• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penilaian Terhadap Metod/Kaedah a) Metod Syarahan/Kuliah

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah syarahan mengambil satu sesi daripada dua sesi, iaitu satu (1) jam kuliah dan 1 jam selebihnya berlaku dalam kelas tutorial

(Fail/kertas kurikulum PPI. Tanpa tahun.). Peruntukan dua jam ini berlaku dalam waktu dan

tempat yang berlainan. Kumpulan pelajar mengikut fakulti dalam satu kuliah dipertanggungjawabkan kepada seorang pensyarah. Perkuliahan yang berjalan selama 14 hingga 15 minggu menjadikan pertemuan anak didik dengan pendidik berlaku disekitar 28 ke 30 kali (2 x 14/15) pada satu-satu semester. Rata-rata kaedah syarahan yang dilaksanakan pada mana-mana institusi dengan adanya perkara berikut:

1- Skema pengajaran 2- Bahan syarahan

3- Nota dan edaran/ buku teks atau lain-lain untuk kemudahan pelajar

Semasa penyampaian, pensyarah akan menggunakan beberapa alat bantuan mengajar seperti transperansi, tape recoder, power point dan sebagainya (disebit juga sebagai Audio Visual Aid).

Walaupun pada sesetengah pendidik (sila lihat Drs. Tayar Yusuf. 1986. hal:74), kaedah syarahan ini dikenali sebagai kaedah “one man show”, dan saiz kuliah yang agak besar melalui sistem ‘mass lecture’ agak sukar mencapai matlamat, metod ini tetap bermakna dan berjaya untuk mata pelajaran Pendidikan Islam, kerana ia disusuli dengan pertemuan 1 jam tutorial, dan penilaian pada peperiksaan akhir. Kejayaan ini dibuktikan melalui peratus pelajar yang berjaya pada peperiksaan akhir adalah tinggi.

b) Metod Tutorial/Penilaian Menurut Peratus Tertentu

Metod ini menggunakan 1 jam yang selebihnya selepas syarahan (Fail/kertas kurikulum PPI. Tanpa tahun.). Untuk melahirkan suasana kundusif dalam kelas tutorial dan bersesuaian dengan infrastruktur yang ada, para pelajar dibahagikan kepada kumpulan yang agak kecil. Satu kelas tutorial mengandungi 20-35 orang pelajar, malah kadang-kadang menjangkau ke angka 40-50 orang pelajar (bergantung pengambilan pelajar, bilangan tenaga pengajar dan kecukupan bilik kuliah). Di antara aktiviti yang dijalankan semasa tutorial ialah penulisan dan pembentangan kertas kerja yang dihasilkan oleh pelajar. Semasa menyiapkan kertas kerja, pelajar akan mengadakan perbincangan di dalam kelas atau bilik pensyarah. Di samping itu, pensyarah juga akan menilai pelajar melalui ujian pertengahan semester dan pelaksanaan sahsiah pelajar setelah disampaikan pengajaran yang berkaitan dengan akhlak Islam. Dengan kata lain, penilaian ini dilakukan secara lisan, bertulis dan berbentuk pengamatan. Oleh itu, penilaian136 yang dijalankan ke atas pelajar adalah penilaian ilmiah dan tepat kerana pensyarah mengenali pelajar yang dimaksudkan dengan jelas.

kursus diselaraskan oleh seorang koordinator. Penyelarasan dibuat bukan sahaja diperingkat silibus dan skima perkuliahan, tetapi juga diperingkat membuat soalan akhir, sistem pemarkahan, dan lain-lain yang berkaitan.

136

Penilaian atau ‘evaluation’ dalam bahasa Inggeris bererti penentuan nilai atau mengadakan penilaian. Menurut Webster’s New World Dictionary, evaluation adalah:

Norsiah Sulaiman et.al / 121

Secara ringkasnya, metod tutorial pendidikan Islam pada tahap ini mengandungi plan kerja penilaian peratus tertentu yang boleh dijelaskan melalui pecahan seperti berikut:

Essei dan diskusi/perbincangan tajuk tertentu : 20% Ujian pertengahan semester : 15%

Komitmen/Amali : 05%

____

Jumlah markah : 40%

Penilaian di atas dilakukan untuk mencapai matlamat berikut: Untuk mengetahui pemahaman dan pengetahuan Islam pelajar. Supaya pelajar dapat mengamalkan ibadah-ibadah penting dalam Islam. Supaya pelajar dapat melaksanakan akhlak Islam.

Di antara bahan yang disediakan dalam perjalanan tutorial ialah: Skema kuliah.

Bahan yang sesuai dengan tajuk kuliah. Tajuk essei.

Kumpulan pelajar (3-5 orang satu kumpulan). Lain-lain yang releven

Metod ini menampakkan beberapa kekuatan dan kelemahan. Di antara kekuatan yang dapat dikenal pasti ialah:

Pensyarah dapat mengenali setiap pelajar di dalam kelas.

Pensyarah dapat menggunakan pelbagai kaedah pengajaran seperti kuiz. Mudah berlakunya komunikasi dua hala, di antara pelajar dengan pensyarah. Di antaranya kelemahannya pula ialah:

Masa pertemuan 14-15 kali bagi satu semerter untuk setiap pensyarah sama ada

yang mengendalikan syarahan mahu pun tutorial. Ini mengambarkan pertemuan yang terhad.

2. Pensyarah dan tutor kadang kala adalah individu yang berlainan.137 3. Terlalu banyak masa untuk pertukaran kelas syarahan dan tutorial.

c) Metod Peperiksaan Akhir

Metod peperiksaan akhir pada umumnya melibatkan semua peringkat pengajian samaada di peringkat ploma atau ijazah. Ia mengandungi bentuk soalan seperti berikut:

Soalan Objektif Soalan Subjektif

Menjawab soalan-soalan pendek Aneka pilihan

Lain-lain yang relevan

Penilaian pencapaian pelajar dalam kes (c) lebih tertumpu kepada peperiksaan akhir. Pecahan penilaian mereka adalah pencapaian 40% yang terkumpul sepanjang semester (sebelum peperiksaan akhir) dan digabungkan dengan 60% yang didapati semasa peperiksaan akhir. Ia menggambarkan penilaian ini lebih bersifat “exam oriented”.

“To find the value or amount of; determine the wort of; appraise” (David B.Guralnik:1960:261-262). Bermaksud: “Mendapatkan atau mengetahui nilai atau harga sesuatu; menentukan harga/kepatutan sesuatu; menaksir atau menilai.”

Penilaian berfungsi untuk menguji keberkesanan pendidikan dan pelajaran yang disampaikan. Ia juga dapat mengesan sejauhmana pengajaran yang telah disampaikan itu dapat difahami dan dihayati oleh pelajar.

137

Perkara ini kerap berlaku kepada organisasi yang memberikan servis kepada Fakulti-Fakulti lain sabagai salah satu mata pelajaran bertaraf “wajib atau keperluan universiti”.

Dalam mengkaji kejayaan kaedah penilaian ini, analisa akan dibuat berdasarkan kepada satu mata pelajaran pendidikan Islam138 di mana penulis terlibat secara langsung dalam jangka waktu yang panjang.

Kejayaannya banyak bergantung kepada: Inisiatif tenaga pengajar semasa di bilik tutorial Kemahiran mendekati pelajar

Isi dan bahan yang tepat dan sesuai Penyampaian yang menarik dan berkesan Hebah dan kewibawaan tersendiri Kesungguhan mahasiswa

- Persepsinya terhadap pendidikan Islam Persepsinya terhadap tenaga pengajar

Memahami kehendak institusi

Wawasan diri yang menepati roh Islami

Penulis tidak menafikan bahawa perkara yang sama di atas perlu juga berlaku dalam dewan kuliah bagi institusi yang tidak mengadakan tutorial atau mengadakan kuliah sahaja.

d) Penilaian Berterusan

Metod penilaian berterusan merupakan metod pendidikan Islam yang agak unik. Ia memberi peluang kepada pelajar dan pembimbing berinteraksi dengan lebih dekat, berterusan menurut masa yang telah ditetapkan dan amat berkesan sekiranya ia dirancang dengan baik dan bilangan pelajar yang agak kecil atau munasabah.

Dalam kes (d) ini penilaian dibuat secara berterusan sepanjang satu semester dengan jumlah 100%. Kumpulan pelajar tersebut diawas oleh seorang pensyarah dan jam pertemuan tetap 2 jam seminggu (lihat kertas Semakan Kurikulum PPI 2001). Penilaian secara berterusan ini lebih banyak tertumpu kepada skema yang telah ditetapkan, bilik kuliah serta persekitaran yang berkaitan dengannya sahaja. Oleh itu, dalam penilaian ini ia melibatkan tiga alat deria penting yang ada pada para pelajar yang diterjemahkan sebagai:

Ujian bertulis Ujian Lisan Ujian Amali

Dalam hal ini satu penyelarasan bagi menetap dan menentukan pembahagian markah yang standart perlu dibuat secara formal. Kriteri-kriteri seperti berikut perlu digariskan dengan jelas dan terperinci:

1. Pemahaman ayat-ayat terpilih: 15%

2. Ujian bertulis ( 1=20% & 11=20%): 40%

3. Esei dan Perbincangan: 30%

4. Komitmen: 15%

_____

Jumlah keseluruhan 100%

Penilaian yang dilaksanakan di atas dilakukan secara berterusan dan ia merangkumi aspek-aspek yang bersifat kognitif, psikomotor dan afektif. Apa yang ingin dilihat di sini ialah pencapaian terakhir mereka setelah menempuh proses pembelajaran selama satu

138 Kursus: Pendidikan Islam

Mata Pelajaran :Pendidikan Islam Asas II Kod : UIS 151

Norsiah Sulaiman et.al / 123

semester. Di akhir semester, keputusan pencapaian pelajar yang bersifat kuantitatif dan kualitatif bagi tujuan formatif dan sumatif dapat direkodkan.

Pendidikan Islam yang berorientasikan penilaian berterusan memiliki peluang yang tinggi bagi mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta dapat membuat penilaian yang bersifat Non Test bagi menilai karakteristik lain, umpama minat, sikap dan keperibadian mahasiswa melalui Pemerhatian Terkontrol, Wawancara dan lain-lain yang seumpamanya. Cara ini amat sesuai dengan sifat pendidikan Islam.

Antara kelebihannya:

Kumpulan yang kecil memudahkan komunikasi dua hala di antara pelajar dengan pensyarah.

Pensyarah mengenali semua pelajar di dalam satu-satu kelas.

Pensyarah dapat membimbing pelajar yang kurang mahir dalam pengetahuan Islam dengan baik.

Pensyarah dapat menyemak hasil kerja pelajar dan membantu memperbaiki kesilapan. Dapat dengan mudah mengenal pasti halangan-halangan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan dan dengan mudah pula untuk memperbaikainya dalam kadar yang segera dan bersifat langsung.

Antara kelamahannya:

Agak membosankan sekiranya pembimbing kurang inovatif dan kreatif.

Kurang efektif sekiranya pembimbing tidak benar-benar dapat menguasai kuliah dan kurang mampu dalam memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.