• Tidak ada hasil yang ditemukan

Latar belakang Pendidikan Islam Silam

Hampir semua para sarjana muslim menegaskan pendidikan Islam bermula dengan firman Allah pada surah al-cAlaq yang merupakan surah yang pertama diwahyukan kepada

junjungan kita Nabi Muhammad salla’Llah calayh wa sallam. Ayat ini menggambarkan Islam memberi pengakuan hebat kepada ilmu yang didapati melalui pendidikan dan pembelajaran, guru yang menyampaikan ilmu dan murid yang mempelajari ilmu (lihat al- Ghazali. Ihya’ ulum al-din)

Pendidikan Islam silam bermula seiring dengan tersebarnya Islam di seluruh dunia. Demikian juga di Malaysia. Pendidikan Islam berkait rapat dengan penyebaran Islam di rantau Alam Melayu. Ia telah melahirkan satu fenomena masyarakat baru yang mempelajari ilmu yang bermula dengan ilmu asas Islam, iaitu ilmu akidah, fiqh, akhlak dan tasawuf. Pada peringkat awal, pendidikan Islam di Malaysia berjalan atas inisiatif individu yang banyak digerakkan oleh para ulama. Usaha mereka telah melahirkan banyak pusat-pusat pengajian Islam yang dikenali dengan berbagai-bagai nama. Di antaranya, “langgar” yang digunakan di utara Semenanjung Tanah Melayu, “madrasah” yang digunakan di pantai barat Semenajung dan “pondok” yang banyak digunakan di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu. Sebagai contohnya, pada tahun 1400 an M. terbina pusat pengajian Islam di Pulau Upeh, Melaka yang menjadi tempat pembelajaran Sunan Bonang dari Pulau Jawa (Syed Naguib al-Attas. 1963).

Haji Husain b. Mohd Nasir al-Mas’udi al-Banjari atau dikenal dengan panggilan Tuan Husain Kedah telah mendirikan beberapa pusat pengajian Islam. Menurut Ishak b. Rejab (Dr.) (1993 Ulama Silam dalam Kenangan), di antara tahun 1897 – 1935 M, Tuan Husain telah mendirikan sebanyak lebih kurang 300 buah pondok pengajian, iaitu 50 buah di

Norsiah Sulaiman et.al / 117

Selengkoh, 40 buah di Padang Lumat, 100 buah di Pokok Sena, Seberang Prai dan selebihnya di Bohor dan Pantai Merdeka, Kedah. Syeikh Ahmad bin Muhammad Said Jamaluddin al- Dandarawi pula telah mendirikan Madrasah al-Saidiyyah pada tahun 1935 M di Seremban, Negeri Sembilan. Hj. Ahmad bin Hj. Md. Kasim telah menjadi tunggak utama terdirinya Madrasah al-Mubtadi’ li Sharicah al-Mustafa atau dikenal juga dengan nama Madrasah Nur al-Diniyyah di Melaka pada tahun 1934 M. Madrasah ini dikelilingi oleh 200 buah pondok yang berperanan sebagai asrama para pelajar (Mustafa Hj. Daud. 1993 Ulama Silam dalam

Kenangan). Jumlah institusi pengajian dengan berbagai nama ini wujud kerana pada zaman

silam pendidikan merupakan tugas individu, sedangkan pada zaman penjajah dan zaman merdeka pendidikan telah menjadi agenda negara. Pendidikan Islam di negara ini berkembang pesat sehingga kedatangan kuasa penjajah (Portugis, Belanda dan Inggeris).

Penjajah, terutamanya British telah membuka lembaran yang berbeza dengan apa yang telah diamalkan oleh masyarakat di Tanah Melayu. Ia telah menguasai sistem pendidikan dengan melaksanakan falsafah pendidikan Barat dengan menjadikan pendidikan Islam bukan sebagai kurikulum atau mata pelajaran yang di ajar di sekolah yang mereka dirikan. Bermula dari sini, wujud sistem dualisma dalam pendidikan, iaitu pendidikan ala barat di satu pihak dan pendidikan Islam di satu pihak yang lain (Tajul Arifin Nordin 1986. Jurnal Pendidikan Islam). Situasi ini terlaksana melalui empat jenis sekolah, iaitu sekolah Vernakular Melayu, Vernakular Cina, Vernakular Tamil, Sekolah Inggeris dan sekolah pondok termasuk madrasah (Mohd Salleh Lebar, 1988). Fenomena dualisma ini merupakan kesan dari kejayaan tamadun Barat dan perkembangan intelektual mereka yang bermula dari lembaran

renaissance hingga masa kini. Mereka telah mengatasi kejayaan tamadun Islam dari berbagai

sudut dan mencipta satu gagasan pemikiran baru yang berteras kepada sekularisma.

Metod Pendidikan Islam Silam

Dalam melihat metod silam, Ahmad Mohd. Salleh (1997) telah menggariskan dua belas metod yang digunakan oleh Rasulullah salla’Llah calayh wa sallam, iaitu kuliah dan khutbah, dialog, soal jawab, hafazan, perdebatan, cerita, menggunakan isyarat, menggunakan lukisan, pengajaran secara praktikal, galakan mempelajari bahasa asing, data statistik dan perancangan ilmiah.

Pelaksanaan metod pendidikan Islam silam bermula dengan penubuhan institusi-institusi pendidikan Islam seperti pondok, madrasah, langgar dan surau. Di samping itu, pendidikan Islam silam juga menggunakan metod penulisan, sama ada melalui karya prosa mahu pun puisi. Metod ini telah melahirkan banyak hasil karya pendidik silam dalam bentuk manuskrip, khususnya manuskrip Melayu. Sumbangan penulis manuskrip ini telah mendorong kepada tertubuhnya satu institusi yang mengumpul dan mendokumentasikan manuskrip Melayu yang dikenal dengan Pusat Manuskrip Melayu di Perpustakaan Negara Malaysia. Hasil penulisan yang begitu besar jumlahnya juga telah melahirkan satu bidang kajian sastera yang dikenal sebagai sastera kitab. Di samping itu, bidang penulisan ini juga berkembang kepada penulisan majalah. Ia dimulai oleh penulisan majalah al-Imam pada tahun 1906. Di antara pendidik yang berusaha menerbitkan majalah ini ialah Syekh Tahir Jalaluddin (bapa Tan Sri Syeikh Hamdan Tahir – bekas Yang Dipertua Pulau Pinang), Sayid Syeikh al-Hadi, Muhammad bin Salim al-Khalili dan Hj. Abbas Muhammad Taha (Ismail Hj. Ibrahim, Ismail Abdul Rahman & Mat Asin Dollah. 1993 Ulama Silam dalam Kenangan). Selain itu, pada tahun 1918 M. Muhammad Yusuf yang terkenal dengan panggilan Tok Kenali telah menerbitkan majalah

Pengasoh (Shafie Ibrahim. 1993. Ulama Silam dalam Kenangan).

Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran pula, pendidik silam menggunakan metod membaca sebuah kitab secara terperinci. Metod ini telah melahirkan pelajar yang menguasai

ilmu secara terperinci (halaman demi halaman), dari perkara pokok hingga kepada segala persoalan cabang. Dalam pemilihan kitab pula, pendidik atau guru akan memilih kitab yang mempunyai kewibawaan (autoriti) dalam setiap bidang (Zamakhsyari 1989). Sebelum lahir teknik pecetakan kertas untuk menghasilkan buku, metod ini telah menghasilkan satu gaya manuskrip Melayu yang mempunyai catatan tepi teks asal manuskrip. Walau bagaimanapun, metod membaca sebuah kitab secara terperinci ini berterusan untuk beberapa kurun.

