• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kajian Masa Hadapan Di Asia Tenggara Dalam konteks rantau Asia Tenggara pula, kelihatan perbincangan mengena

masa depan telah mendapat perhatian para sarjana dan ilmuan Islam di Indonesia. Hal ini dapat dikesan melalui beberapa penulisan yang dihasilkan oleh intelektual seperti Dr. Fuad Amsyari berjudul Masa Depan Umat Islam Indonesia: Peluang dan Tantangan serta himpunan artikel yang disunting oleh Muntaha Azhari dan Abd. Mun’im Saleh berjudul

Islam Indonesia Menatap Masa Depan. Amsyari dalam bukunya Masa Depan Umat Islam

Indonesia: Peluang dan Tantangan (1993) telah membincangkan persoalan masa depan umat

Islam Indonesia dalam kehidupan sosial dan politiknya, di samping mengemukakan model masyarakat ideal bagi Indonesia pada masa hadapan. Beliau juga turut membincangkan rintangan-rintangan yang dihadapi serta prioriti-prioriti yang perlu diambil perhatian oleh umat Islam Indonesia ke arah masa depan yang lebih cerah, termasuk peranan ukhuwwah Islamiyyah dan gerakan dakwah dalam mencapai cita-cita tersebut. Secara keseluruhannya, aspek perbincangan yang dibawa oleh Amsyari sangat menarik dan mencabar serta mampu membuka ruang perbincangan yang segar dalam mengintegrasi pemikiran futuristik dan Kajian Masa Hadapan dalam pemikiran Islam semasa secara kontekstual dan praktikal.

Perbahasan yang dikemukakan oleh pelbagai penulis seperti Arief Budiman, Muchtar Buchori, Masdar F. Mas’udi, Sudirman Tebba dan lain-lain dalam buku Islam Indonesia

Menatap Masa Depan (1989) juga dianggap menarik, cuma lebih bersifat menghuraikan

beberapa konsep umum dalam Islam seperti ekonomi, keadilan sosial, epistemologi, pendidikan dan lain-lain dari perspektif Islam, berdasarkan konteks masyarakat Islam Indonesia serta beberapa alternatif yang perlu diteroka untuk mencapai masa hadapan yang lebih baik. Berbanding karya Amsyari, buku ini dianggap lebih bersifat perbincangan awal terhadap persoalan berkait masa hadapan umat Islam Indonesia, justeru formulasi ideanya diperingkat penerokaan asas-asas dalam konsep umum Islam berdasarkan perspektif yang cuba meraikan paradigma alternatif yang baru. Sementara di Malaysia pula, perbincangan hal ini kelihatan masih terlalu minimum. Penyebutan tentang masa hadapan hanya sekadar memenuhi kehendak psikologi masyarakat dalam agenda memajukan diri, masyarakat dan negara. Tidak ada lagi kajian-kajian khusus yang konprehensif mengenai masa hadapan. Namun perencanaan asas sudah ada. Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah memulakan dengan Wawasan 2020. Kini wawasan itu diterima oleh rakyat Malaysia dan di tiru oleh negara-negara lain di dunia Islam.

Idris Zakaria & Wan Fariza Alyati Wan Zakaria / 29

Penutup

Penulis berpandangan bahawa kajian ini cukup signifikan dan relevan bersandarkan beberapa alasan penting iaitu : -

Kurangnya perbincangan dan pengkajian tentang bidang Kajian Masa Hadapan dan pemikiran futuristik dalam jurus pandangan ilmu-ilmu Islam, sedangkan para intelektual Barat telah mula meneroka, membina epistemologi bidang ilmu ini dan mengaplikasikannya dalam bentuk perancangan untuk terus mendominasi negara-negara umat Islam secara khusus dan dunia ini secara umum. Keadaan yang wujud ini menyebabkan umat Islam akan terus menjadi mangsa kepada suatu peradaban yang paling rakus dalam sejarah umat manusia iaitu peradaban Barat. Untuk keluar daripada cengkaman tersebut, umat Islam perlu kepada metodologi baru dalam memahami permasalahan dunia pascamoden dan mencari penyelesaian yang sesuai dan berkesan untuk kesinambungan survival ummah pada masa akan datang.

Penerokaan terhadap bidang Kajian Masa Hadapan dan pemikiran futuristik dalam pemikiran Islam masa kini secara lebih serius diharapkan dapat memberi suatu paradigma alternatif yang akan membantu umat Islam merangka dan merancang seterusnya membuat pelan tindakan untuk menjana semula kegemilangan tamadun Islam.

