918) – JERMAN & RUSIA A) LATAR BELAKANG

Imperialisme Barat muncul dan menular ke seluruh dunia kesan daripada berlakunya Revolusi Perindustrian. Imperialisme yang berlaku itu bertujuan untuk mendapatkan bahan mentah dan pasaran barangan kilang. Persaingan sering berlaku antara kuasa-kuasa imperialis Barat. Persaingan yang wujud ini mendorong kepada berlakunya Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.

Sebelum meletusnya Perang Dunia Pertama, keadaan politik di Eropah terutamanya pada pertengahan kurun ke-19 adalah berbeza dengan keadaan politik yang terdapat pada hari ini. Negeri-negeri Jerman yang terdiri daripada 39 buah negeri (Gabungan Jerman) pada tahun 1850 telah disatukan oleh Von Bismarck melalui peperangan dengan Denmark (1864), Austria (1867) dan Perancis (1870) dan dasar Darah dan Besi pada tahun 1871. Itali juga telah disatukan. Penyatuan negara Jerman dan Itali telah mengubah imbangan kuasa di Eropah. Kerajaan Prusia dan Empayar Austria-Hungary merupakan dua kuasa besar yang terdapat dalam pergabungan tersebut. Empayar Austria-Hungry yang luas menyebabkan sebahagian daripada wilayahnya berada di luar sempadan Pergabungan Jerman. Poland dan Semenanjung Itali pula ketika itu dikuasai oleh Rusia. Sementara itu, empayar Turki Uthmaniyyah pada pertengahan kurun ke-19 masih lagi menguasai kawasan Eropah Tenggara khususnya negara-negara rantau Balkan.

Perang Dunia Pertama yang meletus pada tahun 1914 hingga 1918 adalah berpunca daripada peperangan yang meletus antara Austria-Hungary dan Serbia. Ia merupakan satu peperangan menyeluruh yang pertama pernah berlaku dalam sejarah dunia moden. Berlaku antara Kuasa-kuasa Tengah (Jerman, Austria-Hungary, Bulgaria, Itali dan Turki) dengan Pakatan Bertiga (Rusia, Perancis, Britain, dan disertai pula Amerika Syarikat dan Jepun). Peperangan itu tamat apabila berlaku dahagi tentera darat dan laut Jerman yang menyebabkan Kaiser William II terpaksa melarikan diri ke Belanda. Peperangan yang berlaku itu telah membawa banyak kemusnahan kepada harta benda dan nyawa.

B) SEBAB-SEBAB MELETUSNYA PERANG DUNIA PERTAMA - UMUM 1) Pembentukan Pakatan Kuasa Besar

 Ketua Menteri Jerman ketika itu Otto Von Bismarck merupakan seorang yang mempunyai cita-cita yang tinggi. Berhasrat untuk meluaskan lagi empayar Jerman.

 Jerman dan Austria- Hungary (Kuasa-kuasa Tengah) serta Itali telah membentuk Perikatan Bertiga pada tahun 1882 yang bertujuan menyekat kuasa Rusia di Semenanjung Balkan.  Kebimbangan terhadap kemungkinan Perancis akan mengambil alih jajahannya di Afrika

mendorong Itali untuk menyertai Jerman dan Austria-Hungary.

 Pada tahun 1888, Jerman diperintah oleh Raja William II yang mahu memperluaskan dasar imperialismenya ke seberang laut.

 Tindakan ini menimbulkan kebimbangan Perancis dan Rusia. Kedua-dua negara menubuhkan satu pakatan ketenteraan yang dinamakan Pakatan Berdua.

 Britain yang turut merasa bimbang dengan perkembangan yang berlaku di Jerman telah menyertai Perancis dan Rusia dengan membentuk Pakatan Bertiga pada tahun 1908.

 Benua Eropah terbahagi kepada dua kumpulan kesan daripada wujudnya pakatan tersebut. Ketegangan yang wujud antara dua kumpulan ini mendorong tercetusnya perang.

2) Persaingan Ketenteraan

 Kekuatan tentera adalah faktor penting dalam proses perluasan kuasa.

 Raja William II yang memerintah Jerman mahu supaya angkatan laut Jerman diperkembangkan supaya setanding dengan angkatan tentera daratnya.

 Britain yang mempunyai angkatan laut terkuat di Barat merasa bimbang dengan perkembangan ini.

 Rusia dan Perancis pula bersaing untuk meningkatkan kekuatan angkatan tentera masing-masing.