Metod seterusnya yang digunakan ialah metod hafazan. Dasar penggunaan metod ini ialah amalan yang dilakukan oleh malaikat Jibril kepada Rasulullah salla’Llah calayh wa

sallam pada setiap bulan Ramadan. Malaikat Jibril akan mendengar firman-firman Allah yang

dihafaz oleh Rasulullah salla’Llah calayh wa sallam. Rasulullah salla’Llah calayh wa sallam

pula menyampaikan firman-firman tersebut kepada para sahabat sesuai dengan masalah dan peristiwa yang dihadapi. Kemudian, para sahabat disarankan supaya menghafaz firman Allah tersebut. Oleh kerana jumlah para sahabat134 amat terhad, terutamanya setelah berlakunya penyebaran Islam keseluruh Semenanjung Tanah Arab dan diluar wilayah ini menyebabkan lahir beberapa inisiatif untuk membukukan firman-firman Allah. Inisiatif ini merupakan ijtihad Sayyidina Uthman Ibn cAffan, selaku seorang sahabat . Hasilnya, firman-firman Allah ditulis, dikumpul dan dibukukan menjadi satu mashaf. Ia dikenal dengan mashaf

c

Uthmaniyy. Di samping itu, Ibn Khaldun menegaskan metod hafazan ini di dalam kitab

Muqaddimah (1995) beliau dengan katanya:

“Kebiasaan berbahasa adalah diperoleh dengan banyak menghafaz. Kualiti yang baik daripada kebiasaan berbahasa adalah hasil dari kualiti yang baik daripada bahan yang dihafaz.”

Dalam pelaksanaan metod ini, para pelajar dikehendaki menghafaz kaedah atau formula dalam sesuatu bidang ilmu. Di samping itu, metod ini digunakan sesuai dengan pepatah Arab yang bermaksud:

“Ilmu itu tersemat di dada, bukan (hanya tertulis) di dalam kitab”

Latar belakang Pendidikan Islam Kini

Pendidikan Islam dinegara ini diperakui oleh Perlembagaan Malaysia dalam peruntukan Perkara 3 (1) yang menegaskan bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan. Ini bermakna pendidikan Islam yang menjadi teras kepada agama Islam secara tidak langsung terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Di samping itu, dari maksud pendidikan Islam pada bahagian awal, dapat difaham pendidikan Islam yang diamalkan di Malaysia menepati kehendak Falsafah Pendidikan Negara (1985) dan tidak bercanggah dengan wawasan, dasar dan program yang telak dilaksanakan oleh pihak pemerintah seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1970-1990), Rukun Negara (1970), Penerapan Nilai-Nilai Islam (1984) dan lain-lain agenda yang bertujuan mempertingkatkan pembangunan umat sama ada rohani mahu pun jasmani.

Pendidikan Islam diperingkat rendah dan menengah telah melaksanakan sistem KBSR dan KBSM. Dalam kurikulum baru ini, pendidikan amat menekankan pendidikan jasmani dan pendidikan rohani yang telah diakui oleh pendidikan Islam. Pendekatan kesedaran beragama dalam kurikulum baru ini memerlukan penerusan di peringkat pengajian tinggi.

Pendidikan Islam di peringkat tinggi adalah penerusan pendidikan Islam yang dimaksudkan di atas. Ia juga amat bersesuaian dengan wawasan 2020 yang memberikan penekanan kepada nilai-nilai keagamaan dan kerohanian. Pencapaiannya memerlukan kaedah

134

Sahabat Rasulullah salla’Llah calayh wa sallam mempunyai pengertian yang khusus sebagaimana yang dibincangkan oleh ilmu mustalah al-hadith, dalam bab al-Jarh wa al-tacdil, iaitu satu ilmu

Norsiah Sulaiman et.al / 119

penerapan yang profesional melalui usaha-usaha berterusan seperti semangat yang terkandung dalam falsafah pendidikan negara. Selaras dengan itu, ia memerlukan tindakan di peringkat kurikulum pendidikan tinggi. Di peringkat ini, Kursus Tamadun Islam dan kenegaraan wajib diambil oleh semua pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Contoh di Universiti Teknologi MARA (UiTM) semua pelajar di peringkat Ijazah Pertama diwajibkan mengambil kursus Tamadun / Kenegaraan yang merangkumi kajian terhadap Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS).

Diperingkat global, atas kesedaran para cendikiawan muslim beberapa gagasan dan persidangan Islam telah berlaku. Hasilnya, lahir gagasan “Islamisation of knowledge” dan ia merupakan keputusan Persidangan Pendidikan Islam Sedunia di Mekah pada tahun 1977 (Siddiq Fadil 1985. Jurnal Pendidikan Islam). Ini diikuti oleh tiga lagi persidangan lain, iaitu di Islamabad (Pakistan)-1980, Dakka (Bangladesh)-1981 dan Jakarta (Indonesia)-1982. Keseluruhan persidangan ini bersetuju supaya budaya ilmu tidak hanya menjadi budaya maklumat yang amat janggal bagi umat Islam ( Yaacob Yusoff. 2002. Jurnal Tasawwur Islam)

Kesemua latar belakang di atas memberi laluan dan tapak yang kuat kepada pelaksanaan pendidikan Islam yang lebih baik dan pembinaan budaya ilmu yang berkesan, mantap dan menyeluruh. Ia bertepatan dengan hasrat Falsafah Pendidikan Islam di Malaysia yang menyebutkan:

“Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Qur’an dan al-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang bertanggng jawab untuk membangun diri, masyarakat alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat”

Metod Pendidikan Islam: Satu Analisa

Metod pendidikan Islam yang digunakan di institusi-institusi Pengajian Tinggi di Malaysia secara umumnya tidak jauh bezanya diantara satu sama lain. Kerana ia tertakluk kepada Strategi Pelaksanaan Bahagian Pendidikan Islam dan Moral iaitu strategi kedelapan. Strategi kedelapan ialah mewajibkan Kursus Tamadun Islam dan Kenegaraan di ambil oleh semua pelajar IPT. Perbezaan hanya pada institusi yang menaunginya samaada umum ataupun khusus dalam perlaksanaan Pendidikan Islam tersebut.

Contoh institusi penaung beraliran umum:

Universiti Kebangsaan Malaysia yang dilaksanakan oleh Fakulti Pengajian Islam Universiti Malaya yang diterajui oleh Akademi Pengajian Islam

Contoh institusi beraliran khusus:

Universiti Islam Antarabangsa (UIA - 1983) Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM - 2000)

Bagi UiTM, sebagai sebuah institusi pendidikan bumiputera aliran umum (sains dan teknologi) berlaku sedikit keunikan di mana para pelajar di peringkat diploma diwajibkan mengambil kursus Pendidikan Islam selama tiga semester, manakala di peringkat ijazah sama seperti lain-lain universiti. Metod yang diguna pakai untuk semua mata pelajaran di bawah kursus pendidikan Islam bagi peringkat Diploma seluruh sistem UiTM, sama ada kampus induk mahupun cawangan135 terdiri dari metod-metod berikut:

135 UiTM merupakan institusi pendidikan yang terbesar di Malaysia. Ia mempunyai cawangan yang

terbanyak iaitu sekitar 13 cawangan selain daripada kampus induk di Shah Alam. Sekitar tahun 90an kursus Pendidikan Islam di PPI memiliki lebih daripada 30 kod kursus yang pelbagai mengikut disiplin ilmu dan kajian yang ada di UiTM (peringkat asas, tamadun dan pengkhususan). Setiap peringkat

Syarahan/ Kuliah (1 jam) Tutorial (1 jam)

Peperiksaan akhir

Sementara kaedah penilaian yang digunakan pula ialah 60% pada peperiksaan akhir dan 40 % penilaian sepanjang semester atau lain-lain yang seumpamanya.

Penilaian Terhadap Metod/Kaedah