Pendekatan lama dalam memahami ajaran Islam memerlukan penilaian semula, dalam ertikata bukan untuk ditolak sepenuhnya, tetapi dengan menyuntik input-input serta metodologi baru yang lebih signifikan dan relevan dengan perkembangan semasa.

Analisis perkembangan pemikiran Islam semasa dari perspektif futuristik mempunyai kepentingan jangka panjang, kerana ia membantu memahami permasalahan dalam pemikiran Islam masa kini secara lebih holistik kerana perancangan terhadap masa hadapan perlu mengambilkira faktor masa lalu dan masa kini.

Bibliografi

Al-Qardawi, Yusuf Abdullah. 1996. Wawasan Islam Antara Keaslian dan Kemodenan. (Terj.) Ahmad Nuryadi Asmawi. Thinker’s Library. Selangor.

Al-Qardawi, Yusuf Abdullah. 1996. Membangun Ummah: Suatu Kenyataan Bukan Khayalan. (Terj.) Ahmad Nuryadi Asmawi. Thinker’s Library. Selangor.

Al-Qardawi, Yusuf Abdullah. 1999. Tamadun Islam: Alternatif Masa Depan. (Terj.) Juanda Jaya. Maktabah al-Qardawi. Selangor

Amsyari, Fuad Dr. 1993. Masa Depan Umat Islam Indonesia. Penerbit Al-Bayan. Bandung.

Amara, Roy. 1974. The Future Field: Functions, Forms and Critical Issues. Futures Vol. 6 No. 4. IPC Science Technology Press, UK.

Bennabi, Malik. 1994. The Problems of Ideals in the Muslim World. (Trans.) Angkatan Belia Islam Malaysia. Kuala Lumpur.

Bennabi, Malik. 1998. On The Origins of Human Society. (Trans.) Mohamed Tahir El-Mesawi. The Open Press Kuala Lumpur.

Blunt, Wilfrid Scawen. 1975. (Edisi Ulang Cetak) 1882 (Cetakan Pertama). The Future of Islam. Sind Sagar Academy. Lahore.

Sardar, Ziauddin. 1990. Masa Hadapan Islam: Bentuk Idea Yang Akan Datang. (Terj.) Mohd Sidin Ahmad Ishak. Dewan bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Sardar, Ziauddin. 1989. Explorations in Islamic Science. Mansall Publishing Limited. London. Sardar, Ziauddin. 1988. The Future of Muslim Civilization. Pelanduk Publications. Selangor.

Sardar, Ziauddin. (ed). 1989. An Early Crecent: The Future of Knowledge and Environment in Islam. Mansell Ltd. London.

Sardar, Ziauddin. 1985. Argument for Islamic Science. Centre for Science Studies, Aligarh.

Sardar, Ziauddin. Sains, Teknologi dan Pembangunan di Dunia Islam (Terj.) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Kuala Lumpur.

Sardar, “Islamic Science or Science in Islamic Polity: What is the Difference? “MAAS Journal of Islamic Science, 1 (1) Jan. 1985 dalam munawar Ahmad Anees dan Merryl Wyn Davis “Islamic Science; Current Thinking and Future Directions”, The Revenge of Athena: Science, Exploitation and The Third World, p.256, sardar (ed.) Mansell Publishing Ltd. London & New York 1988. Sardar Ziauddin. 1982. Why Islam Needs Islamic Science? New Scientist, 94, 25-8.

Schwarz, Brita et.al 1982. Methods in Futures Studies: Problems and Application. Westview ress. Colorado.

Siddiqui, Jawaed Ul-Haq. T.t. 21st Century and The Birth of The United Nations of Islam. USI Publications. Karachi.

Siddiqui, Kalim. 1974. Towards A New Destiny. The Open Press. England.

Stevenson, Tom dan Inayatullah, Sohail. Futures-Oriented Writing and Research. Futures Vol. 30. No. 1. 1988. Elsevier Science Ltd. UK.

Toffler, Alvin. 1970. Future Shock. Bantam Books. New York. Toffler, Alvin. 1980. The Third Wave. Bantam Books. New York. Toffler, Alvin. 1990. Powershift. Bantam Books. New York.

Toffler, Alvin and Heidi. 1993. War and Anti War. Warner Books. USA. Prof. Madya Dr. Idris Zakaria

Wan Fariza Alyati Wan Zakaria Jabatan Usuludin dan Falsafah Fakulti Pengajian Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi