• Tidak ada hasil yang ditemukan

Dalam melaksanakan jihad ada kaedah yang harus dipatuhi. Jihad tidak boleh dilaksanakan pada bulan-bulan H{aram106 dan di tempat H{aram, kecuali jika musuh

melanggar ketentuan tersebut, maka umat Islam dibenarkan membalas perbuatan mereka: "Dan janganlah kamu memerangi mereka di Masjidil-H{aram, kecuali jika mereka memerangi kamu di tempat itu".107 Larangan ini sudah wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Dengan erti perkataan lain, perlaksanaan jihad haruslah menghormati undang-undang perang antarabangsa.

100

Terjemahan surah al-Mumtah}anah (60): 8.

101 Apabila umat Islam menaklukkan Jerusalem, khalifah ‘Umar b. al-Khat}t}ab mengumumkan

pemberian jaminan keamanan bagi penganut agama lain. Tapi ketika tentera Salib datang merebut bandar itu, kanak-kanak dilemparkan ke atas dinding, orang-orang dewasa dibakar, perut mereka dirobek untuk melihat apakah mereka ada menelan emas, orang-orang Yahudi digiring ke dalam sinagog mereka dan kemudian dibakar, hampir 70,000 orang mati dibunuh secara beramai-ramai. Lihat Ameer Ali (1974), The Spirit of Islam. London: Chatto & Windus, h. 220.

102 Lihat Abu ‘Abd Allah Muh}ammad b. Ah}mad al-Ans}arial-Qurt}ubi (1993),

al-Jami‘ li Ah}kam al- Qur'an (Tafsir al-Qurt}ubi), j. 2. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah, hh. 232-233; al-Zuh}ayli (1961), op. cit., hh. 494-496; al-Diqs (1972), op. cit. h. 93; Majid Khadduri (1969), War and Peace in the Law of Islam, c.4. Baltimore and London: The Johns Hopkins Press, h. 102; dan lain-lain.

103 Lihat Abu Bakr Muh}ammad b. Abu Sahl al-Sarakhsi (1993),

al-Mabs}ut}, j. 10. Beirut: Dar al- Ma‘rifah, h. 5.

104 Lihat surah al-Tawbah (9): 36. 105 Lihat surah al-Baqarah (2): 194. 106

"Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan H{aram. Katakanlah: "Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar". Lihat surah al-Baqarah (2): 217. Bulan-bulan H{aram adalah bulan Dhulqa‘dah, Dhulh}ijjah, Muh{arram dan Rajab. Pada bulan-bulan tersebut masyarakat Arab sejak zaman jahiliah pergi berziarah ke Makkah. Telah menjadi undang-undang pada masa itu bahawa dalam bulan-bulan tersebut dilarang berperang.

107

Jihad hanya boleh diisytiharkan oleh pemimpin umat Islam. Jika sebelumnya ada perjanjian damai dengan pihak musuh, maka pemimpin Islam harus memberi tahu mereka tentang pembatalannya.108 Sebelum perang berlaku umat Islam haruslah terlebih dahulu berusaha memujuk orang-orang yang memusuhi mereka itu menjadi saudara (masuk Islam); Atau setidak-tidaknya berunding (negotiation) mengajak berdamai dan bekerjasama dengan mereka (umat Islam menjaga keselamatan, mereka membayar jizyah 109). Jika cara-cara damai ini tidak membuahkan hasil, maka tiada jalan lagi selain meneruskan peperangan.

Sasaran tempur hanyalah orang-orang yang terlibat dalam perang dan penggunaan senjata haruslah diperhitungkan sebagaimana telah dihuraikan di atas. Walaupun perang sudah berlangsung, namun umat Islam diperintahkan untuk berdamai jika musuh mahukan perdamaian.110 Mayat-mayat musuh tidak boleh dirusaki. Tawanan perang haruslah diperlakukan dengan adil dan baik.111 Kemudian terpulang kepada pemimpin Islam menentukan kedudukan mereka, apakah dibebaskan, atau diminta tebusan, atau ditukarkan

108 "Dan jika kamu khawatir akan (terjadinya) pengkhianatan dari suatu golongan, maka kembalikanlah

perjanjian itu kepada mereka dengan cara yang jujur. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berkhianat". Lihat surah al-Anfal (8): 58.

