• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kesedaran Pekerja tentang Gangguan Seksual

Dari sudut pekerja pula, mereka perlu diberi pendedahan bahawa mereka patut bertanggungjawab ke atas diri mereka sendiri untuk mengelakkan gangguan seksual di tempat kerja. Antara strategi yang boleh dilakukan oleh mereka ialah seperti berikut:

1. Memberi tindak balas dengan cara memaklumkan kepada pelaku bahawa apa yang dilakukan tidak wajar dan tidak sepatutnya dilakukan oleh orang yang waras.

2. Membuat kenyataan bertulis apa yang telah berlaku dan melahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap penganggu.

3. Melaporkan kepada pihak atasan yang dipercayai agar gangguan tersebut dapat dihentikan dan diselesaikan.

4. Sekiranya gagal, mangsa boleh melaporkan kepada pihak polis di atas apa yang berlaku.

Berkaitan dengan tindakan pekerja di atas, secara umumnya pekerja digalakkan untuk membuat aduan ke pihak atasan dengan menyediakan dan mengumumkan satu prosedur aduan yang diketahui umum oleh pekerja. Ini dengan sendirinya dapat membantu pembentukkan budaya sihat di tempat kerja. Sikap yang telus juga berkait rapat dengan etika, nilai-nilai murni dan gelagat individu dalam budaya tersebut.

Melalui pembentukkan budaya sihat ini maka pekerja akan dapat menghormati dan memahami antara satu sama lain dan berusaha untuk mengelakkan gangguan seksual dari berlaku. Secara keseluruhannya masalah gangguan seksual ini mencakupi aspek individu, organisasi dan masyarakat maka, usahasama untuk membasmi gangguan seksual harus dilakukan oleh semua peringkat masyarakat dan tanggungjawab ini bukan hanya tertakluk di pihak kerajaan semata-mata.

Kesimpulan

Tempat kerja yang bebas daripada gangguan seksual merupakan satu syarat pekerjaan yang berhak dinikmati oleh semua pekerja tanpa mengira jantina. Ini selaras dengan saranan Agama Islam yang menegaskan bahawa manusia perlu mengamalkan sikap hormat menghormati di mana mereka berada. Keadilan sosial menuntut layanan yang saksama dan penghormatan maruah diri mestikan diberikan pekerja daripada prinsip utama keadilan sosial. Oleh yang demikian, kedua-dua pihak iaitu pekerja dan majikan perlu memainkan peranan yang penting dalam membantu mewujudkan suasana budaya kerja yang sihat dan professional. Ini termasuk untuk mewujudkan satu prasarana kerja yang harmoni dan merangsang individu untuk bekerja ke tahap yang terbaik bebas dari gangguan seksual.

Rujukan

Backhouse, C. & Cohen, L. (1981). The secret oppression: Sexual harassment of Working Women Toronto: Macmillan.

Brooks, L. & Perot, A. R. (1991). Reporting sexual harassment: Exploring a predictive model.

Psychology of Women Quarterly, 15, 31-47.

Contre, A. (1990). Sexual Harassment in the workplace. Law and practice (ms. 2). New York: Wiley Law Publications. John Wiley and Sons, Inc.

Crull, P. (1982). Stress effects of sexual harassment on the job: Implications for counseling. American Journal of Orthopsychiatry,52: 539-544.

Fischer, A. H. (1993). Sex differences in emotionality: Fact or stereotype? Feminism & Psychology, 3, 303-318.

Fitzgerald, L. F. & Ormerod, A. J. (1991). Perceptions of sexual harassment: The influence of gender and academic context. Pscyhology of Women Quarterly, 15, 281-294.

Fitzgerald, L. F, Swan, S. & Fischer, K. (1995). Why Didn't She Just Report Him? The Psychological and Legal Implications of Women's Responses to Sexual Harassment. Journal of Social Issues, 51 (1), 117-138.

Fitzgerald, L. F., Weitzman, L. M, Gold, Y. & Ormerod, M. (1988). Academic harassment: sex and denial in scholarly garb. Psychology of Women Quarterly, 12, 329-340.

Fujita, F., Diener, E. & Sandvik, E. (1991). Gender differences in negative affect and well being: The case for emotional intensity. Journal of Personality and Social Psychology, 61, 427-434.

Gutek, B. A. & Morasch, B. (1982). Sex-ratios, sex-role spillover and sexual harassment of women at work. Journal of Social Issues, 38 (4), 55-74.

Gutek, B. (1985). Sex and the workplace. Impact of sexual behaviour and harassment on women, men and organisation: San Francisco: Jossey- Bass.

Gutek. B. A. & Cohen, A. C. (1987). Sex Ratios, Sex Role Spillover and Sex at work: A comparison of Men and Women Experience. Human Relations, Vol. 40 (2), 34-45.

Husbands, R. (1992). Sexual harassment in employment: An international perspective. International Labour Organisation: 12, 532-539.

Khairunnisa Hussin (1997b, Ogos). Pertubuhan wanita sedia membantu. Jelita, ms.102-103.

Kementerian Sumber Manusia (1999). Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja. Kuala Lumpur.

Loy, P. H. & Stewart, L. P. (1984). The extend and effect of sexual harassment of working women.

Sociological Focus, 17, 31-34.

Mat Saat Baki (1995a). Masalah Sosial Kakitangan dan Kesannya terhadap Prestasi Kerja. Kertas kerja

Bengkel kaunseling Ke 13. Anjuran Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan dan Persatuan Siswazah Diploma Psikologi (Kaunseling). Universiti Kebangsaan Malaysia.

MacKinnon, C. (1979). Sexual harassment of working women. New Haven, CT: Yale University Press. Murell, A. J., Olson, J. E. & Frieze, I. H. (1995). Sexual harassment and gender discrimination: A

longitudinal study of women managers. Journal of Social Issues, 51 (1), 139-149.

Nor Affizar Ibrahim (2001, Mei 19).Hentikan Gangguan Seksual, Berita Harian (Bahagian Wanita Dan Keluarga), Ms. 1.

Sabitha, M. (2000). Perception of sexual harassment between men and women at workplace. Poster presented at the VIIth European Psychology Congress, 1-6 July, London, United Kingdom

Salisbury, J., Ginoria, A. B., Remick, H. & Stringer, D. M. (1986). Counseling victims of sexual harassment. Psychotherapy, 23, 316-324.

Siddique, Asif (1998). Sexual Harassment Law in America.: Thirty Years of Evolution; Asian Journal of Womens Studies, 4(2), ms 81-102.

Tengku Dato Omar Tengku Bot & Maimunah, A. (2000). A Guide to the Malaysian Code of Practice on Sexual Harassment at Workplace. Kuala Lumpur: Leeds Publications.

Terpestra, D. E. & Cook, S. E. (1985). Complainant Characteristics and Reported Behaviors and Consequences Associated with Formal Sexual Harassment Charges. Personnel Psychology, 3, 559-573.

Wan Hazmir Bakar (1999).‘Merenyeh di tempat kerja ditakrifkan gangguan seks’. Utusan Malaysia, Ogos 18, 1999 ms. 9.

Workshop On Code Of Practice On The Prevention And Eradication Of Sexual Harassment In The Workplace (1999). Anjuran Kementerian Sumber Manusia Pada 1 Mac 1999.

Prof. Madya. Dr. Sabitha Marican (UUM) Sharrifah Ali (UiTM)

Maznah Hj. Ibrahim(UKM) Maznah@Pkrisc.Cc.Ukm.My

The Islamic Concept of World Division Based on al-