• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pada perspektif tasawuf, penagihan dadah dilihat sebagai masalah kelemahan jiwa, jiwa yang kotor dicemari maksiat atau rendahnya hemah8 terhadap Allah. Oleh itu pemulihan

dadah menurut tasawuf adalah melalui menyucian jiwa dari sifat-sifat madzmumah kepada sifat-sifat mahmudah. Menurut tasawuf untuk mencapai kepada akhlak yang mahmudah perlu kepada proses membersihkan jiwa terlebih dahulu agar ianya teguh dan tinggi hemahnya.

Syarat utama untuk menjalani pemulihan dadah di PRI II adalah hadirnya kesedaran untuk pulih dari ketagihan dadah bukannya atas desakan keluarga ataupun terpaksa kerana buruan polis. Ini bertepatan dengan apa yang diistilahkan oleh al-Imam al- Ghazali

rahimahullāhu calayhi sebagai hal9 iaitu suatu hal atau hidayah yang dikurniakan Allah untuk bertaubat; sewaktu manusia bergelumang dalam maksiat, tiba-tiba tersentuh hatinya untuk kembali kepada Allah sama ada wujudnya perantaraan seperti adanya sesuatu peristiwa yang menyentuh hatinya atau tanpa perantaraan iaitu dicampakkan terus oleh Allah nur ke dalam lubuk sanubarinya yang melahirkan rasa kesedaran. Individu seperti ini perlu dibantu dan dituntun.

Dasar utama pemulihan dadah adalah sama dengan dasar utama perjalanan kerohanian dalam TQN iaitu kembali kepada Allah. Jiwa-jiwa yang jauh daripada Allah dipulihkan agar sentiasa mengingati Allah yang dengan itu mereka akan memperolehi hidayah Allah. Menurut TQN, ada tiga tingkatan kembali kepada Allah iaitu taubah, inābah dan aubah. Jika dilihat dari sudut bahasa ketiga-tiga tingkatan ini membawa maksud yang sama iaitu kembali kepada Allah, tetapi dari sudut hakikat rasaan jiwanya ada perbezaan.

Perkara pertama yang diterapkan dalam proses pemulihan adalah amalan-amalan ritual, pada permulaannya anakbina10 akan diwajibkan mengerjakan ibadah wajib seperti solat fardhu dan sebagainya, kemudian ditekan konsep taubat iaitu istighfar, mandi sunat taubah dan solat sunat taubah. Anakbina diwajibkan mandi sunat taubah pada awal pagi dan solat taubat selama 40 hari. Semasa menjalani mandi sunat taubah anakbina disuruh membaca doa " tuhanku turunkanlah kepadaku limpahan keberkatanmu sesungguhnya engkaulah sebaik- baik penurun keberkatan".11 Istighfar juga dituntut agar diperbanyakkan terutama selepas solat fardu iaitu sebelum melaksanakan zikir. Inilah yang dikatakan oleh ahli sufi sebagai

maqam taubah iaitu kembali kepada melakukan kebajikan dan meninggalkan segala larangan

dengan menyesal atas maksiat yang telah dilakukan dan ia merupakan maqam pertama dalam perjalanan kerohanian menuju kepada Allah.12 Merujuk kepada firman Allah:

Maksudnya:

Dan orang-orang yang melakukan kejahatan kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan beriman, (maka) sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Acrāf: 153)

Seterusnya, kaedah zikir ditekankan kepada setiap anakbina untuk membersihkan jiwa- jiwa yang tercemar dan memantapkan kerohanian. Berdasarkan kepada hadith Ras lull h

Asyraf Hj Ab Rahman et.al. / 147

dalam hati agar ianya terkesan pada latīfah qalbi16 (lubuk sanubari) dan dirasai adanya zat Allah yang tiada sesuatu pun menyerupai diriNya. Teknik ini jika dilakukan secara istiqamah

(konsisten) bukan sahaja membantu anakbina mengurangkan dan menghilangkan ketagihan, malah dapat merubah jiwa untuk senantiasa ingat kepada Allah yang kemudian diberikan taufiq untuk melakukan amal ketaatan berdasarkan sabda Nabi Salallāhu cAlayhi Wasallam:

Maksudnya:

Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka kamu akan bersua dengan wajhullāh; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui. (Surah al- Baqārah:115)

Juga isyarat kepada maqam ihsan seperti yang diungkapkan dalam hadith, Ras lull h

Sallāhu cAlayhi Wassalam:

Asyraf Hj Ab Rahman et.al. / 149

menuduh tariqat sebagai sesat Tidak dinafikan bahawa ada tariqat-tariqat yang terpesong dari landasan Islam, namun menghukum tariqat sebagai sesat secara total tanpa kajian yang mendalam oleh ahli-ahlinya20 adalah tidak adil, seumpama juga kita menolak mazhab fiqh secara total kerana wujudnya hujah-hujah yang lemah dalam mazhab fiqh.

