• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bibliografi Al-Quran al-Karim.

Yayasan Penyelenggara Penterjemah / Pentafsir al-Quran (1412), al-Quran dan Terjemahnya. Madinah: Komplek Percetakan al-Qur’an Khadim al-Haramain al-Syarifain Raja Fahd.

A.Mudjab Mahali (1989), Asbabun Nuzul: Studi Pendalaman al-Quran. Jakarta: CV. Rajawali.

Abdul Kadir Audah (1983), terj. Haji Salahuddin Abdullah, Harta dan Pemerintahan dalam Islam. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara.

Abu Bakr Jabir al-Jazairi (1996), terj. Drs. Hasanuddin dan Didin Hafidhudin, Pedoman Hidup Muslim. Kuala Lumpur: Victory Agencie.

Al Bukhari, al-Imam Abu `Abd Allah Muhammad ibn Isma`il ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Bardhabah (1992), Sahih al-Bukhari. Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah.

Al-Albani, Muhammad Nasir al-Din (1986), Mukhtasar Sahih al-Imam al-Bukhari, cet. 5. T.T.P.: al- Maktab al-Islami.

Al-Asfahani, Abu Qasim al-Husin ibn Muhammad ibn al-Mufaddal (1985), Kitab al-Dhari`ah ila Makarim al-Syari`ah. Qaherah: Dar al-Sahwah.

Al-Ghazali (1989), terj. Syed Ahmad Semait, Bimbingan Mu’minin: Pada Mencari Redha Rabbul `Alamin. Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd.

Al-Ghazali, (1994), ed. Abdullah al-Qari Haji Salleh, Aneka Amalan Manfaat Selepas Mati. Kuala Lumpur: Dinie Publishers.

Al-Ghazali, al-Imam Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad (1992), Ihya’ `Ulum al-Din. Beirut: Dar Qutaibah.

Al-Habib Muhammad ibn Abdullah al-Idrus (1993), terj. H.Abd. Hadi Basuthanah, Taqarrub Jalan Mencapai Kebahagiaan Hidup. Kuala Lumpur: Dinie Publishers.

Al-Imam Ahmad ibn Hanbal (1991), al-Musnad. Beirut: Dar al-Fikr. Al-Imam Ahmad ibn Hanbal (1995), al-Musnad. Qaherah: Dar al-Hadis.

Al-Imam Al-Nawawi, (1991), Raudah al-Talibin wa 'Amdah al-Muftin, cet. 3. T.T.P.: al-Maktab al- Islami.

Al-Imam Habib Abdullah Haddad (1988), terj. Syed Ahmad Semait, Nasihat Agama dan Wasiat Iman. Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd.

Al-Jawziyyah, Ibn al-Qayyim (1987), Tahdhib Madarij al-Salikin, cet. 2. Beirut: Mu’assasah al-Risalah. Al-Jawziyyah, Ibn al-Qayyim (t.t.), Madarij al-Salikin bain Manazil Iyyak Na`bud wa Iyyak Nasta`in.

T.T.P.: Dar al-Rasyad al-Hadithah.

Al-Khalili, al-Syeikh Sa`id ibn Khalfan (1984), Kitab al-Akhbar wa al-‘Athar. T.T.P.: T.P.

Al-Marbawi, Muhammad Idris `Abd al-Ra’uf (1934), Bahr al-Madhi. Mesir: Syarikat Maktabah wa Matba'ah Mustafa al-Babi wa Auladuh.

Al-Marbawi, Muhammad Idris `Abd al-Ra’uf (t.t.), Qamus Idris al-Marbawi. cet. 4. Mesir: Mustafa al- Babi al-Halabi wa Auladuh.

Al-Qasimi, al-Syeikh Muhammad Jamal al-Din ibn Muhammad ibn Sa`id, (1994), Maw`izah al- Mu’minin min Ihya’ `Ulum al-Din, cet. 8. Beirut: Dar al-Nafa’is.

Al-Qasimi, al-Syeikh Muhammad Jamal al-Din ibn Muhammad ibn Sa`id (1995), Maw`izah al- Mu’minin min Ihya’ `Ulum al-Din. Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah.

Al-Qurasyi, al-Imam Abu al-Faraji `Abd al-Rahman ibn `Ali ibn al-Jauzi, (1966), Kitab al-Mawdu`at. Perpustakaan al-Salafiah, Madinah: Muhammad `Abd al-Muhsin.

Al-Syeikh Ahmad Muhammad `Assaf (1988), Bughyah al-Talibin min Ihya’ `Ulum al-Din, cet. 4. Beirut: Dar Ihya’ al –Ulum.

Al-Turtusyi, Abu Bakr Muhammad ibn al-Walid al-Fihri (1994), Siraj al-Muluk. T.T.P.: al-Dar al- Misriyyah.

Baharuddin Sayin, "Pentadbiran dan Pengurusan Harta Wakaf di Semenanjung Malaysia", Jurnal Fikrah, jilid 1, terbitan Unit Pendidikan Islam, Pusat Pendidikan Persediaan, Institut Teknologi MARA (sekarang Universiti Teknologi MARA Seksyen 17), Januari 1998.

Barmawie Umary (Drs.) (1986), Materia Akhlak, cet. 6. Jakarta: CV. Ramadhani.

Doniach, N.S (ed.) (1972), the Oxford English–Arabic Dictionary of Current Usage. Walton Street, Oxford: Oxford University Press.

Elias A.Elias & Edward E.Elias (1992), Qamus Elias al-`Asri: `Arabi–Injelizi, cet. 18. Cairo: Elias Modern Publishing House & Co.

Ensiklopedia Islam (1994), cet. 3. Jakarta: PC Ichtiar Baru Van Hoere.

Ensiklopedia Islam (1998). Kuala Lumpur: Pusat Penyelidikan Ensiklopedia Malaysia Berhad. Ensiklopedia Malaysiana (1995). Shah Alam, Selangor: Anzargain Sdn. Bhd.

Haji Johari Haji Alias (1994), Mengurus Keduniaan: Qana'ah (Redha), Miskin, Kaya, Mewarnakan Cara Hidup Umat Islam. Kuala Lumpur: Darul Nu'man.

Haron Din (Prof., Dr.) et.al (1988), Manusia dan Islam, cet. 4. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn. Bhd.

Hasan Ayub (t.t.), al-Suluk al-Ijtima`i fi al-Islam. T.T.P: Dar al-Muhajirin.

Hornby, A.S. (2000), terj. Prof. Dato’ Dr. Asmah Haji Omar, Oxford Fajar: Advanced Learner’s English–Malay Dictionary. Shah Alam, Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Husin al-Habsyi (1989), Kamus al-Kautsar Terjemahan Lengkap Arab–Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Victory Agencie.

Ibrahim Anis (Dr.) et.al (t.t.), al-Mu`jam al-Wasit, cet. 2. T.T.P.: T.P.

K.H. Muhibbuddin Waly (Prof., Dr.) (1995), Hakikat Hikmah Tauhid dan Tasawuf (al-Hikam), cet. 3. Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd.

K.H.M. Ali Usman et.al (t.t.), Hadits Qudsi, cet. ix. Kuala Lumpur: Pustaka al-Azhar.

Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan (1995). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Halipah Hamzah & S.Salahuddin Suyurno / 113

Kamus Dewan (1994), edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kamus Inggeris–Melayu Dewan (1992). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kamus Malaysiana (1995). Shah Alam, Selangor: Anzargain Sdn. Bhd.

Lewis, Norman (ed.) (1978), the New Roget’s Thesaurus of English Language in Dictionary Form. New York: G.P. Putnam’s Sons.

Longman Dictionary of the English Language (1985). England: Longman Group Limited.

Mahayudin Hj. Yahaya (1988), Ensiklopedia Sejarah Islam. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mahmud Muhammad Baadly (Dr.) (1994), terj. H. Abdul Hadi M.A., Pengurusan dan Penyelewengan Harta dalam Pandangan Islam. Kuala Lumpur: Dinie Publisher.

Mahmud Muhammad Babilli (Dr.) (1988), terj. Ismail Mohd. Hassan, Ekonomi dari Kacamata Islam. Terengganu: Penerbitan Yayasan Islam Terengganu.

Mohammad Zakariya (1991), terj. Humayun Chowdhury, Fadzail Sadaqat (Kelebihan Sadaqah). Jerteh, Terengganu: Pustaka Timur.

Mohd Farid Linggi (1998), Kehidupan dalam Tiga Dimensi. Kuala Lumpur: Pustaka Syuhada.

Mohd Yusof Othman (1998), Isu-isu dalam Ilmu dan Pemikiran. Kajang, Selangor: Aras Mega (M) Sdn. Bhd.

Mohd. Azani Ghazali & Abdul Aziz Hassan @ Yahya (1997), English–Arabic Concise Dictionary. Johor Bahru, Johor: Perniagaan Jahabersa.

Muhammad Isa ibn Surah al-Tirimzi (1993), terj. Drs H.Moh. Zuhri, Tarjamah Sunan al-Tirmidzi. Kuala Lumpur: Victory Agencie.

Muslim, al-Imam Abu Husin Muslim ibn al-Hajjaj al-Qusyairi al-Naisaburi (1987), terj. Abdul Hamid Siddiqi, Sahih Muslim, cet. 7. New Delhi: Kitab Bhavan.

Mustafa Abdullah (1997), terj. Siti Sujinah Sarnap, Tafsir Surah al-Fatihah dan Surah al-Baqarah. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa.

Mustafa Haji Daud (1991), Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Rohi al-Bawalbaki (Dr.) (1995), al-Mawrid : Qamus `Arabi–Injelizi, cet. 7. Beirut: Dar al-`Ilm li al- Malayin.

Siti Mariam Hj. Adam (1997), Timbangan Amal dari Kamus Orang Soleh. Johor Bahru, Johor: Perniagaan Jahabersa.

The American Heritage Desk Dictionary (1981). Boston: Houghton Mifflin Company.

Usman al-Khaibawi (1989), terj. dr. Syamsudin Manap, Butir-butir Nasehat. Kuala Lumpur: Victory Agencie.

Yusuf al-Qardhawi (Prof., Dr.) (2000), terj. Mohammad Zaini Yahaya, Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kita Idamkan. Bandar Baru Bangi, Selangor: Penerbitan Seribu Dinar, dengan kerjasama al-Syabab Media.

Pendidikan Islam: Tinjauan Metodologi Silam dan Realiti

Hari Ini

Norsiah Sulaiman, S.Salahuddin Suyurno (sss) & Fairuzah Hj. Basri

Abstrak

Pendidikan Islam, khususnya di Malaysia telah melalui sejarah yang panjang. Berbagai metod telah digunakan yang disesuaikan dengan matlamat utama pendidikan Islam, iaitu untuk melahirkan umat Islam yang mempunyai keyakinan dan pegangan yang teguh terhadap Islam. Bermula dari matlamat ini, pengetahuan Islam yang mengandungi nilai pendidikan mula diberikan kepada para pelajar. Para ulama’ silam telah merintis berbagai-bagai metod pendidikan Islam sesuai dengan masyarakat dan zaman yang mereka hadapi. Di antaranya, mereka menggunakan metod penulisan dan mendirikan pusat pengajian yang dikenali dengan berbagai-bagai nama seperti pondok, langgar dan madrasah. Di pusat ini, metod yang lebih khusus digunakan, iaitu membaca kitab halaman demi halaman, menghafaz kaedah atau formula penting dan menjelmakan akhlak Islam dalam kehidupan seharian. Sebahagian metod ini dilanjutkan dari satu generasi ke satu generasi hingga ke hari ini. Walau bagaimanapun, situasi hari ini telah jauh berbeza dengan situasi, fenomena, masyarakat, cabaran, keperluan dan zaman silam. Justeru itu, metodologi hari ini perlu disesuaikan dengan realiti hari ini. Matlamat pendidikan Islam silam tetap menjadi matlamat pendidikan hari ini, hanya metod atau cara baru yang perlu diketengahkan. Dalam memenuhi hasrat ini, kertas kerja ini akan membentangkan metodologi pendidikan Islam silam secara ringkas dan meninjau metod pendidikan hari ini dan sedikit cadangan.

Pendahuluan

Terminologi penting dalam kertas kerja ini ialah pendidikan, pendidikan Islam dan metodologi. Para sarjana pendidikan telah membahas makna pendidikan dari berbagai sudut dan menghasilkan berbagai takrif dan maksud pendidikan. John Dewey (1859-1952) yang dianggap “bapa pendidikan moden” menegaskan, pendidikan adalah satu proses masyarakat mengenal diri. Dari maksud ini, beliau menggariskan tujuan pendidikan ialah untuk mencapai kekebalan generasi muda bagi meneruskan warisan masyarakat (Dipetik oleh Dr. Tajul Ariffin Nordin. 1986. Jurnal Pendidikan Islam).

Menurut al-Ghazali (dipetik oleh A. Fattah Jalal: 46-47) mendidik bererti memperkembangkan bakat dengan jalan atau cara menghindarkan segala penghalang atau rintangan. Bakat tersebut dibentuk selangkah demi selangkah atau bertahap sehingga sempurna. A. Fatah mengulas pengertian yang diberi oleh al-Ghazali dengan menegaskan pendidikan adalah satu usaha yang berhubung dengan aspek kognitif, psikomotor dan efektif. Aspek-aspek ini ditekankan kerana sasaran pendidikan adalah manusia yang bukan hanya makhluk bersifat biologi, tetapi juga sebagai makhluk berbudaya, berakal, berfikir; mempunyai lidah yang mampu bertutur, mempunyai kehendak dan dapat menyedari masa depannya (A. Fatah Jalal: 46-47). Menurut Prof. Dr. Mohd Atiyah al-Abrashi pula, pendidikan bermaksud mempersiapkan manusia supaya hidup sempurna dan bahagia,

Norsiah Sulaiman et.al / 115

mencintai tanah air, tegap jasmani, sempurna budi pekerti, teratur fikiran, halus perasaan, mahir dalam pekerjaan, saling tolong menolong, manis tutur kata dan baik pada lisan dan tulisan (dipetik oleh Drs. Wan Abdullah Wan Mahmood. 1989). Prof. Dr. Hassan Langgulung (1979) pula menjelaskan, pendidikan dalam pengertian yang luas bermakna merubah dan memindahkan nilai kebudayaan kepada setiap individu dalam masyarakat. Proses pemindahan ini berlaku melalui beberapa proses, iaitu pengajaran, latihan dan

indoktrinasi (meniru atau mengikut apa yang di ajar dan diperintah). Dari ketiga-tiga maksud pendidikan yang dibentangkan, kesimpulan yang dibuat oleh Prof. Dr. Hasan Langgulung (1979) amat baik untuk diperhalusi, dimana beliau menegaskan perbincangan mengenai pendidikan akan membawa kepada perbincangan budaya yang mengandungi unsur akhlak (ethics), unsur keindahan (esthetics), unsur sains dan unsur teknologi.

Abdullah al-Qari (1989, hal. 37) mengertikan pendidikan sebagai suatu usaha dan pimpinan yang teratur untuk mengembang dan memajukan segala kesanggupan (potensi) dan kemungkinan-kemungkinan yang ada pada kanak-kanak atau orang yang dididik ke tahap yang paling maksima, sama ada menyentuh aspek rohani mahu pun jasmani. Terdapat tiga istilah pendidikan yang digunakan oleh para sarjana pendidikan muslim iaitu:

1. Taclim - diutarakan oleh A. Fattah Jalal.

2. Tarbiyyah - diutarakan oleh Abdullah Nasih Ulwan. 3. Ta’dib - diutarakan oleh S. M. Naquib al-Attas.

Pendidikan Islam bersifat global dan merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Prof. Dr. Mohd Atiyah al-Abrashi menggaris matlamat-matlamat pendidikan Islam yang merangkumi pendidikan budi pekerti, pendidikan untuk agama dan dunia, untuk menguasai segala bidang yang dapat memberi manfaat, mempelajari ilmu untuk ilmu dan pendidikan kemahiran untuk mencari rezeki. (dipetik oleh Dr. Tajul Ariffin Nordin. 1986 Jurnal Pendidikan Islam). Ghazali Basri (Jurnal Pendidikan Islam 1986) pula menjelaskan, pendidikan Islam adalah pendidikan yang berasaskan kepada pendidikan tauhid, pendidikan caqliyyah dan ilmiah, pendidikan akhlak dan pendidikan kesihatan.

Metodologi bermaksud cara atau teknik yang digunakan dalam bidang pendidikan yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran. Metod atau metode menurut Kamus Dewan ialah sistem atau cara melakukan sesuatu. Manakala metodologi adalah sistem yeng merangkumi kaedah-kaedah dan prinsip-prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau usaha dan sebagainya (1993:826). Edgar Bruce Wesley (1950) mentakrifkan metod dalam bidang pendidikan sebagai urutan kegiatan terarah bagi guru yang menyebabkan timbulnya proses belajar dikalangan anak didik. Dengan kata lain, ia adalah proses belajar yang dilaksanakan secara sempurna dan ke arah pengajaran yang lebih berkesan (dipetik oleh Ahmad Mohd. Salleh. 1997:192). Sebahagian ahli pendidikan secara khusus mendefinisikan metod sebagai:

“Suatu cara dalam melaksanakan pendidikan, atau suatu bentuk langkah-langkah yang dilalui untuk menyajikan satu pengajaran kepada anak didik, yang cara (langkah-langkah) itu sengaja dipilih dan sesuai untuk satu-satu mata pelajaran tersebut dan bahan yang disajikan berdasarkan prinsip-prinsip ilmu pendidikan (secara psikologi)”

Dalam metod pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam, tidak ada satu metod khusus yang dianggap terbaik untuk dilaksanakan melainkan metod Rasulullah salla’Llah

c

alayh wa sallam. Oleh itu, untuk melaksanakan kembali metod pendidikan pada zaman

Rasulullah salla’Llah calayh wa sallam pada hari ini, Islam menerima pelbagai metod pengajaran selagi tidak bercanggah dengan matlamat dan dasar-dasar Islam sama ada dari segi jenis mata pelajaran, status mata pelajaran (umum atau khusus), kurikulum, mahu pun sifat pendidikan.

Bagi keberkesanan metod pembelajaran yang diaplikasikan, perkara penting yang perlu dilihat dan diperhatikan adalah:

Tujuan mata pelajaran. Latar belakang pelajar.

Situasi dan kondisi pengajaran dan pembelajaran. Peribadi dan kemampuan guru.

Insfastruktur / kemudahan.

Dalam membincangkan tajuk pendidikan Islam, tokoh pemikir pendidikan Islam harus dilihat sebagai suatu yang penting kerana mereka banyak memberi sumbangan pemikiran, saranan dan mengembangkan dasar pendidikan Islam yang telah dirakam oleh al-Qur’an al- karim dan al-hadith al-nabawiyy. Pemikir yang paling unggul setelah Rasulullah salla’Llah

c

alayh wa sallam dan para sahabat ialah Imam al-Ghazali (1111M) yang merupakan seorang

guru di Universiti Nizamiyyah, Baghdad. Karya beliau yang menjadi sumber bidang pendidikan ialah Ihya’ ulum al-din. Ini disusuli oleh Ibn al-Khaldun (1332 - 1406 M) dengan karya beliau yang terkenal iaitu Muqaddimah dan Ibn Tufayl dengan karya beliau yang menjadi sumber pendidikan khususnya kanak-kanak iaitu Hayy ibn yaqazan (Hasan Langgulung, 1979).

Berdasarkan kepada fahaman Islam sebagai al-Din, dapat ditegaskan pendidikan Islam merangkumi dua bahagian (Norsiah. 2002: 267-279):

Bahagian yang mengatur cara-cara perhubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia.

Bahagian yang mengatur sumber- sumber kehidupan manusia dalam soal-soal yang berhubung dengan ekonomi, kesihatan politik dan sebagainya

(Abdullah al-Qari: 57).

Secara ringkas, pendidikan Islam adalah usaha mengembangkan fitrah manusia dengan menggunakan kaedah agama Islam, agar terwujud kehidupan manusia yang makmur dan bahagia di dunia dan akhirat. Untuk mencapai hasrat ini sudah tentu pendidik Islam perlu berpegang kepada dasar ideal pendidikan Islam, iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah. Di samping itu, tujuan pendidikan Islam dilaksanakan adalah untuk mempersiapkan diri manusia sebagai khalifah agar dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai pemakmur (khalifah) alam ini.