 Persaingan dan perkembangan yang berlaku ini menimbulkan kecurigaan antara negara-negara Eropah yang akhirnya membawa kepada peperangan.

3) Perlumbaan Imperialisme

 Selaras dengan kemajuan yang dialami dalam sektor industri, dasar imperialisme turut berkembang dengan pesat.

 Keperluan terhadap bahan mentah dan pasaran barangan kilang mendorong berlakunya kegiatan imperialisme.

 Kegiatan imperialisme yang berlaku ini melibatkan penguasaan ekonomi dan pengambilan kuasa politik di negara-negara yang dijajah.

 Usaha-usaha untuk memperluaskan empayar ini turut melibatkan kuasa-kuasa Jerman dan Itali.

 Penguasaan Perancis dan Britain di Asia serta Afrika juga telah menimbulkan rasa tidak puas hati Jerman.

 Mubaligh-mubaligh Kristian dari Eropah pula berharap mereka mendapat peluang untuk menyebarkan agama Kristian di Asia dan Afrika.

4) Perlumbaan Ekonomi

 Kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba untuk menguasai negara-negara pengeluar bahan mentah dan pasaran baru kesan daripada perkembangan industrialisasi di Eropah.

 Kesan daripada perkembangan ini membolehkan Jerman muncul sebagai sebuah kuasa besar dalam perdagangan dan perindustrian yang memberi saingan kepada Perancis dan Britain.  Kemajuan Jerman membimbangkan Perancis akan kawasan-kawasan lombongnya yang

terletak di utara Perancis akan dikuasai oleh Jerman.

 Jerman dan Austria-Hungary juga berusaha mengekalkan hak istimewa mereka dalam Empayar Turki Uthmaniyyah.

 Pada kurun ke-20, perlumbaan ekonomi ini bertukar menjadi persaingan politik. 5) Semangat Nasionalisme

 Semangat nasionalisme biasanya dikaitkan dengan kebebasan dan kemerdekaan. Perkembangannya menjadi lebih agresif pada akhir kurun ke-19.

 Usaha pelampau-pelampau nasionalis yang cuba menguatkan negara mereka dan melemahkan negara lain juga menjadi faktor tercetusnya perang.

 Perancis misalnya cuba untuk mengembalikan maruah bangsanya dengan berusaha untuk mendapatkan kembali jajahannya seperti Alsace dan Lorraine daripada Jerman.

 Di pihak Jerman pula, mereka berpendapat bahawa mereka berhak menguasai negeri-negeri tersebut kerana mereka menganggap diri mereka sebagai bangsa tuan (master race).

 Pada masa yang sama, Jerman juga bimbang dengan kekuatan ketenteraan yang dimiliki oleh Britain dan Perancis.

 Bagi golongan yang berpegang kepada fahaman ketenteraan di Jerman, mereka menganggap bahawa kemuncak kemajuan sosial sesebuah negara akan tercapai apabila berjaya di medan perang.

 Seorang nasionalis Jerman, Heinrich Von Treitscheke kemudiannya telah mempelopori idea perluasan kuasa melalui ketenteraan.

 Idea baru yang diperkenalkan ini telah mewujudkan Gerakan Slav dan Gerakan Pan-Jerman.

 Beberapa tindakan yang berbahaya telah dilakukan oleh gerakan-gerakan ini dan seterusnya membawa kepada berlakunya perang.

6) Kekacauan di Beberapa Negeri

 Kuasa-kuasa besar Eropah telah terlibat dalam hal ehwal politik Afrika sejak tahun 1898.  Melalui beberapa krisis yang berlaku, kuasa-kuasa besar ini telah berselisih faham.  Antara krisis-krisis tersebut ialah;

 Krisis Morocco I  Krisis Bosnian  Krisis Morocco II  Perang Balkan.

 Ekoran daripada tercetusnya Perang Balkan, telah wujud permusuhan antara:  Austria-Hungary dan Serbia

 Turki dan negara-negara Balkan  Jerman dan Rusia

 Untuk melumpuhkan kuasa Austria dan Itali di Balkan, Rusia telah memberi sokongan kepada pergerakan kebangsaan Balkan.

 Turki pula mendapat pinjaman kewangan daripada Jerman untuk membina jalan kereta api dari Berlin ke Baghdad pada tahun 1898.

 Melalui bantuan itu, Jerman berharap ia akan dapat merapatkan lagi hubungannya dengan Turki dan seterusnya berpeluang untuk meluaskan kuasa di Balkan.

 Namun, Jerman tetap khuatir kerana terpaksa menghadapi Rusia di timur dan Perancis di barat.

 Rusia diminta menghentikan persediaan perangnya oleh Jerman tetapi permintaan tersebut tidak mendapat layanan.

 Seterusnya, Jerman telah bertindak mengisytiharkan perang ke atas Rusia dan Perancis. Britain pula mengisytiharkan perangnya ke atas Jerman sebagai langkah untuk membantu Perancis.

 Semua ini membawa kepada berlakunya Perang Dunia Pertama di Eropah. 7) Peristiwa Sarajevo – Pembunuhan Archduke Francis Ferdinand

 Peristiwa ini merupakan faktor langsung kepada tercetusnya Perang Dunia Pertama. Ia digunakan oleh Pakatan Bertiga dan Kuasa-kuasa Tengah untuk saling melancarkan serangan.  Sarajevo yang terletak di dalam wilayah Austria-Hungary merupakan ibu kota negara Bosnia.  Bosnia menentang Austria-Hungary dengan dibantu oleh Serbia. Bagi Serbia pula, ia

menganggap bahawa Bosnia adalah merupakan sebahagian daripada wilayahnya.

 Dalam peristiwa itu, Archduke Francis Ferdinand dan isterinya telah dibunuh oleh nasionalis Serbia bernama Gavrilo Princip semasa melawat bandar tersebut pada tahun 1914.

 Archduke Francis Ferdinand merupakan pewaris (Putera Mahkota) kerajaan Austria.

 Kerajaan Austria menuduh kerajaan Serbia bertanggungjawab ke atas pembunuhan yang berlaku dan menghantar sepuluh tuntutan kepada Serbia tetapi tidak diterima oleh Serbia.  Oleh itu, Austria telah mengisytiharkan perang ke atas Serbia pada 28 Julai 1914.

 Rusia bertindak menyokong Serbia dalam peperangan tersebut dan Austria pula mendapat sokongan daripada Jerman.

 Jerman telah mengisytiharkan perang ke atas Rusia pada bulan Ogos 1914. Peperangan yang tercetus ini menjadi permulaan kepada berlakunya Perang Dunia Pertama.

C) SEBAB-SEBAB JERMAN TERLIBAT DALAM PERANG DUNIA PERTAMA 1) Pembentukan Pakatan Kuasa Besar

 Ketua Menteri Jerman ketika itu Otto Von Bismarck merupakan seorang yang mempunyai cita-cita yang tinggi. Berhasrat untuk meluaskan lagi empayar Jerman.

 Jerman dan Austria- Hungary (Kuasa-kuasa Tengah) serta Itali telah membentuk Perikatan Bertiga pada tahun 1882 yang bertujuan menyekat kuasa Rusia di Semenanjung Balkan.  Kebimbangan terhadap kemungkinan Perancis akan mengambil alih jajahannya di Afrika

mendorong Itali untuk menyertai Jerman dan Austria-Hungary.

 Pada tahun 1888, Jerman diperintah oleh Raja William II yang mahu memperluaskan dasar imperialisme ke seberang laut.

 Tindakan ini menimbulkan kebimbangan Perancis dan Rusia. Kedua-dua negara menubuhkan satu pakatan ketenteraan yang dinamakan Pakatan Berdua.

 Britain yang turut merasa bimbang dengan perkembangan yang berlaku di Jerman telah menyertai Perancis dan Rusia dengan membentuk Pakatan Bertiga pada tahun 1908.

 Benua Eropah terbahagi kepada dua kumpulan kesan daripada wujudnya pakatan tersebut. Ketegangan yang wujud antara dua kumpulan ini mendorong tercetusnya perang.

2) Dasar Kerajaan Jerman – Dasar Kaiser

 Pencerobohan Jerman menjadi salah satu sebab Jerman dipersalahkan dalam peletusan Perang Dunia Kedua.

 Kerajaan British, Rusia dan Perancis takut kepentingan mereka diancam.

 Gerakan ―Pan Jermanisme ―(menyebarkan kebudayaan dan kuasa Jerman) bertentangan dengan ―Pan Slavisme‖ (gerakan menyatukan semua bangsa Slav di bawah naungan Rusia.  Langkah Jerman untuk ―bergerak ke Timur‖ yang dijalankan melalui rancangan pembinaan

landasan kereta api Berlin-Baghdad menimbulkan permusuhan antara Jerman – Rusia.

Dalam dokumen Modul Sejarah STPM Penggal 1 (Halaman 71-76)