• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penutup: Rumusan Dan Cadangan

Oleh itu dapatlah dibuat kesimpulan TMK adalah merupakan alat baru atau kini yang berfungsi memudahkan urusan P&P. Keberkesanan dan kebaikannya adalah mengikut tunjuk arah oleh yang menggunakannya. Dalam konteks pendidikan Islam, sekiranya kita benar- benar berpegang kepada asas yang kukuh seperti mana yang terkendung di dalam falsafah pendidkan Islam itu sendiri dan wujud pengawasan serta pemantauan yang baik, ia akan mendatangkan kebaikan yang dikehendaki tetapi sekiranya berlaku sebaliknya ia hanya akan mengundang musibat dan tragedi yang tidak pernah diimpikan oleh ummah dan masyarakat seluruhnya. Ini disebabkan dakyah-dakyah yang negatif dan maklumat-maklumat yang bertentangan dengan pendidikan Islam dan ahklaknya amat mudah didapati dan wujudnya dalam kuantiti yang banyak serta lebih menarik dari sudut pemaparannya.

Jadi TMK membantu falsafah untuk mencapai matlamat atau tujuan pendidikan Islam. Hakikatnya penggunaan TMK dalam pendidikan bererti memanfaatkan hasil kemajuan ilmu pengetahuan atau teknologi moden untuk meningkatkan keberkesanan pendidikan. Kesan buruk TMK disebabkan oleh unsur-unsur luaran yang datang daripada tangan-tangan manusia yang kurang berpendidikan atau berpendidikan namun pendidikan yang dilaluinya tidak memberi kesan yang diharapkan.

Beberapa cadangan antaranya:

1. Penggunaan Teknologi Pendidikan khususnya penggunaan TMK dalam bidang pendidikan di Pusat-pusat Pengajian Tinggi hendaklah dipantau dengan lebih efektif dan pro aktif.

2. Tugas pementauan hendaklah diserahkan kepada mereka yang benar-benar ahli dalam bidang tersebut serta memiliki ilmu yang cukup termasuk ilmu-ilmu wahyu yang menjadi paksi kepada seluruh aktivit manusia.

3. Penggunaan TMK hanya pada tempat-tempat atau hal-hal yang perlu dan memberi menfaat yang maksimum sahaja.

4. Berusaha untuk memberikan pengisian yang terbaik (mendominasi maya)sebagai alternatif, kerana penggunaan TMK seolah-olah sudah tidak dapat dibendung lagi, khususnya dalam bidang pendidikan bagi mencapai dan memenuhi matlamat falsafah pendidikan dan tidak terlepas daripadanya ialah Pendidikan Islam.

Sebagai kesimpulan keseluruhannya, penggunaan TMK dinilai dari sudut falsafah pendidikan tidak lebih daripada untuk memanfaatkan hasil kemajuan ilmu pengetahuan atau teknologi moden bagi mempermudah, menyempurna dan mengefisyensikan aktiviti dan pengurusan P&P sesuai dengan fungsi dan kedudukan falsafah pendidikan tersebut, dan aplikasi TMK dalam bidang pendidikan sesuai dengan peredaran masa dan kemajuan hidup manusia. Namun perlu diingat, penggunaan TMK jangan sampai merosakkan tujuan asal pendidikan bagi melahirkan khalifah yang berilmu, berakhlak dan bertaqwa dalam kerangka pembangunan ummah yang seimbang dan menyeluruh.41 Ilmu dan aspek-aspek yang

berkaitan dengannya merupakan inti dari pendidikan. Maka tidak dapat dibayangkan khalifah tanpa ilmu, dan ilmu sebagai keistimewaan yang dimiliki oleh manusia sudah menjadi

41 Teknologi dan ilmu mempunyai hubungan timbal balik , kuat menguat diantara satu sama lain. Tiap-

tiap satu memberi kesan tersendiri kepada yang lainnya. Walau bagaimana kuat hubungan antara keduanya, tidaklah dapat dinafikan bahawa hakikat ilmu itu bukan teknologi dan begitu juga sebaliknya (Mahrus Ahmad Ibrahim Ghabban: 1995: 147).

S.Salahuddin Suyurno et.al. / 39

ketetapan Allah SWT. dan tidak dapat dinafikan sampai bila-bila (Surah al-Baqarah: 31) walaupun penggunaan TMK tidak muncul atau telah luput daripada arena pendidikan.