109Jumlah bayaran

jizyah ditentukan oleh kerajaan sesuai dengan kesanggupan pembayar dan hanya diwajibkan bagi kaum lelaki yang mampu berusaha sahaja. Orang yang sudah tua, orang kurang upaya, kanak-kanak yang belum cukup umur dan para wanita tidak dikenakan jizyah. Sebahagian ulama berpendapat bahawa kewajipan membayar jizyah sebenarnya adalah sebagai ganti daripada kewajipan ketenteraan, bukanlah pajak jiwa atau pajak kepala seperti yang disangkakan kebanyakan orang. Pandangan ini memang ada benarnya, kerana kalau sekiranya jizyah merupakan pajak jiwa sudah barang tentu setiap jiwa diwajibkan membayarnya, termasuk juga orang tua, para wanita, kanak-kanak, orang kurang upaya, dan sebagainya. Tetapi mereka dikecualikan, ini menunjukkan bahawa jizyah

bukanlah pajak jiwa. Yang diwajibkan hanyalah kaum lelaki yang punya kesanggupan untuk berperang. Seorang muslim wajib ikut ke medan perang mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara bila keadaan menghendaki, tapi warga non-muslim tidak demikian. Oleh itu, sebagai gantinya mereka diwajibkan pula membayar jizyah. Bila seorang muslim wajib mempertahankan negara dengan harta dan jiwanya, maka warga non-muslim hanya dengan harta mereka. Lihat Muh}ammad Salim Ghazwi (t.t.), al-H{urriyat al-‘A<mmah fi al-Islam ma‘a al-Muqaranah bi al-Mabadi' al-Dusturiyyah al- Gharbiyyah wa al-Marksiyyah. Iskandaria: Mu'assasah al-Syabab al-Jami‘iyyah, h. 67. Pemungutan

jizyah sudah menjadi tradisi sejak zaman purbakala. Pada zaman Nabi Dawud dan Nabi Sulayman, penenduduk minoriti Palestin yang hidup di kalangan orang Israel juga telah membayar jizyah. Orang-

orang Rom dan Parsi pun juga memungut jizyah. Ah}mad Wafiq dalam bukunya ‘Ilm al-Dawlah

menjelaskan bahawa paderi-paderi Kristian di bandar Kirs telah menubuhkan satu Tabung Perdamaian Bersama di Rouergue, pungutan diambil sebanyak 3 qurusy ke atas setiap orang kuli, 6 hingga 12 qurusy keatas seorang pekerja, 12 qurusy ke atas setiap satu kandang kambing. Itulah yang dinamakan

jizyah dalam tradisi Kristian. Wafiq menyebut nama-nama negeri dan jajahan taklukan yang membayar

jizyah kepada Pope sebagai bayaran untuk memperoleh kawalan Botros (St. Pirre), antaranya ialah: Polonia, Sicily, Denmark, Bahome, England, Kiif, Croatia, Jerman, Aragon, dan Portugal. Selanjutnya lihat Ali Ali Mansur (1994), Islam Dalam Perhubungan Antarabangsa. Mahmood Zuhdi Haji Abdul Majid (terj.). Petaling Jaya: Angkatan Belia Islam Malaysia, hh. 357-358.

110 "Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakkallah

kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". Terjemahan surah al-Anf l (8): 61.

111 "Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang

yang ditawan. Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keridhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih". Lihat surah al-Insan (76): 8-9. Nabi berpesan: "Perlakukanlah para tawanan secara baik". Tentang tawanan perang Badar beliau berkata: "Mereka itu adalah saudara kamu, berilah mereka makanan apa yang kamu makan, dan pakaian sebgaimana yang kamu pakai". Lihat Z{afir al-Qasimi (1982), al-Jihad wa al-H{uquq al-Dawliyyah fi al-Islam. Beirut: Dar al-‘Ilm li al-Malayin, h. 523; al-Zuh}ayli (1961),

Zulkifli Hj. Mohd. Yusoff & Fikri Mahmud / 89

dengan tawanan muslim yang ada ditangan musuh, dan sebagainya. Kecuali bagi penjahat perang, ia harus diadili sesuai dengan kesalahannya. Jika ada yang meminta perlindungan dari kalangan musuh (musta'min), umat Islam dibolehkan melindunginya dan menjamin keamanan dirinya serta harta bendanya.112 Harta benda musuh sama ada yang didapati melalui perang (al-ghanimah) ataupun melalui perjanjian damai (al-fay', kharaj dan jizyah) penggunaannya diatur oleh negara dan dimanfa'atkan untuk kepentingan awam sesuai dengan petunjuk syari'ah. 113

Antara Jihad Dan Keganasan.