• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sebagai sebuah kajian yang masih baru sifatnya, bilangan penulisan yang berkait dengan Kajian Masa Hadapan dalam konteks pemikiran Islam masa kini secara khusus, relatifnya masih kecil atau sedikit. Karya paling awal yang dapat ditemui oleh penulis dalam membahaskan perspektif masa hadapan umat Islam ialah sebuah buku himpunan esei-esei yang ditulis oleh Wilfrid Scawen Blunt alam Fortnightly Review (1975) dan diberi judul The

Future of Islam. Buku ini diterbitkan pada 1882 dan diulangcetak pada 1975. Ia lebih

menonjolkan permasalahan dunia Islam ketika itu yang menjadi mangsa percaturan politik penjajah Barat, terutama British dan Perancis. Walaupun ditulis oleh seorang Non-Muslim, Blunt secara jelas dinyatakan bahawa umat Islam ketika itu tidak perlu takut kepada kemusnahan politik yang mereka alami, bahkan perlu menghadapinya sehingga tiba masa depan yang lebih baik bagi mereka. Blunt bagaimanapun tidak menggariskan kaedah untuk umat Islam dapat mencapai masa depan yang lebih baik.

Kalim Siddiqui dalam bukunya Towards A New Destiny (1974) walaupun tidak secara jelas, telah menunjukkan wujudnya tendensi menggunakan orientasi pemikiran futuristik dalam menangani permasalahan umat Islam masa kini. Beliau menekankan bahawa umat Islam perlu bergerak ke hadapan dan menggera para intelektual Muslim supaya menghasilkan

blueiprint suatu program bagi menggaris kerangka konseptual dan operasional secara

tindakan untuk membentuk dan membina kembali sistem politik dan sosio-ekonomi dalam masyarakat Islam.

Penulis yang dikenalpasti benar-benar autoritatif dengan outline dan kandungan yang jelas mengintegrasikan Kajian Masa Hadapan dengan pemikiran Islam semasa ialah karya Sardar sendiri iaitu The Future of Muslim

Civilization dan Islamic Futures: The Shape of Ideas to Come, yang masing-masing telah

diterbitkan pada 1979 dan 1985. Setelah proses memahami dan menerima idealisme futuristik ini berlaku di kalangan beberapa pemikir Islam yang lain, kelihatan muncul lebih banyak

penghuraian dan perbahasan yang mengintegrasikan bidang Kajian Masa Hadapan ini dengan pemikiran Islam semasa.

Dalam The Future of Muslim Civillization (1988), Sardar telah menggariskan kepentingan pemikiran futuristik sebagai suatu alat membangunkan paradigma dan metodologi baru dalam memahami dan mengimplementasi ajaran Islam secara kontekstual dan praktikal untuk menjana kembali kegemilangan tamadun umat Islam. Beliau telah mengemukakan suatu model projek pembangunan semula tamadun Islam yang dinamakan Projek Umran, serta beberapa pelan tindakan yang perlu diambil oleh umat Islam, khususnya golongan intelektual.

Dalam Islamic Futures : The Shape of Ideas to Come pula, beliau menekankan secara lebih khusus matlamat utama bagi masa hadapan Islam ialah untuk menempa satu sintesis yang membawa kepada pengiktirafan bahawa Islam sebagai pandangan hidup yang lengkap boleh mewujudkan suatu suasana yang menyeluruh tentang jalan alternatif yang boleh diambil bagi kebangkitan semula tamadun Islam yang lebih dinamik dan maju (1985). Beliau telah membincangkan bentuk-bentuk pemikiran yang akan datang dalam konteks yang perlu diambil tindakan oleh umat Islam pada masa kini iaitu membina semula epistemologi Islam, menjadikan syariah sebagai kaedah menyelesaikan masalah, bentuk negara Islam dalam era pasca-industri, pengembangan teknologi yang Islamik, pendekatan dalam ekonomi Islam dan teori persekitaran Islam (Ibid).

Pada asasnya, kedua-dua karya ini boleh dianggap sebagai formulasi awal kepada suatu kerangka konseptual yang mengintegrasikan bidang Kajian Masa Hadapan dengan pemikiran Islam masa kini. Karya-karya yang muncul selepas itu disifatkan sebagai pengembangan, penghuraian dan pemantapan idea untuk mencapai tasawwur ilmu yang lebih jelas.

Dalam buku An Early Crescent: The Future of Knowledge and The Environment in

Islam (1989), para penulisnya seperti Sardar dan M A Anees cuba menilai pemikiran Islam

semasa dari sudut epistemologi; Sardar misalnya mengkritik program Islamisasi ilmu yang diperkenalkan oleh Faruqi kerana dianggap tidak menyelesaikan permasalahan epistemologi ilmu Islam dari akar umbinya – ia masih dibina dalam kerangka ilmu berdasarkan epistemologi Barat. Manakala Manzoor pula membahaskan tentang krisis pemikiran umat Islam yang memisahkan antara idea dengan tindakan; sementara S H Nasr, M Zaki Kirmani, Ateshin dan Ayyub Malik berusaha untuk membuka paradigma baru bersifat futuristik dalam membincangkan permasalahan Sains Moden, urbanisasi, persekitaran dan perbandaran dari perspektif Islam. Buku ini boleh dianggap menepati judulnya sebagai An Early Crescent

dalam menilai kemunculan pemikiran bersifat futurisrik dalam pemikiran Islam masa kini. Gagasan penubuhan kesatuan Negara-negara Islam kelihatannya amat futuristik dan dikongsi bersama oleh Dr. Yusuf Al-Qardawi (1996) dan Siddiqui (t.t). Kedua-duanya menganggap bahawa penyelesaian masalah ummah akan dapat dicapai melalui kesatuan seluruh negara-negara Islam. Walau bagaimanapun, baik Qardhawi, mahupun Siddiqui gagal menjelaskan metodologi dan kaedah untuk mencapai gagasan tersebut secara analisis yang saintifik dan praktikal. Idea yang dilontarkan dalam kedua-dua hasil penulisan ini baik untuk direnungi, tetapi memerlukan formulasi metodologi yang lebih praktikal – jika

tidak ia hanya akan tinggal angan-angan sahaja. Walaupun agak idealistik, sekurang- kurangnya idea futuristik ini membuka ruang perbincangan ke arah mencari penyelesaian terhadap permasalahan umat Islam sejak kehilangan siStem khilafah yang berfungsi sebagai tunggak kesatuan ummah masa silam.

Kemunculan perbincangan mengenai kajian Masa Hadapan dalam konteks pemikiran Islam semasa di sebelah Timur Tengah banyak dipelopori oleh beberapa orang intelektual Islam seperti Al-Mahdi Al-Munjirah, Ismail Sabri ‘Abdullah, ‘Ali Nasar, Samir Amin, Sayyid Yasin, Sa’dudin Ibrahim, Hamid ‘Ammar dan lain-lain. Dalam sebuah artikel yang ditulis oleh Dr. Muhsin Khadr (1999), beliau menekankan kepentingan Kajian Masa Hadapan dalam memperbaiki masa depan umat Arab.

Idris Zakaria & Wan Fariza Alyati Wan Zakaria / 27