Bibliografi

Abdullah Ishak (Dr.). 1989. Sejarah Perkembangan Pelajaran dan Pendidikan Islam. Petaling Jaya: Badan Dakwah dan Kebajikan Islam Malaysia (al-Rahmaniah).

Abdul Rahman al-Nahlawi. 1983. Usul al-Tarbiyyah Islamiyyah wa Asalibiha fi al-Bait wa al-Madrasah wa Mujtama’. Damsyiq: Dar al Fikr.

Abdul Jalil Hassan (Prof. Dr.).1979.Falsafah Dan Pengetahuan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Jamali Sepihie. Multimedia Sebagai Pemangkin Kesatuan Ummah dalam Abu Bakar Abdul Majid & Siti Fatimah Abdul Rahman.(pynt.) 1999. Multimedia dan Islam. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Dangiran Mustapa dalam kertas kerjanya yang bertajuk “Perlaksanaan Dasar Pendidikan Islam Di Malaysia: Menangani Cabaran Semasa” dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Pendidikan Tinggi Islam: Peluang dan Cabaran, Anjuran Kolej Universiti Islam Malaysia pada 13 Disember 2003 di Hotel Continental, Langkawi, kedah.

Hasan Langgulung (Prof. Dr.). 1995. Pendidikan Islam dan Peralihan Paradigma. Shah Alam . HIZBI Khalid bin Abdul Karim al Khayat.1991. al-Uslub al-Tarbawiyya lidda’wah Ilallah fi al-‘Asr al-Hadir.

Madinah al-Munawarah: Dar al-Mujtama’

Kamus Dewan. 1993 (Edisi baru). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mahrus Ahmad Ibrahim Ghabban (Dr.). 1995. al-Tanmiyyah al-Syamilah lil Mujtami’at al-Islamiyyah wa Dawr al-Tarbiyyah al-Islamiyyah fi Tahqiqiha. Madinah al-Munawarah: Maktabah Dar al- Iman.

Marini Othman. Sekolah Bestari – Perspektif Islam dalam. Abu Bakar Majid & Siti Fatimah Abdul Rahman (pynt.). 1999. Multimedia dan Islam. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Mohammed Yusoff Hussain (Prof. Dr.)dalam kertas kerjanya yang bertajuk, “Pengaruh dan Cabaran Sekularisme Terhadap Intelektualisme Islam”, di bentangkan dalam Wacana Penghayatan Islam 3, Anjuran Pusat Pendidikan Islam, UiTM pada 28 Ogos 2003 di INTEKMA Resort & Convention Centre, seksyen 7, Shah Alam.

Mohd. Ghazali Md. Noor (Dr.). Cabaran Ekonomi dan Teknologi Bagi Masyarakat Madani, dalam Masyarakat Madani Satu Tinjauan Awal. 1998. Kuala Lumpur: Institut Strategi Pembangunan Malaysia (MINDS).

Mohd. Yusof Othman. Teknologi Maklumat Cabaran, Harapan dalam Pendidikan dalam PEMIKIR. Januari- mac 1998. Kuala Lumpur: Utusan Melayu Malaysia Berhad.

Muhammad ‘Uthman El-Muhammady dalam kertas kerjanya yang bertajuk, “Kepentingan Aspek Spritual dalam Menghadapi Zaman Global”, dibentangkan dalam Wacana Penghayatan Islam I, Anjuran Pusat Pendidikan Islam, UiTM pada 12 April 2003 di Dewan Muktamar I Pusat Islam UiTM Shah Alam.

Shahminan Zaini. 1986. Prinsip-Prinsip Dasar Konsepsi Pendidikan Islam. Jakarta: Penerbit Kalam Mulia.

Tajul Ariffin Nordin (Prof. Dr.) Pendidikan dan Etika kemantapan masyarakat madani: Satu Pendekatan Bersepadu dalam Masyarakat Madani Satu Tinjauan Awal. 1998. Kuala Lumpur: Institut Strategi Pembangunan Malaysia (MINDS).

Zulkiple Abd. Ghani. 2001. Islam, Komunikasi dan Teknologi Maklumat. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

S.Salahuddin Suyurno, Norsiah Sulaiman & Fairuzah Hj. Basri Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU)

Socio-Political Reform of Muslims in The View of Shah