Penutup

Menurut perspektif tasawuf pertalian manusia dengan Allah sememangnya tidak akan putus. Oleh itu konsep tariqat menganggap bahawa, untuk keluar dari kancah ketagihan dadah aspek-aspek ubudiyah perlu diberikan keutamaan. Ini kerana sesuatu perkara itu menurut kaca mata tasawuf ada sebab-sebab yang zahir dan batin. Usaha manusia adalah sebab yang zahir manakala rahmat dan pertolongan daripada Allah merupakan sebab yang batin.

Kaedah pemulihan ini membuktikan bahawa tasawuf bukanlah merupakan suatu ilmu klasik yang sudah tidak sesuai diamalkan dalam dunia sains dan teknologi tetapi tasawuf adalah suatu ilmu yang tidak sepatutnya dilupakan dalam pembentukan sistem hadhari kearah membina masyarakat madani yang berteraskan nilai-nilai rabani.

Namun perspektif masyarakat terhadap tariqat haruslah menerima perubahan, kejahilan semata-mata akan menyebabkan terbentuknya paradigma yang sempit dalam pemikiran mereka. Ilmu adalah merupakan penyelesaian yang efektif dan kesedaran juga haruslah diberikan kepada masyarakat agar akhirnya terbentuk masyarakat berilmu dan mempunyai pandangan alam yang luas.

Serangan ulama-ulama yang anti-tasawuf secara ekstrim dengan menolak seluruh ajaran tariqat dan akhirnya mencemarkan kemurnian tasawuf itu sendiri adalah suatu tindakan yang bahaya kerana pemencilan ilmu-ilmu kerohanian di dalam Islam merupakan suatu proses pengsekularan tanpa sedar.21 Tasawuf sebenarnya bukanlah suatu yang asing tetapi

merupakan suatu yang wujud dalam perkembangan peradaban Islam itu sendiri sehinggakan perkembangan ketamadunan Islam Melayu sendiri dimangkin oleh perkembangan tasawuf.22

Semoga Allah sentiasa memberikan taufiq dan hidayahNya kepada kita semua agar kita memperolehi kemuliaan di dunia dan di akhirat.

Bibliografi

[1] Beliau adalah siswazah Sarjana Sains (M.Sc) Falsafah dan Tamadun, Jabatan Ekologi Sosial, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM).

[2] Beliau adalah pensyarah di Jabatan Ekologi Sosial, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM).

[3] Untuk perbincangan lanjut sila lihatMohd. Sulaiman Hj. Yasin (UKM), Mengenal Ilmu Tasawuf 2, ( Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri, 1992) h. 43.

[4] Ibid h.107. [5] Ibid h.121. [6] Ibid h.126-127.

[7] Lihat K.H.A Sohibul Wafa' Tajul Arifin, cUqūdul Jumān, TQN PPS (Sngapura) dengan kerjasama Thinker's Library, 2001 h. 67-69.

[8] Tok Pulau Manis, Syiekh Abdul Malik bin Abdullah, Syarah Hikam Ibnu cAta'illāhas-Sakandari, (Pulau Pinang: Percetakan Almuarif, t.t), h. 4.

[9] Al-Falimbani, Syiekh cAbdus Somad,

Sirrus Sālikīn, 1193H, (Thailand: Maktabah Muhammad an- Nahdi wa Auladih, t.t), juzuk 4 h.4.

[10] Istilah yang digunakan untuk pelatih di PRI II. [11] Lihat Surah al-Mu'minūn ayat 29.

[12] Al-Falimbani, , Sirrus Sālikīn, h. 3. [13] Khatib Syamb si, Fathul cArifin, h. 5. [14] Ibid h. 3.

[15] Berdasarkan surah al-Baqarah ayat 74, untuk perbincangan lanjut lihat K.H.A Sahibul Wafa' Tajul Arifin, Miftahu'l Sudūr, (Malaysia: Thinker's Library, 1988) h. 35

[16] Khatib Syamb si, Fathul cArifin, h. 5.

[17]Untuk perbincangan dan kefahaman yang lebih mendalam sila lihat al-Qusyairi, Abu Q sim,

Latā'iful Isyarāt, (Kaherah: Darul Kutubi cArabi, t.t) Jil.1, h. 127. [18] Tok Pulau Manis, Syarah Hikam Ibnu cAta'illāh as-Sakandari, h. 20. [19] Menurut Ustaz Mansor B. Ibrahim (guru agama PRI II), 2004. [20] Sila Rujuk Surah an-Nahl ayat 43

[21] Untuk kefahaman yang lebih terperincin sila rujuk analisis Al-Attas, Syed Muhammad Naquib,

Risalah Untuk Kaum Muslimin (Kuala Lumpur: ISTAC, 2001), h. 171-175.

[22] Lihat Wan Mohd Nor Wan Daud, Kerangka Keilmuan Tamadun Melayu: Satu Cermin

Ketamadunan,( Kuala Lumpur: ISTAC 2003). Kertas ini dibentangkan pada Wacana Minda Melayu anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada 17hb. Oktober 2003 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Ezri/Asyraf Ab Rahman

Mohd. Ezri @ Asri bin Abd. Rahman Jabatan Ekologi Sosial

Fakulti Pengurusan dan Ekonomi Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia

21030 Kuala Terengganu Terengganu

asyraf@kustem.edu.my

The Compatibility of The Shari’ah In Solving Modern